Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, March 11, 2014

Anwar, MH370, dan Konspirashit


Assalamualaikum. Hye.

Sekarang isu yang tengah panas di Malaysia yang memang sedia ada panas sebab beriklim khatulistiwa itu tak lain tak bukan ialah kes liwat Anwar yang didapati bersalah daridapa tidak bersalah disusuli pula kes kehilangan pesawah pesawat MH370 secara tiba2 dan penuh misterius.

Sungguh misteri nusantara sekali, kes Anwar, walaupun aku sendiri tak adalah suka sangat dengan dia tu tapi bila dia didapati bersalah, sebelum ni dah diputuskan tidak bersalah tetapi tiba2 bersalah pula eh hakim2 ni main tarik tali pulak. Bersalah ke tidak bersalah ni wahai para hakim budiman?

Sungguh misteri nusantara dua kali, kes pesawat MH370. Hilang tanpa dikesan dan menimbulkan tanda tanya sampai melibatkan negara2 lain. Ya lah penumpang pesawat itu bukan rakyat jelata Malaysia sahaja. Ada penumpang dari negara lain juga.

Yang tidak menyedapkan hati ialah sebab tiada khabar berita. Kalau kita tahu kapal terbang tu terhempas ke apa (bukan nak doalah, tapi) lagi mudah akal nak terima. Pihak berkuasa boleh mulakan operasi. Ahli keluarga boleh mula terima hakikat. Tapi disebabkan tidak tahu apa yang terjadi, semua orang jadi left out in the dark. 

Bila left out in the dark, maka ramailah bijak pandai mahu menerangkan keadaan yang gelita dengan komen2 dan teori2 masing2. Semua orang mahu menunjukkan reaksi dan membuat teori konspirasi yang mana in the end menghasilkan reakshit dan teori konspirashit semata2.

Aku banyak juga baca artikel2 yang dikongsi di laman sosial. Ada yang ringan, ada yang berat. Ada yang aku suka dan ada yang aku rasa macam nak mencarut. Tapi aku yakin anda semua juga ada membacanya. Jadi aku tak mahu highlight yang berat2 itu. Aku mahu highlight yang ringan2 saja. Untuk tatapan umum. Sesuai dibaca segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia, jantina, atau warna kulit.

Berikut aku mahu menyenaraikan 5 benda yang aku rasa sesuai untuk dijadikan bahan ketawa agar semua ketegangan dapat surut sedikit. Nak sedih2 pun tiada guna. Sambil2 tu, cubalah untuk tidak sedih atau tension sangat. Hidup mesti diteruskan. 



#5 Teori konspirashit PRK Kajang MH370 hilang untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada ketidakadilan terhadap Anwar Ibrahim.

Anwar mahu bertanding. Tiba2 dia didapati bersalah lantas dihukum penjara. Padahal sebelum ini innocent. Lepas tu rakyat mula bangkit. Tetiba MH370 hilang dan perhatian rakyat beralih. BN berjaya membutakan mata rakyat sekali lagi. Konspirashit yang begitu teliti disusun oleh BN demi menjatuhkan pembangkang.

Shitscale : 1.0/5 - Sangat linear. Teori konspirashit perlu lebih kompleks. Sepatutnya data2 yang dihidangkan perlulah mengkaitkan fakta2 dari tahun2 lepas, melibatkan pertubuhan Illuminati dan Freemason, Knight Templar dan Hitler. Setakat ada Saiful Bukhari tu tak payah nak konspirashit sangatlah. Melainkan kalau si Saiful tu dikaitkan dengan kematian artis2 seperti Michael Jackson yang didakwa memeluk Islam tetapi dibunuh oleh puak Illuminati dan Freemason. Jangan lupa salahkan Yahudi dalam hal ini.



#4 Ayam RM 1, Najib beli sambil tersenyum

Dalam sibuk2 berbicara isu pesawat hilang, muncul di celah2 newsfeed pasal Najib dan ayam berharga RM 1. Limited edition pulak tu. Cuma ada 1000 ekor. Cukuplah untuk menampung populasi rakyat Malaysia yang bukannya ramai sangat. Sesuai dimasak serunding dan setiap rakyat dapat menikmati seurat ayam.


Shitscale : 1.5/5 - Tak habis isu kangkung, nak timbul pasal ayam pula? Oh perdana menteriku sayang... 



#3 HASHTAG PRAY FOR MH370 wajiblah kita bermurung dan berdukacita

Ini melibatkan kawan2 kepada kawan aku yang telah buat foto batch sambil ada caption #prayformh370 tapi disebabkan wajah mereka ceria, ada komen2 negatif mula menyemak di ruang komen. Tak tahu pulak aku bila nak ambil gambar atau share apa2 pasal kemalangan kita WAJIB nak tunjuk muka sedih. Aku rasa wajah ceria lagi bagus supaya dapat menyebarkan positivity.

Aku yakin kita semua tidaklah bodoh bangang untuk jadikan benda ini sebagai bahan ketawa. Kalau ada yang nak buat pun, siapa kita nak marah2 emosi terlebih bagai? As if kalau komen something yang berunsurkan sensitif maka bolehlah menyerlahkan sifat terpuji dirimu itu? Kahkah. Padahal terselah kebangangan ada lah.

Tengok ni. Gambar tu sifatnya neutral. Tujuannya nak sebar awareness. Bila kita tengok gambar dengan caption itu, kita akan ingat pasal MH370 tu. Muka tu penting kah? Yang penting mesej lah. Gambar selfie muncung itik macam bimbo murahan boleh pulak nak LIKE beramai2. Gambar student's batch sebar awareness sambil senyum sikit punya nak kecoh pulak lebih2.

