Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, October 19, 2013

Allah?


Assalamualaikum. Hye.

Isu kalimah Allah yang tak surut2 macam jerawat batu di pipi pelajar sekolah menengah berjantina lelaki yang baru mencapai usia aqil baligh.

Setelah melihat dan membaca ala kadar fakta2 dan hujah2 yang sungguh bernas dari pelbagai pihak, aku pun bertambah pening sebab semuanya putar alam sangat. OK sebenarnya takdalah pening. Aku rasa benda ni jelas. Saja mereka seronok kot nak berdiskusi.

First of all, apa yang aku nak tulis di sini ialah pendapat peribadi selepas mengambil sikit2 pendapat orang lain juga. Maksudnya bukan 100% pendapat aku lah. Siapalah aku pun nak bagi pendapat bagai. 

Tapi, melihatkan adanya puak2 yang berbagai jenis pendirian dalam isu ini, dapat kita lihat ada 2 puak utama lah. Yang membenarkan dan yang tidak membenarkan. Seperti biasa, pergi jahanam dengan kedua2 pihak. Kita ambik yang tengah2.


Allah tuhan umat Islam. Milik eksklusif.

Ini benda celaru paling besar. Kalau nak perjuangkan, tolong jangan guna point ni. Sebab in the end, hakikat sebenar ialah, Allah itu tuhan semesta alam dewata raya. Ambik hang dewata raya. Cikgu BM aku mesti bangga. Apa2pun, perkara ini perlu jelas.

Bila ada mufti kata "persoalkan keputusan mahkamah" boleh membawa kepada murtad, aku rasa buat statement "Allah tuhan umat Islam" tu pun boleh jatuh murtad juga. Lagi murtad aku rasa. Sebab dia limit Allah kepada orang Islam sahaja. Habis tu Jesus Christ tu kita nak iktiraf sebagai tuhan kah? Bodoh sungguh statement tersebut.

Allah tuhan semua. Nak fight, guna point lain. Point Allah tuhan umat Islam ada juga betulnya tapi tak lengkap. Masalahnya, tak lengkap dia bukan jenis boleh bagi separuh markah. Tak lengkap dia ni jenis tak lengkap yang retarded. Kena reseat paper, kena mengulang tahun. Oh the irony. It burns.

Sekarang isunya, pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian nak guna kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan.

Kalau dah namanya pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian  maksudnya bukan Islam lah. So kita nak expect apa? Mereka nak sebut Allah sebagaimana tauhid yang kita faham? Bagi mereka, Allah itu satu atau trinity? Aku rasa budak kecik pun boleh jawab.

Kita Islam. Mereka bukan Islam. Mereka nak sebut Allah sampai berbuih mulut pun, belum menjadikan mereka tu Islam.

Jadi, kalau mereka nak terbitkan kitab atau translate Bible atau apa jadah sekalipun, nak guna kalimah apa pun, sebenarnya bersesuaianlah dengan mereka sebagai pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian itu.

Faham tak?

Allah sebut dalam Al-Quran. Ayat dia aku tak hafal la tapi dia punya maksud/intisari ayat tu lebih kurang macam ni :

Dan orang Nasrani itu berkata Isa itu anak Allah. Psstu satu lagi Dan orang yahudi itu berkata Uzair itu anak Allah. See? Memang dah mereka tu kristian/yahudi, are we expecting them to see/say/understand Allah as we do?

Kalau mereka mentauhidkan Allah, tak jadi kristian/yahudi la sayang oi.

Jadi, adakah ini sebagai suatu penghinaan kepada Allah? Bilamana Allah dibapakkan, dianakkan, ditrinitykan, adakah Allah terhina?

Haaa yang ini pendapat aku sendiri. Jawapan aku, TIDAK. Allah tak terkesan pun dengan benda ni semua. Keagungan Allah tu tak terjejas sikit pun. Seriously, siapa kita nak jaga kemuliaan Allah? Allah bukannya Zeus yang jadi lembik lemah gemalai macam penari gamelan bila orang tak sembah dia. Allah tak macam tu.

Cuma atas dasar sensitiviti, kita merasakan yang mereka pihak gereja/akhbar Herald whatsoever christian sedang cuba nak menceroboh dan menimbulkan kecelaruan, dan menghina Islam pada masa yang sama.

Tapi aku timbulkan isu lain sikit. Isu familiar di blog ini. Cuba kamu jawab. Antara gereja nak sebut Allah, dengan artis perempuan beragama Islam yang tak tutup aurat. Tak payah artis, anak jiran sebelah pun cukup nak buat contoh.

Siapa lagi hina Islam?

Gereja vs orang yang makan rasuah, orang yang bercouple/berzina, orang yang tka bayar zakat, pemanipulasi agama, penjual produk yang mengguna agama untuk keuntungan, peminum arak, penjudi, pemimpun yang membenarkan ada arak dan judi dalam negara dia, ustaz2 yang bertelagah sesama sendiri dan berhujah dengan perkara kontra sampai jadi berpecah umat, all those random but actually not so random stuff.

Agak2 Allah lagi murka dengan siapa?

Kita nak salahkan dan larang dan marah dan halang pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian nak buat sesuatu yang seolah2 merosakkan kesucian Islam tapi pada masa yang sama memang ktia sendiri yang tak faham Islam? What the irony from hell is that?

Lepas tu kita jenuh nak bincang pasal benda ni, macam2 fatwa keluar, macam2 pendapat ada. Walaupun bagus sebenarnya sebab membuka minda tapi in the end, masalah tak selesai pun. Lepas dah dapat kata putus mahkamah tak benarkan, Sabah Sarawak still nak guna. Lepastu ada pulak gaduh2 siap nak suruh keluar Malaysia bagai.

Bodoh kan?


So senang cakap, lantak lah pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian nak guna perkataan apa pun. Sepatutnya kita tak terjejas sekelumit pun sebab kita wajib percaya agama kita paling supreme. Sepertimana mereka mempercayai agama mereka supreme. Evangelist di mana2.

Bila timbul clash, sebab dia kata Allah begitu begini, kita kata Allah begitu begini, maka berdialoglah. Atau berbincang. Last2 bila refer scripture asal, nama Allah tu dalam Al-Quran juga. Bible punya scripture asal entah wujud entah tidak. Kalau yang dalam bahasa Greek atau Hebrew tu memang sah2lah tak ada.

Orang Kristian ni tak ada nama untuk tuhan dia. Paling hebat pun YHWH atau yahweh yang itu pun derived dari bahasa Greek yang maksudnya "I am". Tuhan jenis apa kalau nama "saya ialah"? Maybe sebab desperate kot mereka nak pinjam nama Allah.

Lantaklah. Guna nama apa pun mereka Kristian juga. Lagi satu, Islam dah dihina sejak dari zaman nabi lagi. Bukan setakat zaman nabi Muhammad, sejak nabi Nuh dulu pun dah banyak yang mengata. Karikatur wajah Rasulullah rasanya dah ada lama dah. Lady Gaga mencangkung atas Kaabah pun ada dalam blog orang Malaysia juga si Hajjah apa jadah tah nama dia. Wuzara wuzara apa tah.

Apa nak kisah setakat gereja nak guna nama Allah? It's just another stupid act from them. Kita pulak nak melatah lebih. Patutnya kita tackle isu ni dari sudut memantapkan pemahaman dan penghayatan umat Islam itu sendiri.

Like, seriously. Aku, kalau aku di tempat orang bukan Islam, aku nampak muslim di Malaysia ni gabra menggelabah ja banyak. So lame, if you ask me.

Maka, kesimpulan yang aku dapat ialah kita tak sepatutnya menjadi reaktif. Sebab, yang nak guna nama Allah dalam Bible dan memberi ertikata yang tidak sewajarnya pada kalimah Allah itu ialah pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian.  Bukannya pihak masjid ke, orang Islam ke, akhbar Berita Harian ke, Utusan ke apa. So nak risau apa?

Dah nama pun Kristian. Takkan dia nak kata Jesus itu nabi? Mesti lah dia kata Jesus tu anak tuhan. Dia nak translate God kepada Allah. So dia katalah Jesus tu anak Allah. Kalau dia translate God jadi Teh Bunga Kekwa maka jadilah Jesus itu anak Teh Bunga Kekwa. Macam itu lah pun.

Lainlah kalau mereka nak bawa dakwaan mereka itu Islam. Islam, tapi sebar Jesus itu anak Allah. Haaa itu dah jadi kes lain. Itu namanya ajaran sesat dan penyelewengan agama yang sangat obvious. Kalau dah jadi macam tu, kito bako je tak banyak cakap banyak.

Selagi belum jadi itu, keep calm, practise, and preach Islam in the finest way possible. Bukan porak peranda macam yang ada sekarang ni. Maybe some will say ini ialah langkah pencegahan. I see it more like paranoid acts.

oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: