Pemollow

THYB on Facebook

Friday, March 8, 2013

Sesat cari jalan pulang


Assalamualaikum. Hye.

Semangat yang hilang... sesat cari jalan pulang...

Kalau tak salah aku, itu lirik lagu kumpulan apa tah tapi lagu lama lah. Tapi yang pasti bukan kumpulan New Boyz sebab lagu kumpulan New Boyz ialah "Sejarah mungkin berulang" (sambil meleleh2) dan bukannya "Sesat cari jalan pulang" (sounds very cool) walaupun kedua2 liriknya sama irama suku kata akhir.

Tapi Tomok yang latest boleh tahan lah. Tahniah kerana sudah berjaya aqil baligh. Kahkah.

Tomok sebelum mumaiyiz.

Semalam kan, aku pergi ke Zagaziq untuk ambil baju yang aku tempah. Aku tempah jubah kakula yang macam baju raihan tapi labuh macam jubah sampai ke bawah. Kiranya baju hybrid lah raihan dengan jubah. Boleh panggil Jubhan. Tak pun Raibah. Komersil gila nama aku bagi. Boleh buat bisnes tak agak2nya?

"Jubhan! Jubhan! Raibah! Raibah! Mari beli jubhan! Mari beli raibah!"

Oleh kerana (menurut cikgu Bahasa Melayu, "oleh kerana" ialah salah tapi ini blog bukan karangan SPM maka aku biarkan saja) ramai kawan2 aku yang sibuk dengan MAT segala bagai, maka aku pun pergilah seorang diri. 

Tunggu kenderaan awam di Mesir ni memerlukan kesabaran dan tuah. Kalau setakat bersabar tapi tak bertuah alamatnya kamu akan sampai lambat ke destinasi seperti aku. Aku memang penyabar tapi nasib tidak menyebelahi aku sebab tramco memang lambat gila dan hampir memang tak ada langsung pun.

Ditambah pula sifat semulajadi yang bersopan santun dan berhemah tinggi, bila ada arab yang potong queue aku, aku redhakan saja. Kalau buat kepala angin ikut rempuh sama, aku rasa aku dapat jimatkan 2 jam masa perjalanan. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada aku yang penyabar. Tetiba bunyi macam takabbur tak pasal2 berdosa.

Semalam ialah hari di mana pemandu2 kenderaan awam membuat onar dengan profesion sendiri yang sebenarnya sangat mulia iaitu membawa orang ke destinasi yang ingin dituju tapi kalau dah perangai macam haram maka hasilnya ialah macam haram juga.

Daripada nak ke Zagaziq dari Mawafil Asyir (eja macam mana aku main ikut aku sebut saja) sampailah dari Zagaziq nak ke Rab'ah balik ke rumah semuanya jenis berhenti di tempat yang bukan tempat biasa.

Dan sungguh busuk pemandu tramco yang sepatutnya ke Rab'ah tapi dia berhenti takat Mawafil Asyir saja. Nasib baik dia ambil tambang Mawafil Asyir jugak kalau dia ambik lebih, nescaya aku memaki hamun dia di sini dengan kata2 tisu. Bukan tisu muka yang lembut tetapi tisu tandas yang kesat. Kahkah.

Tapi hikmahnya di sini para pembaca (kalau ada) sekalian, sebenarnya Allah sedang mengajar aku. Dan aku sangat berterima kasih.

Ya lah. Bila pemandu2 buat mangkuk hayun masing2 kepala tak center lepas tu main letak orang ikut suka dia, so secara tak langsung aku kena cari jalan sendiri. Bukan sesat sampai kena panggil polis pun. Cari jalan lain pusing2 simpang lain ikut landmark lain. Itu lah.

It's like, bila apa yang kita rancang tak menjadi seperti yang diikut dalam plan, maksudnya tu Allah nak ajar kita alternative routes. Plan B. Backup plan. Whatever you want to call it.

Macam haritu masa aku naik tramco berhenti di Mawafil Asyir seberang jalan. Kena lintas jalan cari masjid landmark selalu. So lepas2 ni kalau tetiba tertinggal kat situ lagi, bolehlah cari jalan tanpa perlu nervous breakdown sorang2. Tak gitu?

Dan ada pakcik yang baik hati tolong aku cari tramco di Mawafil Asyir waktu malam2 tu. Kalau tramco tu terus ke Rab'ah, tak jumpalah aku dengan pakcik tadi. 

So learn to wash those shits.


Dan kepada Hassan dan Wan terima kasih banyak. Wan... Katherine Heigl tu memang wujud tapi dalam cerita lain. Yang aku tengok tu tajuknya 27 Dresses. Kahkah Bride Wars tu betul la Kate Hudson. Aku check Wikipedia semalam. 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

Kayun said...

raibah la. aku rasa mcm lebih komersil. hikhik

Hikaru Yui said...

@Kayun kan? haha hg suka fesyen2 designing kan so boleh la incorporate dgn aku.. betui ka dak perkataan aku guna tu xtaw?

Fatin Farhani said...

Ni lagu XPDC.Semangat yang hilang.

Hikaru Yui said...

@Fatin Farhani oh ea? kumpulan lama la jugak tu kan? masa tulis entry tu mcm xingat nama apa.. hehe

Fatin Farhani said...

Lama.Rock zaman dulu2 kala.Tapi lirik dia inspiring.Ala2 lagu penaik semangat macam lagu omputih standing in the eyes of the world.

Fatin Farhani said...

Lama.Rock zaman dulu2 kala.Tapi lirik dia inspiring.Ala2 lagu penaik semangat macam lagu omputih standing in the eyes of the world.

Hikaru Yui said...

@Fatin Farhani sedap gak layan lagu dulu2 ni... lagu la byk jiweng sgt. haha