Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, February 19, 2013

Hala tuju


Assalamualaikum. Hye.

Bukan, ini bukan entry motivasi atau falsafah tentang hidup manusia, hala tuju kehidupan, atau yang sama waktu dengannya. What do you expect from me? Haha.

Aku nak tulis sikit pasal blog aku sendiri.

Well, it's already 2013 maksudnya dah hampir 4 tahun aku tulis blog. Dah 4 tahun aku cerita pasal benda yang aku rasa nak kongsi, apa yang aku rasa, pendapat aku, respon aku terhadap apa yang berlaku, dan orang2 yang ada di sekeliling aku.

Kalau dulu aku tulis blog ni sebab kawan aku yang suggest, dan masa tu tengah tension nak SPM, so aku buat blog pun suka2 saja.

Lepas fasa suka2, aku mula nak sayang blog dan mekap2 bagi cantik, letak segala mak nenek, dan pasang angan2 nak jadi kaya dan femes.

Lepas fasa angan2 tu, aku mula get a grip dan letak ke tepi benda2 meraban tu. Nak cari kawan2 dan buat member di alam maya pulak

Lepas tu aku dapati yang bukan mudah nak berkawan kalau setakat di laman sosial atau media. Better buat hal sendiri. Syok sendiri di blog sendiri. Live my own life with my own blood and my own blog.

Then aku mula nak jadi matang sikit la kononnya dan mula sentuh isu2 semasa, bagi pendapat apa semua walaupun satu haram pun tak signifikan dan tak dipandang orang.

Then aku rasa ada baiknya aku tulis pasal benda yang aku percaya. Sebab tu aku banyak share entry pasal tudung, buat baik, TYM, kawan2, dan pasal life lah selalunya. Sampai sekarang.

Betul, aku mengaku yang aku masih berangan nak ada follower beribu2 berkoyan2. Aku masih bermimpi2 nak jadi orang yang dikenali. Tapi pada masa yang sama aku suka anonimositi.

Cumanya aku nak cakap di sini, apa yang aku tulis di sini ialah untuk memudahkan jawapan kepada soalan. Aku jemu dengan soalan berbentuk "Apa tujuan blogging?" "Ikhlaskan kita berblog?" dan yang seumpamanya. 

Jadi, nak mudahkan hidup, jawab saja "Aku blog sebab nak kaya dan femes!" sebab kalau jawab nak sebar2kan ayat2 Allah ke, nak amar makruf nahi mungkar ke, ada pulak susulan nanti pasal diri sendiri pun tak kena, ada hati nak betulkan orang.

Selalu sangat aku diajukan dengan benda2 macam tu. Entry tak konsisten lah, tulis pasal tudung tapi letak gambar Avril Lavigne dedah aurat lah, dan macam2 lagi. 

So, lagi mudah aku label siap2 aku ni macam mana. Mudah. Kenal saja aku jadi jahat. Baik yang aku share, baik lah. Jahat yang aku share, well, memang aku jahat pun kan?

Konferm ada ayat "tapi apa yang kita buat dengan blog ini akan mendapat penghisaban dari Allah maka wajiblah kita share yang baik2 saja blablabla" well, I don't deny that but I look at it from a different angle. Mungkin kita faham benda yang sama dengan cara yang berbeza. Deal with it.

Bila dah lama tak menulis secara aktif, maksudnya aku selalu selang2 dan kalau kamu tengok entry2 aku tahun2 lepas, yang ada sebulan tu sampai 60 entry, berbanding sekarang sebulan dalam 15-20 entry saja. Itu maksudnya aku dah malas. Haha.

Dan aku tahu tak da siapa nak peduli tapi aku peduli. Sebab aku tulis blog ni dengan harapan nanti bila aku tua, aku boleh buat jejak memori lah kononnya. Kahkahkah. Sila aplikasikan teknik ini supaya tidak nyanyuk terlalu cepat.

Lagipun sekarang ni, orang terlalu vokal. Benda dalam blog pun boleh jadi bahan sembang yang kalau tahap kronik tu sampai boleh jadi bermusuh2 pulak. Ya, blog aku tak sampai tahap itu. Setakat aku sendiri suruh orang baca (kawan2 aku) sebab selalu sangat tanya benda yang aku perlu cerita panjang dan aku malas cerita. So kalau ditanya, aku jawab "Aku dah tulis dalam blog pergilah baca entry sekian-sekian-sekian."

Life's a bit hard, lately.

Dan bukan jenis aku nak bercerita masalah di blog. Kalau ada pun aku tapis2 sampai yang tinggal pun orang jadi tak faham. Haha.

Mungkin lepas ni aku perlu fokus dengan hidup sendiri, dan betul2 amalkan prinsip "pergi mampus kau nak kata apa ini blog aku kalau tak suka boleh blah!".

Tapi in the end, aku bukan jenis itu. Aku jenis apa? Aku sendiri tak tahu. Hala tuju blog ini? I'll make it my personal space. Mine. Not yours. A space that I share with you and I will love to hear from you. But just remember well the space is mine, still.

Walaupun hanya pinjaman.


Expect to see a drench of words later on oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

7 comments:

Fatin Farhani said...

The space is yours.Tulis la macam mana pun.Blog hang best jugak.Best baca.Kahkahkah.Teruskan menulisss. :P

Fatin Farhani said...

Teruskan menulis.Kahkahkah.

Hikaru Yui said...

@Fatin Farhani haha terharu la plak =p

Miqdad Abdul Fisol said...

Nice!

Hikaru Yui said...

@Miqdad Abdul Fisol =p

Kayun said...

yg penting aku baca walau apa yg hg tulih, cewah haha. walaupun la ni mcm x konsisten sgt sbb bihzihh la kononnya kan. ahaks. >.<

Hikaru Yui said...

@Kayun terima kasih laahhhh