Pemollow

THYB on Facebook

Friday, April 5, 2013

Of Bow of the Howling Wind, and the people I learnt about greediness from


Assalamualaikum. Hye.

Awat ayat kat atas tu semacam?

Hahahaha aku dah lama tak menulis dalam BI maka ayat pun menjadi tunggang-langgang. Diharapkan cikgu2 Bahasa Inggeris aku tak menyumpah aku kerana menderhaka dengan cara tidak mengamalkan apa yang diajar.

Well, aku nak cerita pasal kegilaan aku yang aku katakan akan sembuh dalam entry sebelum ini. Here's the revelation. Aku kan main Dota 2. Dota 2 ada cosmetic. Bukan cosmetic letak bedak di muka tapi cosmetic untuk watak2 dalam game tu. Item2 segala mak nenek. 

Maka aku yang dulunya noob belajar sedikit2 lama jadi bukit pasal item2 ni. Bila dah pandai sikit, mula cari website untuk trade. Ya lah nak harapkan kompeni tu bagi item percuma setiap kali habis main, memang alamatnya tak dapat apa2lah aku. 

Then suatu hari yang aku tak sangka akan muncul ialah, aku dapat satu item bertahap Legendary iaitu Stryff the Owlion. Masa tu aku pun macam "betul ke aku dapat ni?" sebab benda tu kita bertaraf agung jugaklah. Sila rujuk entry ini.

Then aku pun nak trade sebab pada aku, lebih baik aku dapatkan benda2 yang aku nak daripada simpan benda yang aku tak nak. Owlion tu best tapi aku tak main sangat watak tu. So baik aku cari benda yang aku selalu pakai. Ya ya ya aku noob suka main Drow Ranger. Peduli apa aku. Janji aku suka.

Maka aku pun trade sana trade sini mencari offer terbaik untuk rimau legenda aku tu. Tak ada siapa pun nak offer best2 sebab masing2 tak mahu rugi. Aku pun tak pandai lagi masa tu. Kawan aku kata mintak kunci jangan trade dengan item. Ramai yang offer item bertahap tinggi tapi tak setinggi aku punya la.

Maverick. Itulah nama brader atau sapa2 ja lah yang aku trade dengan dia. Dia macam baik, cakap elok2, dan aku kan jenis cermin kalau kau baik dengan aku, aku baiklah dengan kau. Siapa sangka baiknya itu hanyalah cosmetic juga?

Kahkah mungkin dia memang baik tapi aku assume dia buat2 baik ja tu. Waktu tu kan, aku still tak tahu sangat nilai kunci dan perangai2 orang dalam dunia trade ni. So aku macam terpesona la dengan kebaikan dia sebab dia offer banyak gila barang sampai 30. Tapi bercampur2 la.

Kawan aku suruh tukar dengan 6 kunci. Bila aku tengok kunci dengan 30 items, aku jadi macam mak minah masuk Tesco lah jugak.

So aku pun trade Owlion aku yang gagah perkasa mulia perwira tu dengan 30 random trade yang ada banyak la jugak benda2nya. Best jugak la aku rasa. Siap ada Fearless Badger yang comel.

Tapi bila aku ke marketplace, segala yang banyak aku ada itu hanyalah umpama debu dan pepasir. Nak beli taik hidung pun orang takmau juai hangpa tau dak???

Masa tu aku menyesal. Betapa ramai yang offer aku 5 kunci dan masa detik2 cemas nak trade tu ada yang offer 6 kunci. Tapi aku tolak. Semata2 kerana macam dah deal baik2 dengan brader tu. Maverick. Celaka kau Maverick! Kahkah tak pasal2 dia kena celaka padahal bukan salah dia pun.

Lagi satu nak cerita, aku ada mantle Drow dapat free dia lah yang bagi. So aku rasa macam terhutang budilah. Sungguh mengenang budi rupanya diriku ini =)

Then lepas tu bermulalah adventure aku nak trade balik barang2 lopek yang aku dapat tu. Alhamdulillah ada yang sudi ambik semua benda bertaraf rendah untuk buat apa aku pun tak tahu tapi dapatlah seketul dua kunci untuk aku buat investment lah kononnya.

Dan untuk memendekkan cerita, banyak juga barang2 baik yang aku dapat. Aku juga jumpa banyak orang dalam dunia trade ni. Menurut seorang trader dalam forum, dia kata trader Dota 2 yang paling keji. Mari aku simpulkan dalam satu falsafah mudah.

Kita nak kaya ada dua cara. Pertama, kena kedekut. Kalau kita kedekut, kita boleh simpan harta. Maka kita akan kaya. Kedua, kita kena tamak. Bila tamak, kita dapat banyak harta. Maka kita akan kaya.

Tapi kalau kita tamak dan kedekut pada masa yang sama, maka celakalah kita. Senang kan?

Mereka trader ni tamak dan kedekut. Nak barang baik nak harga murah. Nak jual benda lopek nak harga mahal. Kan sunguh babi perangai mereka?

Benda ok, jual lah mahal. Benda lopek murah2 sudah. Kalau nak benda biasa2, tak payahlah add-on sampai berbakul2. Bila nak jual, berpada2lah jangan nak ketuk sangat. Satu dua item tu kira ok ni sampai nak macam2 tapi bila nak trade tu banyak pulak songehnya itu tak cukup ini tak elok nak tambah yang sana nak tolak yang sini. AAHHHHHH SUNGGUH ANNOYING!!!

Lagi pulak jenis manusia yang suka merendah2kan offer orang lain. Sebab tu aku kata. Kalau nak tamak, tamak sudahlah. Tak payah nak merendah2kan offer orang. Orang yang kedekut, dia akan offer rendah so bila apa yang dia offer tak menepati citarasa kau tang tamak tu, just say no tak payah tambah retardlah, idiot lah, get the fuck out lah apa segala.

Oh aku sendiri kategori mana? Aku tak banyak barang sangat so tak boleh nak tunjuk action. Tapi aku dalam ke arah nak menjadi orang tamak so aku akan mintak lebih tapi offer aku berpadanan dengan apa yang aku nak lah. Aku boleh sabar dengan jenis2 trade nisbah 1:2 sebab masih rational tapi jenis yang nak jual benda lopek pun 1:2 kadang2 tu nak trade benda lopek dengan benda bagus tapi 1:1 itu memang manusia tamak dan kedekut dan layak dilanggar lori.

Latest, aku dapat benda ini :


Kira macam bertuah jugaklah. Lepas gaduh baik punya dengan spesis tamak haloba campoq kedekut taik hidung masin priang di internet, aku tensyen dan terus membuka treasure chest dengan kunci yang tak berapa kerat pun aku ada. Tiba2 dapat benda ni. Aku pun nak trade.

Kawan aku ada tolong aku. Tapi dia pun dah bagitahu awal courier senang jatuh harga. Benda ni patut boleh dapat 19-20 kunci aku turun jadi 18 still takda orang nak bila sampai 16 kunci baru jadi offer yang orang "nak tengok dulu macam mana". 

So last2 aku trade dengan benda ini :


Harga aku letak untuk courier tu jatuh sampai 16 kunci dan aku nak trade untuk bow ni dengan 12 kunci dan brader yang trade tadi bagi 4 kunci extra so kiranya menepati target jugaklah. Walaupun sepatutnya aku boleh dapat 17 kunci tapi dah market drop katanya. Aku redhakan saja. Kira tak rugilah kawan aku pun kata ok trade ni.

Kesimpulannya aku dah dapat item yang aku nak dan bolehlah slow down dan fokus exam pulak lepas ni. Asyik buang masa main game ja aku ni macam banyak faedah sangat padahal zero. Sekarang nak tumpu trade rare item dengan rare item yang lain bagi ada banyak dan trade dengan kunci. 

Tak pun plan aku nak suruh ja kawan aku tolong beli sebab dia dah biasa beli. Hahaha sungguh commited lah kononnya. Padahal istilah yang lagi tepat ialah addicted. 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

3 comments:

Panggil Aku Han said...

baru tau mcm ni gaya org dok main game dota nih..hahah :P

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han haaaa jom la join..hehe

Panggil Aku Han said...

hahah..xreti aku nk main..