Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, December 31, 2014

The Unhappy Ending Of 2014


Assalamualaikum. Hye.

Tak lama lagi tahun baru.

:)

Cuma aku rasa sedikit tak best bila ada orang share artikel ini. Entah kenapa rasa ada some part yang tak betul. Maybe tak sepenuhnya, maybe aku tak faham certain part, maybe maybe tapi still... entah.

Sebab dia kata, 

“We have to do it ‘grandly’. We have to spend ‘huge cost’ to re-invite the lost blessing of Allah,” he added. 

“The blessing and love of God are expensive. He is taking his blessings away from us. The floods might be one of the signs of his wrath that he made real.
“Frankly speak [sic], actually 200,000 is very ‘cheap’ if compared to the price of his blessings,” Asraff claimed, comparing it to billions of ringgit in property damage and losses during the floods.
He also claimed that spending billions to mitigate floods would be useless unless Malaysians fix the problem at its “source”, which is with Allah, rather than anywhere else.
He also claimed that spending billions to mitigate floods would be useless unless Malaysians fix the problem at its “source”, which is with Allah, rather than anywhere else.
Asraff also suggested that it is hard for prayers done by common Muslims to be “approved” by God, urging instead that faith followers use a so-called “shortcut” by offering praises to Prophet Muhammad, whom he claimed is a “main point” towards God.
“The logic is like this: if you want to ask for projects from an ‘orang besar’ (important person), it is confirmed you would not get it because he doesn’t even know you. Even if he knows you, you’re not in his ‘circle’.
“So, if you ask through somebody else who is close to the ‘orang besar’. God willing, the chances of getting it would be greater, right?” he said in an analogy.

Kamu rasa bagaimana?

:(

Kalau tak termampu hadir, cinta rasul ada cara lain yang boleh buat di rumah :)

Rahmat tuhan itu mahal? Kalau rahmat boleh dihargakan, maksudnya ia mahal? Orang kaya saja yang layak dirahmat? Orang miskin perlu bersusah kalau nak rahmat?

Aku faham konsep tawasul, minta orang soleh berdoa, sandarkan pada amalan, etc tapi adakah kita nak nafi yang doa kita sebagai hamba biasa yang berdosa tuhan dengar sama macam tuhan dengar doa orang2 soleh?

Apa beza benda ni dengan surat2 pengampunan yang semua orang pernah belajar dalam subjek Sejarah sekolah menengah?

Nabi Sulaiman itu raja. Nabi Yusuf itu menteri.  Nabi Sulaiman boleh berbahasa dengan binatang. Nabi Yusuf mentakwil mimpi. 

Nabi kita pengembala kambing.  Nabi kita tidak tahu membaca dan menulis. Nabi kita tidak kaya. Nabi kita selalu berlapar. Nabi kita tidak pakai yang mewah2. 

Nabi kita semulia2nya, tetapi apa yang ada pada baginda tak lain ialah yang paling mudah untuk kita sebagai umat untuk mahu ikut sunnahnya.

Kalau nabi kita kaya, maka menjadi kaya itu sunnah. Orang miskin takkan mampu nak mengikut sunnah.

Kalau nabi kita cendekiawan, maka menjadi pandai itu sunnah. Orang yang tak mampu mendapatkan pendidikan takkan mampu mengikut sunnah.

Keturunan nabi kita itu bangsawan, tetapi baginda sentiasa sederhana. Kalau status hidup itu sunnah, maka malanglah kita yang lahir sebagai rakyat biasa.

That's the whole point of nabi kita being the most modest, paling senang diikut. Kita tak semuanya terlahir dalam keadaan cukup serba-serbi. Tetapi kita sentiasa mampu dan berpeluang untuk mengikut sunnahnya.

Tapi kenapa ada orang2 tertentu yang mahu kata, kita perlu berbelanja besar untuk merayu rahmat tuhan? Kenapa kita perlu orang2 tertentu, untuk jadi perantara kita dengan tuhan? 

Munginkah doa kita selama ini tuhan tak degar? Kerana doa kita selama ini murah dan kita bukan siapa2?

Entahlah aku pun tak pasti.

Cuma yang aku nampak, betullah kalau dia kata, bila ada program macam ni, ramai orang yang akan turut serta. Datang ramai2 dan berdoa. Ada majlis yang proper, dan nanti akan dikutip derma so basically RM200,000 tu nanti akan covered bahkan mungkin dapat lagi banyak.

kalau duduk doa di rumah solat hajat 3 minit doa lebih kurang lepas tu tengok Tv, main Fb, gosip dengan jiran. Mungkin sebab tu doa tak sampai kot. 

Setakat itu saja aku mampu nak berbaik sangka dengan program2 seumpama ini. Bagi aku, secikai mana doa kita, tuhan tetap dengar. Sehina mana kita dengan dosa maksiat kita, tuhan tetap sayang.

Tuhan takkan pilih untuk makbulkan hanya doa nabi2. Doa kita2 pun tuhan dengar dan consider. Doa binatang teraniaya pun tuhan dengar tahu? Apatah lagi doa kita yang tuhan sendiri angkat sebagai sebaik2 kejadian.

Tapi aku tetaplah puji dan sokong program sebegini daripada sambutan tahun baru yang tah apa2 kalau setakat nak berhibur dengan orang yang tak tutup aurat, lebih baiklah buat program yang da unsur keagamaan.

Walaupun nampak macam agama itu diletak harga, dinilai dengan nilaian dunia.

Mungkin bermula dari situ orang ramai boleh sambung beramal di rumah, siapa tahu kan? Mudah2anlah. What do you think? Kongsilah pendapat. Kalau ada salah di mana2, boleh betulkan.

Entahlah entah oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, December 27, 2014

Langit, tanah, dan air


Assalamualaikum. Hye.

Banjir yang tengah berlaku ni membimbangkan betul. Tengok gambar2 di Fb dan Twitter yang orang share, rasa insaf sekejap.

Keinsafan yang bila lihat dari jauh tak sama dengan bila nampak depan mata, kena batang hidung sendiri. Acceptable lah.

Lepas tu mulalah nak cakap pasal bala. Asal musibah ja bala. Asal bala ja musibah. Pemarah dan penghukum sungguh tuhan itu di mata hamba2nya rupanya.

Aku tak nafikan memang ada correlation tapi let's not make it the whole point of it.

Instead of kata musibah itu datang sebagai bala atas sebab maksiat2 kita, aku lagi senang mendengar dan terima kalau orang kata musibah itu sebagai peringatan dan tak fokus sangat perkataan bala, dosa, maksiat tu semua.

As if, selama ni yang aman damai tak ada bencana alam, kita tak berdosa? Tak buat maksiat? Bencana alam yang berlaku zaman dulu2, zaman nabi dan sahabat, takkan kerana dosa maksiat?

Pulak ada yang kata sebab maksiat dah banyak, sampai tuhan turun bala. Ini lagi teruk. Pandai pulak dia ukur threshold sabar tuhan itu setakat mana. Oh ini bala turun ni maksudnya tuhan dah marah. Dulu tak turun sebab tuhan boleh sabar lagi. Yeah right.

Sepatutnya kita tak payah tunggu bencana alam pun kalau nak ajak orang supaya beringat dan kembali kepada kebaikan. Apa kalau dalam aman tak boleh nak ingat supaya jangan bermaksiat, jangan buat dosa?

Therefore I don't think any of this as punishment but rather, tuhan nak uji, nak angkat darjat sesetengah manusia yang sabar dan merendahkan sesetengah yang lain.

Siapa yang lain tu? Tu, mereka2 yang bila kamu buka Fb dan tengok newsfeed, tak habis2 berbalah pasal siapa betul siapa salah. Tak kiralah isu apa pun atau apa benda yang jadi pun, mereka berbalah juga.

Bila pesawat hilang, berbalah.
Bila bangunan runtuh, berbalah.
Bila banjir, berbalah.
Bila mati baru berhenti berbalah kot.
Tu pun belum tentu.

Yang bodoh berbalah cara orang bodoh. Main cakap saja tak kira apa. Yang pandai berbalah cara orang pandai. Keluar semua hujah dan fakta nak membuktikan yang dia tu betul sangat dan orang lain bodoh2 semua.

Apa yang sama pasal dua puak ni? Berbalah. Dua kali lima.

Tapi itulah sebagai petunjuk bahawa di negara tanah tumpah darahku itu, masih ramai yang selamat, walaupun banyak nyawa sudah dilaporkan terkorban, tapi masih ada yang berbalah tak kira masa, maksudnya yang hidup itu sungguh ramai berbanding yang mati.

Kalau ada isu di Malaysia dan tak ada perang komen keyboard warrior ni semua, maksudnya seluruh Malaysia tu dah tiada. Senyap sunyi. Mati. Masa tu baru tak ada perbalahan kot.

Kalau air pijak kita, kita mengadu dengan tuan air tu.

Oh negaraku tercinta oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, December 21, 2014

Expo, Abby, dan Undi


Assalamualaikum. Hye.

Banyak benda jugak seminggu dua ini tapi setiap kali aku nak cerita, tetiba ketermalasan melanda dan semuanya aku tak dapat nak ceritakan on the spot atau at least sehari selepas. Always menjadi dah seminggu lebih baru kononnya nak tulis. Haizzz.

Dan tak tertulis2 juga. Kahkahkah.

2014 sudah nak habis. Mungkin antara banyak2 new year resolution yang sealunya diambil dari tahun2 lepas, aku boleh tambah salah satunya untuk update entry banyak2 pada masa yang tepat dan tulis pasal apa saja yang dirasakan nak tulis tanpa perlu nak kisah benda lain.

Well... to recap everything in a short entry, aku akan cuma cerita apa yang jadi saja dan malas nak tulis panjang2. Simpan tenanga untuk tahun depan.

Haritu ada expo dari kedutaan Malaysia. Expo untuk memperkenal budaya Malaysia dan produk2 tempatan gitu. Tapi sebab ada persembahan nyanyi2, dan ada penyanyi perempuan pulak, ada yang tak pakai tudung pulak, dan di Mesir bumi anbiya pulak, yang penuh dengan ustaz ustazah pulak, faham2lah apa yang terjadi seterusnya. Kahkahkah.

Lepas tu, universiti aku ada buat program juga. Fiesta d'Abby macam hari keluarga lah sikit2. Ada banyak aktiviti walaupun aku pergi untuk makan dan tengok persembahan saja. Sambil2 tu aku ada join peraduan dan dapat hadiah buku. Aku beli seluar bundle LE5 bersamaan RM2.50 murah betul hidup aku.

Later, Perubatan Cawangan Ainshams adakan pilihan raya untuk nak pilih AJKT sesi depan. Aku dengan penuh bias telah mengundi kawan2 aku sahaja dan manifesto2 bukan aku tengok sangat pun. More or less random votes untuk those yang aku tak berapa nak kenal.

Sekian sahaja nak cerita sebelum melabuhkan tirai eh eh eh ada lagi rupanya cerita. Tahun lepas kan aku miskin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan maka tahun ini Alhamdulillah aku sepatutnya menjadi kaya kembali.

Tapi apakan daya, duit RM jatuh merosot merudum dumdumdum maka kesannya ialah zakat aku yang diberi dalam RM dan bayar yuran universiti dalam USD maka saki baki yang tertinggal jadi sikit tak banyak macam tahun2 lepas.

Maka tertanguhlah niatku untuk berjoli, berjimba, dan berfoya2. Mungkin tuhan sayangkan aku dan tak mahu aku membazir duit beli barang2 tak berguna eh apa pulak mungkin memang tuhan sayang aku pun.

Bukan aku saja. Tuhan sayang kita semua ;)

Tapi aku tetap akan balik Malaysia tahun depan cuti winter. Walaupun ramai orang mempersoalkan balik winter buat apa sekejap sangat aku tetap berpendirian "baliklah rumah selagi mana ada orang di rumah untuk kita balik jumpa".

Deep tak?

Sekian sahaja ok kali ni betul2 punya sekian oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, December 11, 2014

Of SHL1700 and sembelit telinga


Assalamualaikum. Hye.

Well, harini ada benda yang macam best nak cerita. Might at the same time be gross as well. Tapi tak apalah gross2 pun setakat mana sangat kan? 

Kisah bermula bila aku ni kan jenis penggemar muzik kontemporari so aku mestilah sentiasa pakai earphone. Sebenarnya sebab nak elak interaksi sesama manusia.

Ada suatu masa tu aku rasa macam gatal telinga so aku koreklah pakai cotton bud. Punya nikmat korek tu sampai aku over korek kot.

Time tu tak sakit apa lagi. Malam tu tidur ok lagi. Esok pagi bangun dah telinga bengang semacam. Lepas tu sakit.

Aku buat biasa ja sebab kadang2 memang jadi macam tu dan lepas tu akan baik sendiri. Tapi dah sebab rasa macam ada benda kat telinga, bila guna cotton bud dia keluar something yellowish dengan bau macam haram jadah, maka aku pun risau sikit kot ada infection apa kan.

Dalam kelas pun macam tak best sebab dia ada periodic pain. Dia punya berdenyut2 tu sepanjang masa even time nak tidur pun boleh dengar macam pulses aku agak ada blood vessel dilated kot. I hear noises in my head, literally.

Bila dah tiga hari pun still sakit, aku mula cuak dan cari kawan untuk teman aku pergi klinik. Dah sebab tak biasa pergi kan jadi agak noob sikit.

Di klinik (or is it a hospital?), doc tu cuci telinga dan tolong korekkan segala taik yang ada. Maybe tak segala tapi banyak juga. Aku syak telinga aku sembelit.

It was like... I can't put it into words tapi cukuplah aku gambarkan dengan sekilas aku tengok taik telinga aku sendiri, aku sebut Oh My God secara spontan. Eceh oh my god baq hang omputeh sangat tu.

Hei hei sebelum kamu nak Euuww eeuww sila ingat bahawa taik telinga itu sudah tiada dan telinga aku dah bersih gittew. Telinga kamu masih berkerak. Kahkah.

By the way, proses dia menarik juga. Mula2 dia macam cuba2 nak sedut taik telinga tu tapi sebab taik telinga aku kental dan waja, so dia tak mampu sedut. Pakai alat dia la bukan sedut guna straw pulak kan.

Lepas tu dia guna mesin sembur air. Doc tu letak macam besen untuk aku pegang, lepas tu dia sembur air. Berdesing jugak lah masa dia sembur tu. Lepas sembur air, dia korek guna... aku pun tak pasti benda tu nama apa. Spatula kot?

Lebih kurang macam ni lah rupanya. 

It turns out right eardrum aku inflamed dan doc kata agak dalam juga inflammation tu sebab tu kot aku rasa sakit dan tak selesa. Telinga kan organ untuk balance jugak. Aku jalan macam orang mabuk dua tiga hari ni ok tipu itu aku tambah.

Tapi doc kata takda infection apa so it's a relief.

So what's with SHL1700? Dah sebab telinga sakit tapi masih berdegil mahu mendengar lagu, tuhan dah jentik supaya beringat jangan dengar lagu banyak sangat sila beralih kepada membaca Alquran tapi apakan daya iman kulit bawang.

Instead of resting, aku beli headphone. Aku tak pasti betul atau tak decision aku tapi based on logic, kalau sumbat earphone memang akan accumulate earwax tapi kalau headphone just di luar telinga supposedly tak accumulate earwax lah kan? Ka camna?

Apa2 pun aku berasa begitu hispter pergi kuliah telinga bertepek headphone. 

Ini lah headphone yang aku beli tu. Tak best mana. Biasa saja.

Lepas tu doc tadi prescribe ubat. Augmentin 1gm 1 tablet every 12 hours katanya. Aku bawak surat tu pergi soiduliah (farmasi) harga LE58 terkejut aku baq hang dah la bawak LE50 saja. Terpaksa balik rumah ambil duit. 

Oleh kerana ini 1st time aku beli ubat farmasi so aku tak tahu harga dia macam mana. Boleh membunuh juga harga ubat dia. Oleh demikian wahai rakyat jelata yang miskin kedana, sila jangan jatuh sakit.

Tapi klinik yang aku pergi tu best la jugak. Staff nurse dia pun tak banyak hal. Doc dia pun baik explain semua benda sampai clear.

Tak apalah. Ini kira usaha untuk sihat. Bayar sikit tak apa. Mudah2an sembuh oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, December 5, 2014

Rumah kecik, rumah besar


Assalamualaikum. Hye.

Duduk rumah kecik, barang tak banyak sangat pun tak apa.
Ada meja sikit, makan duduk atas lantai.
Lantai alas dengan tikar biasa2 pun dah ok.
Sebab tak luas sangat, ada kipas satu, buka tingkap, jadi.
Tv tak payah besar bukan muat pun nak letak di mana. Kan?


Rumah besar, bila barang tak ada, rasa kosong.
Meja makan kena ada kerusi. Ruang tamu sofa satu set. Tv plasma.
Lantai tile yang cantik tapi tak nampak sebab tutup dengan karpet bulu2.
Kipas tak cukup satu. Kadang2 siap pasang pakai aircond.
Setiap sudut kena ada perabot. Kalau tak nanti nampak kosong.
Tak cantik lah nanti. Kan?


Hidup ni pun kadang2 macam tu jugak lah. Kan?
Nak bercukup itu rasa susah sebab kita tak biasa dengan sempit.
Kita lapang, luas maka kita isilah dengan apa2.
Takkan nak biar kosong, kan?

Contoh paling dekat aku boleh bagi, aku beli katil baru dengan roommate.
Tetiba tau aku rasa apa?
Eh tilam ni macam dah terkepek2. Dan tak empuk macam dulu2. 
Rasa nak beli tilam baru pula.
Padahal dulu masa tidur atas lantai pakai tilam angin saja, boleh mimpi jugak apa.
Ada orang tidur atas lantai tak bertilam, tahu?

Tapi hakikat kita begitu, maka tak apalah begitu.
Tangan dua, nak kaut semua. 
Yang mana terjatuh, kita tinggal saja. Kita cari yang baru.

Aku. Kamu. Dia. Kita semua. Manusia. Sama.
Kan?

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, December 3, 2014

Masa yang terbaik untuk update blog


Assalamualaikum. Hye.

... ialah apabila esok ada exam.

Haaa begitulah manusia ya wahai kawan2. Nak baca buku, ada saja halangannya. Lemah sungguh iman di dadaku ini rupanya.

Tetiba teringat ayat yang ditulis dalam gaya bahasa annoying iaitu "awa, saia ta kuad". Kahkah.

Mentally disturbed. Aku pun tak tahu apa halnya tapi agak serabut juga. Mungkin communicable diseases ada banyak dan aku pulak sibuk berjuang meng-unlock style pedang Mortred maka satu habuk pun tak baca lagi.

Or is it something else? Who knows? Coz I really don't.

Baca di 9gag rasa nak gelak2. Sekarang rasakanlah hakikat!

Entahlah. Maybe sebab dosa banyak sangat kot stadi jadi tak berapa nak berkat. Jom mari bertaubat oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, November 29, 2014

Not explaining nothing no more


Assalamualaikum. Hye.

It's like, lately, I have been trying hard to justify everything, almost every single thing that I do. Some of the things are not even done yet but already justified in advance.

You know, like telling people about stuff you do and why you do it?

Susah kan? Aku pun tak pasti kenapa boleh jadi macam tu dan sejak bila mula jadi macam tu. Bila sampai satu tahap tu, rasa macam tak ditanya pun nak jawab juga.

Mungkin sebab nak elak salah faham kot? Ya lah dunia hari ini semua benda nak kena jelas betul2 kalau tak nanti susah kita cakap lain orang faham lain.

Jenuh jugalah.

Solution is, stop giving crap about everything. If you require anything, you may ask. Kalau nak sengaja salah faham pun silakanlah.

Malas rasanya nak jadi paranoid sorang2 takut orang salah faham konon padahal orang kisah pun tidak. Kahkahkah.

Yeah feel better now. Here's a potato comic for you.

Maybe because sometimes I couldn't so I wouldn't.
oktengsbai


Thanks for reading. Bye ;)

Monday, November 17, 2014

Normality, Stereotyping, Bias, Different


Assalamualaikum. Hye.

Baru2 ni kita tahu di Malaysia rupanya cross dressing tu hukumnya harus kalau mengikut perlembagaan undang2 yang sah. Isu2 yang agak lama sikit mungkin kes2 gay atau lesbo atau yang sama waktu dengannya lah.

So, putting religion aside, boleh ke tidak sebenarnya nak cross dressing ni? Berminat jugak aku nak cross dressing sebab tengok hijab tutorial kat youtube macam menarik terasa nak buat praktikal pula.

Mengikut normaliti, lelaki ada pakaian dia, perempuan ada pakaian dia. Cuba tengok di supermarket, design boxer lelaki selalunya kotak2 dan spender lelaki selalunya berwarna plain. Manakala perempuan punya benda2 dalaman selalunya ada renda2 dan beropol2.

Why the difference?

Sebab nak serve different purpose. Sebab nak tunjukkan yang lelaki itu biasanya kelihatan begini, perempuan pula biasanya kelihatan begitu. Budak lelaki biru muda. Budak perempuan pink. Selalunya macam tu. It's normality.

Melawan normaliti bukanlah sesuatu yang 100% salah. Tak salah pun nak jadi lain dari yang lain. Bahkan pada pendapat peribadi aku, be different as different as you can be. Buat apa nak jadi sama macam orang? Tuhan itu kreatif. Manusia itu tercipta dalam pelbagai.

Namun, bila normaliti cuba dicabar, maka akan terjadilah stereotyping. Kamu lelaki? Tapi kamu nak pakai baju pink? Gay. Kamu perempuan? Kamu tak suka blouse dan tak pakai jeans lady's cut? Pengkid.

Bagi sesetengah orang, ada aspek2 tertentu yang dia klasifikasi sebagai normal dan ada yang dia klasifikasi sebagai abnormal. Bila abnormal di mata dia, dia akan ikut streotype juga. Ini bias namanya.

Maka atas sebab itulah it's so hard being different. You are either normal or abnormal according to the normality, or being classed according to the stereotype, or simply judged with a biased judgment.

Orang dah buat banyak troll dan benda ni dah jadi bahan ketawa. Kalau cross dressers ni nak masuk tandas awam, dia nak masuk tandas lelaki ke tandas perempuan? Awkward rasanya kalau masuk tandas lelaki semua orang pakai t-shirt dan seluar jeans tetiba dia pakai blouse dengan skirt.

Nak masuk tandas perempuan pun awkward sebenarnya sebab orang lain tak ada batang berjuntai dan titi hayun serta sarang burung tempoa. Like seriously, tandas awam ditentukan oleh pakaian atau organ peranakan? Or both? Pening aku.

Bila orang larang, those people rasa seolah2 hak mereka dinafikan. Tapi, kalaulah ada parents contohnya, yang tak suka ada cross dressers melata di atas muka bumi ini sebab mereka tak mahu anak2 mereka terpengaruh or something like that, maka those cross dressers are a threat according to those parents.

Tak boleh nak salahkan those parents jugak. Kan?


Basically it's not a hate thing. Just something different that people can't accept. And why do we have to do so, again? Kita ada 2 jantina yang telah disahkan dari sudut sains dan agama. Kenapa nak tambah? Normaliti yang sedia ada tak memberi kesan buruk pun.

Why challenge? Because we are human and human loves drama. Sekarang ni plot drama berkisarkan tentang hak2 manusia minoriti terpencil yang kononnya tertindas. Habis tu hak2 majoriti tu macam mana pulak?

It's disturbing and it may lead to further detrimental things. We all know it but we are making ways to it.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, November 12, 2014

Just bloggit bloggit


Assalamualaikum. Hye.

Sepatutnya aku ada banyak masa free sekarang. Wawasan aku banyak (walaupun mostly tak kesampaian pun kahkahkah) dan antaranya ialah untuk make this blog more lively and beautiful.

Sadly, aku cuma mampu update background dengan header dan favicon. Nak update tetiba termalas pula.

Mungkin sebab manusia sekarang dah sibuk ditambah dengan blog lopek tak ada siapa nak baca so bertambah2lah malas nak tulis apa2. Jangankan di sini, blog repekan malam pun berhabuk walaupun boleh tahan lewat aku tidur hari2.

Eh tapi bukan apa. Tadikan aku dah kata manusia semakin sibuk maka aku pun tersibuk sekali. Walaupun aku tak ada apa2 nak buat, cumanya bila tak ada apa2 itulah membuatkan sibuk aku berganda. Those who are busy doing nothing are the busiest people, you know?

Nak merapu, merapu di Twitter pulak sekarang ni. Lagi seronok aku rasa. Is it just me or there are less judging there in Twitter? Fb susah. Tak boleh salah sikit nanti ada yang terasa lebih pulak. Silap2 aku yang terasa dengan orang. Hahaha. Cakap pasal Twitter follow lah aku jika berkesudian. Hiks.

Tapi memandangkan banyak benda yang nak dicakap tetapi tak ada orang nak dengar, dan nak merempan di Twitter pulak leceh sebab 140 aksara limit dia, maka aku perlu kembali kepada... BLOG. Yeahoo.

Lagipun dalam proses nak bina kubu, what is more fortress-like than a blog kan? Come what may, I will just bloggit then.

This fortress is nice too.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, October 22, 2014

Recap about the running thing


Assalamualaikum. Hye.

Kalau kamu membaca entry sebelum ni secara teliti, ada part yang aku sebut pasal aku join kawan aku lari2 di Cairo sampai sakit kaki berhari2. Entry recap tu lah.

Sebenarnya aku tak bercadang pun nak join tapi sebab ada orang ajak tetiba rasa macam nak terai pula. Lagipun lari seronok2 bukan pertandingan pun so macam tak ada apa sangat.

Lama betul tak lari2. Penat macam nak mati sebab dah lama kaki aku tak bekerja sekeras itu. Berhenti jalan tiga empat lima kali juga. Kira halal lah. 

Lepas habis benda tu, aku pun tanggalkan kasut sebab kaki dah macam kena gigit Godzilla. Sakit kebas mencucuk apa semua ada. Siap berjalan2 tak pakai kaut lagi. Seronok tau jalan tak pakai kasut di luar rumah. Rasa macam Elyana time persembahan AJL tahun bila tah.

Lepas tu ada orang tag gambar. Haha lekat lah sekeping. Tapi gambar huduh kahkah dah memang aku kan huduh juga tapi kesah pulak aku boleh ada watermark Cairo Runners kot tak apalah tak fotogenik pun tak apa. 

Sebelum tu, sila tengok gambar yang aku berjaya browse satu2 dalam album tu. Yang mana muka aku rasa macam kenal aku letak. *SEMUA CAPTION IALAH REKAAN SEMATA2 DAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP, YANG MATI, YANG SEDANG MATI, ATAU APA2*


Faeez Gagfari (bukan ejaan sebenar) pantas berlari, kacak orangnya baik hati berbudi bahasa semualah cukup  tapi busuk sampaikan brader tu nak terbersin bila dipintas si pait ni. 

Sila fokus yang baju biru Samsung tu. Namanya Fahmee Asnawee (bukan ejaan sebenar) dia kelihatan kabur2 sebab dia tengah penat. Itu bukan sebab fokus kamera tau! Memang Fahmee ni bila dia tak bertenaga dia akan menjadi kabur2 sebab sebenarnya dia ialah makhluk tanpa jisim. Kahkahkah

Huikz? Faeez Gagfari (bukan ejaan sebenar) lagi? Aku syak yang ambik gambar ni ialah sejenis akak yang minat sama dia tak pun sejenis brader. Kalau brader maka syak aku yang kedua ialah brader itu gay. Harharhar. Bukti dia busuk ialah tengok akak baju biru tu kelihatan bergegas tergesa2 nak pergi dari situ kerana tak tahan bau. Ok tipu dia tak busuk pun tapi akak tu yang nak terberak sebenarnya.

Itu saja gambar yang aku rasa aku kenal kalau ada lagi bolehlah tambah. Eh mana gambar aku? kata lekat sekeping? Malu nak share tapi sebab ada kawan aku sekali dalam tu kira tak apalah share lah lagipun di Fb aku dah tepek pun siap ada cerpek lagi. Cerpek stands for cerita merepek.

Maka... inilah dia. Hahaha. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Nama Matju ada link Fb beliau kot2 ada yang berkenan bolehlah PM. Kahkah keji sungguh aku share Fb orang. Tapi Matju memang baik orangnya. Hahaha. 

Kawan aku kata Jumaat ni ada lagi. Ahah malas dah nak join. Nak tidur di rumah. Eksesais aku untuk setahun sudah dicover oleh peristiwa di atas. Kahkahkah. Lagipun bak kata Nobita usaha keras akan merosakkan badan. Pandai hang Nobita.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, October 20, 2014

"Come and touch me" - Dog


Assalamualaikum. Hye.

Aku rasa aku tak perlu ulang apa2 sebab mesti dah penuh wall Fb kamu masing2 dengan cerita ni. Jadi mudah kerja aku. Cerita apa pendapat aku saja.

First of all, kita kena faham sentuh anjing itu TIDAK HARAM. Anjing tu najis. Sentuh najis tak haram. Kena cuci saja. Haram tu maksudnya, kalau tiba2 ada anjing lalu dan terlanggar kamu, maka terpaksalah malaikat Atid mencatat sesuatu.

Tidak. Tak ada apa2 dosa menyentuh anjing. Pegang babi pun tak apa. Pergilah pegang. Dukung peluk cium pun boleh. Cuma najis. Wajib cuci. Taik di punggung. Lepas basuh berak kamu istighfar kah? Tak pun kan? Cuci gitu ja. Samalah anjing pun.

Dan kemudian benda cliche yang dah jemu dengar iaitu "pegang awek/balak yang bukan mahram tu lagi haram" tetapi cliche2 pun benda tu kebenaran so tak payah bebal sangatlah nak deny. Bodoh jugak orang bercouple ni rupanya.

Bila ada program macam ni, I want to touch a dog or whatever they wanna call it, aku rasa matlamat asal dia tak salah bahkan baguslah. Dapat juga memberi rasa selesa bila ternampak anjing.

But it won't work for me I guess. Aku rasa aku akan still takut anjing sampai bila2, sampai mati, sampai kiamat sekalipun. Kalau nampak anjing depan mata, dengan ada harimau seekor, mungkin aku akan memilih harimau. Sekurangnya mati aku nanti tak kena samak. Hahaha.

Lepas tu ada pulak di Fb nak cakap pasal samak vs sertu. Aku tahu sertu tu apa tapi aku MEMILIH nak guna perkataan samak sebab aku rasa sertu tu bunyinya awkward dan tak best.

Kembali ke topik utama, pegang anjing ni sebenarnya perlu kah?

Aku tertarik dengan satu post di Fb yang cakap pasal anjing2 comel belaan orang. Nah aku quotekan untuk kamu baca juga.

Comelnya rasa macam nak peluk buat bantal tak pun cekak keliling tengkok.

Aku dengar hari ni ada event Touch The Dog.
Banyak juga gambar gambar di fb.
Cuma gambarnya (yang aku terjumpa lah) semua gambar dengan anjing top breed. Jenis baka mahal punya. Jenis bersih comel kiut miut.
Katanya program ni untuk create awareness tentang pentingnya mengasihi haiwan peliharaan dan janganlah menganiaya haiwan.
Jarang sebenarnya orang nak aniaya anjing top breed macam Husky atau German Sheperd atau Rottweiler.
Yang selalu kena aniaya ni anjing jalanan, homeless, berkurap, anjing liar kurus tak cukup makan, dan badan selalu dihinggap lalat.
Posing begambar dengan anjing yang di alam realiti selalu kena aniaya ni aku belum jumpa.
Berlatih untuk mengasihi haiwan yang selalu kena aniaya dengan simulation haiwan yang bukan kategori dianiaya, susah juga nak sampai maksud.
Memang namanya anjing, tapi ibarat manusia, mereka juga punya kasta hidup berbeza.
Make sense jugak kan?

Cukuplah setakat ustaz2 buat pengisian dan menerangkan cara2 mensucikan najis anjing atau babi, atau menerangkan dari mazhab mana yang dikatakan anjing atau babi itu tidak najis, dan sebagainya.

Nanti bila ada suatu hari, anjing terjun bangunan dan dibawa angin, tertimpa kepala kita, masa tu kita tahu "oh ustaz pernah kata dulu anjing kalau kering sama kering tak najis tak perlu cuci" atau yang seerti dengannya.

Lagi satu, perlukah pergi beramai2 pegang anjing semata2 sebab nak tunjukkan yang anjing ni tak berbahaya, comel, boleh dibelai dan disayang et cetera?

Tak lama nanti ada pulak program "I wanna touch a gay" sebab nak tunjukkan yang gay ni tak berbahaya, comel, boleh dibelai dan disayang. Lepas tu ada "I wanna sip a beer" sebab minuman beralkohol kalau kurang dari 0.5% tidak dihukum arak (correct me if I'm wrong about the content but you get the idea).

Or maybe even worse? Fornication? Murder? God forbid. 

Stand aku mudah. Lepas ni kalau nampak anjing, tak perlu freak out sebab dah ada alim ulama ulas panjang lebar. Otak ada boleh apply mana yang bersesuaian. 

Anjing kalau nak bela bersebab (jaga rumah, berburu, tolong orang buta etc etc) dibolehkan, bahkan wajar sebab kadang2 manusia pun bukan boleh harap sangat.

Kalau nak dibuat pet, sebaiknya tak payah. Kalau betul nak pet, belalah kucing dapat pahala sunnah lagi. Nak jadi hipster bela binatang rare macam2 ada biawak, ular, kala jengking, labah2, kutu, amoeba, paramecium, schistosoma, chlamydia, semua ada.  

Bila rasa nak menunjukkan empati kasih sayang terhadap haiwan, anjing terbiar kan banyak maka bagilah makan. Jangan disepak binatang tak berdosa itu. Mulut tu jangan guna nama anjing sebagai insult. Sebutlah babi sebab babi memang sudah meredhoi sejak azali. Kahkah.

Aku puji la uncle apa tah yang buat rumah kebajikan jaga anjing2 terbiar tu. Tak payah nak belai2 sangat. Bagi makan dan shelter cukuplah.

Ini tak. Jangankan anjing, kucing kurap di restoran pun dicaci dihina. Kalau anjing aku rasa memang tak boleh masuk area restoran pun. Konferm kena halau punya.

Who wanna touch these dogs? They're dogs too ffs.

I rather make it short but as you can see, you get what I mean, yes? This is an issue to be celebrated because people are more or less be more open to learn about this kind of stuff. Ada siapa ka rajin nak cari fiqh pasal anjing sebelum ni?

Bila timbul isu ni, terus haaa bercambah dalil sini sana semua pakat jadi mufti. Baguslah ada jugak input2 walaupun tujuan asal cari hukum ialah sebab nak bercantas sesama sendiri. Eiii manusia pun kerja nak bergaduh. Malu la sikit dengan anjing.

oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, October 14, 2014

Some recap of stuffs


Assalamualaikum. Hye.

So... kelas sudah bermula. Lama dah tak pegang pensel. Awkward rasanya.

Jadi sebelum aku nak kembali menulis, which I doubt sebab rasa malas pun ada pulak lagi kawan aku kata bila mula bertwitter maka akan malas berblog.

Ya, aku ada Twitter silalah follow. Aku tweet entry2 aku saja dulu tapi sekarang sudah tahu meroyan2 di Twitter which is quite nice sebab tak ada orang layan. So tak rasa judged sangat. Kahkah.

Follow lah follow lah follow lah @hikaru875 

Masa cuti haritu aku stay Mesir. Kawan2 serumah balik Malaysia semuanya. Things went quite well. Alhamdulillah. What things? Nanti aku cerita pasal benda ni.

Aku naik kuda, pergi memanah bagai. Huuiii sungguh aktif. Lepas tu raya haji pun di Mesir juga. Ada satu program kebajikan bebudak universiti aku buat dan aku ada join juga. Dosa banyak kan, maka kenalah join buat baik supaya ada juga benda baik di celah2 kejahatan.


Ini ketua batch aku posing kemain. Ada rupa Shaheizy Sam tak?


Ada lah sikit2 kot. Hahaha



Raya pulak, lepas solat raya kawan aku terus ajak berselfie. Kahkah. Tapi aku tak camwhore. So aku tak selfie sangat la. Eh tok imam pun join tau. Betapa berkatnya selfie tersebut.


Ini pulak adik2. Aku cilok dari Fb saja. Halal yer adik2.

Tak ada gambar lembu atau unta pasal aku tak pakai kamera dah sekarang ni. Henset Nokia lopek itu saja. Nanti aku beli Oneplus One okies. Hahaha.

Paling latest ialah aku join kawan aku lari2 di Cairo sampai sakit kaki berhari2. Ya lah kakiku kan tak biasa lari2 ni. Lari2 anak boleh lah ini dah semacam merentas desa zaman sekolah menengah. Aku ingat lepas sekolah tak ada dah benda2 ni semua.

But it's ok. It's kinda fun.

Then there goes cerita buka sekolah. Aku meraban 2 hari dah masuk hari ni 3 hari cerita pasal kasut. Semuanya gara2 prof sebut pasal dress code dan entah kenapa tetiba aku rasa insecure pulak pakai selipar. Mungkin sebab dah clinical year kot. Haaa kan dah terkeluar sedikit hint about that thing.

Eh sejak bila aku kisah orang cakap apa ni? Tidaakkk oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, October 6, 2014

Done recreating the messed up bloggie, for now


Assalamualaikum. Hye.

After being busy for like 1 week, I finally finished with this... stuff?

Blog aku yang lambat nak loading ni, aku harapkan template baru yang lagi ringan dan laju. In the end menyusahkan aku balik.

So aku revert balik ke template asal, fix apa yang rosak, code semula hampir kesemua benda yang pernah ada. Nasib baik aku simpan coding2 lama. Kalau tak, jenuh jugalah nak mencari balik semua tu.

Dan, the best part is, bila jadi macam ni aku ada sebab untuk kumpul balik coding2 yang aku rasa penting, masuk satu folder, nanti boleh guna kalau malapetaka seperti ini berulang.

Bagi yang menggunakan blogger template, kalau rasa nak customize blog insipired by Sesedap Oren (kahkahkah!), aku boleh buat tutorial dan share coding2 itu. Kalau nak cari sendiri pun boleh bukan susah pun. 

Selain membaiki coding yang rosak dan widget yang berterabur, aku juga sudah siap mencuci entry2 lama. Lihatlah widget Written di sebelah tu. Entry2 dah kurang. Tiada lagi entry lama yang merepek dengan tulisan kecik besar warna-warni apa emua tu.

Yang tinggal hanyalah entry2 penting yang aku rasa aku perlu kekalkan dan yang lain2 tu semua aku dah pindahkan. Memoru lama jangan disimpan di dalam peti masak sebiji di atas hati. Haaa gittew.

Oh aku memang intentionally salah eja memory/memori tersebut. Ada sebab2 tertentu.

Maka bermulalah untuk kesekian kalinya, fasa baru (tak habis2) blog ini. Lepas ni aku rasa aku akan cerita sesuatu dulu dan seterusnya move on dengan hidup sendiri. 

Mungkin aku akan kembali dengan mode hyperblogging activated, semua benda nak cerita, update 143x kali sehari, kumpul followers beribu-riban, dan sebagainya. Mungkin juga aku tak buat langsung perkara2 tadi. Mungkinlah mungkin.

Sebab dalam hidup ni, yang pasti itu cuma satu iaitu mati. Itu pun tak tahu bila. Mungkin esok, mungkin lusa. Tengok tu, mungkin lagi. Kan betul aku cakap?

Seriously, what I desire the most now is my passion to write to come back, my muse to whisper again (heck, she can shout out loud if she wants), and my time to stay with me as long as it could.

A whole new world to write, but no idea to start.

I really miss speaking with letters oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, October 2, 2014

Missing you


Assalamualaikum. Hye.

So I had a dream today. About someone, obviously.

Walaupun mengemas blog dan men-delete entry2 lama, buang semua cerita pasal mimpi2 dulu, mungkin bukan bersalahan sangat dengan tujuan itu kalau aku cerita mimpi yang baru2 ni. Mungkinlah.

Nak dekat raya ni, aku mimpi pasal baju raya. Di kedai. Tapi aku tak beli baju raya. Instead, aku beli muffler scarf, benda yang aku suka pakai dulu tapi bila tengok gambar lama rupanya huduh bila aku pakai. Kahkahkah.

Susah sebenarnya bila muka tak hensem pakai apa pun tak kena. Mungkin aku yang tak cukup keyakinan diri kot. Tak apa put that aside, lagipun aku peduli apa sangat.

Kawan aku tu (ooo mimpi kawan rupanya, mak ayah tak mimpi pulak hukhukhuk) dia sembang dengan aku, dan it was nice since kami pun bukan selalu sangat sembang2. Duduk jauh lah katakan.

Lepas tu pakcik yang tak dikenali tanya nak pakai baju baru kena mandi dulu. Kawan aku cakap tak mandi dah kot hari ni, esok pulak... dan lepas tu pakcik tadi tu gelak.

Lepas tu aku bangkit. Ada orang tekan loceng rumah. Haiizzz.

Gambar cilok google, letak ayat sendiri lepas tu watermark macam gambar ni aku punya kahkahkah.

Well I wonder, could it be, when I was dreaming 'bout you baby you were dreaming of me bak kata M2M dalam lagu mereka yang popular zaman dulu2.

I'm kinda missing you oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, September 29, 2014

A more consistent blog content


Assalamualaikum. Hye.

Aku dah delete most of entry2 lama. Sebenarnya tak delete pun cuma transfer ke tempat lain biar aku seorang saja tengok benda tu.

Yalah kan, niat di hati awal2 tu nak tulis blog dan buka bila dah tua, bolehlah kenang kembali cerita2 masa lalu. Gittew.

Tapi entah kenapa, bila aku buka balik saja entry lama, rasa macam "Eh aku pernah tulis benda ni ka? Homaigad..."

Rasa segan ada, malu ada, kahkah.

Padahal entry aku jugak. Tapi demi nak consistent-kan ada pang ada di blog kesayangan ramai (kahkahkah harapan laahhh) ini, aku biar yang tinggal tu entry yang penting atau ada value tersendiri saja. 

Yang merepek2 sikit tu (maksudnya banyak) aku pindahkan. Jadi bolehlah lihat di archive blog yang tahun awal2 tu dah tinggal sedikit. Tahun 2010 dan 2011 dah tinggal separuh. 

Tahun 2012 punya entry pulak aku assume aku dah tulis penuh dan tak merepek macam dulu (penulisannya, bukan isinya, kerana aku terbina dari kerepekan) ada tulisan kecik besar warna-warni apa semua tu.

Dan dengan adanya dumpster tersebut, kalau ada apa2 lagi yang aku rasa aku perlu buang, aku buang di situ sajalah.

Setelah coding asal blog ini messed up, aku pun meneruskan apa yang aku rasa perlu, alang2 dah tak kena sana sini kan.

So here it is. A more consistent blog content (lah sangat) oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, September 27, 2014

Misi


Assalamualaikum. Hye.

Aku ada la simpan harapan agar blog aku ni cepat loading, laju, ringan, senang orang nak baca, etc etc etc.

So aku pun mencarilah template2 blog di internet. Siap dengan kata kunci "fast loading blogger template" tapi website yang aku buka tu pun loading dia lagi lambat dari blog aku. Sungguh ketara ironinya di situ.

Bila dah jumpa template yang aku agak berkenan, aku pun download. Lepas backup blog asal, aku pun terai la template baru tu.

Lawa memang lawa. Boleh tahan la. Siap ada built in Like dengan Share button. Tapi ruangan komen dia serabut sebab rapat2 sangat. Dan dia buang almost semua widget2 lama aku. Hati mana tak membara kan.

Aku pun upload la balik coding lama. Lepas tu...

Everything was messed up, widget ke mana apa ke mana. Backup jadah apa tah camtu. Siot betul. Haaaaa geram sungguh.

Jadi aku pun kena buat balik bloglist, cari balik plugin Fb, nak letak kotak soalan (tanya la soalan wey tanya la wey tanya la tanya la wey wey tanya la wey kahkahkah) dan lain2.

Alang2 terpaksa menggodek balik semua itu, aku bercadang nak kemas kini entry2 lama. Nak delete entry yang bodoh2 yang tulisan besar kecik warna warni apa semua tu. Hahaha bila buka balik rasa macam nak tutup muka dengan periuk sebab malu.

Walaupun itu tujuan asal aku tulis blog, tapi aku rasa yang memalukan dan yang tak best tu wajarlah letak tempat lain kot. 

Misinya ialah menjadikan blog ini lebih teratur dan tak ada lagi entry2 zaman jahiliyah blog. Jahiliyah blog maksudnya yang tadi itulah tulisan besar kecik warna warni apa semua tu. Sekarang ni pun bukannya better sangat tapi ok sikitlah kan.

Aku masih mengekalkan nombor 2 pada hujung perkataan yang digandakan sebab nak menerapkan ciri2 tulisan jawi sebagai contoh berhati2, buah2an,  dan lain2. Kot lah ada orang yang tertanya2 kenapa aku suka tulis macam tu kan haaa itulah alasan dia. 

Power tak? Kira macam nak asimilasi tulisan jawi dan rumi lah. Tak apalah. Long live Sesedap Oren. Manse manse manse hamboih nak habaq dia tengok Running Man lettew. Kahkah.

So kalau ada sesiapa yang nak kongsi tips/template/cara nak nak bagi blog jadi ringan, laju, dan cepat loading, bolehlah share. Sambil2 tu aku nak buang entry2 lama yang berratus2 tu.

Punya berlambak kerja lain aku ada, yang ini jugak aku nak buat misi. 



Haih oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, September 23, 2014

Advice columnist (lah sangat)


Assalamualaikum. Hye.

Tetiba terasa nak jadi Phoebe Halliwell.

I am your fortune teller.

Widget ada di sidebar. Kalau nak send email boleh, message di THYB boleh, nak tweet2 boleh, nak join grup yang kawan aku buat ni pun boleh juga.

Semua link ada di sebelah. Drop la sebiji dua soalan. Sudilah melayan aku sekali-sekala. Nah link besaq2 aku letak. Hehe.


Berkurun dah benda ni aku baru buat kahkahkah ketinggalan betul oktengsbai

p/s : Kalau soalan best boleh expand jadi entry. Buat modal bila takda idea nak tulis apa.

=p

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, September 17, 2014

Di Antara Bintang2


Assalamualaikum. Hye.

Aku sudah ada album baru Flyleaf. Sebagai peminat setia yang tak berapa nak setia (dan tak cukup kaya) maka aku download saja. Memadailah.

Ini ialah album pertama Flyleaf tanpa Lacey Sturm yang sungguh legendary goddess itu. Amboih goddess baq hang.

Semenjak Lacey meninggalkan band itu sebab nak fokus keluarga (tapi masih buat show sebagai artis solo) band tu frontwoman dia diganti oleh Kristen May yang boleh tahan laaa tapi honestly Lacey is much better tapi Kristen pun not bad la cuma Lacey lagi best tapi Kristen pun ok well you got what I mean, yes?

Aku rasa album tu not bad la walaupun kedengaran lagu2 dalam tu dah semakin pop daripada rock. Suara Kristen pulak walaupun sedap tapi suara Lacey lagi power. Lagi satu, Lacey menjerit sendiri dalam lagu dia Kristen pulak ada orang lain kena jeritkan.

Well, aku yakin semua peminat Flyleaf terpaksa mengaku yang walaupun Kristen sudah berusaha tapi Lacey itu irreplaceable. Nak buat macam mana kan. Move on sajalah.

Bye Lacey. You will be missed. Hi Kristen.

Track by track, album ni sangat diversed. Aku suka kepelbagaian bio (?) dalam album ni. Lagu dia ada yang rancak, ada yang slow. Sesetengah lagu ada bridge dan sesetengah lagi tak ada so it's well made lah.

Bermula dengan Set Me On Fire, lagu ni ada reminiscent unsur2 Flyleaf yang dulu2. Macam rock sikit, pop sikit, aku rasa boleh compare dengan lagu Again, New Horizon, etc.

Lirik yang menjadi tajuk album ni, "Between the stars" ada dalam lagu bertajuk Magnetic. Chorus dia agak lain semacam tapi it's interesting in a weird way.

Traitor dan Platonic agak sama dengan SMOF iaitu bunyi dia ada sikit2 macam Flyleaf punya signature material. 

Lepas tu lagu jadi agak slow dengan track Head Underwater. Tapi slow2 pun masa early part saja. Lebih kurang macam My Immortal (Evanescence) la arrangement lagu ni.

Then it starts to go softer with Sober Serenade. Lepas SS, semua lagu favourite aku. Thread, Marionette, Well of Lies, dan City Kids. Probably sebab aku pernah dengar live version lagu2 tu semua so aku attached la sikit kot.

Chorus lagu Thread dan Marionette bagi aku paling best dalam keseluruhan album. City Kids best highlight walaupun ada screaming part yang agak awkward sebab macam tak kena tempat. 

Inilah bezanya dengan Lacey. Lacey kalau dia screaming selalunya ada emphasis di mana2. Screaming dalam CK is more like, random? I don't like. Personally rasa lagu tu macam cacat sikit sebab ada part menjerit tu.

Lepas tu dua lagu last dalam album ni iaitu Blue Roses dan Home. Sounds more pop macam Hey Monday atau Paramore sikit2. Tapi dua lagu inilah yang membuatkan album ni stands out dan begitu diversed.

Overall, lagu2 dalam album ni ada positive messages dan tiada langsung perkataan Jesus. Dulu rasa macam tak selamat aqidah dengar lagu Flyleaf sebab sikit2 Jesus, sikit2 Jesus. Kahkah.

Cumanya, unsur ketuhanan masih ada tapi tidak ketara macam dulu. Banyak lagu dalam album ni stands for different interpretations, macam lagu Circle dari album Memento Mori. 

Instead of terang2an sebut Jesus, lagu2 baru ni more open lah untuk pendengar relate dengan apa. Boleh jadi kekasih hati, diri sendiri, atau tuhan. Gittew.

Oleh kerana aku melanun versi special version so aku ada 4 extra tracks iaitu Avalance, Ship of Fools, Tied to the Broken, dan City Kids versi live. Lagu2 bonus tu boleh tahanlah juga. 

Personal rating : 4.25/5

Favourite song : Set Me On Fire, Thread, Marionette, City Kids

Good listen : Head Underwater, Blue Roses

Cover album

Keseluruhannya, aku masih suka Flyleaf. Lagu2 baru almost semuanya best dan boleh didengar tanpa rasa nak skip. Cumanya aku masih terbayang2 how heavenly will it be kalau Lacey yang menyanyi dalam album ni.

Try imagine lagu Marionette atau Thread dengan suara Lacey. Huuiii tak pun City Kids yang buat screaming part tu Lacey sendiri. Must be perfect.

Tapi tak apalah. Dia sudah tiada. Redho je lah. Huhu. Kristen pun Kristen lah. Kata peminat kan so no matter siapa yang jadi frontwoman Flyleaf is still gonna be Flyleaf.

Sekian review lopek oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, September 12, 2014

Sifat manusia itu, kekadang dia tunggu tuhan bagi apa yang dia nak dulu, baru dia ingat nak bersyukur...


Assalamualaikum. Hye.

... itupun kalau dia ingat. Kalau dia tak ingat pun tak apa. Tuhan masih sayang. Untung jadi manusia. Tambah2 pulak umat nabi Muhammad.

Hari ini tuhan ajar aku untuk rendahkan ego. Tuhan juga ada bagi hint kasi aku rasa malu sikit sebab lambatkan solat. Semoga lepas ini akan lebih istiqamah solat awal waktu. Better yet, berjemaah di surau.

***
Bangun pagi lewat, aku solat Subuh di rumah saja. Lepas solat buka komputer, tengok apa yang ada. Lepas browse sikit2, keluar notification TEdata yang quota bulanan dah habis. Speed internet akan menjadi slow gila babi yang mana kalau ada babi yang waras menyaksikan betapa slownya internet itu, maka ia akan menjadi gila.

Boring, aku pun tidur balik. Bila bangun dah zohor. Waktu aku dengar azan tu aku masih mamun2 mamai2 mengeliat2 rasa nak tidur balik pun ada. Lagipun kalau aku nak keluar, aku nak mandi apa semua dulu. Tak sempat pun nak siap untuk berjemaah di surau. Aku pun take my time dan bersiap2 seperti biasa, tak kalut2 pun. Solat Zohor di rumah juga.

Guna internet dengan speed slow gila babi itu, apa pun tak boleh buat. Buka Fb pun sangkut. Tengok 9GAG pun tunggu punya lama. Kalau aku ni mayat, which ironically I am, dah lama aku mereput.

Cakap pasal internet slow, ada orang share benda ni di Fb. 


Aku pun share status berbunyi seperti berikut;
"Aku rasa ini pasal internet. The difference is... Maturity? SALAH.
The difference is stable and fast connection. Bila internet laju, buat apa pun senang habis cepat tak payah tunggu lama2. Hati pun tak sakit mulut pun tak mencarut.
Tapi bila internet slow, putus2 pulak tu, maka masa banyak habis tunggu page loading, apa pun tak siap, hati panas membara syaitonirrojim pun mencucuk2 maka bertaburanlah babi keluar dari mulut. Gittew.
=p"


Switch guna broadband, Vodabi (Bodofone bak kata Aiman) pun dua kali lima juga. Cikai betul ISP di Mesir ni. Tengok balik trade2 Dota semalam yang aku buka untuk cari offer bow Windrunner, satu pun takda orang reply. Cis. Dah la nak refresh page tu ambik masa bertahun2.

Petang itu, tiba2 ada orang buka trade, dia ada bow Windrunner yang aku tengah cari, dan dia nak dua item Invoker, iaitu Cape of Arsenal Magus dan Crest of Magus Magnus. Dua2 item aku tak ada tapi aku rasa kawan aku ada. Maka aku pun stalk inventory mereka. Siap tanya lagi mana yang online. Maka, Asarku juga di rumah.

Lalu aku pun pinjam lah item itu dari Rahman dan Ihsan. Aku syak dua orang tu mesti macam "Eh eh eh budak ni, mesej orang sebab nak mintak barang bagai... bukan nak tanya khabar ke apa... choih!" hahaha. Sorilah wahai sahabat. Ketahuilah aku sendiri segan sebenarnya nak mintak tu. Tapi disebabkan teringin punya pasal aku gagahkan jua.

So aku pun trade item tu dengan kawan aku, pinjam sekejap simpan dalam inventory aku, sambil aku offer kat budak tadi yang offer bow tu. Aku add dia. Nama dia Placebo (bukan nama sebenar, nama ID Dota dia la takkan tu pun kena bagitau?).

Crest of Magus Magnus

Cape of Arsenal Magus

Aku pun tunggu. Sambil2 tunggu, rasa macam "eh better aku pergi topap wifi, alang2 keluar tu boleh singgah solat Maghrib sekali di surau... sekarang baru pukul 7... sempat la..." so aku pun keluar rumah sambil memasang Momo di telinga kanan dan kiri. Untuk pengetahuan, Momo ialah nama yang aku kurniakan kepada mp4 player aku.

Kedai pertama yang aku pergi ialah kedai topap dekat2 Zizo sebab selalunya kedai tu lah tempat aku beli kad topap. Kedai tu ada mesin Fawry so boleh ja nak topap TEdata di situ. Aku nak topap LE75 saja sebab masih tengah bulan dan bukan nak renew subscription pun cuma nak extra GB. Kalau nak renew monthly bundle tu baru bayar LE150.

Tapi entah kenapa tadi, brader yang jaga kedai tu tetiba perangai dia jadi bodoh sial babi anak haram jadah sampai aku pun emo. Selalunya tak pernah ada masalah tiba2 malam ni macam2 masalah pulak. Masa aku tengah bertekak dengan dia azan Maghrib berkumandang. 

Aku malas nak layan (more accurately aku tak faham dia kata apa) so aku patah balik ke arah rumah tapi instead of balik rumah, aku pergi kedai lagi satu. Kedai ni jauh almost sampai ke hujung simpang. Aku pergi juga sebab malas nak tunggu lama2 nak topap cepat2 supaya nanti boleh guna internet wifi sebab internet broadband terlalu cibai sifatnya.

Kedai tu pun sama juga. Tak bagi aku topap LE75 nak aku bayar LE150 juga. Dalam hati aku dah mencarut2 apahal pulak tak boleh berbulan2 aku buat selalu boleh saja pun TEdata ni tukar polisi ka apa?

Nak tak nak, aku terpaksa pergi ke kedai dekat rumah aku yang aku pernah berjanji takkan menjejakkan lagi kakiku ke situ ecewah. Kedai tu, aku ada suatu kenangan yang tak berapa indah sebab tu aku malas nak pergi. Untuk maklumat lanjut sila rujuk entry ini. Rujuk tau jangan tak rujuk. Kahkahkah.

Aku masuk kedai tu tak senyum sikit pun. Masa di kedai tadi, pakcik itu (pakcik yang sama) juga kata tak boleh topap LE75. Tetiba aku sebut satu perkataan yang aku tak sebut masa di kedai yang awal2 aku pergi.

"Idhofiyah".

Pakcik tu pun klik2 mesin Fawry dia, dan dia tunjukkan aku berapa yang aku nak. Aku pun tunjuk LE75. Bayar dengan LE100, ambik baki, balik rumah. Guess what? Yeah you guessed right. Maghrib aku di rumah jua.

Sambil melayari lautan internet menggunakan broadband yang sungguh terfaktab itu, aku sekali sekala switch juga ke wifi Badariah (nama wifi aku) untuk test sama ada dah laju atau belum. Selalunya ambik masa juga. Kadang2 laju ja speed dia jadi normal balik. Kadang2 sehari dua. Aku pun tak pasti so aku check juga.

Buka 9GAG, masih loading macam siput babi. Buka Fb, masih loading separuh newsfeed. Refresh page trade Dota, still tak ada reply untuk offer aku. Si Placebo yang aku add tadi tu pun, masih belum accept friend request aku.

Dekat nak Isyak tu, aku buka Mangastream. PUP! Satu page loaded sekelip mata sepantas cahaya menerobos angkasa hamboi haih.

Aku tutup software broadband. Aku refresh Fb, aku refresh 9GAG, aku refresh trade Dota. Laju. Hatiku berbunga2 bagai melihat cinta hati dari suatu sudut yang aku nampak dia tapi dia tak nampak aku. Stalker punya perangai. Kahkah.

Aku pun terus offer untuk bow sambil menunggu Placebo untuk approve. Tapi dia tak approve2 pun. Aku rasa dia ignore request aku. Entahlah kalau tengok trade dia pun 3 hours ago so maybe dia memang tak ada depan laptop kot. Tapi Steam status dia online so kalau aku add dia mesti dia tahu. 

Tak apalah. Aku simpan dulu item kawan aku tu, maybe Placebo akan respon juga nanti walaupun lambat. Tiba2, "berlaku sesuatu yang TAK DIJANGKA!" *sila baca dengan nada Melisa Maureen dalam iklan Fair and Lovely kalau kamu ingat kalau tak ingat sila abaikan* dan azan Isyak pun kedengaran.

Ada satu orang ni, aku offer dia benda yang sama aku offer orang lain iaitu Mega Kill Announcer Clockwerk yang aku dapat daripada kotak naik level. Dia reply offer aku sambil tulis "added" dan lepas tu dia add aku.

Aku pun excited bagai melihat cinta hati dari suatu sudut yang aku nampak dia tapi dia tak nampak aku. Huehue. Aku approve sambil buat2 tanya dia dengan cara yang aku selalu buat iaitu hantar mesej dengan simbol "?" semata2.

Lepas tu kami pun trade. Mula2 tu tak boleh nak buka trade window aku pun tak tahu kenapa. Dalam hati aku tak putus2 berdoa supaya dia tak ubah fikiran. Aku pun send Steam offer sebab dah tak boleh trade secara online maka aku buat offline trade lah.

Dan dia pun accept trade tu. Notification keluar. You have 1 new item in your inventory. Lyralei's Breeze. Auspiciouslah tapi. Untuk pengetahuan, kalau ada tag Auspicious, Cursed, Frozen apa semua tu maksudnya demand item tu rendah. Tapi tak apa sebab aku nak guna dan simpan bow tu. Bukan nak jual pun.

Awwww yeaahhh!

Masa tu surau dah iqamat untuk solat Isyak. Aku pula masih senyum2 sendiri sebab dapat item yang aku cari. Aku buka balik offer2 semalam, aku delete satu2. Lepas siap delete semua, aku diam sekejap. Kepala terdongak sedikit. Perlahan2 aku lepaskan nafas.

Aku bangun, pergi tandas, ambil wuduk, pakai seluar, masukkan kunci rumah dalam poket. Masa aku keluar tu, Muiz jiran atas rumah pun keluar juga. Aku sempat berjemaah Isyak walaupun masbuq rakaat kedua.

***

So adakah kamu dah baca entry yang menerangkan kenapa aku benci kedai dekat rumah aku tu? Ceritanya, walaupun ada kedai lain yang better at giving services, tapi last2 kedai yang aku benci tu jugak yang bagi internet aku laju balik.

Aku rasa tuhan nak ajar aku supaya jangan jadi sombong. Lagipun dia salah topap henset aku LE15 tapi kredit LE15 tu aku boleh guna juga bukannya bayar LE15 dia kreditkan LE10. Tahan lagi sampai hari ni. As if bukan salah dia pun tapi aku nak marah lebih2 buat apa. Macam tu lah lebih kurang kot mesej dari tuhan.

Tak penting pun kedai tu, tapi mungkin penting bila aku terpaksa deal dengan manusia lain bila berlaku situasi yang sama.

Lepas tu, aku rasa sungguh malu. Seharian aku ada masa untuk ingat tuhan, dia pun ingat aku dan panggil aku menyembah dia. Bukan aku tak dengar tapi aku pekakkan telinga. Aku cacatkan diri aku sampai tak bergerak. Duduk rumah tak keluar. Bila keluar pun pergi buat benda lain bukannya nak pergi rumah dia.

Lepas dia dah bagi aku internet laju, dan item yang aku dok teringin sangat, padahal item Dota saja pun, bukan bernilai sangat, barulah aku terhegeh2 nak ingat dia. Oh ini dia bagi. Maka aku kena bersyukur. Apa yang aku kena buat? Pergi solat berjemaah?

Dan bersolatlah aku Isyak itu sambil rasa malu yang amat. Betapa aku sebagai hamba memerlukan nikmat yang aku nampak sebagai sebab untuk aku bersyukur padahal selama ini dia bagi beribu nikmat tapi aku macam tak peduli pun. Siap bermaksiat lagi.

Kerdilnya diri. Tuhan, ampunkan aku. 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, August 26, 2014

Cara Berkhurafat Siber dan Terkini di Era Moden Globalisasi


Assalamualaikum. Hye.

Tajuk dah serupa usul perbahasan baq hang. 

Bila disebut khurafat, aku ada satu pengakuan. Kadang2 aku guna istilah khurafat arrasyidin sebab bunyi dia macam nak dekat sama. 

Respon yang aku terima sangat extreme sama ada orang tu rasa lawak maka dia gelak walaupun aku rasa takda lah lawak pun atau dia rasa aku memain2kan agama dan menghina khulafa' arrasyidin maka aku diberi tazkirah percuma.

Bila disebut khurafat juga, aku ada beberapa ritual amalan tertentu dan kepercayaan2 karut yang direka2 untuk dijadikan modal bersembang dan jenaka. Seperti tadi, ada orang take it as a joke as intended, dan ada juga yang menasihati aku agar bertaubat nasuha.

Antara amalan khurafat aku yang paling prominent ialah, bila ada sesuatu perkataan disebut serentak oleh aku dan seseorang, maka salah seorang perlu tepuk/sentuh/tampar/tempuh or whatever perkataan yang difahami yang merujuk kepada melakukan physical contact yang bersesuaian kepada yang seorang lagi.

Kiranya tak boleh la nak tendang ka, nak sepak ka, nak tikam ka tak boleh no no no. Just mild touch. Ini aku belajar dari kakak aku semasa kecik. Jangan hang cuba2 nak menafikan yang hang pernah ajaq aku kak lang. Kahkahkah haa sebut terang2 kat situ sapa dia yang ajaq.

Aku juga kalau nampak tahi lalat di lengan orang, maka kekhurafatannya ialah, orang yang tersayang akan mati di situ. Lebih kurang macam di pangkuan tangan dia la kat tempat tahi lalat itu maka di situlah orang tersayang mati. Ini sangat extreme level punya khurafat. Aku pun tak tahu aku dengar dari mana.

Khurafat seterusnya, aku malas nak sambung sebab banyak sangat nanti kamu kata aku cuba nak buat ajaran sesat ayah pin pula. So aku hentikan di sini.

Ok enough with the small talk. Dulu masa sekolah, aku agak suka dengan astroLOGI. Kalau perkataan itu terlalu hipster (which is not) mungkin perkataan horoskop lebih mesra alam.

Untuk pengetahuan anda, astrologi itu sifatnya terhina. Kalau nak yang sifatnya terpuji, astroNOMI. Haa yang tu ramai sungguh yang puji dan puja tinggi menggunung.

Sekolah langgan surat khabar dan oleh kerana aku tak baca sangat isi surat khabar, berita sukan pun aku tak lalu nak baca, berita artis budak perempuan kebas dulu, maka yang tinggal untuk aku baca ialah ruangan sudoku, komik, dan horoskop.

Sudah tentulah mereka2 dari kalangan BADAR akan memberi teguran separa berhikmah kepada aku. Ok yang itu aku tipu. Rasanya tak ada siapa pun larang aku tapi yang share pasal larangan2 khurafat tu banyak maka aku terasa lah tanpa perlu disuruh sebab ada iman dalam hati gittew.

Kita ni, bila dilafazkan perkataan "khurafat" itu, yang datang dalam kepala tak lain tak bukan mestilah benda2 bomoh seperti asap kemenyan, keris lama, limau purut, pulut kuning, telur ayam kampung dan jampi serapah dalam bahasa Jawa kuno tak pun siam.

Tak pun amalan2 serta pantang larang orang tua2 seperti anak dara jangan menyanyi di dapur nanti lambat ketemu jodoh, jangan duduk atas bantal nanti juboq tumbuh bisul, jangan tunjuk pelangi nanti jari kudung, dan sebagainya.

Orang juga ingat, dengan modernisasi, segala bentuk khurafat terhapus secara total. Ayat cliche ialah "zaman moden macam ni mana ada lagi benda2 macam tu" dan "dunia dah maju tapi masih percaya benda2 karut" dan yang seerti dengannya.

I beg to differ.

Pergi log in Facebook kamu masing2, tengok newsfeed. Kenali kawan2 anda yang sedang berkhurafat di alam siber. Khurafat, sekalipun zaman berganti zaman, ia berevolusi dan terus beradaptasi untuk kekal wujud dan dikhurafati oleh pengkhurafat2 yang kononnya sudah civilized tapi tetaplah terperangkap dalam kekhurafatan yang berubah bentuk.

FIND OUT WHO MISSES YOU THE MOST?
FIND OUT WHO CARES YOU THE MOST?
WHO HAS SECRET CRUSH ON YOU?
MARRIAGE PREDICTION?
FIND OUT WHICH CELEBRITY YOU LOOK ALIKE?
FIND OUT YOUR PROFESSION BY BIRTH?

etc etc etc.

Benda ni, sama ada dah jadi darah daging kita, atau kita dah terbiasa sampai dah tak jadi pelik, dah tak jadi khurafat lagi dah. Bahkan, kita justify benda tu sebagai "for fun purpose".

Aku mengaku, aku pun main jugak benda2 ni semua. Walaupun sedar, tapi buat juga. Biasalah kita kan manusia. Cumanya nak kata, it's very easy lah untuk kita terlibat dengan benda ni semua walaupun kita sendiri sedar benda tu *aku nak sebut salah tapi konferm ramai nak justify so faham2 sendiri*.



Reti2lah sendiri dan justifylah tindakan masing2 dengan apa rasional sekalipun. Kalau ada oang tanya nanti jawablah mengikut kepala otak masing2. Mungkin betul, benda ini bersifat relatif tapi aku rasa di zaman serba moden ni, orang dah tak main la tangkal azimat apa semua tu kan.

Nak khurafat pun up to date lah sikit oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)