Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, March 6, 2014

Let's talk stuff yang dah lama tak jumpa


Assalamualaikum. Hye.

Ini entry panjang. Dan menyaksikan aku yang selalu sembang pasal bab ni sebelum2 ini tapi dah lama tak cerita sebab dah jarang update blog. Huahua.

Isu femes di blog ini especially aku memandang hal ini sebagai serius. Aurat. Yeah you heard me right, dear. Aurat. Tudung. Dan yang sama waktu dengannya. Meliputi lelaki as well tetapi concerning women more.

Masa aku share status APG haritu di Fb aku ada sebut pasal Gothmummi dan aku pun pergi tengok la balik video2 lama dia. Pastu tetiba pagi ni aku tengok kawan aku share Felixia Yeap punya quote yang buat aku rasa macam nak tutup muka dengan kuali. Nasib baik aku lelaki. Kalau aku perempuan entah2 terganggu kitaran haid aku sebab malu sangat.

Benda yang dah lama orang nak cakap tapi maybe tak sampai hati. Tahniah Felixia
you're such a saving grace to have conveying this to society.
LIKE, SERIOUSLY?!?!

This, to be coming out from the mouth of a non muslim? Masih ada kualikah di dapur atau semua sudah digunakan untuk menutup muka? Sepatutnya begitu.

Dah lama dan dah banyak pun orang2 perempuan BUKAN ISLAM yang mengamalkan gaya hidup berhijab. Cuma, maybe yang popular dan dipandang manusia berotak sempit tu bilangannya tak ramai.

Kristian yang betul2 nak ikut Bonda Mary konferm2 pakai tudung. Cuba google image Mary mother of Jesus. Tengok gambar2 yang digambarkan itu. Almost semua pakai tudung atau veil. Memang la bukan tudung labuh macam Ustazah Pilihan EH USTAZAH PILIHAN PAKAI TUDUNG LABUH KAH? Tudung labuh bertatahkan mekap masuk Tv apa semua. Tudung labuh lah sangat tu kan.

Malas nak google? Or malu nak google? Nah aku tolong googlekan. Kira sendiri berapa gambar yang tak ada veil dan buat statistik sendiri nisbah Mary pakai tudung dengan yang tidak. 

By the way bagi yang berotak slow, tudung kalau dalam konteks Mary ni maksudnya veil la bukan tudung macam yang orang Melayu pakai. Maksud yang cuba dibawa di sini ialah modesty. Jadi jangan comparelah tudung mereka dengan tudung kita. Ilmu tu ada ke tidak?

It's not a new thing pun. Memang pemakaian hijab semakin dikenali sebagai sesuatu yang modest, sederhana. Sebelum2 ni dah ada, tetapi sekarang makin ramai yang non muslim tapi pakai tudung atau berpakaian in general WAY BETTER than muslimah themselves.

Nak aku share pasal Gothmummi? Dia ni wanita Kristian. Sebut salam macam orang Islam juga. Kadang2 dalam video dia ada ja sebut Masya Allah, Insya Allah, Alhamdulillah apa semua. Allahu Akbar dia tak sebut la kan sebab dia kata Jesus tu son of god.

Dia kata dia nak amalkan cara hidup yang modest. Dan atas sebab itu dia pilih dress code yang dianjurkan Islam. Dia punya tutup aurat memang TIDAK sesempurna Ustazah Pilihan tapi 100x better dari bini2 menteri dan bini2 sultan yang ada di Malaysia.

Sebagaimana Felixia Yeap, Gothmummi juga diasak dan dihujani dengan 64895749851765 kali pertanyaan yang sama. Unsur terpenting soalan2 itu ialah "KAU BUKAN ISLAM PUN KENAPA PAKAI TUDUNG?". Very shallow and retarded question. Especially kalau yang tanya itu orang Islam. Kalau bukan Islam yang tanya tu ok lah lagi.

Kalau bapak kamu seorang pembuat dan penjual baju, dan bapak kamu kata "Pakailah baju yang bapak buat ni haa wahai anak2!" lepas tu kamu tak mahu pakai. Kakak kamu pakai. Adik kamu pakai tapi dia modify gunting sana gunting sini. Mak kamu pula pakai baju suami orang lain buat.

And then, bila di luar, ada ramai mata yang tengok. Kalau ada yang berkenan tengok baju BAPAK KAMU BUAT, bila dipakai oleh kakak kamu, dan mereka beli baju itu, dan mereka pakai, then what's your right untuk tanya "Eh kenapa pakai baju bapak aku buat kamu bukan anak bapak aku pun???" isn't it sound like a retard?

Ini baru cakap soal hijab dipakai oleh orang bukan Islam. Isu hijab versus oppression of women pun tak habis, tetiba ada women yang sudi nak defend hijab ON OUR BEHALF, dan kita nak larang? Yes you heard me dear. Mereka yang bukan Islam lebih sudi nak berhijab dan mempertahankan hijab berbanding kamu yang Islam.

Islam bukan rahmat untuk orang Islam sahaja. Aku tengok ramai muslim hari ni asyik sebut soal perpaduan, persaudaraan, cakna sungguh dengan isu Syria, Rohingya, CAR, apa semua tu, tapi dalam bab2 tertentu contohnya yang macam ini, those persaudaraan semua ke laut.

Modesty value yang dibawa Islam melalui konsep hijab sangat priceless.

Aku nak buat contoh Gothmummi tu macam tak boleh sangat sebab dia tu warga negara asing. Dia cakap bahasa orang putih. Dia pakai tindik. Aku yakin tipikal Malaysian akan freak out kalau tengok dia. But I'll write it anyway some other time.

Jadi aku suka sebab Malaysia ada Felixia Yeap. At least boleh buat direct reference yang di Malaysia pun ada golongan2 yang berotak walaupun sebilangan besar yang sepatutnya ada otak berperangai macam otak itu tak ada.

Aku tak tahu sangat apa bentuk soalan yang Felixia dapat sampai dia buat statement macam tu. Which I consider as BERAT. How dare her, but in a very very good way.

Mungkin nanti ada yang berteori konspirasi yahudi dengan menyatakan : Felixia Yeap ialah utusan iblis untuk memecahbelahkan masyarakat Melayu bangsa maju jaya melalui cara pemakaian tudung. Dengan wajah cun melecun, pemuda2 Melayu harapan bangsa akan cair dan mempertahankan Felixia sementara berbalah sesama sendiri tentang keharusan berhijab oleh bangsa asing berbeza agama di sisi syarak. Felixia pada masa yang sama akan mempromosikan tudung2 di Fb.

Kahkahkah.

Kalau betul pun, aku kata biar ja lah. Dah orang Islam sendiri tak tak mahu value apa yang Islam bawa, bila ada yang julang tinggi2 value tu, Islam ke, bukan Islam ke, kafir, ke, kapiaq laknatullah ke boleh lantak kau je lah. Pentingkah semua itu?

Ya mungkin penting bagi kamu yang mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Pada aku, ada masanya kualiti dan kuantiti perlu seiring, bahkan ada masanya kuantiti itu lebih penting dari kualiti.

Daripada komuniti 1 out of 10 muslim women bertudung labuh dan pakai hand sock bagai yang lagi 9 tu haprak, lebih baiklah komuniti 8 out of 10 muslim women memakai shawl, yang lagi 2 tu pakai lantak lah dia nak pakai apa. Aku buat contoh ja pun.

We need more people to realize the value of modesty. Tapi hari ni nak keep up dengan masyarakat yang dah distorted, kadang2 nak pakai tudung dengan baju pun dah jadi susah sebab nak kena fikir pasal gaya lah, fesyen lah, warna sesuai ke tidak lah, all those stuff.

Yang ni isu lain. Boleh merepek di lain entry.

Kepada yang selalu tulis "Semoga Felixia Yeap menerima hidayah memeluk Islam" aku sarankan kamu tambah pada doa itu bukan sekadar Felixia tetapi juga adik perempuan, kakak, isteri, mak, jiran2, kawan2, bos di pejabat, bini menteri, bini sultan, dan seluruh warga muslimah agar menerima hidayah MENUTUP AURAT.

Felixia tu hak beragama dia bukan urusan kita pun. Tak payah nak spam komen berdoa bagai pun tak apa. Doa dalam hati pun Allah dengar. Tapi, yang lebih memerlukan doa2 kalian ialah muslimah2 di luar sana yang masih rela memakai jeans ketat dan berbaju saiz S walaupun ada berlapis2 muffin top.

Those are sick people. They need your doa more. 

Islam atau bukan, hijab is an option. A very good option, of a lifestyle, of modesty. Hijab bukan eksklusif untuk orang Islam sahaja. Begitu juga Al-Quran, hadis, masjid, buah kurma, air zam-zam, kismis tok guru dan sebagainya. If they are wiser to choose it, who are we to prevent them? 

Ingat tak cerita pasal kalau orang Islam kena tangkap tu dia tidak dipulangkan kalau orang bukan Islam ditangkap dia akan dipulangkan. Lepas tu Islam tersebar sebab orang Islam yang ditangkap tu menunjukkan akhlak yang baik dan orang bukan Islam yang ditangkap tu tertarik dengan akhlak Islami yang baik dan dia pun menyebarkan bila dah dipulangkan.

Ahh pening pulak aku. Buta sirah aku ni. Tanyalah ustaz agar dia cerita full detail. Tapi aku nak cakap di sini, situasinya almost the same.

Bila ada yang bukan Islam ambil value Islam, kita tak payah nak minta "dipulangkan" value itu. Contohnya Felixia dan Gothmummi berhijab yang sinonim dengan Islam. Biar lah. Let it go bak kata Elsa dalam movie Frozen.

Tapi bila ada value yang bukan Islam datang, bawa fesyen macam binatang sebab binatang tak pakai baju dan fesyen seksi2 itu menyerupai binatang dari manusia sebab almost tak pakai baju refer to Yasmen Mogahed's quote (aku pun tak pasti quote siapa sebenarnya pandai2lah cari) dan sebagainya, maka kita "pulangkan" lah.









TAPI INI TAK. YANG BUKAN ISLAMIK ITULAH YANG KITA NAK PAKAI SANGAT LEPAS TU BILA ADA YANG BUKAN ISLAM NAK AMBIK VALUE ISLAM KITA SIBUK JADI MUJAHIDIN SANGAT. PFFTT. PUIII. HAKTUIH.

oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: