Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, April 17, 2014

Surat terbuka kepada penulis, penerima, dan pembaca2 surat terbuka


Assalamualaikum. Hye.

Jikalau anda mengikuti perkembangan di internet pasal isu ustaz sensasi dan statement beliau yang juga ada sedikit sensasi, lepas tu ada teguran2 yang sepatutnya bersifat normal tapi oleh kerana masyarakat Malaysia kan suka akan kesensasian maka menjadilah perkara tersebut sesuatu yang sensasi jua.

Proses ini dinamakan sensasifikasi.

Apabila sensasifikasi bermula, susah untuk ia berhenti. Namun, ada satu cara yang efektif untuk menggentikannya iaitu dengan mengsensasikan perkara lain pula. Haaa gitu.

Oleh kerana aku ini tak siapa nak pandang, maka coretan2 aku bolehlah disifatkan sebagai pendapat peribadi individu yang tidak signifikan maka kalau aku nak tulis macam mana pun tak kisah. Tak macam penulis2 surat terbuka yang sifatnya agak terkenal. 

Setiap baris ayat mau ada lapik2 macam alas meja pengantin. Beropol2 dan beralun dengan tenunan awan larat berselirat berbirat berkarat.

Contohnya,  Ustaz sensasi kata zoi zozoi zozoi zozoizoi zoi zoi zoi zoi zoi (sila baca mengikut rentak lagu Oggy and the Cockroaches).

Maka sebagaimana penulis surat terbuka, sekiranya zoizoizoi itu salah maka ayatnya berbunyi seperti berikut :

Ingin saya tegaskan bahawa saya bukanlah mahu mengkritik ustaz, namun sebagai insan yang berilmu cetek tetapi masih mampu mengkaji sedikit sebanyak akan isi kandungan yang cuba ustaz sampaikan, saya dapati bahawa, terdapat sedikit perkara yang tidak boleh saya setujui. Maafkan saya jika kenyataan saya berbunyi seperti mahu mengkritik tetapi saya perlu jelaskan juga. Bukan niat saya mahu menunjuk pandai sedangkan ilmu saya cuma secetek berbanding ilmu ustaz yang saya segani, tetapi pada pandangan saya yang serba kekurangan ini, blablabla blablabla blablabla blablabla... blabla... blablabla blablabla... bla... blabla... zoizoizoi...

Sepuluh ayat untuk sampaikan satu perkara. Semuanya sebab nak tunjuk respek, atau rasa rendah diri, atau mahu menyampaikan dengan hikmah agaknya.

Berbanding kalau kata2 manusia tak terpandangkan seperti aku ni, senangnya aku cakap terus saja "Ustaz, statement kau haritu macam ada kekeliruan. Check balik boleh? Atau bagi rujukan kau dari mana. Aku nak kepastian sebab ramai yang rasa pelik dengan apa yang kau cakap haritu."

Aku pun cakap saja pandai sebenarnya. Tapi untuk make a point sounds like a point, tak payah nak meleret sangat lah. Nak bertapis apa sangat. Oh lupa pulak aku sekarang manusia hidup ada darjat di mata manusia. Okie okie got it.

Disebabkan hal semudah ini, perkara jadi berlanjutan dan berpanjangan. Umumnya nak menegur seseorang lepas tu buat surat terbuka. Cara dah berhikmah, bahasa dah berhemah, fakta dah berilmiah. Tetapi...

Penulis surat terbuka terlupa satu perkara paling besar dalam dunia tegur menegur ini ialah bukan cara teguran atau orang yang ditegur. Tetapi reaksi para penonton di luar sana yang menyaksikan teguran. 

Nak pulak yang ditegur itu ialah orang2 kesayangan. Maka reaksinya berbeza2 juga. Di sinilah sensasifikasi bermula.

Orang ramai, masyarakat, atau senang cakap kepochi2 murahan yang tak ada kerja lain selain daripada mengkritik kerja orang lain dan bagi judgment yang tak ada siapa minta (macam apa yang aku sedang buat ini) tak akan pernah berhenti melakukan rutin2 menganyam ketupat mereka. Mind the metaphor.

Kalau tegur kasar, dikatanya tak berhikmah. Dicarutnya lagi lepas itu.
Kalau tegur lemah lembut, disuruhnya inbox lah, tegur secara peribadi lah, bersemukalah bagai. Dicarutnya lagi lepas itu.
Kalau tegur berdepan, disuruhnya pula dibuat live di kaca televisyen, atau sidang akhbar, supaya orang tahu apa yang dibincangkan. Dicarutnya lagi lepas itu.

What the hell, people? What else do you need to satisfy your insatiable hunger of criticizing others?

