Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, February 16, 2013

One week recap


Assalamualaikum. Hye.

Entry random yang boleh tahan panjangnya untuk sebagai update kepada family members. Kepada yang ada banyak masa lapang pun dipersilakan baca tapi tak ada apa2 lah sangat pun.

Masa mula2 sampai, dalam kepala memang dah plan nak cepat2 setelkan tempahan kokula sebab biar sibuk awal2 jangan sibuk waktu yang tak patut sibuk. Tapi banyak pulak aral yang menegak tiba2 jatuh melintang pulak dah.

Oleh kerana balik awal berhari2 sebelum buka kuliah maka aku sempat melawat kawan di Zagazig. Jalan sendiri terasa diriku begitu adventurous, tabah, dan berdikari.

Friends.

Lepas tu masuk kuliah macam biasa tak ada benda baru sangat. Cuma silibus 2nd term ni makin payah2 tapi aku rasa macam pendek2 pulak. Dulu2 yang general course tu panjang macam nak gila tapi 5, 6 tajuk saja. Kali ni dia macam cepat ja "eh dah habis tajuk ni?" tapi isi kandungan dia tu hanya Allah yang mengetahui.

Join program macam talkshow oleh seorang grad universiti aku. Best juga dengar cerita2 begini. Pump up semangat gitu. Tapi semangat megi sajalah. Cuma 2 minit.

Apa lagi ea? Aku rasa macam banyak nak cerita tapi macam tak ingat pulak. Aku skip teruslah mana yang ingat saja. Hari Khamis pergi Zagazig sekali lagi untuk setel tempahan. Cari kedai tak jumpa2 kena call orang itu dan orang ini berkali2. Terima kasih kepada Adiy dan Hassan dan terima kasih juga kepada brader yang tolong tunjuk jalan. 

Siap tempah 2 helai guna kain yang dibeli di Malaysia. Masa aku dengar kawan aku kata "bawak kain sendiri" aku terus terbayang beli kain di Malaysia padahal di situ ada banyak ja kedai kain. Ya lah kalau tak ada habisnya orang Mesir ni beli kain di mana ye tak?

Balik tu singgah beli crepe dan balik naik tramco yang laju gila babi. Kalau dibawa babi dalam perjalanan itu nescaya menggilalah babi itu.

Aku jugak beli penggunting rambut baru as if aku ni serius sangatlah nak gunting rambut orang. Customer pun makin ramai (kahkah ramai lah sangat...) sampai terpaksa beli mesin baru. Ok sebenarnya mesin aku beli di Malaysia tu hilang blade dia yang mata sederhana tu. So tinggal panjang satu dengan pendek satu. Yang tengah2 tak ada. Yang ada pun patah.

Bila beli baru, jumpa part yang hilang tu masa kemas meja dan buku. Aku beli kotak plastik besar tu nak buat letak buku. Kemas meja dan simpan buku dalam bekas tu supaya tak semak dan kurang berhabuk. Buku2 lama dan nota2 yang tak boleh dibaca aku buang terusa saja. Simpan pun bukan aku nak baca.

Jadi setel kemas buku ke dalam kotak, lepas ni nak sort all the books dalam kotak tu supaya kalau ada buku orang boleh bagi balik dekat tuan dia.

Mesin basuh rosak lagi haritu dah repair dan boleh guna tapi dia rosak pulak sekali lagi. Kali ini tak boleh takung air. So terpaksalah menempek muka di rumah junior dan kawan2 untuk membasuh baju yang tak kotor sangat pun tapi dah kalau dasar pembersih tu, kenalah basuh baju selalu. Ayat puji diri. Kahkah bongok.

Apa dia lagi ea? Aku rasa hari2 ada benda aku nak cerita tapi tetiba hari ni lupa pulak. Tak apalah biarlah dah nak lupa. Kalau teringat dan rasa nak cerita aku cerita okies.

Nak tengok Digimon pulak oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

twinkle twinkle said...

YG PEgang pisau tu macam student tanta ja,ahha

Hikaru Yui said...

@twinkle twinkle ha ah.. kenai ka?

twinkle twinkle said...

oh,,kenal mcm tu je,senior dentistry tanta saya,

Hikaru Yui said...

@twinkle twinkle oh.. haha kawan satu sekolah la dulu tu... sekali dgn aina nadia.. mesti kenai kan?

twinkle twinkle said...

haa kak aina nadia,kenal kenal

Kayun said...

syoknya lepak ngan kwn2 sekolah semua huhu

Hikaru Yui said...

@Kayun setahun hanya sekali..haha mcm hari raya la plak..