Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, March 27, 2013

Corn flakes


Assalamualaikum. Hye.

Kadang2 kita tak suka corn flakes tapi selalunya ia datang sendiri tanpa diminta. Ada masa dia, corn flakes dengan diri sendiri pun boleh jadi pasal. 

Ya ya ya aku maksudkan konflik. Saja nak bagi fancy sikit.

Aku tak pasti, tapi boleh tak kalau aku assume sekali kita ada corn flakes dengan seseorang atau sesuatu atau sesebinatang ke sesebenda ke apa, maka selama2nya kita akan ingat dengan corn flake itu? Susah nak move on gitu.

Bukan apa. Aku pun sedaya-upaya elak corn flakes tapi nak buat macam mana kadang2 akan timbul isu. Bila timbul isu, manusia akan retaliate. Aku manusia maka aku pun retaliate. Cuma kekadangnya, tak semua orang boleh terima retaliation aku.

Dan aku pun tak terima seadanya semua segala retaliation orang. Aku ada judgment sendiri jugak. =)

Contoh yang paling jujur, corn flake aku dengan Dr Khalifa yang pernah denda aku sebab dia kata aku tidur dalam kelas padahal aku tak tidur pun, entahlah aku pun tak pasti tapi sampai sekarang kalau aku nampak dia aku teringat dia denda aku tu. Dan aku rasa tak suka dia. Haaa kan dah jadi kes berat tak suka cikgu sendiri? Patut la Parasitology aku markah rendah gila babi.

Rendah sampai kalau dibisikkan markahku kepada babi nescaya menggilalah babi itu.

Banyak contoh sebenarnya. Dulu2 pun selalu ja aku bercorn flakes tapi mungkin sebab minda budak2 atau awal remaja tu tahu nak enjoy saja fikir pun kurang so aku lantak pi mampuih kat hang ja segala corn flakes. Tapi bila dah besar ni fikir banyak pulak.

Sepatutnya kalau fikir banyak dan matang, tak patut ada lah corn flakes bagai. Kenapa macam makin banyak pulak ni?

Dan ini membuat aku terfikir betapa orang2 besar di negara kita, bahkan di mana2 yang asyik bercorn flakes dari dulu sampai sekarang, isu politik, isu negara, isu semasa, sampai isu agama pun semua nak corn flakes. Dan mereka yang terlibat semuanya dilihat sebagai orang matang berwawasan berpandangan jauh saujana mata memandang.

Kira halal lah kepada sesiapa yang mungkin ada sejarah ke apa dengan aku. Aku hanya manusia biasa. Bila aku kata aku tak suka human interaction, ramai yang kata aku ni pelik. Hahaha. 


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, March 20, 2013

Suatu bodoh yang boleh dibanggakan


Assalamualaikum. Hye.

Mukashi no hikari ima izuko?

Sajak jepun (kot... ke lagu? entah) yang aku belajar dengan Sugan-sensei masa kat sekolah dulu. Huiii teringat memori sekolah, subjek Bahasa Jepun antara yang paling sour2 sweet sebab banyak aktiviti dengan kawan2 dan sensei.

Maksudnya lebih kurang - Cahaya dulu, sekarang di mana?

Sebagai manusia yang pernah dapat UPSR 5A, PMR 9A, dan SPM 11A, aku memang ada benda alah mukashi no hikari ni. Sayangnya, ima izuko? Hehehe.

Mungkin inilah yang dikatakan lupa diri, tak pun istidraj. Betul dulu masa SPM aku mana berusaha sangat pun. Pastu ramailah yang kata aku ni geniuslah apa. Padahal...

Habuk pun tarak! Kahkahkah.

Aku rasa, manusia ni dia ada masa2 dia nak bersinar. Late bloomer dengan early bloomer gitu. Maksudnya aku dulu2 dah merasa jadi budak cerdik tu macam mana. So bila dah besar ni jadi bengong lah pulak. Boleh dak macam tu? Kejadahan apakah? Haha.

Salah diri sendiri. Malas bukan orang suruh. Sendiri yang pilih. Sendiri terjun sendiri mati lah kan? Cumanya sekarang, instead of let go mukashi no hikari, aku tahu aku patut cuba dapatkan kembali. Pergi mampus sama mukashi no hikari. Dapatkan ima no hikari. Ada ke?