Klik link untuk membaca komen2 bajet bagus rakyat jelata

Shitscale : 3.5/5 - Aku rasa sangat trauma kalau jumpa dengan manusia spesis sensitif tak kena tempat macam ni. Isu yang tak wujud diwujudkan lepas tu bajet masing2 suci dalam debu padahal suci apa benda berdebu luar dalam. Kahkah. Layaklah kiranya mereka ini dibaling dengan batu2 kerikil.



#2 Bomoh yang tidak lulus subjek Kajian Tempatan

Aku pun tidak suka sangat subjek ini dulu. Entah ada lagi ke tidak subjek ini diajar di sekolah. Aku pun tak pasti.


Tapi sila tonton video ini untuk melegakan stress buat beberapa minit melalui sketsa "Pak Pandir Menjadi Ahli Nujum". Selepas itu bersedialah untuk menerima hakikat di Malaysia, negara tanah air tercinta, wujudnya manusia sebangang ini. Nak menipu pun pada2lah. Aku hormati cara dia berikhtiar. Aku hormati kaedah alternatif yang dia cuba bawakan.

Tapi mengatakan slogan Satu Malaysia gagasan dari Dr Mahathir merupakan suatu dosa besar. Sila bertaubat nasuha.

Shitscale : 4.0/5 - Kita hamba Allah, bermohonlah kepada Allah. Nak berdoa kita cuma perlu sepasang tangan untuk ditadah, kalau tak ada tangan pun tak apa. Berdoa dengan mulut, pakai hati semata2 pun Allah dengar. Kenapa perlu nak ada bubu pancing teropong apa semua tu? Ajaibkah? Sepanjang2 kisah sirah nabi2 dulu, pernah dengar pasal nabi ada device magic tertentu? 

Al-Quran itulah the most divine magical device kalau ada pun. Pakcik bomoh, pergi belajar baca Yasin elok2 sikit ya, pakcik. Moga doa pakcik bomoh diperkenankan Allah. Tak elok baca dengan tajwid tak kena.



#1 Mujahidin Malaysia yang facepalm

Ini aku perlu compile isu termasuk yang lepas2. Ingat tak geng2 NGO Islam yang marah sangat dengan Teresa Kok tu? Yang siap sembelih ayam lepastu lumur di banner yang ada muka Teresa Kok tu? Haaa itu yang dulu.

Ada pulak kawan aku share Skuad Gempur BN berikrar menumpaskan pihak lawan huuiii dah macam hero Ultraman. 

Apa yang menyakitkan hati ialah, those retards anggap apa yang mereka buat sebagai suatu jihad kononnya. First of all, nabi tak ajar sembelih ayam dan lumur darah di banner. Nak perangai kaum yang jahil ialah dengan cara berdakwah lah. Not sure if this is the right video but that's about it anyway. 



Nak pulak Teresa tu terima dakwah puak NGO ni lepas mereka buat macam tu kan. Tak pasal2 memburukkan imej Islam. Now di Malaysia, kalau orang tu buat statement yang tak kena dengan Islam sikit, muslimin yang bertaraf mujahidin mulalah nak rage, riot bagai. Nak buktikan apa? Islam tu agama sempit? Sikit2 nak emo, sikit2 nak bertekak? Begitukah?

Lepas tu ada pulak skuad apa tah nak berjuang kononnya. Ada menyanyi2 sikit ada ikrar2 sikit ada takbir sikit maka layaklah kau dipanggil mujahidin dan matilah engkau sebagai syahid dan jadilah engkau pemuda syurga.


Sigh...

Tolonglah jangan incorporate takbir dan istilah2 islami dengan tindakan2 dan reakshit yang tidak sepatutnya. Lebih sesuai jika kita bertakbir sebelum beramai2 bergotong royong ke apa. Takbir itu meniupkan semangat. Tiupkanlah semangat yang sesuai. Bukan dengan cara menyemai rasa benci sesama manusia. Lepastu bertakbir macam apa yang dibuat tu disuruh Islam, diajar nabi, diredhai Allah.

Shitscale : 4.85/5. For god's sake, please stop. Stop leading people's opinion about Islam to the wrong direction. Please.



Sekian saja kompilasi reakshit dan teori konspirashit berkaitan kes yang tengah hangat diperkatakan di Malaysia. Sayangilah negara anda. Berusahalah dan cubalah mempopulasikan semula negara Malaysia dengan zuriat yang tidak bangang. Langkah pertama, sila jangan jadi bangang seperti contoh2 yang ditunjukkan di atas.

Teruskanlah berdoa agar pesawat dan seluruh isinya berada dalam keadaan yang selamat. Kalau tak selamat pun, biarlah cepat2 jumpa. Kalau ada apa yang berlaku pun, marilah sama2 redha. 

Berdoalah untuk yang terbaik. Tak kisahlah kau suka atau benci si Anwar tu, berdoalah agar keadilan tertegakkan. Jangan emphasis Anwar dalam doa. Emphasis on the justice. Tiada apa yang kita boleh sumbangkan? Sumbangkanlah doa2 yang ikhlas. Insya Allah, ada bahagiannya untuk kita juga.

Maaflah kalau entry ini dilihat sebagai kurang sensitiviti ke apa oktengsbai


EXTRAAA!!!

Belum sempat nak tekan publish, ada pulak teori konspirashit baru keluar di Newsfeed Facebook. Haa kalau ada lagi aku update lagi.

Klik link untuk membaca petikan.
Haaiii macam2 lah.

@.@

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: