Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, July 9, 2014

Laporan Kajian (yang tak berapa nak) Ilmiah Bersempena Ramadan yui92


Assalamualaikum. Hye.

AMARAN : Kajian ini sama sekali tiada kaitan dengan puasa, fadilat puasa, sejarah puasa, perkara2 yang berlaku di dalam bulan Ramadan sepanjang lipatan sejarah, atau apa2 saja yang berkenaan apabila "kajian" dan "Ramadan" berada dalam satu ayat.



Tempat : Pizza King, Abbasiah, Cairo, Egypt.
Masa : Waktu berbuka puasa.
Manusia tambahan yang terlibat sebagai penyeri kajian : Zulkarnain, Abu Hanifah, Hafizi, Fahim Asmawi, Hidayat, Adham
Apparatus : Sony WALKMAN mp4 player NWZ-E464 (Momo, yang dibeli oleh kawanku Yat bertempat di kedai Low Yatt)
Material : Random people making random noises

Sejarah kajian :

yui92 sejak sekian lama menggunakan Momo sebagai anti-bullshit force field. Terbukti berkesan menghalang bunyi2 asing yang tah apa2 dari masuk ke dalam telinga lalu ditafsir otak menjadi agen penyerabut otak.


Kadar volume yang digunakan ialah seperti berikut,

Most of the time : 11. Cukup efektif sebagai noise cancelling dan tak dengar bunyi orang tekan loceng rumah* bila tetamu datang bertandang sama ada dengan jemputan atau tidak.
Malam semasa orang masih berjaga : 11
Malam ketika orang tidur dan hanya ada bunyi kipas : 10
Malam ketika sebelum tidur** : 4-6
Ketika berjalan2 ke kedai : 11
Ketika naik kenderaan awam seperti tramco dan teksi : 12-13
Ketika masak di dapur sambil guna external speaker yang agak kurang power*** : 14

*Inb4 "maafkan saya ahli beit"
**Inb4 "jangan dengar lagu sebelum tidur nanti tidur dengan syaitonirrojim etc etc
***Inb4 "jangan masak sambil dengar lagu nanti masakan jadi tak berkat etc etc



Tujuan kajian :

Mengetahui berapakah volume yang diperlukan untuk menghalang bunyi bising manusia di Pizza King dari menerobos telinga.



Proses kajian :

Pembising umum : Orang ramai (negligible)

Pembising khas : Sekumpulan gadis2 remaja baru habis exam (agaknyalah) yang datang ke kedai makan dengan penuh keceriaan dan keseronokan mahu berbuka puasa.

Teknik dan kaedah kajian : Volume diselaraskan kepada 11 (nilai biasa), dan ditambah 1 setiap kali masih terdengar suara2 mengilai dan hilai tawa pembising2 khas.

Volume ketika bunyi2 asing dapat dihalang masuk ke telinga dicatat.

Had volume ialah apabila terlalu kuat sehingga menyebabkan telinga pengkaji tidak selesa. Kajian akan terhenti di situ even masih ada bunyi2 yang mampu menembusi jaringan anti-bullshit force field.



Dapatan kajian :

Volume yang diperlukan ialah 17.

17. Tujuh belas.



Ulasan kajian (Personal rant starts here. Screw the kajian and whatnot) :

Aku selama ni kalau dengar lagu pakai mp4 player tu, volume tak sampai 15 pun. Dua sebab. Satunya sebab aku berpegang kepada kepercayaan bahawa kalau pasang kuat2 sangat nanti speaker/sound dia rosak. Atau earphone tu sendiri rosak. Aku pun tak pasti betul kah atau tidak. Kajian lain diperlukan, mungkin.

Sebab kedua ialah, bila volume 15 pun aku dah jadi pening kepala. Sesuai jika tengah nak feeling2 lebih dengar lagu baru/sedap layan sorang2 sambil kepala berpusing2 secara tidak ketara. Dan serius, telinga aku tak selesa degar kuat2 sangat. Pernah jugak aku try max volume just nak tengok kuat mana sangat player ni boleh pergi. Ended up less than 5 seconds. Aku turn down dengan sebab pertama dan kedua serentak.

And fyi, volume 17 tu pun sebenarnya masih lagi kedengaran kukikuki kukak kukak huaaahuaaa hiaaa bunyi ketawa pembising2. Masih kedengaran. Aku stop sebab tak tahan. Lagipun test lagu Chandelier (by Sia) maka aku tak mahu telinga aku rosak so aku abort mission. 

Sudahnya bear with it saja bising pun bisinglah. Negara dia kan so tak apalah dia nak bising pun. Hak dia nak bergembira dan menggunakan nikmat tekak semaksima mungkin.

Seingat2 aku, masa rumah aku tengah ada construction, aku pernah dengar sampai volume 15. Dan rasanya volume 15 tu cukup untuk memblock most of the construction sound. Adalah sipi2 kedengaran. Sikit2 tu kira halal lah kan. Tapi kali ini punya challenge, volume 17 pun tak cukup oi. Mampoih gak la.



Kesimpulan kajian (Personal rant ends here, get back to kajian) :

GADIS REMAJA PRA MATANG (NOT A GIRL NOT YET A WOMAN) JIKA DUDUK BERSAMA SPESIS MEREKA MAKA BUNYINYA LEBIH KUAT DARIPAPA KERJA PEMBINAAN.

This is a legit investigation. No bullshits here. Please believe me.

Extra : I bought me a cute cup with a lid so I can make some infusions now boleh diminum ketika sahur. Inb4 aku beli cawan tu sebab ada lid gambar beruang. Walaupun corak akan terbasuh suatu hari nanti tak apalah janji ada jawan bertutup.

Sekian, terima kasih.

Thanks for reading. Bye ;)

1 comment:

Inashdeen said...

LOL!!!!!!!!!!!!!!!

- ihsan, ex-ARMA