Tak mustahil kalau aku bermula sekarang, aku boleh naik semula. Tapi apa yang mustahil ialah, aku ni pemalas jadi aku memang tak mulakan apa2. Kahkahkah tak dapat dibantu.

Bak kata seorang senior anonimus - Zaman nak bersaing nombor satu tu semua masa sekolah je. Bila dah masuk kolej, bagi lepas tahun sudah.

Serius aku rasa dia memang dah berputus asa. Tekanan barangkali. Tapi mengenangkan status aku sekarang, aku rasa itu ialah at the very least yang aku boleh hold on to. Sebab tak mahulah nak repeat year gila kot dah la zakat tak supply kalau tahun mengulang. Nak korek duit dari mana? Bontot Saiful Bukhari? Aku bukan Anwar! Eh terlucah dan melibatkan sentimen politik pulak.

Mari sini aku nak ajar sekecil2 usaha untuk menjadikan kebangangan di sekolah/kuliah sesuatu yang boleh dibanggakan. Untung2, tuhan pun bagi pahala. Ya adik2ku. Jadi bangang tapi dapat pahala. Nak?

Caranya ialah, selalu berusaha lagi keras sikit saja lagi dari biasa sebab dah sedar diri tu bangang kan so kenalah usaha lebih. Dan jangan lupa berdoa. Manalah tahu tuhan nak bagi. Kalau tak mintak pun tuhan bagi tapi minta lagi afdhal gitu.

Lepas tu kalau ada kelas tambahan ke apa, atau revision classes trylah pergi kalau tak ada halangan apa. Biar itu jadi bukti kita sanggup berusaha. Aku kena join kelas Parasit sebab dapat below 60% masa midyear. Malu ooo tapi kalau dah bangang lepas tu orang nak buat kelas tambahan free pun tak mahu pergi, aku rasa itu lagi memalukan.

Dan belajarlah untuk redha. Bukan bermaksud "Aku dah ditakdirkan bangang biarlah aku bangang selama2nya" sebab itu bukan definisi redha. Redha itu bermaksud bila kita usahakan sesuatu tetapi kita tak dapat, kita tetap terus berusaha sebab kita yakin usaha kita itu Allah tidak sia2kan.

Sama juga kalau kita tak berusaha lepas tu tak dapat hasil, kita redha lah kesalahan kita tu dan betulkan di masa depan. Jangan menyeksa diri pulak dah tak pass exam kecik exam besar pun nak bagi melingkup? Tak jadi la woi.

Ya. Aku takut. Tapi kalau takut saja tanpa ada usaha dan tindakan, takda guna juga. Jadi mari tamatkan entry dan studylah untuk exam Parasit Khamis ni. Padahal esok. Macam jauh lagi ja bila sebut "Khamis ni". Hahaha.

I hope so, boy.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, March 15, 2013

Of Drow's Bow and Stryff the Owlion


Assalamualaikum. Hye.

So I used that website again. Kali ni aku tebalkan muka mintak rare bow yang aku nak tu untuk tukar dengan barang2 uncommon. Surprisingly enough, ada yang sudi kot. Haha.

Aku pun telah mendapat bow ini dengan sungguh berjaya sekali -

Bow of the Crystal Caves - Beneath her secret glades, Drow found a passage lit by crystal shards. Following the glittering light to the farthest cavern, she discovered this bow, embedded in the rock as if it had formed there.

So hanyalah Bow of the Howling Wind yang aku tak dapat. Lagipun benda tu macam tahap rarity tinggi sangat. Aku berputus asa sajalah. Tapi haritu aku main, ada aku dapat benda alah ini. Sungguh legendary sekali. Mirana punya rimau tapi kepala dia burung hantu - 

Stryff the Owlion - Nothing moves more quietly, nothing strikes harder, than this feathered prowler of the Nightsilver Woods!
Kemaih dak? Hahaha. So aku dah ada 8 dari 9 bow yang ada. Dulu selalu kena mintak dengan orang. La ni dah tak payah dah baq hang. 

Exam Microbiology lab tu aku boleh jawab dengan ok. Alhamdulillah. Kali ini placement sangat berjauhan memang kalau jeling2 sampai juling pun takkan nampak punya. Tapi aku still jawab lah. Dan tak salah banyak. In fact, kalau betul jawapan yang dibincang tu, betul semua pun ada possibility.

Andailah kata nanti exam final pun begitu... mimpilah oi. Maka kenalah study betul. Ingatlah wahai adik2ku. Kalau dah mangkuk, mangkuklah jua tapi jadilah mangkuk yang reti berusaha.

Ini aku nak sambung usaha baca Virology pulak satu habuk pun tak sentuh lagi. Esok ada assessment. Doa2kan. Bukan Dota2kan. Kahkahkah.

Dan aku ada benda nak cerita. Lepas exam nantilah oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, March 13, 2013

Of Drow's Bows and Eye of the Ozkavosh


Assalamualaikum. Hye.

So hari ini pagi2 buta aku lepak depan laptop sambil berangan2 nak jawab semua soalan exam dengan betul. Tapi sesaat lepas tu aku terjaga dari mimpi kejadahnya nak dapat betul semua. Jangan salah semua pun dah kira cukup bagus. Tapi apa salahnya bercita2 kan?

Baca buku sikit lagi. Nak bagi setel apa yang ada dalam gambar masa exam nanti. Exam slide ni mudah. Semua slide dari dalam buku. Nanti bila final, exam slide bawak mikroskop. Masa tu nanti baru tergaru2. Hehe.

Dan pagi ini jugalah aku jumpa website untuk trade barang2 Dota 2!!!

So aku pun iklanlah dan cuba appeal untuk trade barang2 dengan orang dari seantero dunia. Kemaih gila BM aku la ni baq hang siap ada perkataan seantero.

Lepas iklan tu aku pun pergilah kuliah. Bila nampak slide kepala teringat Drow. Kahkahkah. Sungguh meraban tapi alhamdulillah aku jawab tadi boleh tahanlah ok. Taklah sehampeh midyear dulu. Dan bila ada part desperate, maka aku jeling2kan juga kawan sebelah. Terima kasihlah sebab tak tutup kertas tu. 

Bila habis kuliah balik rumah tengoklah respon2 yang didapati. Ada ja yang sudi trade dan tak banyak songeh. Banyak songeh tu maksudnya, dia nak dua, tiga barang tapi nak bagi kita satu saja. Mentang2lah dia yang nak trade kan, besar kepala pulak. Penampaq baru tau.

Aku nak trade dengan bow Drow Ranger sebab aku dah ada banyak so aku nak complete set lah kononnya. Lagipun aku bukan main sangat watak lain. Aku nak bow yang ini -

Great Grey Owl Bow - She dreamed in the night that the divine owl spirit called her name. When she woke, this bow lay beside her in a bed of leaves...grey feathers still drifting from the branch above.

Dan yang ini - 

Bow of the Crystal Caves - Beneath her secret glades, Drow found a passage lit by crystal shards. Following the glittering light to the farthest cavern, she discovered this bow, embedded in the rock as if it had formed there.
But instead, sebab bow gua kristal tu jenis rare sangat, so aku tak ada item la yang setara. So aku pun trade lah dengan bow ini - 

Sylvan's Guard Bow - Drow has nothing to learn from the Sylvan Guard, but from time to time she relieves one of them of their bow, that she might test its quality. Even by her standards, this one is adjudged very fine.
Tapi last2 aku give up jugak barang rare aku untuk GGOB sebab dah teringin sangat kan. Hehe.

Dan malam ni aku tak iklan cari barang. Aku offer pulak siapa yang nak barang aku. Aku cari ward buat pakai kalau jadi support nanti. Maka apa yang aku dapat ialah - 

Eye of the Ozkavosh - Until its fall, none could escape the spying gaze of the First Dominion.
Lepas ni bolehlah pakai bow baru dan ward baru. Hahaha. Esok lusa dan lusa selepas lusa ada exam Microbiology. Exam practical stuff so kena banyak baca lab diagnosis apa segala bagai. Pening kepala oi.

Ok nak sambung baca buku pulak. Haaa kalau ada sesiapa yang baca blog aku ni dan main Dota 2, add lah aku boleh kita main sama2 nanti. Hehe tapi aku noob ja lah tak terer pun. Boleh laa nak main seronok2 bukan nak menang sangat pun.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, March 8, 2013

Sesat cari jalan pulang


Assalamualaikum. Hye.

Semangat yang hilang... sesat cari jalan pulang...

Kalau tak salah aku, itu lirik lagu kumpulan apa tah tapi lagu lama lah. Tapi yang pasti bukan kumpulan New Boyz sebab lagu kumpulan New Boyz ialah "Sejarah mungkin berulang" (sambil meleleh2) dan bukannya "Sesat cari jalan pulang" (sounds very cool) walaupun kedua2 liriknya sama irama suku kata akhir.

Tapi Tomok yang latest boleh tahan lah. Tahniah kerana sudah berjaya aqil baligh. Kahkah.

Tomok sebelum mumaiyiz.

Semalam kan, aku pergi ke Zagaziq untuk ambil baju yang aku tempah. Aku tempah jubah kakula yang macam baju raihan tapi labuh macam jubah sampai ke bawah. Kiranya baju hybrid lah raihan dengan jubah. Boleh panggil Jubhan. Tak pun Raibah. Komersil gila nama aku bagi. Boleh buat bisnes tak agak2nya?

"Jubhan! Jubhan! Raibah! Raibah! Mari beli jubhan! Mari beli raibah!"

Oleh kerana (menurut cikgu Bahasa Melayu, "oleh kerana" ialah salah tapi ini blog bukan karangan SPM maka aku biarkan saja) ramai kawan2 aku yang sibuk dengan MAT segala bagai, maka aku pun pergilah seorang diri. 

Tunggu kenderaan awam di Mesir ni memerlukan kesabaran dan tuah. Kalau setakat bersabar tapi tak bertuah alamatnya kamu akan sampai lambat ke destinasi seperti aku. Aku memang penyabar tapi nasib tidak menyebelahi aku sebab tramco memang lambat gila dan hampir memang tak ada langsung pun.

Ditambah pula sifat semulajadi yang bersopan santun dan berhemah tinggi, bila ada arab yang potong queue aku, aku redhakan saja. Kalau buat kepala angin ikut rempuh sama, aku rasa aku dapat jimatkan 2 jam masa perjalanan. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada aku yang penyabar. Tetiba bunyi macam takabbur tak pasal2 berdosa.

Semalam ialah hari di mana pemandu2 kenderaan awam membuat onar dengan profesion sendiri yang sebenarnya sangat mulia iaitu membawa orang ke destinasi yang ingin dituju tapi kalau dah perangai macam haram maka hasilnya ialah macam haram juga.

Daripada nak ke Zagaziq dari Mawafil Asyir (eja macam mana aku main ikut aku sebut saja) sampailah dari Zagaziq nak ke Rab'ah balik ke rumah semuanya jenis berhenti di tempat yang bukan tempat biasa.

Dan sungguh busuk pemandu tramco yang sepatutnya ke Rab'ah tapi dia berhenti takat Mawafil Asyir saja. Nasib baik dia ambil tambang Mawafil Asyir jugak kalau dia ambik lebih, nescaya aku memaki hamun dia di sini dengan kata2 tisu. Bukan tisu muka yang lembut tetapi tisu tandas yang kesat. Kahkah.

Tapi hikmahnya di sini para pembaca (kalau ada) sekalian, sebenarnya Allah sedang mengajar aku. Dan aku sangat berterima kasih.

Ya lah. Bila pemandu2 buat mangkuk hayun masing2 kepala tak center lepas tu main letak orang ikut suka dia, so secara tak langsung aku kena cari jalan sendiri. Bukan sesat sampai kena panggil polis pun. Cari jalan lain pusing2 simpang lain ikut landmark lain. Itu lah.

It's like, bila apa yang kita rancang tak menjadi seperti yang diikut dalam plan, maksudnya tu Allah nak ajar kita alternative routes. Plan B. Backup plan. Whatever you want to call it.

Macam haritu masa aku naik tramco berhenti di Mawafil Asyir seberang jalan. Kena lintas jalan cari masjid landmark selalu. So lepas2 ni kalau tetiba tertinggal kat situ lagi, bolehlah cari jalan tanpa perlu nervous breakdown sorang2. Tak gitu?

Dan ada pakcik yang baik hati tolong aku cari tramco di Mawafil Asyir waktu malam2 tu. Kalau tramco tu terus ke Rab'ah, tak jumpalah aku dengan pakcik tadi. 

So learn to wash those shits.


Dan kepada Hassan dan Wan terima kasih banyak. Wan... Katherine Heigl tu memang wujud tapi dalam cerita lain. Yang aku tengok tu tajuknya 27 Dresses. Kahkah Bride Wars tu betul la Kate Hudson. Aku check Wikipedia semalam. 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, March 5, 2013

Internet, rage, and aging.


Assalamualaikum. Hye.

Di rumah aku ni, ada banyak barang dah rosak. Kalau tak rosak pun, hampir2 nak rosak. Mula2 dulu rosak pelapik jamban. Untuk pengetahuan, pelapik tu dah detached dari tempat asal dia dan kalau tak kena cara, nanti dia jatuh lepas tu bunyi macam perang dunia kedua.

Dapur pun dah banyak kali terbakar. Bunyi macam dahsyat sebenarnya yang terbakar tu tempat letak periuk tu saja. Sebenarnya aku tak tahu nama proper dia tapi sila bayangkan dapur gas biasa dan tempat kita letak periuk bila nak masak tu, haaa benda tu lah asyik terbakar. Ada tiga tapi satu saja yang ok.

Pintu rumah juga sudah rosak. Tapi dibaiki segera sebab kalau tak baiki nanti tak bole masuk rumah. Itu sungguh dahsyat kalau nak dibandingkan dengan pelapik jamban jatuh atau pelapik periuk terbakar.

Tapi, atas sebab2 tertentu, ada suatu benda yang rosak tapi tak baiki sampai sekarang. Ya. Internet.

Aku pun tak tahu masalahnya apa tapi sungguh menyebabkan hati tidak tenteram dan mulut mahu mencarut namun dengan iman senipis kulit bawang yang masih bersisa di dada, aku tahankan saja. Sabar gitu.

Orang yang pandai cakap arab dan deal dengan tuan rumah macam buat taktahu. Nak harapkan aku setakat nak beli Bekhero dengan Borio bolehlah. Last2 sekali terpaksa subscribe broadband balik macam dulu2 di Rumah Kedah.

Namun, jiwa tetap tidak aman kerana broadband sekarang ni dah tukar polisi. Babun sungguh. Dulu kalau dah habis quota, dia still boleh surf internet walaupun dengan kelajuan siput babi yang ada angin ahmar. Sekarang ni, jangankan siput. Bila quota habis, memang dia koma terus.

Tak pasal2 aku kena fikir masak2 sebelum bertindak untuk online. Ya lah kalau nak pakai data lebih boleh saja tambah duit. Dapat quota banyak GB tapi meranalah poket aku. Kalau pencuri babi tak curi duit aku, balance dua ribu tu boleh la pakai buat support broadband. Masalahnya sekarang cuma tinggal dua ratus.

Ahhh teringat dulu2 masa kecik2, cuma perlu buat keputusan untuk makan, tidur, berak, dan menyusahkan mak bapak secara berkala. Setiap keputusan itu pulak takkan menyebabkan dunia jadi huru-hara.

Berbeza dengan sekarang bila dah besar, tambah pulak sejak bergelar mahasiswa ni kan. banyak sungguh benda nak kena fikir pun. Umur dah baligh akal dah mumaiyiz segala amal ditanggung sendiri. Nak bercakap dengan orang pun fikir dua tiga kali.

Kalau nak ikutkan nafsu online, kena bayar lebih. Kalau tak online, tak senang duduk. Nak ganti online dengan perkara berfaedah seperti baca buku atau berprogram usrah dan tarbiyah nanti hujan merah turun pulak. Kahkahkah.

So nak tak nak terpaksalah aku prioritize internet aku ni.

Kalau dulu pakai wi-fi aku nak main Dota 2 bila2 masa pun boleh, dan nak buat apa dengan internet pun boleh, sekarang kena fikir2 dulu. Nanti habis quota tak pasal2 ja kena topup lagi. Bulan ni saja dah LE200 aku habiskan untuk internet semata2.

Kalau nak internet free boleh bertandang ke rumah rakan2 yang ada wi-fi tapi aku segan dan malu. Lagipun selagi aku mampu nak taja broadband sendiri, aku gunalah duit sendiri. Nanti dah habis quota lagi sekali aku pergi rumah kamu semua ya kawan2ku yang budiman sekalian.

Mungkin juga tuhan sedang nak bagi aku peluang supaya aku kurangkan online dan banyakkan baca buku sebab exam dah dekat dan result midyear aku pun bukannya indah mana. Fail pulak tu. Tapi masih sempat nak cover kalau aku pulun untuk final punya. Asal lepas sudaaahhhhh. Boleh macam tu? 

Untuk aku bolehlah sebab akulah aku. Tapi kamu yang cemerlang gemilang terbilang tu jangan tiru. Sila teruskan kejayaan yang telah dicapai. Aku special case. Hahaha.

So aku bercadang instead of online tak ketahuan refresh page Fb dan 9Gag, lebih baik aku tengok movie atau tulis blog. Lepas tu kalau tak pakai internet, tutup connection supaya dapat jimatkan data transfer. Main Dota 2 jangan lebih 3x sehari. Ok tak? Ok lah daripada 18x sehari kan?

Doa2kanlah internet rumah aku dapat sihat seperti sediakala dan doakan2 juga azamku nak rajin. Azam ja lebih tindakan tak ada so tak guna jugak last2 pun.

Well... bila internet tak ada aku jadi macam ni...

Kahkahkah

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, March 2, 2013

Tembak


Assalamualaikum. Hye.

Oleh kerana aku tak ada internet di rumah sekarang ini, sebab ada masalah apa entah dengan line ke server ke aku pun tak pasti.

Sampaikan ada senior kawan aku dari universiti Azhar meninggal pun aku baru2 tahu sahaja. Alfatihah untuk arwah.

Cerita sikit la. Arwah meninggal dunia orang tak tahu sebab dia duduk sorang2 kat rumah. Lama tak pergi kuliah bila ada kawan yang nak tengok2kan tetiba dah berbau dari luar rumah lagi. Tiga hari dah meninggal katanya lepas bedah siasat.

Seriau. Bayangkan kita mati dalam rumah sorang2. Walaupun nanti di kubur sorang2 juga tapi sementara belum masuk kubur silalah bermasyarakat.

Ok sambung cerita tembak. Insiden Lahad Datu pun aku tak tahu juga dan baru2 tengok. Bila sebut Lahad Datu, aku teringat HKSBP zaman dulu2 masa aku muda remaja belasa tahun sekarang sudah tidak belasan lagi dah puluhan dah.

Dah macam cerita perang. Ada yang terbunuh. Orang dari Sulu menceroboh perairan negara. Sulu tu wujud lagi kah? Aku ingatkan negara zaman nenek moyang dalam buku teks sejarah saja.

Aku di Mesir. Sungguh jauh. Tak terasa apa pun.

Tapi aku membayangkan perasaan orang yang terlibat, atau anak2 mereka yang terbunuh. Apa rasanya bila negara berperang? Apa pulak agaknya rasa mereka yang dah lama berperang macam di Palestin?

Negara kita aman damai tapi pemerintah dan rakyat sama2 bodoh asyik nak timbulkan rasa tak puas hati, marah, dan benci dalam diri masing2. Kerajaan annoying, pembangkang pun annoying juga. Rakyat yang banyak suara dari tindakan itu paling annoying.

Hidup aman damai tak seronok ke? Akal pendek sungguh. Ke memang susah nak kekalkan keamanan dunia? World peace tu memang fantasi sangat kot? Aku rasa memang macam tu lah. Aman sejahtera tu berada di syurga. Bukan di dunia fana ini yer adik2.

Dah dekat2 pilihanraya ni, makin banyak pulak cerita. Macam plot cerekara di Tv3.

Kalaulah nanti negara betul2 perang, adakah aku mampu nak angkat senjata? Mahu, tapi takut itu ada. Sebab sakit itu bukan semuanya nikmat.

Kadang2 bila sakit dan perit, tak semua orang kuat untuk bangkit. Ada yang lemah dan mengalah. Moga kita bukan orang yang macam itu.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)