Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, February 13, 2013

Kepup dan Kebabian


Assalamualaikum. Hye.

First of all, aku nak bagitahu yang Kepup di atas merujuk kepada K-POP dan kepada peminat2 K-POP sila tak perlu nak jauh hati sangat dengan tajuk entry aku tu. Aku nak tulis entry pasal PSY datang Malaysia dan PM kita yang tersayang tu. Tapi bak kata pepatah melayu, kerbau seekor mempalit lumpur ke seluruh kandang? Tah apa tah peribahasa betul dia aku dah lupa. Diharapkan cikgu bahasa Melayu aku tak kecewa.

Masa mula2 aku dengar PSY nak datang Malaysia, aku macam tak kesah sangat la sebab PSY ja pun. Dah la aku tak minat. Lagu dia pun bukannya best. Setakat nak menari2 dengan lagu nada rancak camtu untuk telinga aku memang sampah semata2. 

Tapi dah dia nak datang buat show, datang je lah. Dia ada peminat. Takda masalah.

Cuma yang aku rasa macam nak sakit jiwa fikir ialah, persembahan dia tu bukannya tour ke, concert ke apa. Tapi perdana menteri kita yang cerdik pandai yang jemput. JEMPUT. Untuk sambutan tahun baru cina di Penang. Kan? Betul kah maklumat aku?

Adoi la PM pun. Kalau setakat nak sambut CNY tak payah la nak jemput artis luar negara bagai. Walaupun artis Malaysia berada di tahap yang hina-dina tapi tak payahlah bazirkan duit 2 juta nak jemput orang Korea yang cakap sepatah haram pun kita tak faham tu. 

Kalau ya pun nak meraikan kaum cina, jemputlah artis dari China. Kahkah. Apa hebat sangat CNY sampai nak jemput artis international bagai? Bukan nak racist la tapi sambutan Maulidurrasul tak pulak dia jemput Maher Zain ke, Sami Yusuf ke, Avril Lavigne ke. Eh?

Lepas tu pulak bila ada video pasal Are you ready for PSY? YES! Are you ready for BN? NO! tu kepala aku pun pening jugak nak proses apakah kebabian yang sedang berlaku. Dia pergi tanya soalan tu di negeri yang DAP pegang (sekali lagi, fakta ni betul kan?) samalah macam kamu masuk gereja, naik atas mimbar gereja tu (taktau nama apa) lepas tu tanya "Are you ready for Allah? Are you ready for Muhammad?"

Reaksi masyarakat sangat pelik. Bagi aku lah, memang scene itu memalukan tapi kita tak perlulah nak tunjuk sangat yang kita suka dengan apa yang berlaku. Itu menunjukkan masyarakat kita sekarang ni mengangap pemimpin yang dimalukan itu kelakar. How's that?

Sepatutnya, kita kutuk tindakan dia membazir duit banyak2 tak kiralah duit rakyat ke, duit simpanan sejak kanak2 ke, duit warisan nenek moyang ke apa asalkan dia tu pemimpin ada tanggungjawab tapi bodoh jemput artis luar negara buat show yang tak sampai sejam well that's despicable.

Maka ramailah yang mentafsirkan itu semua gimik politik nak meraih undi. Well, kalaulah betul PM kita guna artis Kepup nak tarik sokongan rakyat kepada dia, maka itu membuktikan betapa retardednya PM kita yang tersayang itu. 



Malaysia oh tanah airku oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

5 comments:

Srikandi permata said...

Allahurabbi..

Safuan said...

aku tak berkenan sangat la hosts tu... agak... erk. bising

dan sesetengah orang yg berjoget kat atas stage tu... alahai...

Hikaru Yui said...

@Safuan kan? meriah terlampau..kahkah

TecerWidad said...

Sebagai guru bahasa Inggeris fenomena ini menyumbang kepada memperkasakan Bahasa Inggeris. Yang selama ni nak sebut 'how are you' pun ketaq dah boleh jerit 'are you ready for ___?'

Tahniah BN. Kehkehkeh

Hikaru Yui said...

@TecerWidad sila pangkah BN nanti..kahkah