Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, May 4, 2013

Break


Assalamualaikum. Hye.

Sekarang ni cuti Easter. Lama jugak cuti. Aku bercadang nak melawat kawan aku yang bakal berkahwin tak lama lagi. Tahniah. Aku jugak yang single mingle. Huuhuu apa nak buat cinta terhalang oleh orang tua. Eh itu lagu Fauziah Latif. 

Oh dan sekarang ialah paling hangat dengan isu pilihan raya. Siapa mahukan perubahan, silalah keluar mengundi. Kalau bukan kita yang pilih pemimpin kita, siapa lagi? Dah nak sangat demokrasi, pastu komplen macam2 kan. So ada peluang ni, buatlah perubahan.

Exam aku dah bermula. Haritu dah settle practical Parasitology dan Pharmacology. Disebabkan soalan yang boleh tahan nak jawab tak rasa macam nak maki orang, maka emosi aku stabil seminggu dua ni. Tak macam masa jawab Microbiology haritu. Rasa macam nak sepak2 orang yang kalut bincang soalan depan aku. Pastu kata "Yayy yayy aku jawab betul" aku yang jawab salah ni? Terus kuciwa.

Ingat nak pergi makan2 lah. Saja nak treat diri sendiri. 

Tinggal practical Pathology yang gila payah dan dua assessment Pharmacology sebelum nak betul2 exam besar. Doa2kan aku sama.

Ok kembali kepada isu kita iaitu pilihan raya. PRU13 kali ini lain macam sikit sebab kita expect akan jadi suatu perubahan besar dalam sejarah negara Malaysia. Negara tercinta ini yang ada pelbagai kaum, bangsa, dan agama hidup bersama2 muafakat membawa berkat gitu. Susah nak jumpa di negara lain.

Tapi di Mesir ni boleh ja nak jumpa orang Cina, Melayu, Arab, Libya, Nigeria, apa semua tu kira pelbagai bangsa jugak lah. Tapi aku jarang dan boleh kata tak pernah langsung jumpa orang India di sini. Tak pasti kenapa.

Dunia menyaksikan bagaimana Dr Morsi berjaya menjadi presiden Mesir dan itu macam menjadi suntikan semangat jugaklah kepada rakyat Malaysia. Mesir boleh ubah, kenapa Malaysia tak boleh?

Tapi sampai hari ni pun masih ada (banyak pulak tu) cabaran2 dan tekanan2 kepada Dr Morsi setakat yang aku dengar2lah. Nak kata yang even bila pimpinan bertukar, kalau rakyat still macam haram, tak boleh nak buat apa jugak.

Jadi, kita dah kata pemimpin kita sekarang ni hampeh, so esok ramai2lah tukar. Bila dah tukar, kenala bagi kerjasama. Baru boleh jalan segala projek2 perubahan dan pengislahan negara.

Entah2 negara kita selama ini diterajui oleh mangkuk2 sebab yang naik jadi pemimpin pun dari kalangan rakyat yang mangkuk juga. Kita kritik pemimpin, kita sebagai rakyat ni perfect sangat ke? Haa cuba jawab sikit.

Masing2 pandai so kenalah tunjukkan kepandaian. Walaupun aku setuju apa yang "parti tersebut" buat memang bodoh2 belaka, dan "parti satu lagi" tu macam lagi ok, so silalah pilih berdasarkan penilaian masing2.

Cuma aku memang tak suka dengan politic trend di Malaysia sekarang Video seks, video sumpah, skandal sana skandal sini...What the hell, man???

Remember to change yourself for the better, first =p

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Kayun said...

auww. haha mana nak tau hg berapa thn lg mai balik jd ahli politik. maka negara msia akan mjd lebih sempoi dgn pemikiran hg. hihi

Hikaru Yui said...

@Kayun hahah ahli politiklah sgt =p