Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, January 31, 2013

Warming the cold life up 3


Assalamualaikum. Hye.

Semalam dan semalam punya semalam dan semalam punya semalam punya semalam punya semalam punya semalam lagi aku telah dihujani dengan kata2 hikmat, nasihat, dan tazkirah.

Orang2 yang memberi tazkirah tersebut ialah ayah aku, dan ayah kawan aku dan berbagai sumber lagi.

Sungguh menyayat hati. Ni semua kes exam lingkup lah ni. Padan muka aku. Siapa suruh lingkupkan exam sendiri lepas tu bila kena tazkirah nak hingaq kat blog pulak? Kahkah.

Well, bila diri buat salah, kena tanggunglah sendiri. Orang putih kata face the music. Kalau translate direct ke bahasa maka jadilah muka muzik itu.

Mungkin ada yang masih tertanya2 kenapa aku balik winter ni dan aku jawab sebab nak balik menikah. Sungguh jawapan yang tidak memuaskan hati. Ok biarlah aku berterus-terang saja. Aku balik ni sebab aku takut. Takut apa? Takut apa?? Takut apa???

Takut tak boleh balik nanti summer. Oleh kerana mid year exam ni memang teruk gila babi, tahapnya kalau aku bisikkan ke telinga babi itu betapa aku menjawab exam2 10-23 Januari itu, nescaya menggelupur kegilaanlah babi tersebut.

So aku plan, kalaulah kalau final nanti aku sangkut (wa iya nauzubillah) dan kena dur thani (wa iya nauzubillah), which means aku takmau balik Malaysia dan nak pulun mengaji la katanya. Dan plan jugak kalau ada rezeki Allah bagi dan boleh berumrah lagi tahun ini, aku ingat nak pergi lagi dan stay beraya di sana. Kalau ada rezekilah. Rezeki itu sentiasa ada cuma kadang2 dalam bentuk yang lain.

Semua ke-down-an aku bermula dengan kes beg hilang itulah. Babi punya pencuri.

Lepas2 tu memang aku jadi malas nak buat apa pun. Asyik fikir macam mana nak setel, lepas tu dengan situasi di sana yang tak tersetel2, dan melambatkan urusan aku saja. Slow down nak setel benda ni sampai study aku pun slow down sekali.

Dan bila boleh main Dota 2, bertambah2 slow-lah aku. Semakin hari, semakin mati. Bila mid year mula nak meremang bulu roma. Kononnya bulu roma keinsafan rupa2nya bulu roma kemalasan. Kahkah.

Ahhhh aku memang mengarut. Tapi berjumpa dengan family, sembang2 dengan mak ayah abang2 dan kakak2, serta orang2 asing (maksud aku strangers bukan foreigners) yang memberi kata2 yang baik untuk aku dengar, lepas tu jumpa baju bundle yang cantik, muffler hitam yang dicari2, dan plan nak beli laptop baru ganti yang lama yang dah macam2 sangat problemnya...

Aku rasa hidup ni taklah teruk sangat. Kan?


I can't die
I am yet to fly
I am young
So i'll be strong
I'll sing a song
I'll move along
I'll try to survive
And be alive

Hidup saja. Tuhan ada. Nak risau apa?
oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, January 30, 2013

Pengumuman! Pengumuman!!


Assalamualaikum. Hye.

I have an announcement to make. Hehe.

Okies aku nak cerita yang aku telah join satu projek ni. Produksi BukuHitam Press gitu. Well, simple ja dia punya projek tu. Ramai2 tulis cerpen pastu kumpulkan yang terbaik dan bukukan.

Nak ceritanya my story is chosen lah jugak.

Aku rasa cerita aku tu merepek2 ja dan sebab tulis dalam Bahasa Melayu. Bukan nak bajet poyo tapi memang aku punya penulisan sungguh hampeh. Tak caya tanya Cikgu BM aku kat sekolah. Kahkah.


Jadi aku pun memikirkan teori2 berikut :

  1. Target nak 20 cerpen. Yang hantar tu memang cukup2 elok 20 saja. So nak tak nak kena include aku punya.
  2. 40 orang join tapi 20 saja yang sempat hantar on time.
  3. Cerpen aku last choice sebab 19 terbaik dan lain2 semua meraban.
Tapi mungkin juga cerita aku memang best. Kahkah tapi aku tak yakin sangatlah. Cerita aku based on real stories dan digabung2 dengan some fiction. Certain part is true and certain part is not true.

Cerita mengisahkan sekumpulan remaja yang bekerja di kelab bogel tetapi sudah insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan. Bolehkah mereka menemui kebenaran? Apakah mereka akan benar2 insaf lalu menjadi orang2 yang beriman dan beramal soleh?

Ok merepek. Well kalau nak tahu aku tulis apa, silalah beli buku ini. Expect none from me lah tapinya pun. Tapi the other 19 stories worth your money so I thought.

Nah teaser.

Malam itu, Adam tidur awal. Peristiwa tengah hari tadi nyata memenatkannya. Sewaktu dia sedang tidur, tiba-tiba dia terjaga tidak seperti selalunya. Dia buka mata dan nampak ada sesuatu di atas badannya. Lebih tepat lagi, seseorang.
"Kau..."

“Ariff ingat tak abang cakap apa haritu?” Aiman berkata kepada Ariff.
“Tak ingat. Haha ada apa tengah-tengah malam ni, bang?” Ariff masih menggosok mata.
“Jom ke bilik abang.” Aiman memimpin tangan Ariff ke biliknya.

“Sebab kaulah aku dengan Adam tak bercakap sampai hari ni!” Sebiji penumbuk singgah ke muka Ariff. Sebiji lagi menyusul kemudian di perut. Ariff dibelasah Akmal. Ariff terduduk. Dia rasakan sakit yang amat. Dalam kegelapan bilik itu, dia cuba lari namun terus-menerus menerima berdas-das tumbukan dan sepak terajang dari Akmal.

“Ayah sedar tak apa ayah buat ni?” Aiman menangis. Dia cukup tidak menyangka sebegitu sekali ayahnya bertindak. Ibu Aiman muncul di muka pintu. Seketika kemudian polis tiba dan membawa ayah Aiman ke balai. Aiman dan ibunya keesakan di rumah.

Adam membuka bajunya. Ariff tersentak. Ini kali kedua dia melihat tubuh Adam tanpa baju. Dia kelihatan gementar.
“Mari sini peluk aku. Cium aku. Kalau kau nak, aku nak bagi.” Adam mencabar.

“Kita sebagai manusia memang selalu melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita tenggelam dalam lautan dosa silam kita sampai kita lemas dan hampir mati. Tapi ketahuilah rahmat tuhan  itu sentiasa ada. Hulurkanlah tangan. Pasti ada yang menyambutnya dan menyelamatkan kita.”

I think you can guess kot apa aku punya cerita. Silalah dapatkan buku koleksi cerpen ini untuk full story dan additional 19 great stories to feed on. Aku segan sebenarnya sebab rasa macam noob gila bab tulis2 ni tapi dah dia nak pilih aku bagi ja lah. 


Kira ok lah tu kan? Ada komen apa2 bagilah boleh aku improve untuk next time. Eh ada next time ka mudah2anlah. Haha.


oktengsbai


Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, January 27, 2013

Warming the cold life up 2


Assalamualaikum. Hye.

Balik dari Mesir ke Malaysia. Best. Kawan2 aku ramai yang bercuti berjalan2 ke sana dan ke sini. Ada yang pergi UK, Turki, Kanada, Russia, dan Antartika. Kahkah ok aku menambah2 destinasi pelancongan.

Waktu aku balik, orang tak ramai balik sekali dengan aku. Tarikh aku balik tu kurang menarik. Tapi tak kisahlah janji sampai rumah. Thanks a lot kepada kawan sekuliah aku yang tiba2 muncul di airpot so taklah rasa forever alone sangat. Cumanya nanti aku balik Mesir balik sorang jugak sebab tarikh dia lain.

Banyak benda nak buat tapi to-do-list lupa nak bawak balik pulak.

Well, just live and see what comes next lah. Apa yang ingat, setelkan. Apa yang tak ingat, cuba2 ingatkan. Kalau lupa jugak, nanti summer balik lagi. Huiii banyak duit?

Kenapa aku balik cuti ni? Perlukah ada sebab untuk balik? Tak boleh ke kalau aku balik sebab aku nak balik? Ramai jugak yang tanya. Aku bagi jawapan aku nak menikah. Mudah. Sounds catchy and annoying at the same time.


Home is here.
Here is home.
I am here.
I am home.

Home is everywhere.
Everywhere is home.
Live wherever you are.
Love and feel belonged.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, January 20, 2013

Warming the cold life up


Assalamualaikum. Hye.

Aku nak balik Malaysia cuti winter ni. Bila ada yang tanya kenapa, maka jawapan2 yang aku bagi ialah satu daripada berikut :

1. Duit banyak berkoyan2.
2. Nak menikah.
3. Nak berhenti belajar dan jadi artis.
4. Nak menikah. Eh dua kali dah ni ada apa2 ka?

Ok sebenarnya aku nak balik ni pasal aku nak balik la. Apahal nak balik rumah pun kena ada alasan bagai kan? Aku rasa paling ideal ialah jawapan aku nak balik sebab aku ada rumah. Dah kalau ada rumah, baliklah. Lainlah kalau tak ada rumah. Kahkah. 

Kakak aku kawen bulan 12 haritu. Dan aku punya barang pun banyak nak kena ganti. Kes kecurian hari tu lah. Babi punya pencuri. Haaa kan tak pasal2 rage datang semula. Auzubillahiminassyaitonirrojiim...

Lepas tu aku balik nak makan2 sempena birthday aku yang ke-21. Dah tua aku ni. Dah boleh mengundi. Dah boleh pangkah2 parti politik yang mangkuk hayun tu. 

Tapi kawan aku dah ada belikan kek hari tu. Kek aiskrim lagi. Sedap gila. Thank you kawan2 hehe. Taon depan sila beli lagi yang lagi besar sesuai dengan peningkatan usia.

Base dia ada biskut sekeping. Lain tu semua aiskrim konfeksi. 

Ganas gila aku potong terus patah pisau aku.

Lepas tu pasal tiket balik aku, mula2 tu aku tempah yang 24 Jan - 13 Feb LE 4600 mahal gila babi kalau dibisikkan ke telinga babi nilai tersebut nescaya menggilalah babi itu. Jadi aku cari lain sebab kawan aku kata dia tempah LE 3800 saja tarikh sama jugak.

Lepas tu bila jumpa yang murah2 sikit LE 4100 dia punya tarikh main tarik tali pulak dengan aku. Tarikh 24 Jan - 6 Feb (awal gila) dan satu lagi 20 Feb (lewat gila) so nak pilih mana satu? Dilema kot.

Last2 bila sembang dengan kakak aku, dia warning siap2 jangan skip kuliah. Fine aku pun ambik lah yang 6 Feb tu. Lepas tu ada kawan aku lagi sorang ni pulak, dia kata dia punya tiket LE 3950 23 Jan - 13 Feb. Hampeh bebenor.

Tapi sekali dealer tu dah issue tiket aku dan tak boleh kensel walaupun tiket yang sama kawan aku tu ada kosong so tak bolehlah nak tukar. Bercutilah aku walaupun sekejap cuma.

Khamis lepas aku pergi City Stars lepas exam Parasitology yang senang tapi aku lingkup sebab aku messed up bab anemia tu. Senang weyh soalan dia. Tapi dah aku lupa nak buat macam mana. Lepas tu bahagian MCQ pulak tertukar jawapan so dah double salah dah.

Maka makanlah fast food di CS pada hari Khamis. Jumaat pergi H7 dengan kawan aku makan Arabiata pulak (fast food lagi) dan Sabtu masa ambik Visa singgah Tawakkl beli burger. Hari ini ada kawan aku pergi ambik Visa sebab semalam dah penuh sangat aku order lagi. 

Ambik hang 4 hari fast food selamat datang lemak2 silalah nantikan datangnya lemak2 di pinggang dan perut serta bawah leher. Kahkah minta dijauhkanlah.

Oh well, ada satu paper lagi nak exam. Pharmacology. Dan sangat susah sebab kena hafal segala mak nenek dalam buku tu. Aku pulak bukan jenis hafal2 ni. Nanti balik aku nak jumpa bomoh mintak ubat terang hati ke, air jampi bagi senang hafal ke, tengoklah apa yang ada.

Sem dua lepas cuti ni aku nak insaf dan kuat study. Ayat yang pernah disebut masa akhir tahun 2nd year. Kahkah bila nak ambil pengajaran? 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, January 19, 2013

Perempuan, blog, dan dotdotdot


Assalamualaikum. Hye.

Aku nak buat enry ni sepantas mungkin. So just try to get my point and that's that. Boleh?

Ingat tak hadis pasal nabi kata dalam neraka tu ada banyak orang perempuan? Selalu kita dengar pasal aurat lah kan sebab orang perempuan ni kan payah sungguh nak jaga aurat.

Tapi aku nak cakap secara umum pasal sesuatu benda ni haaa bukan pasal aurat tapi pasal blog.

Adalah sorang akak ni kan, dia kan, kan, kan... 

Malas pulak nak cerita. Tapi just faham cerita aku ni pasal orang guna blog untuk sebar pasal benda yang tak patut sebar. Memang sedap dibaca tapi tak hati orang beriman tak rasa selesa dengan benda macam tu. Eceh.

Gosip artis lain cerita. Ni pasal orang tak berapa nak artis. Artis lantak mampuih pi kat depa laaa.

Hanya orang yang tahu rahsia kamu akan guna rahsia itu untuk menjatuhkan kamu kalau dia dah bengang dengan kamu yang memang cukup membengangkan itu. Melainkan dia berhati mulia. 

Sayangnya kawan2 akak tadi tidaklah semulia mana.

Tuhan tak. Tuhan siap tolong jaga lagi rahsia kamu. Andai kamu tahu jaga rahsia orang. Aku tak mahu prejudis dengan orang perempuan tapi kalau dah cerita pasal akak, takkan aku nak sabit orang lelaki kan? Tapi laki pompuan sama ja sebenaqnya.

Akhir kalam (ecewah berkalam2 pulak) terimalah nasihat itik ini.


Dan tak payah tanya entry aku ni pasal siapa atau apa oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, January 15, 2013

Mari Berhibur Bersama Saripah


Assalamualaikum. Hye.

Kisah Saripah menjadi popular sekelip mata telah mendapat liputan seluruh dunia. Amboi exaggerate sungguh. Tapi sungguh la puan Saripah. Anda telah membuat suatu anjakan paradigma dalam persada lawak tanah air. Senario? Sepah? Cecupak? Jozan? Siapa semua tu haram tak lawak.

Tapi hang ni sorang saja dah cukup buat lawak satu Malaysia gelakkan hang. Hang memang lejen Saripah. Saripah oh Saripaahhhhhh.

Di sini saya selaku peminat Saripah nombor satu akan compile lawak2 yang telah lahir hasil dari usaha kerasnya membela nasib binatang2 yang telah dizalimi manusia. Bukan aku nak perlekehkan usaha murni dia tu tapi puan Saripah, manusia pun ada masalah juga.

Binatang punya masalah boleh diselesaikan dengan bantuan manusia. Misalnya masalah kucing kena terajang bila mintak tulang ayam tu kan. Kalau manusia semua kaya raya dan boros berbelanja, mesti makanan bazir pun banyak so kita boleh bagi kucing tu makan.

Tapi adakah manusia sendiri cukup makan? Sila jawab itu puan Saripah, tapi tanpa buat lawak. Ok cakap banyak pulak aku. Mari teruskan jenaka kita.


Status sapa tah aku kopipes saja

ANALOGI KES LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN...

1. Ada orang datang ke rumah kamu, jual bedak. Kamu tanya dia balik, "Kenapa nak kena beli bedak ni, sedangkan saya ada pilihan bedak yang lagi baik?"

Kemudian, orang tu sindir dengan nada marah dan perli,

"Kalau tak suka dengan bedak ni, keluarlah dari rumah ni!"

Hah? Keluar dari rumah sendiri? Kamu rasa dia tiga suku ke tak?

2. Ada orang datang ke universiti kamu, buat forum dan promosikan ideologi dan pemikiran dia. Alah, maksudnya dia paksa orang terima pendapat dia la. Misalnya, dia paksa seluruh pelajar universiti terima fakta kajian dia yang bertajuk, "Durian crepe adalah tak sedap langsung."

Kamu sebagai pelajar, bangun dan tanya soalan. "Kenapa pula tak sedap, saya makan sedap je. Saya syorkan kalau nak sedap lagi, letak aiskrim atau tukar dengan inti cokelat ke blueberry ke....lagi...."

Tapi, belum sempat lagi kamu habiskan ayat, dia dah mencelah:

"Shut up. When I'm talking, u listen. Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me.." (direpeat sebanyak 99x)

"I kata durian crepe tak sedaplah, kau paham? Kau ni akal macam manusia, tapi fikir macam haiwan. Tengok, kau ni tak belajar pendidikan respect langsung. Aku kata tak sedap, kau respect je la. Banyak songeh tol. Bersyukurlah aku dah buat kajian ni.."

"Universiti ni jemput aku. Kalau tak suka dengan universiti ni, keluarlah dan masuk universiti lain!"

Sekarang, kamu sebagai pelajar dan dia orang luar datang ke universiti kamu. Dia suruh kamu keluar dari universiti sendiri?

Agak-agak, waras ke tak waras orang macam ni?



Post dari Harian Metroll

Harian Metroll

Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."

Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."

Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - wartawan Johan



Status kawan aku.

Housemates menganjing kak Pah kiterr...

"Mai makan semua.."
"Kejap la.."
"When I speak, you need to listen..listen..listen..listen..listen..listen..listen..listen.."
"Tapi.."
"Hampa kena tau masalah kucing, anjing kat luaq sana yang tak cukup makan.kiqa hampa dapat makan cukup besaq bertuah.hargailah kerajaan..listen..listen..listen..listen..."

Yaaa!!!

~you dont need to be older than someone or with a degree to talk about democracy in this country.~


Status teacher aku

Pada yang selalu sangat bercakap dengan haiwan peliharaan mereka, bercerita perihal masalah, bercerita tentang tempat kerja atau kisah anda gagal mengorat awek yang anda sangat suka, berhentilah.

Mereka juga bermasalah.
Jangan bebankan mereka.

Selamat malam.

Buah2an pun ada masalah oi. 9GAG ni kan, macam tau2 saja. Kahkahkah.


Status junior aku

Hanya perlu mmbaca dan mengikuti perkmbangan kakpah zohra, fasa sakit dan kemurungan serta berkabung atas physio telah selesai dalam sekelip mata.

Betul lah, nikmat Allah tu datang dalam pelbagai cara.
:P


Lain2



Dan yang paling tak tahan..



Additional links for fun

Sharifah paling bangang
Dance Remix
Mr Bie - Listen (cover of Kosong by Najwa Latif)
A video response

Ok udah2 lettew...




Dan bak kata Bayyinat
Terlalu ramai yang mencela Cik Pah (bukan nama sebenar) kerana 'listen to me listen to me listen to me' beliau. Cukup-cukuplah tu. Jangan kita pun jadi macam dia.
Like ·  ·  · 49 minutes ago · 

Maka cukuplah di sini aku dan kompilasi aku. Nak salahkan those people pun tak boleh sebab bukan mereka cari salah Cik Pah (bukan nama sebenar) tapi Cik Pah yang menjaja aib sendiri di khalayak ramai.

Sekian rancangan kita Bersamamu Saripah oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, January 14, 2013

Allah and Jesus?


Assalamualaikum. Hye.

Isu kalimah Allah ni rasanya dulu2 masa aku sekolah menengah lagi dah ada dah. Lama dah kan? Tapi sekarang ni dia jadi macam hangat balik. Macam lauk semalam kita panaskan balik sebab nak makan buat sarapan. Maybe sebab pilihan raya dah dekat kot.

Sebenarnya ini bukan satu masalah besar pun. Apatah lagi nak kata masalah ni ialah satu isu umat yang sangat penting untuk dibincangkan dan sampai nak mengkafirkan orang itu dan orang ini memang teruk sangat tu. Ini hal umum. Nama Allah saja pun.

NAMA ALLAH SAJA PUNNN???????? APA KAU NI TAK SENSITIF DENGAN ISU UMAT ISLAMMMMM???!!!
-reaksi sesetengah orang

Kan??? Apa masalahnya orang kristian nak guna nama Allah dalam Bible? Bible negara lain dah guna lama dah. Aman damai ja pun orang2 kat sana???
-reaksi sesetengah yang lain.

I despise both. Kahkah.

Well here goes my stand. Aku tak kata aku punya pendapat paling best sebab aku ni bukan pandai pun. Tapi kalau tunggu pandai baru boleh bagi pendapat, susah la jugak. Tak apa aku share saja. Ada apa2 komenlah kita buat muhasabah gve and take gitu.

Aku nak stress-kan di sini yang kita kena bezakan antara orang bukan Islam "SEBUT" nama Allah dengan "PENGGUNAAN" nama Allah itu sendiri.

Pertama sekali, kepada yang merasakan kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam saja, maka anda salah. Allah itu tuhan semua. Bukan setakat orang Islam. Orang bukan Islam pun tuhan mereka Allah juga. Cuma mereka tak percaya dan menafikan, so jadilah mereka itu musyrik, kafir, dan sebagainya.

Jangan tak percaya. Kuman bakteria salmonella, staph aureus apa jadah tu pun makhluk tuhan juga. Siapa tuhan mereka? Allah lah.

Kedua, kepada yang merasakan kalimah Allah itu untuk semua, boleh diguna oleh sesiapa saja bila2 masa di mana jua, maka anda pun tak berapa nak betul juga. Sebab memang nama Allah itu ada keriteria2 tertentu juga.

Sebab tu aku kata. Bezakan antara "sebut" dengan "penggunaan". Kita tak boleh larang kalau ada apek kata "Alhamdulillah dapat rezeki banyak hari ni" sebab memang Allah pun yang bagi rezeki kepada dia. Walaupun deep inside dia bersyukur kepada Gautama Buddha tapi itu benda dalaman dia so lantak dia lah. Tapi zahirnya dia sebut "Alhamdulillah" atas rezeki yang dia dapat dan itu ialah benar. So ada masalah ke? Tak adalah jawabnya. Boleh ke? Boleh lah kenapa tak boleh pulak?

Mari aku bagi contoh ekstrem sikit. Ada orang Hindu kata "Kenapa Allah bagi dunia ni tak aman? Perang sini sana kebuluran dan kemusnahan alam sekitar habitat flora dan fauna?" Adakah kita nak marah dia? Bukankah apa saja yang berlaku atas muka bumi ni Allah yang tentukan? Walaupun tak enak didengar tapi apa yang patut kita buat ialah terangkan pasal kekuasaan Allah. Bukan nak marah dia pasal dia sebut nama "Allah" tu.

Tak adil kalau kita larang orang bukan Islam sebut nama "Allah" kalau apa yang dia sebut tu secara zahirnya tidak bercanggah. Bahkan, orang Islam pun bukan semuanya betul sangat. Kalau ada orang Islam kata "Allah tidak adil". Tu macam mana kira?

Itu pasal "sebut". Mari kita masuk ke bab "penggunaan" pula.

Masalah yang aku nampak hari ini ialah ulamak2 banyak bagi ulasan pasal orang bukan Islam yang sebut nama Allah, Alhamdulillah, Insya Allah, dan lain2 lagi. Ahah aku teringat masa dulu2 aku sekolah rendah, aku ada pergi tuisyen dengan seorang cikgu bangsa Cina. Bukan Islamlah aku assume walaupun dia tak pernah sembah tokong depan aku. Sekali tu aku ada dengar dia sebut "Masya Allah". Terus aku dan kawan aku berpandangan. Waktu tu excited la "eh cikgu aku ni masuk Islam ke?" dan berbagai persoalan timbul.

Boleh jadi dia sebut "masalah" tapi dengar macam "Masya Allah" atau boleh jadi juga dia memang sebut "Masya Allah." Either way, adakah ia satu masalah? Tak. Sebab apa tak? Sebab, dia sebut tu pasal ada budak jawab soalan salah (IIRC). So biasalah kan kalau kita tanya 3 kuasa dua sama dengan berapa, tiba2 orang tu jawab enam. Kita pun "Masya Allah budak ni soalan kacang macam tu pun tak boleh jawab apa punya bangang?"

Dan pasal "penggunaan" ini boleh jadi betul atau salah. Kalau betul, tak apalah tapi kalau salah pulak, dia ada dua kategori iaitu salah yang disturbing dan salah yang tak disturbing.

Contohnya kalau kamu jumpa cikgu bangsa Cina beragama Buddha sambil memberitahu result exam kamu gempak macam nak mintak penyepak punya cemerlang, maka dia pun kata "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun" so ini ialah salah yang tak disturbing. Betulkan saja dan bagi phrase yang betul untuk disebut sebagai tahniah. Habis cerita selesai masalah.

Tapi apa dia salah yang disturbing tu? Haaa kes yang ada depan mata kita sekarang ini lah. Kes orang Kristian nak guna nama Allah sebagai translate kepada God dalam Bible edisi bahasa Melayu.

Nampak tak stand aku macam mana? Aku tak rasa menjadi suatu masalah kalau orang bukan Islam nak "sebut" nama Allah. For the love of god, kita sebut Buddha, Brahma, Vishnu apa semua tu tak ada siapa nak kecoh pun. Kalau mereka nak sebut Allah apa masalah?

Dan kalau mereka nak agungkan tuhan mereka tapi sebut Allah, tapi dalam hati ada tuhan masing2, pun tak ada masalah. Soalnya hati, sukar dimengerti (lagu) so itu serah kepada Allah. Kita bukan boleh baca hati mereka pun.

Kalau mereka sebut Allah di tempat yang salah, pun tiada masalah. Cuma kita kena betulkanlah.

Tapi kalau nak "guna" nama Allah dalam kitab Bible yang memang sah2 bertentangan dengan akidah, nak translate God dalam Bible yang ada anak tu kepada Allah, habis tu nak jadi apa? Allah tu ada anak?

Aku rasa ulasan Dr MAZA tu agak ok dan relevan. Sebab dia tak salahkan orang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Memang agama tak larang. Dan dia pun bawa bukti yang boleh dipakai. Cumanya aku tak setuju satu dua perkara sebab dia cuma sentuh isu "sebut".

Aku tak nafikan yang Bible dalam bahasa Arab lagilah kita patut gerun. Bayangkan ada orang bagi kita Bible dalam bahasa Arab. Macam mana nak beza dengan Alquran? Juzuk 30 pun tak hafal habis lagi. Kahkah.

Tapi itulah masalah sebenarnya. Orang kita terlalu tak bersedia dengan perkara ini. Aurat pun tak tutup habis. Nak face to face dengan Bible. Ada nama Allah pulak tu dalam Bible tu. Berani?

Cuba bayangkan kita terbaca statement "Dan Allah berkata kepada anaknya Wahai Anakku blablabla..." atau "Isa berkata Wahai Allah ayahku blablabla..." adakah kita akan terkejut atau kita buat dunno atau kita melenting atau kita percaya Ohhh Allah ada anak rupanya. Betullah tu kalau ada mak mesti ada ayah kan? Kan? Kan?

Is it a good thing? For the people yang baca Quran pun belum tentu betul tajwid.

Aku cakap terus-teranglah. Aku pun bukan familiar sangat dengan Quran. Baca hari2 tapi bukan hafal pun. Baca makna tapi nak kata menghayati tu tak sampai tahap lagi kot. Aku yakin orang ramai di luar sana lebih banyak mengaji dari aku dan mendampingi Quran lebih dari aku.

Tapi kasihanilah aku dan orang2 yang macam aku. Tak pasal2 nanti jadi konfius dengan agama sendiri. Bukan aku nak kata orang Kristian ada agenda tersendiri ke apa. Bukan nak berburuk sangka sangatlah. Cuma kalau fikir balik, bukan ada manfaat pun kalau mereka guna nama Allah tu. 

Apa kalau dalam Bible bahasa Melayu sebut "Allah ada anak" maka nanti Allah betul2 beranak? Tidak.

Apa kalau kita benarkan orang Kristian baca "Allah ada anak" dalam bible maka nanti mereka masuk Islam secara berbondong2 (Surah Nasr)? Tidak juga.

Habis, what for? Tapi kalau kita kata, ada orang yang tak berapa faham agama, come across ayat yang seakan2 ayat Quran, siap ada nama Allah, tapi isi kandungannya meragukan. Dan dia pun tak banyak fikir. Ambik buat kata2 hikmat, buat hiasan dinding rumah, dan sebagainya.

Lagi dahsyat, sebar pulak kat orang.

Benda yang negatif tu kita boleh ramal. Bukan nak pesimis sangat tapi tak salah nak berjaga2. Aku pelik jugak dengan orang yang nak benarkan tu. Kalau sebut pasal Merry Christmas punyalah nak larang. Haram dan sebagainya. Padahal terang2 ucapan tu untuk perayaan. Bukan kita percaya. Cuma nak rai.

Tapi kalau translate Allah dalam Bible tu boleh pulak.

Lagi satu, Orang Kristian ni sangat jelas mereka menggambarkan Jesus dan God. Ada lelaki hensem rambut panjang pakai jubah putih, dan lelaki yang tua berjanggut panjang apa semua tu gambaran mereka. Nak ke kalau mereka lukis semua gambar itu lepas tu label dengan nama "Allah?"

Kalau ini Jesus si anak, maka boleh je nak imagine muka si bapak. Kan?

Ya dalam Quran membuktikan orang Kristian tu sejak dulu buat macam tu. Nabi tak pernah larang. Tapi kalau kita try fikir zaman tu, agaknya kalau ada orang kristian kata Isa tu anak Allah, dan ada orang jadi konfius, nabi boleh terus jawab.

Hari ini, dengar kuliah ustaz Azhar pun sebab nak gelak2 je. Siapa nak tolong bagi jawapan kalau kekeliruan tu datang?

So much more harm than good.

Oklah malas nak tulis panjang2 bukan ada orang baca cuma aku nak share pendapat saja. Last point, kalau still rasa benda ni tak mengancam apa2, mari sini aku nak bagi cabaran sikit.

Lepas ni kan, bukak facebook, lepas tu update status "I LOVE JESUS". Tak pun jerit kuat2 "JESUS I LOVE YOU!!!". Tak pun buat statement "I believe in Jesus".

Berani tak? BERANI TAK???

Konferm tak berani. Padahal Jesus tu nabi Isa. Kenapa tak sayang nabi Isa? Kenapa tak percaya nabi Isa? Kenapa ada masalah nak sebut I love Jesus?

Padahal dalam rukun Iman ada perkara percaya kepada nabi. Nabi Isa tu bukan nabi ke? Habis kenapa takut nak sebut "I believe in Jesus?"

Lagi satu, kalau dah yakin sangat Allah dalam Bible takkan bagi kesan, nanti ada anak, ajar dia nama2 nabi. Guna lagu kumpulan Raihan tu kan, "... Yunus, Zakaria, Yahya, JESUS... wa akhirun khatimul anbiya, Muhammad al-Mustofa". 

Berani ke? Konferm tak. Sebab apa? Sebab dah ada nama Isa. Kenapa nak pakai Jesus kan? Samalah kes God dalam Bible pun. pakailah nama Yahweh tu. Apa masalah?

Nampak tak masalahnya sekarang? Bila "penggunaan" itu salah, maka itulah masalah. "Sebut" tak apa. Bukan ada kesan apa pun. Bodoh jugak orang yang nak larang sebut tu.

Kesimpulannya, sesiapa nak sebut Allah pun sebutlah tapi kalau nak guna nama Allah dalam Bible edisi bahasa Melayu, aku rasa baik jangan.

Walaupun aku tak yakin ada orang baca sampai habis apa2pun oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, January 5, 2013

Dream


Assalamualaikum. Hye.

Bila sembang pasal pilihan, takda siapa yg pilih lebih baik untuk kita melainkan kita. Kalau ada pun, takda siapa yang buat pilihan melainkan kita juga. Baik buruk sendiri pilih sendiri tanggung punya. Tuhan pilih sesuatu untuk kita pun, ada banyak yang kita buang ke tepi kan? So kalau setakat pilih jalan untuk hidup, parti politik mana nak diundi, jemaah mana nak join, tarekat mana nak ikut, produk mana nak boikot, semua tu pilihan. Macam mana nak berpadu kalau kita kena tolak sesuatu untuk menjadi satu?

Dream on. Hopefully one day that dream comes true. Happy dreaming, people.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, January 3, 2013

Maybe one day...


Assalamualaikum. Hye.

Maybe one day a miracle will happen. So lay back and think to yourself, when miracle finally arrives, what's next? Ask for wishes? Granted.

Take time to breathe. Take time to live.


And maybe miracle will never come. Wait for everything to be done by themselves, just to learn that they are dead already.

Take time to realise life is not about waiting.

Run, and keep on running.

We are the miracles. We don't wait us, or do we?

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, January 1, 2013

A typical new year entry so to say.


Assalamualaikum. Hye.

Bila saja tahun baru menjelang, kita akan sambut dengan azam tahun baru. Tetapi setiap tahun kita berazam, hanya sesetangah orang saja yang beruntung dan mencapai azam2 tahun barunya. Maka setiap tahun boleh memperbaharau azam dan buat azam baru yang betul2 baru.

Ada juga manusia yang azamnya sama setiap tahun. Sebab dia tak capai azam itu. Tak tercapai sejak dulu. Azam tahun baru yang sudah lama, lunyai, dan basi.

Beruntunglah kepada orang yang tidak perlu kepada azam baru. Hiduplah setiap hari dengan azam yang segar. Perlukah berazam setiap awal tahun dan hidup dengan penuh kesamaan hingga tahun depannya?

Itu sama saja dengan mati.

***

Perubahan ialah sesuatu yang macam apple pie. Masam2 manis. Walaupun aku sebenarnya bukan selalu makan pun apple pie maka tak pasti apa rasanya. Kahkahkah.

Cumanya di sini aku nak kata, tak semua orang dapat handle perubahan dengan baik. Ada manusia yang berubah dengan sebetul2 perubahan. Ada yang separuh. Ada yang tidak. Langusng.

Sebab bila mereka tanya "kenapa aku tak boleh berubah?" ialah satu soalan silap yang mungkin ada soalan lainnya.

"Kenapa aku TAK BOLEH berubah?" atau "Kenapa aku TAK MAHU berubah?"

Analogi lalat yang aku suka dari dulu sejak pertama kali dengar. Lalat dan bumi. Besarnya lalat dan kecilnya bumi. Lalat terbang ke sana ke mari. Betapa agung dan luas bumi ini, tapi muka kita juga lalat suka hinggap.

Aneh?

Dan seandainya lalat tahu emas itu mahal harganya, tetap dia akan menghurung tahi juga. 

Aneh?

Bukan tak boleh tapi tak mahu. Jangan jadi lalat.

***

Amboih haih pandai tulis kat blog. Dia pun dok sama ja dari dulu sampai la. Muka ja makin tua perangai huduh serupa tu jugak
-monolog dalaman

***

Setiap hari bangun dan menunggu datangnya mati biarpun tak cukup sedia. Sekadar ingat mungkin belum cukup. Tetapi baiklah ingat dari lupa.

Minggu depan semakin tua. Semakin hidup, semakin mati.

***

Exam start minggu depan. Preparation biasa2. Mungkin nanti lepas buka sem baru, aku timbang balik nak join tuisyen ke tak sebab haritu dengar2 macam ada ramai geng nak join. Ya aku tidak buat keputusan ikut majoriti tapi kalau ada ramai yang jadi drive untuk aku join balik tuisyen, aku rasa aku tak rugi untuk telan "eiii pi tuisyen sebab ikut orang" yang mungkin dilontar ke arah aku atau mungkin juga tidak.

Oh tuhanku, ampuni dosa2 aku dan sila tolong aku jadi lagi baik dari tahun2 lepas.

Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri? Faham. Aku cuba. Tuhan, tolong aku.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)