Macam kamulah yang lagi ustaz dari ustaz. lagi sarjana dari sarjana. lagi ilmuwan dari ilmuwan. Lagi lagi dari lagi.

Dalam dunia ini, apabila dikatakan nasi lemak itu makanan paling sedap di Malaysia, akan ada yang setuju dan akan ada yang tidak. 

Akan ada golongan yang mengemukakan bukti nasi lemak itu sedap. 
Ada golongan yang mengemukakan bukti roti canai yang paling sedap.
Masing2 mengemukakan hujah dan bukti menyokong pendapat masing2.

Tidak ramai juga yang akan bangkit mengatakan Mak Limah penjual nasi lemak itu jongang dan obesiti. Tidak sesuai dijadikan mertua. Harun penebar roti canai itu suka korek hidung merata. Pengotor.

Dan golongan inilah yang paling ramai.

Padahal nasi lemak dan roti canai itu memang sedap pun. Dua2 halal dimakan. Dua2 menyebabkan kadar kenaikan kolestrol dalam badan. Dua2 boleh didapati di kedai2 mamak dan mahal nak mampos sekarang berbanding sepuluh tahun lalu.

Dua2 sama. Dua2 betul. Kenapa perlu ditelagahkan? Dan yang lebih kronik, kenapa perlu dibincangkan hal peribadi Mak Limah dan Harun? Again, mind the metaphor.

Surat2 terbuka tujuannya baik dan selalunya ada isi2 konstruktif sebab surat terbuka biasanya bersifat "lebih sempurna" berbanding surat2 biasa apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan surat berantai.  

Tapi, penerimaan masyarakat, atau kadang2 yang lebih menyedihkan, target surat terbuka itu sendiri yang tidak sewajar yang diharapkan. Sensasifikasi ja lebih.

Konsep surat terbuka itu pun sebenarnya cacat juga. Dah kata surat, sepatutnya memag seorang saja penerima. Tetapi jika dibuat terbuka, maka ramailah yang suruh tegur secara peribadi, bersemuka, dan sebagainya.

Cuma perlu diingatkan, surat tu bukan untuk dibaca oleh orang itu sangat pun. Ada beberapa perkara yang nak disampaikan kepada umum sebab itu surat itu dibuat terbuka. Tetapi tetap menjadi bualan orang ialah kerana nama2 akan terjaja di situ.

Dengan nama2 itulah ramai yang memuja, ramai yang memuji, ramai yang mencerca, ramai juga yang memaki.

Manusia, selagi mana namanya manusia, tak kiralah dia ustaz kah, artis kah, penulis blog popular kah, pendakwah tahap tinggi kah, professor kah, tukang cuci jamban kah, maka selagimana dia manusia, dia tidak sempurna.

Allah sebut manusia itu sebaik2 kejadian tapi itu ada maksud yang perlu kita pelajari. Bukan sempurna mutlak. Manusia mana ada yang sempurna secara mutlak. Nabi yang iman penuh di dada pun ada ditegur. Inikan kita manusia biasa yang iman setakat paras buku lali pun tak sampai.

Jadi, bersifat terbukalah dalam menerima teguran dan memberi teguran. Aku yakin yang memberi dan menerima teguran itu tiada masalah. Tetapi yang bermasalah dan menjadikan perkara itu berlanjutan ialah penonton2 yang kepochi2 di luar sana. Ramai yang ada masalah hati dan suka sensasifikasi.

Yang tak habis2 memanjangkan hal2 yang tiada penyudah. Selalu2 menambah2 perisa untuk menyedapkan cerita. Mengadu domba mereka cerita menambah minyak ke dalam bara.

Chewah bahasa... padahal berterabur. Sila hargai usaha aku.

sOErat terbOEka baq hang... kemaih habih...

Sebagai penyudah kepada entry tak bermanfaat ini, aku serukan kepada pembaca2 di luar sana agar bermula dengan diri sendiri untuk tidak menjadi pembawa berita sensasi dan cukuplah sekadar bersensasi dengan rakan sebilik sahaja. 

Tak perlulah menjadi pengulas2 media massa yang dah cukup banyak dan memeningkan kepala. Kalau nak berdiskusi jugak, sila buang jauh2 unsur sensasi sebaliknya lebihkan fakta dan isi.

Apa yang boleh dibaiki, maka baikilah. Bukan ada yang rugi pun kalau mengakui kesalahan atau meminta maaf. Mungkin diakui, terasa seperti reputasi tergugat jika mengatakan "aku salah" tetapi itulah ruangnya untuk menambah kredibiliti.

Aku akhiri dengan wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: