Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, June 12, 2014

Siapa menang?


Assalamualaikum. Hye.

Haiwan2 di Malaysia berkumpul dan bercerita suka duka kehidupan masing2. Jangankan pernah sebelum ini seekor pun bertanya akan kenapa seekor yang lain itu, begitu.

Tetapi hari ini, mereka mahu tahu.

Kucing dan anjing rutin bersama manusia tidak banyak bersuara.

Burung bertanya kepada tidak boleh ia berenang sebebas ikan di dalam air. Ikan pula mahu berterbang bebas di udara. Sudahnya, burung dan ikan rasa tuhan lagi sayangkan katak, kerana walaupun tidak katak itu berkepak, sekurangnya ia boleh meneroka dua dunia.

Lalu katak berkata, apa manusia menandang kita sama? Ikan disuka, burung disuka. Disimpan dijaga, disayang dibela. Katak, mana ada manusia yang suka.

Panda muncul. Semua haiwan terasa aneh. Bukankah kau cuma ada di China? Panda ketawa. Aku sekarang berjelajah dunia. Sekarang di Malaysia. Bukan setakat disuka bahkan aku dipuja. Disanjung dikagum dibayar berjuta.

Srottt.. srottt... kedengaran suatu bunyi.

Alangkah binatangnya kamu semua. Dalam kalangan haiwan, akulah yang terutama. Semua haiwan ternganga. Mereka berpaling melihat siapa yang berkata. Lagi luas menganga bila melihat babi rupanya.

Babi pun berhujah. Asal ada aku, semua benda jadi sensasi. Akulah meter iman manusia tambah2 lagi di bumi Malaysia ini. Benci mereka pada aku bukti mereka ambil berat sebenarnya.

Panda, kau rasa kau sensasi? Mungkin seminggu dua kau didewa2. Lepas tu DNA aku muncul dalam coklat Cadbury, ada kau dengar lagi cerita pasal kau? Kahkahkah.

Bukan setakat rakyat Malaysia. Ulama seluruh dunia pun bercakap pasal aku. Lepas tu ustaz2 di Malaysia ini ada yang hampir berbalah demi aku. Di Facebook pulak tu. Siapa? Aku. AKU!!!

Semua binatang terdiam. Burung tidak mahu berenang lagi. Ikan tidak mahu terbang lagi. Katak tidak mahu menjadi haiwan kesayangan manusia lagi. Kucing dan anjing balik ke rumah masing2. Panda masih belum bercadang pulang ke China.

Sroottt... srott... 

Dan babi pun menyorakkan kemenangannya.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: