Pemollow

THYB on Facebook

Monday, February 25, 2013

Degil darjah penghabisan


Assalamualaikum. Hye.

Manusia sekarang semakin degil. Kalau ikut ayat fevret mak aku dulu2, mak aku selalu kata macam ni "orang larang macam orang suruh". Tapi itu dulu2lah sekarang ni tidak lagi. Bukan sebab aku sudah tidak degil tapi sebab mak aku pun dah give up dengan kedegilan aku. Kahkahkah.

Aku mengaku, sebagai manusia normal yang tahu nak rebel bagai, nasihat bukanlah halwa telinga. Admit it lah woi tak payah nak purak2 innocent la kalau kata "aku suka dengar nasihat dan tazkirah". Tapi aku tak la menafikan memang wujud golongan2 yang dirahmati sekalian alam ni. Ada, bukan tak ada. Tapi bilangan sama banyak dengan panda je lah.

Tapi aku cakap secara generalnya, manusia memang tak berapa nak suka nasihat2 ni. Sebab kalau nasihat sekali terus jalan, takdalah masalah2 kronik yang membarah dalam masyarakat seperti gejala merokok, tak tutup aurat, kapel, dan sebagainya. Perkataan "membarah" dan "gejala" membuktikan aku dapat A untuk subjek BM masa SPM dulu.

Sebenarnya, kalau tak suka nasihat pun tak apa. What matters is the retaliation. 

Cuba kalau kita dengar nasihat, kalau tak suka pun kita buat bodoh, dan diam, dan pergi jauh2. Kan mudah begitu? Yang jadi konflik ialah bila kita respon nasihat itu dengan gaya "akulah nabi, engkaulah babi".

Serius. Berapa ramai berani pergi cakap dengan kawan2 dia yang hisap rokok supaya berhenti merokok? Berapa orang berani cakap depan kawan2 dia yang tak pakai tudung supaya pakai tudung? Berapa ramai kawan2 aku yang berani cakap depan aku supaya berhenti online 24 jam dan baca buku sedar diri sikit markah exam midyear aku tu teruk gila babi?

Ok mungkin kerana aku dah lali dengan nasihat berunsur pendidikan sebab memang tak berkesan sejak dulu. Aku cuma akan angguk2 dan senyum2 dan lepas tu aku online jugak. Aku tengok movie jugak. Aku main dota jugak. Tapi aku tak balas "alah tak payah nasihat akulah kau pun 2X5" sebab aku sedar diri yang aku memang teruk.

Yaaaaa inilah puncanya. Sedar diri. Kesedaran diri? Kesedardirian? Tiba2 aku sangsi dengan pencapaian SPM aku dalam subjek BM.

Bila kita rasa kita tak salah, dan hidup kita ialah atas pilihan kita, maka apa yang orang kata, kalau bercanggah dengan apa yang kita rasa, kita akan cenderung untuk menolak lah.

Contohnya isu rokok tadi kan. Kalau kita nasihat kata rokok membahayakan kesihatan, nanti dia kata dia hisap rokok tapi sihat ja pun. Kalau kita bagi statistik kanser paru2, nanti dia bagi statistik orang yang tak hisap rokok pun dapat kanser paru2 jugak. Kalau kita kata dia mencemarkan alam sekitar, nanti dia kata kita kentut hari2 pun merembes methane ke ruang atmosfera jugak. Kahkahkah.

Susah ooo nak deal dengan kedegilan. Sebab tu ada orang pernah cakap dengan aku dulu, tugas kita bukan nak mengubah lagi dah. Tugas kita just nak peringat, pesan, dan beritahu. Sebab tugas mengubah nabi2 dah setelkan lama dulu.

Dulu manusia meraban sembah macam2 yang ada atas muka bumi ni. Sembah pokoklah, sembah mataharilah, sembah dewa gununglah, dan macam2 lagi.

Tapi hari ini kita semua kenal tuhan. Orang yang tak bertuhan pun tahu tuhan tu apa. Cuma dia tak mahu pilih untuk percaya tuhan. It's his choice.

Samalah dalam kes kesihatan, atau tingkah laku. Dulu2 orang tak tahu merokok tu bahaya. Orang tak tahu arak tu bahaya. Tapi sekarang yang mengubah hakikat benda2 itu daripada "tak ada kesan" kepada "bahaya" dah disempurnakan oleh saintis2 dan pengkaji2. Dah banyak dah tesis2 dan report2 pasal bahan2 berbahaya dalam rokok. Dah banyak kesan2 alkohol kepada otak, hati, kandungan, dan sebagainya.

Tugas nak menjelaskan tu dah lama siap.

Tapi kalau manusia tetap mahu pilih jalan sendiri, apa yang dia nak buat dia akan tanggung sendiri. Kita cuma pesan, dan tak perlu paksa dia berubah. Sebab degil tiada ubat.

Dan jangan lupa, kita pun bukan serba sempurna. Kenapa menganggap perokok itu tidak berbaik hanya kerana kita tidak merokok? Mana tahu dia amal makan ulam2 rahsia peninggalan nenek moyang yang dapat mencuci paru2 ke? 

Tapi sebagai manusia yang melihat dari luar apa yang ada di luar, sebagaimana spender Superman di luar maka yang itulah yang kita nampak, kita tetap kena sedar diri yang apa dibuat kita, dilihat orang.

Kalau dah satu dunia nampak benda itu tidak baik, kenapa kita nak degil sangat? Betul. Bukan semua yang orang kata itu betul. Tapi tak salah untuk kita sedar diri yang kita pun bukan betul sangat. Kahkahkah.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, February 22, 2013

Teknik penyelesaian masalah perpecahan umat melayu Islam di Malaysia yang saintifik, spesifik, dan futuristik.


Assalamualaikum. Hye.

Bila cakap soal perpaduan, hanya relevan di sekolah2 dan kem2 motivasi sahaja. Di dunia nyata, hakikatnya perpaduan tu bukan dapat dicapai pun. Macam bayang2. Hebat tak metafora aku?

Kita kata muzik dapat menyatukan manusia. Aku suka Avril Lavigne dia suka Raihan. Clash.
Kita kata sukan dapat menyatukan manusia. Aku tak suka bola dia gila bola. Clash.
Kita kata politik dapat menyatukan manusia. Orang bodoh saja yang kata politik dapat menyatukan manusia. Especially di akhir zaman ni. Politik macam haram. Politician pun 2 X 5.
Kita kata lagi hobi dapat menyatukan manusia. Aku suka tidur kau suka jaga. Clash lagi.

Bahkan, aku pernah berpendapat mungkin agama dapat menyatukan kita. Aqidah kepada tuhan yang satu, matlamatnya mesti satu juga. Tapi jangankan berbilang agama. Dalam sesama agama pun berpuak2 adanya.

Mimpilah kalau nak bersatu. Especially kalau orang melayu Islam di Malaysia. Spesifik gila kan ayat penyata aku? 

Jadi apa penyelesaiannya???

Bagilah apa saja. Politik? Ada kerajaan ada pembangkang. Ada yang nak bawa pembaharuan kononnya. Tapi tengoklah. Daripada ada dua puak sekarang dah jadi tiga. Ber"satu"kah?

Agama? Tak payah tengok agama orang lain. Tengok agama sendiri. Bila ada yang nasihat, dipanggilnya ustazah baru balik umrah di Mekah. Kalau ada yang menegur, dikatanya ustaz tak bertauliah.

Sampaikan suruhan tuhan pun dipilihnya untuk jadi benda mainan. Aurat wajib tutup ke? Tak bersedia tutup aurat? Tak payah solat kalau tak ikhlas? Arak boleh diminum kalau tak sampai mabuk? Kalau cinta tak direstui ibu bapa, atas nama cinta derhaka saja ibu dan bapa?

Semua ada pendapat sendiri. Semua berbeza. Semua lain dan tidak serupa.

Lebih kronik, sekarang ini dah ada yang nak memperjuangkan kebebasan beragama, orientasi seksual, dan kesamaan jantina. Dan kita nak bersatu? Hidup harmoni? Duduk semeja makan setalam tidur sebantal mandi sekolam?

Jangan haraplah kalau tak ada common ground.

TAPI...

Aku ada penyelesaiannya. Orang melayu Islam di Malaysia, biarpun berbeza dalam segala perkara, bila sampai part ini mereka pasti akan sekepala. Aku jamin. Konferm. Gerenti. Wallahi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Muaahhh~~~


Saya pregnant, bukan obese.


Nyamannya cuaca hari ini ^.^
  
Apa reaksi anda orang melayu Islam di Malaysia? Tipikalnya akan "EEeeiieeeee" "Eeeuuuwwwww" "weekkKKkkKk" kan? Kan? Kan?

Kapel itu haram. Sambut Valentine haram. Krismas haram. Hari ibu pun orang kata haram. Segala benda nak haram tapi segala benda pun nak dibalahkan. Semua nak berbalah je kerja. Tapi kalau babi...

Semua akan setuju. HAARRROOOMMMMM!!!!

Aku yakin inilah jalan penyelesaiannya. Menyatupadukan orang melayu Islam di Malaysia. Semua benda nak berbeza tapi setuju sekepala sehati sejiwa bila pasal babi. Haram dimakan. Jijik. Haram disebut. Haram disentuh. Padahal mana ada haram pun sentuh babi. Haram tu maksudnya berdosa. Pegang tangan awek lagi berdosa tapi selamba ja buat. Pegang babi itu najis. Najis boleh cuci. Dosa nak cuci dengan apa? Kapur barus?

Oleh kerana hanya subjek babi yang menjadi titik persamaan masyarakat, yang mana mereka tidak berdebat demi mengatakan babi itu jijik, maka aku simpulkan teknik penyelesaian masalah perpecahan umat melayu Islam di Malaysia yang saintifik, spesifik, dan futuristik ialah... babi!

Yeah finally we can rejoice.

Mungkin lepas ni kalau buat parti politik yang berlogokan babi, masyarakat akan lebih bersedia bersatu demi kesejahteraan umat sejagat. Politician juga mungkin akan lebih jujur dan telus bekerja. Sekolah yang ada babi juga berpotensi melahirkan generasi terpelajar yang bersahsiah tinggi. Mungkinlah...

Ulama' warasatul anbiya' pun sibuk berbalah hari ini. Apatah lagi kita umat biasa yag serba jahil ni. Tapi cuba tunjukkan aku seorang ulama yang kata "sentuh babi tak payah samak" atau sertu atau apa saja istilah dia. Ada? Tak ada kan? Itulah buktinya babi dipersetujui secara mutlak oleh semua. Ijmak. Tanpa khilaf.

Jadikan babi sebagai agenda utama masyarakat nescaya perpaduan ummah dapat dicapai dalam genggaman tangan kita semua. Majulah babi untuk negara.

HIDUP BABI!!!

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, February 19, 2013

Hala tuju


Assalamualaikum. Hye.

Bukan, ini bukan entry motivasi atau falsafah tentang hidup manusia, hala tuju kehidupan, atau yang sama waktu dengannya. What do you expect from me? Haha.

Aku nak tulis sikit pasal blog aku sendiri.

Well, it's already 2013 maksudnya dah hampir 4 tahun aku tulis blog. Dah 4 tahun aku cerita pasal benda yang aku rasa nak kongsi, apa yang aku rasa, pendapat aku, respon aku terhadap apa yang berlaku, dan orang2 yang ada di sekeliling aku.

Kalau dulu aku tulis blog ni sebab kawan aku yang suggest, dan masa tu tengah tension nak SPM, so aku buat blog pun suka2 saja.

Lepas fasa suka2, aku mula nak sayang blog dan mekap2 bagi cantik, letak segala mak nenek, dan pasang angan2 nak jadi kaya dan femes.

Lepas fasa angan2 tu, aku mula get a grip dan letak ke tepi benda2 meraban tu. Nak cari kawan2 dan buat member di alam maya pulak

Lepas tu aku dapati yang bukan mudah nak berkawan kalau setakat di laman sosial atau media. Better buat hal sendiri. Syok sendiri di blog sendiri. Live my own life with my own blood and my own blog.

Then aku mula nak jadi matang sikit la kononnya dan mula sentuh isu2 semasa, bagi pendapat apa semua walaupun satu haram pun tak signifikan dan tak dipandang orang.

Then aku rasa ada baiknya aku tulis pasal benda yang aku percaya. Sebab tu aku banyak share entry pasal tudung, buat baik, TYM, kawan2, dan pasal life lah selalunya. Sampai sekarang.

Betul, aku mengaku yang aku masih berangan nak ada follower beribu2 berkoyan2. Aku masih bermimpi2 nak jadi orang yang dikenali. Tapi pada masa yang sama aku suka anonimositi.

Cumanya aku nak cakap di sini, apa yang aku tulis di sini ialah untuk memudahkan jawapan kepada soalan. Aku jemu dengan soalan berbentuk "Apa tujuan blogging?" "Ikhlaskan kita berblog?" dan yang seumpamanya. 

Jadi, nak mudahkan hidup, jawab saja "Aku blog sebab nak kaya dan femes!" sebab kalau jawab nak sebar2kan ayat2 Allah ke, nak amar makruf nahi mungkar ke, ada pulak susulan nanti pasal diri sendiri pun tak kena, ada hati nak betulkan orang.

Selalu sangat aku diajukan dengan benda2 macam tu. Entry tak konsisten lah, tulis pasal tudung tapi letak gambar Avril Lavigne dedah aurat lah, dan macam2 lagi. 

So, lagi mudah aku label siap2 aku ni macam mana. Mudah. Kenal saja aku jadi jahat. Baik yang aku share, baik lah. Jahat yang aku share, well, memang aku jahat pun kan?

Konferm ada ayat "tapi apa yang kita buat dengan blog ini akan mendapat penghisaban dari Allah maka wajiblah kita share yang baik2 saja blablabla" well, I don't deny that but I look at it from a different angle. Mungkin kita faham benda yang sama dengan cara yang berbeza. Deal with it.

Bila dah lama tak menulis secara aktif, maksudnya aku selalu selang2 dan kalau kamu tengok entry2 aku tahun2 lepas, yang ada sebulan tu sampai 60 entry, berbanding sekarang sebulan dalam 15-20 entry saja. Itu maksudnya aku dah malas. Haha.

Dan aku tahu tak da siapa nak peduli tapi aku peduli. Sebab aku tulis blog ni dengan harapan nanti bila aku tua, aku boleh buat jejak memori lah kononnya. Kahkahkah. Sila aplikasikan teknik ini supaya tidak nyanyuk terlalu cepat.

Lagipun sekarang ni, orang terlalu vokal. Benda dalam blog pun boleh jadi bahan sembang yang kalau tahap kronik tu sampai boleh jadi bermusuh2 pulak. Ya, blog aku tak sampai tahap itu. Setakat aku sendiri suruh orang baca (kawan2 aku) sebab selalu sangat tanya benda yang aku perlu cerita panjang dan aku malas cerita. So kalau ditanya, aku jawab "Aku dah tulis dalam blog pergilah baca entry sekian-sekian-sekian."

Life's a bit hard, lately.

Dan bukan jenis aku nak bercerita masalah di blog. Kalau ada pun aku tapis2 sampai yang tinggal pun orang jadi tak faham. Haha.

Mungkin lepas ni aku perlu fokus dengan hidup sendiri, dan betul2 amalkan prinsip "pergi mampus kau nak kata apa ini blog aku kalau tak suka boleh blah!".

Tapi in the end, aku bukan jenis itu. Aku jenis apa? Aku sendiri tak tahu. Hala tuju blog ini? I'll make it my personal space. Mine. Not yours. A space that I share with you and I will love to hear from you. But just remember well the space is mine, still.

Walaupun hanya pinjaman.


Expect to see a drench of words later on oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, February 16, 2013

One week recap


Assalamualaikum. Hye.

Entry random yang boleh tahan panjangnya untuk sebagai update kepada family members. Kepada yang ada banyak masa lapang pun dipersilakan baca tapi tak ada apa2 lah sangat pun.

Masa mula2 sampai, dalam kepala memang dah plan nak cepat2 setelkan tempahan kokula sebab biar sibuk awal2 jangan sibuk waktu yang tak patut sibuk. Tapi banyak pulak aral yang menegak tiba2 jatuh melintang pulak dah.

Oleh kerana balik awal berhari2 sebelum buka kuliah maka aku sempat melawat kawan di Zagazig. Jalan sendiri terasa diriku begitu adventurous, tabah, dan berdikari.

Friends.

Lepas tu masuk kuliah macam biasa tak ada benda baru sangat. Cuma silibus 2nd term ni makin payah2 tapi aku rasa macam pendek2 pulak. Dulu2 yang general course tu panjang macam nak gila tapi 5, 6 tajuk saja. Kali ni dia macam cepat ja "eh dah habis tajuk ni?" tapi isi kandungan dia tu hanya Allah yang mengetahui.

Join program macam talkshow oleh seorang grad universiti aku. Best juga dengar cerita2 begini. Pump up semangat gitu. Tapi semangat megi sajalah. Cuma 2 minit.

Apa lagi ea? Aku rasa macam banyak nak cerita tapi macam tak ingat pulak. Aku skip teruslah mana yang ingat saja. Hari Khamis pergi Zagazig sekali lagi untuk setel tempahan. Cari kedai tak jumpa2 kena call orang itu dan orang ini berkali2. Terima kasih kepada Adiy dan Hassan dan terima kasih juga kepada brader yang tolong tunjuk jalan. 

Siap tempah 2 helai guna kain yang dibeli di Malaysia. Masa aku dengar kawan aku kata "bawak kain sendiri" aku terus terbayang beli kain di Malaysia padahal di situ ada banyak ja kedai kain. Ya lah kalau tak ada habisnya orang Mesir ni beli kain di mana ye tak?

Balik tu singgah beli crepe dan balik naik tramco yang laju gila babi. Kalau dibawa babi dalam perjalanan itu nescaya menggilalah babi itu.

Aku jugak beli penggunting rambut baru as if aku ni serius sangatlah nak gunting rambut orang. Customer pun makin ramai (kahkah ramai lah sangat...) sampai terpaksa beli mesin baru. Ok sebenarnya mesin aku beli di Malaysia tu hilang blade dia yang mata sederhana tu. So tinggal panjang satu dengan pendek satu. Yang tengah2 tak ada. Yang ada pun patah.

Bila beli baru, jumpa part yang hilang tu masa kemas meja dan buku. Aku beli kotak plastik besar tu nak buat letak buku. Kemas meja dan simpan buku dalam bekas tu supaya tak semak dan kurang berhabuk. Buku2 lama dan nota2 yang tak boleh dibaca aku buang terusa saja. Simpan pun bukan aku nak baca.

Jadi setel kemas buku ke dalam kotak, lepas ni nak sort all the books dalam kotak tu supaya kalau ada buku orang boleh bagi balik dekat tuan dia.

Mesin basuh rosak lagi haritu dah repair dan boleh guna tapi dia rosak pulak sekali lagi. Kali ini tak boleh takung air. So terpaksalah menempek muka di rumah junior dan kawan2 untuk membasuh baju yang tak kotor sangat pun tapi dah kalau dasar pembersih tu, kenalah basuh baju selalu. Ayat puji diri. Kahkah bongok.

Apa dia lagi ea? Aku rasa hari2 ada benda aku nak cerita tapi tetiba hari ni lupa pulak. Tak apalah biarlah dah nak lupa. Kalau teringat dan rasa nak cerita aku cerita okies.

Nak tengok Digimon pulak oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, February 13, 2013

Kepup dan Kebabian


Assalamualaikum. Hye.

First of all, aku nak bagitahu yang Kepup di atas merujuk kepada K-POP dan kepada peminat2 K-POP sila tak perlu nak jauh hati sangat dengan tajuk entry aku tu. Aku nak tulis entry pasal PSY datang Malaysia dan PM kita yang tersayang tu. Tapi bak kata pepatah melayu, kerbau seekor mempalit lumpur ke seluruh kandang? Tah apa tah peribahasa betul dia aku dah lupa. Diharapkan cikgu bahasa Melayu aku tak kecewa.

Masa mula2 aku dengar PSY nak datang Malaysia, aku macam tak kesah sangat la sebab PSY ja pun. Dah la aku tak minat. Lagu dia pun bukannya best. Setakat nak menari2 dengan lagu nada rancak camtu untuk telinga aku memang sampah semata2. 

Tapi dah dia nak datang buat show, datang je lah. Dia ada peminat. Takda masalah.

Cuma yang aku rasa macam nak sakit jiwa fikir ialah, persembahan dia tu bukannya tour ke, concert ke apa. Tapi perdana menteri kita yang cerdik pandai yang jemput. JEMPUT. Untuk sambutan tahun baru cina di Penang. Kan? Betul kah maklumat aku?

Adoi la PM pun. Kalau setakat nak sambut CNY tak payah la nak jemput artis luar negara bagai. Walaupun artis Malaysia berada di tahap yang hina-dina tapi tak payahlah bazirkan duit 2 juta nak jemput orang Korea yang cakap sepatah haram pun kita tak faham tu. 

Kalau ya pun nak meraikan kaum cina, jemputlah artis dari China. Kahkah. Apa hebat sangat CNY sampai nak jemput artis international bagai? Bukan nak racist la tapi sambutan Maulidurrasul tak pulak dia jemput Maher Zain ke, Sami Yusuf ke, Avril Lavigne ke. Eh?

Lepas tu pulak bila ada video pasal Are you ready for PSY? YES! Are you ready for BN? NO! tu kepala aku pun pening jugak nak proses apakah kebabian yang sedang berlaku. Dia pergi tanya soalan tu di negeri yang DAP pegang (sekali lagi, fakta ni betul kan?) samalah macam kamu masuk gereja, naik atas mimbar gereja tu (taktau nama apa) lepas tu tanya "Are you ready for Allah? Are you ready for Muhammad?"

Reaksi masyarakat sangat pelik. Bagi aku lah, memang scene itu memalukan tapi kita tak perlulah nak tunjuk sangat yang kita suka dengan apa yang berlaku. Itu menunjukkan masyarakat kita sekarang ni mengangap pemimpin yang dimalukan itu kelakar. How's that?

Sepatutnya, kita kutuk tindakan dia membazir duit banyak2 tak kiralah duit rakyat ke, duit simpanan sejak kanak2 ke, duit warisan nenek moyang ke apa asalkan dia tu pemimpin ada tanggungjawab tapi bodoh jemput artis luar negara buat show yang tak sampai sejam well that's despicable.

Maka ramailah yang mentafsirkan itu semua gimik politik nak meraih undi. Well, kalaulah betul PM kita guna artis Kepup nak tarik sokongan rakyat kepada dia, maka itu membuktikan betapa retardednya PM kita yang tersayang itu. 



Malaysia oh tanah airku oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, February 12, 2013

We don't have to


Assalamualaikum. Hye.

We don't have to have the best things to have the best feeling about ourselves. Live and be thankful. Die and be grateful. Live again and be delightful.




All that we had, have, and will be having.



oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, February 10, 2013

Pejam mata sudah


Assalamualaikum. Hye.

Kelas dah start balik. Aku sampai lupa kuliah mula pukul berapa. Pukul 9 kah? Pukul 10 kah? Tidak. Pukul 11 pagi. Yeah boleh makan2 dulu, tidur2 dulu, online2 dulu. Kahkah.

Lepas tu dok mencanang exam susah lah markah rendah lah apa lah macam2 lah pulak kan? Haih.

Oleh kerana hal exam lingkup itu memang kebenaran maka nak menafikan pun tak guna buat jadi kes denial saja dan buat apa nak denial2 bagai bukan ada faedah pun. Better move on towards a better future ye tak? Cumanya nak move on tu lah bukan senang oi.

Mereka2 itu sentiasa wujud dan tak akan mati. Ya golongan itu. Jadi buat2lah tak nampak mereka dan pejam mata sudah. Kalau nampak jugak, pergi tempat lain. Susah2 sangat duduk dalam rumah.

Aku nak cuba cara lain pulak. Kot2lah berkesan kan. 

Reunion kecil2an gitu.

Balik cuti nak ke Zagazig buat kokula alah tu tapi kawan ada hal pulak. Tak apa aku pergi menziarah kawan sajalah. Kebetulan yang dari Tanta pun ada juga. Thanks Hassan, Adiy, Azhari for the good time. Walaupun tak menyembang sangat jumpa2 pun jadilah.

Tak dilupakan ahli beyt Wan dan Syaufiq sori noh gi menceroboh rumah hangpa. Hehehe.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, February 6, 2013

Warming the cold life up 4


Assalamualaikum. Hye.

Today I will return to Egypt and face the miserable stuff. 

But I hope things will go well and I can live to make up all those wrong stuff. Walaupun susah tapi kenalah cuba jugak macam mana pun kan? Kalau tak sampai bila2 pun sama ja aku ni.

Bukan nak komplen pasal kelemahan diri tetapi more to the wrong choices. Tapi aku masih hidup. Masih boleh cuba betulkan apa yang patut aku betulkan. Peluang ada lagi.

Kata2 aku kepada aku yang hampeh dalam exam midyear ialah "Jangan bersedih result teruk gila babi sekurang2nya masih boleh sekolah. Ada orang, sekolah pun tak dapat pergi".

Tapi kata kepala aku yang sebelah lagi, kalau pergi sekolah pun jadi mangkuk hayun, baik duduk rumah tanam jagung saja. Kahkah.

Whatever lah. Sila rajin2kan diri dan dekatkan diri kepada tuhan. Mungkin aku dah lama menjauh kot so ini caranya tuhan nak panggil aku balik.

Dan memang sejak kecik lagi aku selalu mintak tuhan panggil aku balik. Dia lebih tahu.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, February 5, 2013

Bukan Rabun Biasa


Assalamualaikum. Hye.

Aku dah buat spek baru lagi untuk kali ke berapa pun dah tak ingat. Careless jugak aku rupanya sebab selalu kawan2 aku cerita bila check mata tambah power apa semua tu mereka bagi spek lama tukar lens aku pulak terus ja buat baru. 

Bukan kaya raya duit berkoyan tapi sebab tak pandai jaga dan tujuan aku buat spek baru ialah spek rosak atau hilang, bukan sebab tambah power.

Baru2 ni aku check, akak yang test mata aku tu kata dia tak boleh restore mata kanan aku kepada 6/6. Setakat 6/8 saja. Aku dah pernah belajar pasal ni dulu tapi ingat2 lupa lah pulak apa maksudnya. Kalau tak salah laa maksudnya bila objek tu 6 meter di depan aku, seolah2nya objek itu 8 meter di mata orang normal.

So letak power berapa pun aku tetap tak nampa clear jugak. Mata kiri ok takdak masalah. Aku memang banyak depend dengan mata kiri. Sebab tu kot mata kanan aku jadi malas dan lemah. Optometris dulu2 pernah kata aku ada lazy eyes.


So setelah habis beli2 barang apa semua, dan menghabiskan cuti yang sekejap bersama keluarga, it's like tomorrow and I'll be back to Egypt. Nak berhadapan dengan result2 exam aku yang sungguh mendukacitakan itu. 

Adoiii taktahulah nak insaf macam mana lagi dah. Aku rasa dah memang tak ada harapan tapi kenapa nak mengalah awal2 ye tak? Usaha je lah kuat sikit. Nak kena baca lebih, nak kena buat latihan lebih, nak kena menghafal lebih, dan kena main kurang. What. A. Pain. In. The. Ass.

Tapi dah pilih jalan ni kena lah struggle kan? Padan muka aku.

Semoga bila sampai sana dengan benda2 yang lengkap dan baru, apa yang hiang dah berganti, apa yang rosak dah dibaiki, cuma satu yang tak settle2 lagi. 

Hati.


oktengsbai
 

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, February 1, 2013

And one thing led to another


Assalamualaikum. Hye.

Following the day aku lepak SP haritu, masa aku beli baju bundle dan muffler scarf kaler hitam tu, sambil2 berjalan aku ternampak seorang akak dalam sebuah kereta.

Akak itu normal. Kereta dia juga normal. Di tangan akak tu ada cawan kertas Pepsi. Aku syak akak ni baru makan di KFC. Itu juga normal. 

Lalu melihatkan dia yang normal itu aku pun meneruskan perjalanan dari SP Plaza ke Central Square. Jalan kaki saja sungguh tak berbaloi bayar RM 8 nak teksi. Gila sungguh pemandu teksi. Orang SP Plaza kentut pun orang CS boleh dengar tu pun nak cas sampai lapan ringgit.

Tanganku menge-next-kan playlist mp4 mencari lagu yang dikehendaki. Baik tak payah buat mode shuffle kalau macam tu. Kahkah. Bila sampai lagu Broken Wings by Flyleaf aku pun stop dan dengar. Layan.

Tetiba mataku menangkap suatu pergerakan manusia. Kepala terteleng2 kiri dan kanan. Tangan terangkat sedikit. Ahhh sudah! Epilepsi ke apa akak ni?

SWOOSHH! - bunyi cawan kertas menerjah kesunyian angkasa. PEEKKK - bunyi cawan kertas terburai dan menjatuhkan ais bila cawan kertas tadi berlanggar dengan longkang.

Serta-merta, akak yang tadinya normal dan keretanya yang juga normal berubah menjadi tidak normal. Tidak, tidak dia tidak menjadi alien dan keretanya tidak menjadi kapal selam tapi apa yang berlaku setelah dia baling cawan kertas tu ialah, well like I said - one thing led to another.

Masa tu lah aku perasan akak tu free hair. Akak tu juga gemuk. Tak cun pulak tu. Pakai macam tak boleh nak buruk lagi. Dan akak tu naik kancil je. Muat ke dalam tu akak? 

***

Bila kita buat salah, orang akan cepat nampak salah2 kita yang lain juga. Itulah pentingnya kalau kita nak bersalah2an, bersalah2anlah secara rahsia. Simpan salah kita jangan nak ditunjuk kepada manusia. Susah manusia ni. Pandai sungguh nak kaitkan itu dan ini.

Buat baik seribu kali, belum tentu orang ingat. Buat jahat sekali, orang ingat sampai mati. Siap sempat cari salah yang lain lagi masa tengah nazak tu. Kahkah.

Mots : Jangan buang sampah merata2. Sayangilah alam sekitar. 


oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)