Keep calm and click click

Follow Etc

Plus One if you like this site

Sesedapedia

Loading...

Saturday, April 26, 2014

Kami Histeria Melawan Hantu Tanpa Memerlukan Bantuan Ustaz


Assalamualaikum and hello, people!

Aku baru download cerita ni semalam. Tengok pagi tadi. Best cerita dia. Mila sangat gedik tapi tak sakit hati sebab gedik dia berlapik dan tak over.

Tapi, di sebalik cerita ini best kataku tadi, aku rasa filem ni mengandungi beberapa perkara yang aku rasa...

B...
O...
D...
O...
H...

...dan membodohkan penonton, masyarakat, mempersenda agama, dan sebagainya lah. Oh satu lagi, aku semakin tak percaya akan "hijrah artis". Dalam kes ini, Afdlin Shauki. Hahaha.

Sebagai material hiburan, aku bagi cerita ni 3.5/5 bintang. Sebab lawak2 dia agak fresh. Idea2 dia kelakar. Jalan cerita pun sweet. Tapi dari segi content, cerita ni sampah. Sampah sarap. Sampah sarapan pagi. Certain part lah bukan semua.

Ok mari aku cerita beberapa merit cerita ini. Aku puji lah dia punya idea of girl band sebab Malaysia memang pernah ada beberapa girl band yang best2. Contohnya Elite, Juliet de Orange (lamaaa dulu), dan... aku dah tak boleh bagi contoh sekarang sebab aku ingat dua ni ja. Kalau kumpulan nasyid Solehah tu boleh dikira sekali, kira ja lah sekali.

Tapi band2 ni dah tak ada. What a loss. So kalau nak dibuat cerita pasal girl band, watak2 yang ada tu kira cukup sesuai la sebab banyak kepelbagaian perangai, citarasa, dan keistimewaan masing2.

Aku suka watak Peanut tu sebab unik. Sapa tah pelakon dia. Dialog dia aku rasa jerit2 ja time ada hantu dan "LAILAAA" masa dia nak lemas dalam swimming pool. Lain2 scene dia diam ja. Masa perkenalkan diri di radio pun Laila yang perkenalkan.

Diana Danielle sesuai jadi Laila tu sebab dia nampak paling matang and well composed. Mula2 aku rasa kenapalah tak ada Liyana Jasmay dalam cerita ni. Tapi bila dah tengok cerita tu baru aku rasa nasib baik bukan LJ yang berlakon. Haha. LJ kiut sangat. Watak Laila tu tough sikit. Sesuai lagilah DD.

Then we have Sara Ali sebagai Bad, one of my favourite new young actress. Try tengok dia berlakon dalam Songlap (kalau tak silap). Watak degil, suka buat keputusan sendiri, terburu2, dan bodoh(?) sebab buat pilihan tak bijak dan tak fikir panjang.

Mila sebagai Airin yang sangat menjengkelkan dan gedik tapi gedik dia tak plastik dan nampak natural kalau nak dibandingkan dengan watak2 gedik orang lain dalam cerita lain. 

Lepastu watak Jo yang dah semacam boifren si Airin. Lesbo ke apa? Lakonan siapa aku tak pasti. Tapi menjadi la. Basically semua pelakon dalam cerita ni menjadi.

Fazura sebagai Cik Lang. Kahkah. Langsuir loghat utara. Ni nak habaq kata kat utagha ada banyak langsuir ka apa ni? Kahkahkah. Boleh nampak la beza mutu lakonan Fazura dengan budak2 tu dalam cerita ni. Cuma slang utara dia tu agak kurang menjadi dan berbunyi fake.

Izzue Islam sebagai Pit. Aku assume nama dia Hafiz kot. Haha. Afdlin Shauki... hummm... hmm... mmm... nanti aku cerita.

Pertamanya, konsep cerita dah ada. Babak seram pun boleh tahan. Dalam lima orang tu, Airin, Jo, dan Peanut ja yang kena kacau. Airin kena kacau dengan hantu dalam cermin di bilik air. Aku tak pasti kenapa mesti ada babak mandi tu. Kan lagi elok dan sopan kalau terus buat scene cuci muka. Hantu dalam cermin tu agak menyeramkan bagi aku.

Jo pulak dah macam masuk dalam dunia game. Ni tak lain tiru Kick Ass lettew. Haha tak kisah janji mejadi. Dia cuba tembak zombie macam yang dia main dalam game tapi rupanya tertembak kawan sendiri. Nice jugak scene tu.

Peanut yang lepak2 di swimming pool terdengar bunyi kucing jatuh dalam air. Dia cuba nak selamatkan last2 dia pulak yang kena kacau dengan hantu air. Part ni la dia jerit "LAAILAAAA!!!" dan itulah satu2nya dialog dia. Kahkah.

Bad dan Laila macam tak kena kacau tapi masa kawan2 mereka diganggu, both Bad dan Laila sembang dengan Pit. Laila di kedai makan, Bad di kedai buku. Mula2 aku ingat Pit tu hantu. Tapi sampai last cerita tak cerita pun pasal Pit. Kot ada kembar ke apa. Tak juga. Tah lah bagi aku watak tu agak tergantung.

Scene seram, scene lawak Kit Kat, scene Cik Lang, semua aku bagi rating tinggi. Pandai olahannya dan lawak yang tidak se-cliche cerita2 arahan Ahmad Idham dan David Teoh.

Here comes the bad part of the movie. Ok selain daripada mesej hiburan, apa lagi yang cerita ni ada? Almost NONE.

Misconception pasal bomoh2 atau mintak bantuan makhluk ghaib yang sangat obvious dan tak boleh nak cover2 lagi. Memang dah biasa kalau filem ada hantu2 mesti nak ada babak lawan hantu apa semua kan.

Pada pendapat aku lah, guna Kit Kat dan paku tengkuk pontianak dengan stapler gun (?) lepas tu balut dengan pembalut tengkuk patah (so that paku tu tak boleh ditarik dan tak boleh kembali ke bentuk asal) tu dah cukup BRILLIANT tapi kenapa kena nak masukkan jugak unsur2 "Islamik" dalam part tu? Macam tak kena ja.

You know what I'm talking about. Babak bawak surah Yasin (agaknya lah) dan guna sebagai alat melawan jin jembalang. That's lame dan memberi imej negatif kepada agama. Especially guna surah Yasin sebagai spell tag? Like, seriously??? Letak surah Yasin di rambut hantu, hantu sakit lepas tu cengkaman rambut hantu pun terlepas. 

Ada kawan kena ikat kaki oleh rambut hantu. Letak surah Yasin kat kaki? Ffs... Sejak bila gunanya ayat2 suci kita macam spell tag filem hantu cina? Maybe ada yang explain benda tu bukan surah Yasin pun. But still, the message is there. Apa lagi yang remaja2 Islam nak guna melawan pontianak? Komik Naruto?

Obviously the message sent to viewers ialah, kalau nampak hantu setan, bawak ja surah Yasin/ Alquran, letak di badan hantu dan hantu akan sakit. Pastu mati. Sad... so sad...

Walaupun cliche yang lebih annoying (ustaz berjubah putih pakai serban baca ayat kursi tunggang langgang lepas tu bertakbir kuat sikit dari bunyi mercun pop pop) dapat dihindarkan, tapi mesej yang buruk itu tetap propagated.

Seolahnya ayat suci itu untuk ditampal2 bukan diamalkan. Aku ingat lagi ada scene Bad kata "Kita bawak lah pendinding" as if pendinding itu sesuatu yang berbentuk fizikal dan bukannya amalan.

Sejak dari mula, kalau konsep "mintak tolong dengan jin setan" itu dibuat bahan ketawa, lawak, dan parodi, especially Cik Lang dan Kit Kat, cara menyeru Cik Lang, dan sebagainya diguna pakai sampai ke akhir cerita, this movie akan jadi lebih baik dan kurang menghampakan.

Keduanya, aku agak annoyed dengan penampilan watak "seolah2" lesbo Jojo dan Airin. Dan macam yang aku sebut tadi, babak bilik air Airin yang tak perlu pun nak diadakan.

Di Malaysia, isu LGBT dan cukup panas dibincangkan. Kita tak perlu filem untuk tunjuk as if benda itu cool. Perempuan berpakaian dan bergaya ala2 lelaki, semua tu tak perlu disajikan secara sembunyi2. Kalau nak sangat buat cerita lesbo, make a different film.

Ketiga, Afdlin Shauki. Haha. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana sebab benda ni agak personal. Personal? Aku ada jumpa Afdlin secara personal ke? Tak lah. Maksud aku pendapat peribadi lah.

Afdlin pernah datang Mesir masa misi keamanan ke Gaza. Masa tu dia ada bagi talk. Dengan dia masa tu ialah Zain Saidin dan Bront Palarre. Masa itu, they are the best people Malaysia will ever have. Dan Afdlin pun ada cakap yang dia nak improve filem2 arahan dia apa semua. Kira macam insaf2 gitu.

Tapi bila berlakon, tetaplah pengarah itu tuhan dia. Bergolek2 dengan perempuan, pegang tangan, all those stuff seem so wrong. Especially after what he had said. Again, ini personal opinion. Aku tak maksudkan kalau dah pergi Palestin kena balik jadi Imam Muda.

Zain Saidin pun, bini dia pakai tak tutup aurat juga masa kahwin. Baru kawen dah kena tanggung dosa isteri tak tutup aurat. Maybe it takes time. But still, it seems wrong. As if, dia tak kotakan apa yang dia kata. As if lah.

Dan siapalah aku nak judge dosa pahala orang kan. Sebab tu aku tegaskan personal opinion. Aku tak hukum mereka sebagai berdosa ke apa (bukan hak aku) cumanya common sense lah kan pergaulan bebas dan tak tutup aurat tu mengundang dosa.

Menonton Kami Histeria tu pun dosa juga sebab tengok orang tak tutup aurat pun dikira dosa jugak. Tapi melihatkan keadaan hari ini tengok berita pun berdosa, jalan2 di tepi jalan pun berdosa, maka kita bersangka baiklah kepada tuhan bahawa dia akan ampunkan dosa2 berterabur itu sebab tak terkawalkan. Takkan nak jalan tutup mata kan? Takkan tak tengok tv tak tengok movie?

Ok dosa pahala kita sembang di lain entry. Dah tulis pun dalam draft. Nanti aku update.

Berbalik kepada cerita Kami Histeria, aku rasa cerita ni cukup menghiburkan tetapi ada certain part aku rasa cerita ni tak lain tak bukan cuma mempamerkan kebodohan kepada penonton.

Nah video lagu Muzik yang ada suara Cik Lang tu.



If you are concern enough, jangan tengok video tu. Tak pun lepas tengok pandai2lah istighfar ke, berzikir ke apa. Kan menyusuli kebaikan selepas keburukan itu mensucikan dosa2 kecil?

oktengsbai

Thanks for reading ;)

2 comments:

arsal74 said...

Pengomen tegar...hahaha
p/s: awak baliknwat citer bdk asrama oenuh kena serang ngan penunggu pn best gak...set penggambaran kt....sempadan utagha negara (kisah benar kot, hahaha)

Hikaru Yui said...

@arsal74 cikgu.. pengomen tegar tu maksudnya kena komen bertalu2 di setiap entry. hehe

oh ada cerita baru ka kat skola kita tu? ingatkan dah aman damai dah drpd penunggu2 bagai.