Pemollow

THYB on Facebook

Monday, June 10, 2013

Vaksin oh Vaksin...


Assalamualaikum. Hye.

... Kenapa engkau Vaksin?
Macam mana aku tak Vaksin..
Memang aku Vaksin... Menang aku Vaksin...

(Tajuk entry disambung terus dengan mukadimah entry mengikut rentak lagu "Bangau oh Bangau")

Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak ok tipu sebenarnya baru dia tiga hari banyak orang share pasal vaksin. Aku rasa isu ni dah lama cuma dihangatkan kembali biasalah kan orang Malaysia tak boleh hidup dengan selesa kalau tak ada isu yang nak diketengahkan. 

Nak cakap pasal Sharifah Sakinah kang nampak macam low level sangat. Apa nak kecoh pasal minah tu? Biarlah dia nak meroyan dah kalau itu yang boleh buat dia bahagia. Huahua.

Kalau kita baca orang share, maka banyak benda yang mengerutkan dahi aku. Eceh walaupun aku bukanlah pakar sangat pasal vaksin2 bagai tapi dah belajar medic kan, maka ada lah dia punya gambaran dalam kepala.

Well, parents cakap no vaccination sebab ada masalah lah, complication lah, side effect lah, segala gejala2 penyakit apa semua tu. Logiknya memanglah sebab dah vaksin tu kan salah satu unsur dia ialah weakened bacteria/virus untuk induce immune system. 

Ada pulak yang kata seperti di bawah...


Aku bukan nak kata pakcik ni salah ke apa. Kang nanti geng2 usrah kata aku tak percaya perubatan sirah pulak. Aku yakin dengan apa yang nabi ajar. Sebab tu aku follow perubatan nabawi. Dah kita kan di zaman moden. Haaa tang fesyen nak sangat moden tapi bila bab kesihatan tak mau pulak? 

Betul lah tu. Madu, Habbatussauda, garam, pil Barakah (eh?) semua tu disarankan oleh rasul junjungan. Tapi itu tak bermakna kita tolak habis segala yang baru datang lepas zaman nabi ni. Tak payah nak wahabi sangat lah kan?

Kita kaji, kita belajar. Vaksin2 tu semua fungsinya nak bagi sistem imun badan kita alert dengan virus2 dan bacteria2 yang keji lagi jahat yang tak lain nak bagi orang sakit demam saja. Pastu berjangkit pulak tu. Sungguh yahudi.

Part of the bacteria or virus yang masuk dalam badan, activate sistem imun kita untuk menghasilkan antibodi. Sebab tu kita boleh selamat almost 100% daripada Rubella, Tetanus, chicken pox apa semua tu. Ni aku main sebut saja jangan percaya sangat. Sila kaji.

Tapi kalau kita bergantung dengan madu semata, habbatussauda semata2, dari mana datangnya memori sistem imun kita untuk melawan anasir2 jahat yang bernama dengan nama orang putih?

Bukan nak kata madu tu tak berguna. No no. madu tu banyak khasianya. Siap ada cerita dalam AlQuran. Terbukti secara santifik dan klinikal lagi. Bahkan apa yang nabi amalkan semuanya selari dengan ilmu2 perubatan yang ada hari ini.

Jadi apa masalahnya kalau kita integrate antara kedua2 unsur ini? Agama dan Sains tak boleh dipisahkan. Kenapa kalau politik dan agama kita bermati2an nak suruh disatukan tapi bila bab Sains pandai pulak nak asing2? Sekular sungguh.

Betul aku faham Sains tak dapat menerangkan perkara2 ghaib tapi itu lain punya cerita. Dah nama pun perkara ghaib nak hurai panjang2 kenapa? Tapi ini kita cakap pasal ilmu perubatan. Ilmu yang dikaji. Tokoh ilmuwan Islam pun berlambak2 dalam bidang ni. 

Penyelesaiannya mudah. Jangan generalize. Jangan sesekali. Kalau ada kes berkaitan "budak ini dapat penyakit selepas disuntik vaksin" maka aku jamin mesti ada juga kes "budak ini disuntik tapi hidup sihat aman damai sejahtera sampai besar".

Dan begitu juga kalau ada "budak yang tak pernah mendapat vaksin tapi hidup bahagia" maka mesti ada "budak ini tidak diveri vaksin maka hidupnya merana". Mana2 pun sama la. Sebab tu jangan generalize. Vaksin2 ni semua usaha kita. Kenapa nak putuskan usaha? Bukankah usaha itu tangga kejayaan? 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

Zida said...

orang-orang ni, kang kata bodoh sombong marah pulak. tak tahu ke kita penat-penat belajar pasal vaksin ni untuk diorang semua jugak?

(ha kan dah salah niat) kehkeh

Hikaru Yui said...

@Zida xcukup pendedahan kot...

=p

arsal74 said...

Tak payah nak wahabi sangat? Hermmmm...ahaha

arsal74 said...

Tak payah nak wahabi sangat? Hermmmm...ahaha

Hikaru Yui said...

@arsal74 betul la kan?

=p

Kayun said...

tedia, x sangka ada org fikir gitu. takpa la, kwn2ku dr2 sekalian, semoga Allah memberkati segala yg telah kamu lakukan utk mmbantu kami semua nnti yg mgkin memerlukan kepakaran kamu utk merawat diri mahupun ahli keluarga kelak.

Hikaru Yui said...

@Kayun haaa dunia hari ini macam2 ada =p