Pemollow

THYB on Facebook

Monday, March 17, 2014

Mimpi konspirashit


Assalamualaikum. Hye.

*Entry random*

Nampaknya benda ini sudah menjejaskan hidup aku lebih dari apa yang aku sangkakan.

Mimpi dan yui92 berpisah tiada. Mimpi di sini bukanlah angan2 atau cita2 mahupun kata2mu hanya mimpi di siang hari kemarau panjang berpanas jua berteduh tidak bak nyanyian Sharifah Zarina tetapi literally mimpi yang dialami sewaktu tidur sama ada di waktu malam, pagi, atau petang.

Teori2 konspirashit berkaitan MH370, yahudi Freemason atau mason yang berbayar, segala Illuminati bagai, mungkin banyak sangat dikongsi di laman sosial dan aku pun sudi membaca. Akibatnya sampai dibawa ke dalam mimpi.

Maka, tadi aku overslept. Maaflah junior kesayanganku Ulsyidah Ammra walaupun telah dikau menelefonku tetap jua diriku tewas kepada keletihan yang boleh tahan dahsyatnya. Versi jujur; turut dipengaruhi faktor lain seperti malas, bisikan syaitan, dan hawa nafsu.

Setakat yang aku recall, tak banyak kali aku mimpi sampai letih2. Selalunya mimpi hanya habis di situ tapi kalau aku ingat dengan betul apa yang pernah aku belajar dulu pasal mimpi, kalau kita bermimpi dalam REM phase, semua yang dialami dalam mimpi itu akan turut dirasai secara live.

Tadi aku mimpi pegang jarum. Watak lain dalam mimpi aku tadi ialah seorang blogger hebat merangkap peniaga. Kawan aku juga. Kami di rumah yang aku tak tahu rumah siapa. Ada juga orang lain tapi aku tak ingat.

Bukan setakat teori konspirashit masuk dalam mimpi aku. Bahkan segala metafora berkaitan pun turut sama tumpang sekaki. Antaranya ialah jarum tadi.

Ya, jarum. Pernah dengar tak pasal "jarum" orientalis, "jarum" anasir barat, "jarum" freemason, dan seangkatan dengannya. Aku mimpi pegang jarum. Mungkin diadun bersama kebabian si bomoh tua kutuk, maka aku pun bermimpi jarum sihir (kot?) yang mana kalau pegang akan mendatangkan penyakit. Habis sakit badan aku dibuatnya.

Masa dalam rumah tu, dah dipesan jangan pegang jarum tu tapi aku pegang juga. Mimpi ini mungkin juga meng-apply satu perangai aku iaitu degil ketegaq tak dengar kata. Pegang jarum lepas tu jatuh sakit? Bukankah itu dongeng Disney Sleeping Beauty?

Jarum tu kaler biru dalam mimpi aku. Jarum puaka. Kahkah...

Memang aku tidur selepas tu. Adakah itu bermakna aku ini seorang beauty? Kahkahkah memang sah ini semua mimpi.

Dan aku pun bangun lewat. Satu badan aku sakit2 lenguh2 aku pun tak tahu kenapa maka aku assume mimpi itu berlaku dalam fasa REM lah kot. Sebelum ni pun pernah jadi cuma aku betul2 berlari dalam mimpi itu. 

Kali ini, betul2 cuma setakat memegang jarum. Tapi efeknya sangat serius juga. Petang itu, kawan aku call (ini sudah bukan lagi mimpi) dan aku pun keluar menemannya beli barang sikit. Sebab dia ajak dan aku pun ikut saja.

Seperti biasa aku memakai jubah feveret bersama muffler pendek sesuai dengan musim yang sudah tidak berapa nak sejuk. Sebatang peniti diletak supaya secure. Kalau nak tahu caranya, boleh request nanti aku buat tutorial. Setaraf Hana Tajima punya okies. Kahkahkah merepek.

Balik tu, masa nak buka, aku tercucuk jari aku dengan peniti tu. Walaupun itu bukan peniti sihir dan aku juga tak terkena sebarang penyakit tetapi tetap jarum juga. Mungkinkah ini petanda aku bakal menjadi bomoh mimpi?

Mungkin boleh cabar si Bomoh bangang Ibrahim Mat Zain (betulkah ejaan ini?) jom lawan siapa lagi power. Nak?

oktengsbai


Thanks for reading. Bye ;)

No comments: