Pemollow

THYB on Facebook

Friday, January 17, 2014

Entrance konon... kahkahkah!


Assalamualaikum. Hye.

Masa tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh haribulan 12 kemain lagi aku buat entry seolah2 nak jadi rajin sangat la tahun baru ini. Selamat Tahun Baru... eh dah setengah bulan rupanya. Kahkah.

Jadi bagaimanakah azam tahun baru kamu? Sudah mencapai 1% kah atau masih berbaki tahun2 sebelumnya? 

Aku pun tak pasti apa sebab aku jadi sangat jarang update blog (which is takda siapa kisah) tapi aku rasa sebab aku sibuk buat benda lain kot. Bila hati jadi tak ada maka susah lah nak konsisten dalam nak melakukan sesuatu.

Nak tunggu hati ada, kadang2 masa buat ibadat pun cincai. Hati tak ada konon. Haish masalah manusia betul. Bila ada manusia untuk diteladankan, manusia lain juga yang jadi ikutan. Biasalah.

Aku sebenarnya ada banyak benda nak tulis, nak cerita, nak kongsi bagai tapi memandangkan tahun ini ada sedikit cerita sedih, jadi aku tak mahu nak cerita2 sangat. Takut nanti bertambah sedih pula.

Nak tunggu cerita gembira? Aku pun dah tak tahu adakah aku masih boleh rasa gembira atau happiness receptor aku dah lali. Inilah padahnya bila selalu sangat expect yang tinggi2. Hidup ni bukan baik sangat kadang2 tu. Takdir bukan selalu on our side sangat kadang2 tu.

Kangkung? Aku tak suka sayur. Tapi seingat2 aku mak aku pernah buat kangkung masak kicap (?) dan aku makan dengan sungguh berselera. Oh Malaysia tanah airku. 

oktengsbai 

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: