Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, June 5, 2014

Mimpi jahat


Assalamualaikum. Hye.

Mimpi jahat ialah direct translation daripada bad dream yang sebenarnya patut mempunyai maksud sendiri untuk membezakannya daripada mimpi buruk atau nightmare. Sebenarnya nightmare kalau dipisahkan kepada night dan mare maka menjadilah kuda betina malam. Betul kah mare tu kuda betina? Aku rasa betul. Sila check sendiri.

Sebagai pemimpi tegar, yakni memang yang aku maksudkan ialah mimpi di siang/malam hari ketika tidur, aku selalu juga bermimpi dengan mimpi yang jahat.

Beza antara mimpi buruk dengan mimpi jahat ialah, mimpi buruk selalunya ada imej hantu, jin, dan syaitonirrojim yang menakutkan, bila terjaga jadi seram sejuk, jantung berdegup laju, dan disusuli dengan ta'awuz supaya boleh kembali tidur dengan tenang. Jika ada iman extra, boleh bangun buat solat sunat dan sebagainya.

Mimpi jahat pula, lebih kepada mimpi yang membuatkan kita jadi serba tak kena, memikirkan "kenapa aku mimpi macam tu tadi?". Bila jumpa dengan orang yang terlibat, mungkin akan rasa awkward.

Contoh mimpi jahat ialah bergaduh dengan adik-beradik, mimpi nenek sendiri jadi hantu di hospital, mimpi pergi lawatan sekolah dengan hanya memakai tuala, dan mimpi kepala jadi botak tanpa sebab.

Semua yang aku buat contoh di atas ialah mimpi yang aku pernah alami sendiri. Sepanjang2 mimpi itu, rasa macam sangat risau macam mana nak hidup dalam keadaan macam tu, dan bila terjaga, it's like a huge relief sebab semuanya hanya mimpi.

Tak macam mimpi buruk, mimpi jahat seems sooo real sebab watak2nya dan apa yang berlaku di dalam itu selalunya mencerminkan suasana sebenar.

Mimpi paling jahat pernah aku alami (setakat ini) ialah beberapa hari lepas. Mimpi pasal senior sekolah aku, dan kawan sekolah aku, satu dorm, dan seorang ustazah aku.

Sebab paling besar kenapa mimpi itu jahat ialah, ia buat aku tertanya2, kenapa aku mimpi macam tu? Adakah in real life itu ialah apa yang tersirat di dalam hati? Tapi ketiga2 manusia berkenaan dah lama lost contact pun. Haaa misteri sungguh.

Senior tu dah berkahwin pun. Aku tak pergi sebab aku di sini mereka di sana maka aku ucapkan tahniah di sini saja. Siapakah? Hahaha silalah suspen. Ok dah tak tahu nak sambung apa maka aku tamatkan saja.



Mula2 nak tulis pasal coklat dan babi tapi nanti2lah maka kerana tiada idea tapi nak update entry jugak aku pun mengajar kamu pasal beza antara mimpi buruk dan mimpi jahat.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Naja Naja said...

OK.. baru kaknaja dapat beza antara mimpi buruk dan mimpi jahat. Haha.. pandai hang !!

Hikaru Yui said...

@Naja Naja haha tahniah atas pencapaian tersebut.

=p