Keep calm and click click

Follow Etc

Plus One if you like this site

Sesedapedia

Loading...

Saturday, April 12, 2014

Mewsix


Assalamualaikum and hello, people!

Mew is old. Mewtwo is too small of a number. Hence Mewsix. Please LOLz for the lame joke as a sign of support.

Sebenarnya tak ada apa nak cerita tapi ada orang sudi tanyakan aku pasal blog yang hidup segan mati tak mahu ini. Maka aku rasa terharu dan sebagai tanda penghargaan, aku pun tulis entry ni. Choi.

Nak ulas isu semasa terasa semacam orang lain dah buat. Nak ulas pasal muzik lah sebab aku pun sedang melayan beberapa suara baru. Album2 penyanyi kegemaran juga sedang menunggu masa untuk keluar. 

Inb4 haaiii dnia akhir zaman orang baca quran banyak hang pulak dok kalot dengaq lagu? Well... hobi... kot? Entahlah. 

Di sini akanku senaraikan 6 lagu/penyanyi/artis yang aku sedang dengar on repeat peat peat peat peat peat bak kata Selena Gomez dalam lagunya yang berjudul Love You Like A Lesung. Tapi jadahnya aku nak list Selena dalam list aku ni. Tak layak. Kahkah. Sori mori Selenators (or whatever the hell the fans wanna call themselves). Ngehngeh.

Here goes the list. Make sure to check them out because they are awesum. Comel tak eja awesome macam tu? Apa? Tidak comel? Tidak mengapa bukan aku kisah pun.

#6 Melanie Martinez


Melanie Martinez ialah peserta The Voice season 3 kalau tak silap. Coach dia Adam Levine. Adam Levine sama sekali tiada kaitan dengan Avril Lavigne tengok nama bapak pun dah tahu so please stop making lame jokes mengatakan Adam ialah abang Avril atau Avril kakak Adam or whatever. Betul. Percayalah cakap aku. Masih ada manusia yang buat lawak itu. Tapi aku puji la tujuan murni nak mewujudkan suasana humor. Next time, choose less lame jokes okies.

Melanie tak menang pun The Voice tu. Ura2 mengatakan Christina Aguilera yang suka jerit2 tidak suka sama Melanie yang suaranya cool dan relax. Maka Melanie pun tersingkir. Apa kaitan Christina dalam hal ini aku pun tak tahu.

Lagu Melanie bertajuk Dollhouse. Sangat unik. Suara dia lain dari yang lain. Lirik lagu ni pun best dan tak macam lagu2 tipikal yang hampeh dan pointless. 

#5 Flyleaf with the new vocalist Kristen May


Flyleaf, band favourite aku. Lacey Sturm yang best itu sudah melangkah pergi. Dah jadi artis solo (kot?) atau mungkin dia nak jadi pendakwah bebas dengan suami dia sebagai The Whosoever. Aku pun tak pasti sangat. 

Kristen May sangatlah dikutuk peminat setia Flyleaf bila menyanyikan lagu2 lama band itu sebab terkenangkan Lacey. Tapi lagu2 baru yang fresh, ditulis untuk album baru, setakat ini semuanya boleh tahan juga. Boleh cari lagu Marionette, Set Me On Fire, Thread, Well of Lies, dan my favourite among those, City Kids.

#4 Holly Henry


Holly Henry, seorang lagi peserta The Voice yang tersingkir di pusingan awal2. Bangang betul Blake Shelton. Aku terus tak follow season 5 lepas Holly tersingkir. Tapi tengok juga sebenarnya sebab ada lagi Caroline Pennel. Lepas Caroline keluar jugak baru aku stop tengok. Haha.

Maybe dia tak pergi jauh dalam The Voice, maybe dia underdog, tapi Holly Henry ialah seorang penyanyi yang superb. Dia cover lagu Say Something pun dapat nombor dua dalam rancangan Ryan Seacrest apa tah. Kira power la.

Suara dia lembut, soothing, dan dia bole cover lagu rock kapak menjadi lullaby. Dia ada mini album yang lagu2nya fresh dan sedap juga didengar. Latest cover, The Scientist.

#3 Lily Allen - Sheezus


Tahun ini, Lily akan mengeluarkan album ketiga. Lama menyepi sebab lepas kawen dan beranak pinak. Walaupun aku agak disappointed lagu2 yang dia dah keluarkan setakat ni agak lame lyrically and content agak lopek berbanding album 2nd dia, tapi bila dengar on repeat macam best pula.

Mungkin sebab aku biased kot ya lah Lily Allen kan, siapa tak minat Lily Allen tapi mengaku suka pop music maka aku sarankan pergi check telinga. Daripada mendengar lagu2 pop boyband tah apa2 atau KPOP yang setakat jual muka, lebih baiklah dengar lagu Lily Allen.

Tapi itulah. Album latest ni aku rasa tak akan menjadi sebest album 2nd. It's Not Me, It's You sangat superb dari segi lagu dan lyrical content. Ada banyak mesej dan sarkasm. Lagu2 baru dia macam agak shallow sikit tetapi masih best contohnya Our Time

Still anticipating, though.

#2 Fynn Jamal


Selain dari Yuna, Fynn Jamal ialah artis Malaysia yang aku paling suka. Dia tak ada album (lagi) tapi lagu2 di Youtube banyak. Baru2 ni aku tengok di Youtube dia bakal keluarkan album. Siap ada laki dia dalam album tu. Huuiii lakibini menyanyi. Suwiit gitu.

Dah dengar Arjuna Beta? Perlukah aku cerita apa bakat yang dia ni ada? Please make more music and save Malaysia's music industry please.

#1 The Venopian Solitude



The number one on my list today. Takahara Suiko, atau Venopia, atau The Venopian Solitude which aku assume as nama dia dan band dia sekali.

Di Youtube, takaharasuiko buat cover, lagu2 original, dengan equipment yang bermacam2 dan berbentuk experimental. Lirik2 dia power. Bahasa dia kadang2 sampai tak faham. Haha. The best part is she is so herself.

Aku tak sangka in the end dia akan ada label sendiri dan keluar album. Tapi kira bagus lah sebab hasil dia sangat superb. Album yang ada 8 lagu tu sangat refreshing dan berbeza dari apa yang kita dengar hari2 di radio ERA.fm, hot.fm, apatah lagi IKIM.fm atau Klasik Nasional.

Oleh kerana aku tak berduit nak order album tu, maka aku dengar online saja. Lepas tu ada software download audio from website lalu terhasillah album itu dalam laptop aku tanpa disengajakan. Huahua.

Semua lagu best tapi aku shortlist lagu Khilaf Ratna, Mahar, dan Kembang Bunga. Versi album punya Kembang Bunga agak slow dan mellow. Aku lagi suka versi ori tapi it's not that bad. Selain 8 lagu yang best2 belaka tu, aku harap nanti di masa akan datang dia akan buat more studio recording lagu2 yang dia nyanyi di Youtube seperti Jerayawara Orang Berjaur, Cahaya Bulan Lima, dan banyak lagi.

Just watch this and be impressed.

Ok itulah saja new music yang aku sedang dengar2kan. Aku sebenarnya layan ja lagu apa pun asal aku rasa sedap. So it depends on my ears. Avril Lavigne tetap the best cuma kena jugak dengar benda baru kan? Hahaha.

oktengsbai

Thanks for reading.

2 comments:

izzati husna said...

aihh sama je la kita berdua.. blog pun dah sunyi sepi je sekarang. view pun dah tak macam dulu. btw cer try dengar lagu david choi ke, jess hudak ke , chester see ke .. sedap gak weh lagu dia :D

Hikaru Yui said...

@izzati husna haha masing2 dah sibuk blog pun dah ke mana skang..

chester see mmg dok layan jugak.. yg lg dua tu xpnah tgk lg boleh la try pasni =p