Pemollow

THYB on Facebook

Friday, February 22, 2013

Teknik penyelesaian masalah perpecahan umat melayu Islam di Malaysia yang saintifik, spesifik, dan futuristik.


Assalamualaikum. Hye.

Bila cakap soal perpaduan, hanya relevan di sekolah2 dan kem2 motivasi sahaja. Di dunia nyata, hakikatnya perpaduan tu bukan dapat dicapai pun. Macam bayang2. Hebat tak metafora aku?

Kita kata muzik dapat menyatukan manusia. Aku suka Avril Lavigne dia suka Raihan. Clash.
Kita kata sukan dapat menyatukan manusia. Aku tak suka bola dia gila bola. Clash.
Kita kata politik dapat menyatukan manusia. Orang bodoh saja yang kata politik dapat menyatukan manusia. Especially di akhir zaman ni. Politik macam haram. Politician pun 2 X 5.
Kita kata lagi hobi dapat menyatukan manusia. Aku suka tidur kau suka jaga. Clash lagi.

Bahkan, aku pernah berpendapat mungkin agama dapat menyatukan kita. Aqidah kepada tuhan yang satu, matlamatnya mesti satu juga. Tapi jangankan berbilang agama. Dalam sesama agama pun berpuak2 adanya.

Mimpilah kalau nak bersatu. Especially kalau orang melayu Islam di Malaysia. Spesifik gila kan ayat penyata aku? 

Jadi apa penyelesaiannya???

Bagilah apa saja. Politik? Ada kerajaan ada pembangkang. Ada yang nak bawa pembaharuan kononnya. Tapi tengoklah. Daripada ada dua puak sekarang dah jadi tiga. Ber"satu"kah?

Agama? Tak payah tengok agama orang lain. Tengok agama sendiri. Bila ada yang nasihat, dipanggilnya ustazah baru balik umrah di Mekah. Kalau ada yang menegur, dikatanya ustaz tak bertauliah.

Sampaikan suruhan tuhan pun dipilihnya untuk jadi benda mainan. Aurat wajib tutup ke? Tak bersedia tutup aurat? Tak payah solat kalau tak ikhlas? Arak boleh diminum kalau tak sampai mabuk? Kalau cinta tak direstui ibu bapa, atas nama cinta derhaka saja ibu dan bapa?

Semua ada pendapat sendiri. Semua berbeza. Semua lain dan tidak serupa.

Lebih kronik, sekarang ini dah ada yang nak memperjuangkan kebebasan beragama, orientasi seksual, dan kesamaan jantina. Dan kita nak bersatu? Hidup harmoni? Duduk semeja makan setalam tidur sebantal mandi sekolam?

Jangan haraplah kalau tak ada common ground.

TAPI...

Aku ada penyelesaiannya. Orang melayu Islam di Malaysia, biarpun berbeza dalam segala perkara, bila sampai part ini mereka pasti akan sekepala. Aku jamin. Konferm. Gerenti. Wallahi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Muaahhh~~~


Saya pregnant, bukan obese.


Nyamannya cuaca hari ini ^.^
  
Apa reaksi anda orang melayu Islam di Malaysia? Tipikalnya akan "EEeeiieeeee" "Eeeuuuwwwww" "weekkKKkkKk" kan? Kan? Kan?

Kapel itu haram. Sambut Valentine haram. Krismas haram. Hari ibu pun orang kata haram. Segala benda nak haram tapi segala benda pun nak dibalahkan. Semua nak berbalah je kerja. Tapi kalau babi...

Semua akan setuju. HAARRROOOMMMMM!!!!

Aku yakin inilah jalan penyelesaiannya. Menyatupadukan orang melayu Islam di Malaysia. Semua benda nak berbeza tapi setuju sekepala sehati sejiwa bila pasal babi. Haram dimakan. Jijik. Haram disebut. Haram disentuh. Padahal mana ada haram pun sentuh babi. Haram tu maksudnya berdosa. Pegang tangan awek lagi berdosa tapi selamba ja buat. Pegang babi itu najis. Najis boleh cuci. Dosa nak cuci dengan apa? Kapur barus?

Oleh kerana hanya subjek babi yang menjadi titik persamaan masyarakat, yang mana mereka tidak berdebat demi mengatakan babi itu jijik, maka aku simpulkan teknik penyelesaian masalah perpecahan umat melayu Islam di Malaysia yang saintifik, spesifik, dan futuristik ialah... babi!

Yeah finally we can rejoice.

Mungkin lepas ni kalau buat parti politik yang berlogokan babi, masyarakat akan lebih bersedia bersatu demi kesejahteraan umat sejagat. Politician juga mungkin akan lebih jujur dan telus bekerja. Sekolah yang ada babi juga berpotensi melahirkan generasi terpelajar yang bersahsiah tinggi. Mungkinlah...

Ulama' warasatul anbiya' pun sibuk berbalah hari ini. Apatah lagi kita umat biasa yag serba jahil ni. Tapi cuba tunjukkan aku seorang ulama yang kata "sentuh babi tak payah samak" atau sertu atau apa saja istilah dia. Ada? Tak ada kan? Itulah buktinya babi dipersetujui secara mutlak oleh semua. Ijmak. Tanpa khilaf.

Jadikan babi sebagai agenda utama masyarakat nescaya perpaduan ummah dapat dicapai dalam genggaman tangan kita semua. Majulah babi untuk negara.

HIDUP BABI!!!

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

Fatin Farhani said...

Hamoih hang.Entri pasal kebabian apakah ini.Payah nak digest.

Hikaru Yui said...

@Fatin Farhani xboleh explain..kena faham sendiri..hahaha


Mim Hasniyah Yusof said...

Awat marah kat sapa encik yui yanng sampai keluar entri sebegini? Haha. :P

Hikaru Yui said...

@Mim Hasniyah Yusof xmarah... cuma bg idea.

bernas x idea aku? kahkah