Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, June 29, 2014

Diari Ramadan yui92


Assalamualaikum. Hye.

Itu sebenarnya nama folder khas yang aku buat untuk memuatkan cerita2 dan movie2 dan siri2 yang aku nak tonton sepanjang cuti. Bertepatan dengan bulan puasa yang letih nak buat aktiviti berbentuk fizikal maka aku akan duduk depan laptop sahaja.

Ada beberapa cerita dan siri termasuklah Running Man yang aku dah tinggal sejak episod 180. Antara cerita yang telah aku tonton sebelum Ramadan menjelang lagi ialah My Wife Is A Gengster 3, The Insidious, dan The Insidious 2nd Chapter.


Inb4 orang mahu penuhkan bulan puasa dengan amal ibadat. Benda itu tak payah cerita. Dan bolehlah jadi realistik sekarang. Mungkin ada manusia yang mampu tapi aku agak kurang mampu melawan nafsu. Haha.

Tahun ini aku bakal beraya di perantauan. Maka sebulan penuh puasaku akan di Mesir ini. Sebelum2 ni sempat berpuasa 2 minggu lebih di Malaysia. Di rumah aku Streamyx laju. Di sini TEdata selalu habis limit sebelum hujung bulan dan mengguna broadband equals to mencarut.

Sungguh inilah cabaran terbesar Ramadan aku tahun ini. Bagaimana mahu aku jaga pahala puasa agar tak berkurang dengan carutan terhadap Mobinil dan Vodafone. Sumpah mustahil. Kahkahkah. 

Tapi tak apalah. Momo dan Popo bakal temankan aku sepanjang bulan. Terima kasih Momo dan Popo.

Selamat menyambut Ramadan. Tuhan benarkan aku berterawih malam pertama Ramadan. Semoga tuhan benarkan aku berpuasa penuh dan berterawih penuh juga. Semoga tuhan berikan aku kuat untuk menambah apa yang kurang. 

Dan yang paling penting, semoga tuhan beri kekuatan SUPER EXTRA agar tertahan mulutku dari mencarut2 bila broadband slow dan tak stabil. Huehue.

Sebenarnya yang lebih penting ialah kemerdekaan penuh... iykwim =p


 oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

ezzu said...

salam ramadhan..:)

Hikaru Yui said...

@ezzu

selamat berpuasa =p