Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, July 13, 2014

Do your part, big or small.


Assalamualaikum. Hye.

Di Facebook sedang kebanjiran dengan post2 Palestin. Kesedaran yang malap2 dah menyala semula. Sebenarnya bila ja Palestin tu tak kena serang. Dari dulu kot. Tapi sebab lately serangan menjadi2, sampai budak2 pun pakat mati, maka sebab itu kot isu ni hangat semula. Which is good, by the way.

Kita aman damai. Dengar bunyi gelas pecah pun boleh sakit jantung. Bayangkanlah bunyi bom. Tapi itulah yang menjadikan kita hari ini. Apa yang kita tengok hari ini, apa yang kita buat, itulah kita.

Bila ada isu besar, akan ada isu kecil. Isu2 kecil ni, bagaimanapun memberi kesan lebih berpanjangan dari isu besar. Orang share gambar mangsa kekejaman Israel di Facebook. Lepas tu sambung komen2 wall kawan2. Tengok movie, dan sebagainya.

Tapi, kalau terlekat di "isu kecil" contohnya McD, kita boleh tengok debat itu berpanjangan. Itu kira remeh lah. McD ja pun. Kalut sungguh pasal McD. Kalau dah nak makan, makan lah. Kalau nak join boikot, boikot lah. Orang yang boikot tak payah rasa lagi mulia daripada orang yang tak boikot. Orang yang tak boikot tak payah nak pandang serong kepada orang yang boikot. Hidup ni bukan susah pun.

Lepas tu ada pula isu jihad dari "ustaz itu". Yang ni kira besar sikit. Bila melibatkan kalimah2 Islamik, automatik perkara itu "besar" di sisi penduduk Malaysia terutamanya yang memang dahagakan isu. Hahaha.

Ulama tanah air dah ulas. Pergi cari baca. Bukan nak bias tapi kalau dah ustaz itu bagi pendapat macam bodoh (tak ada jihad, rakyat Palestin perlu berhijrah, boikot tak berhasil etc) maka layaklah dia dibenci tak kiralah janggut kau panjang sampai lantai pun.

Sebabnya, metafora hijrah Rasulullah tak sama langsung dengan Palestin hari ini. Hijrah nabi itu, nabi dijemput penduduk Madinah. Nabi dijadikan pemimpin. 

Siapa jemput rakyat Palestin mana ke negeri dia? Siapa nak angkat orang Palestin jadi pemimpin dia? Dunia hari ni dah sempit. Tanah sendiri, diri sendiri nak duduk pun tak cukup. Nak ajak orang Palestin tumpang sama? Pemimpin gila kuasa macam firaun, nak panggil orang Palestin jadi pemimpin dia?

Come on lah ustaz tersebut. Hijrah apa yang kau cuba nak cerita? Nak atur strategi apa? Nak kukuhkan akidah apa lagi? Kalau orang Palestin tu akidah tak cukup mantap, aku rasa orang Malaysia ni semua ahli neraka agaknya. Mana taknya, tutup aurat pun tak buat. Choi, lepas tu siap ada kawan ustaz itu bela dia pulak lagi. Lawak kartun betul lah.

Isu yang lebih bersifat discussion, oleh golongan2 cerdik pandai cendekiawan bijaksana alim ulama pembaca buku2 falsafah penggiat forum dan sebagainya, lebih nak cerita bab sejarah dan demografi. Last2 berbalah pasal istilah. Mereka ini, lagi banyak membaca lagi jadi pening. Kahkah. Walaupun sejujurnya aku jeles dengan tahap "ketinggian ilmu" mereka ini, tapi fikir2 semula, lebih baiklah jadi bodoh dari serba tahu tapi tak ada fungsi. 

Let's go global. Palestin dan Israel, isu dah lama. Isu kuah kari roti canai mamak. Kuah semalam perhangat hari ni. Makin sedap.

Kita bleh tengok orang share pasal kempen boikot dan demonstrasi aman oleh rakyat dari negara yang kalau disebutkan namanya kita tak terbayangkan muslim secara langsung. Pelik juga negara "Islam" yang besar2 kaya raya pergi mana habis? Mati?

Saudi misalnya. Aku malas nak cakap banyak takut nanti salah pula. Tak cukup infolah katakan. Aku kan malas membaca tak macam golongan cerdik pandai tu semua. Tapi negara arab keliling Palestin tu buat apa benda pun tak tahu lah.

And now we go back the the bottom, to us. Kita sendiri, apa yang kita buat? Buat lah apa pun. Kecik atau besar, memberi impak atau tidak, kesahkan semua tu. Senyap2 kita usahakan apa yang kita percaya.

Tak kiralah kita nak timbulkan kesedaran melalui share gambar mayat orang kena bom, atau nak cakap pasal McD, atau nak bagi fatwa jihad, atau nak sembang topik secara intelektual, apa saja. Lakukanlah. Selagi mana dirasa betul, betul lah itu.

Atau tulis blog picisan, atau main Dota, atau just doa sambil2 berbuka puasa.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: