Pemollow

THYB on Facebook

Monday, February 25, 2013

Degil darjah penghabisan


Assalamualaikum. Hye.

Manusia sekarang semakin degil. Kalau ikut ayat fevret mak aku dulu2, mak aku selalu kata macam ni "orang larang macam orang suruh". Tapi itu dulu2lah sekarang ni tidak lagi. Bukan sebab aku sudah tidak degil tapi sebab mak aku pun dah give up dengan kedegilan aku. Kahkahkah.

Aku mengaku, sebagai manusia normal yang tahu nak rebel bagai, nasihat bukanlah halwa telinga. Admit it lah woi tak payah nak purak2 innocent la kalau kata "aku suka dengar nasihat dan tazkirah". Tapi aku tak la menafikan memang wujud golongan2 yang dirahmati sekalian alam ni. Ada, bukan tak ada. Tapi bilangan sama banyak dengan panda je lah.

Tapi aku cakap secara generalnya, manusia memang tak berapa nak suka nasihat2 ni. Sebab kalau nasihat sekali terus jalan, takdalah masalah2 kronik yang membarah dalam masyarakat seperti gejala merokok, tak tutup aurat, kapel, dan sebagainya. Perkataan "membarah" dan "gejala" membuktikan aku dapat A untuk subjek BM masa SPM dulu.

Sebenarnya, kalau tak suka nasihat pun tak apa. What matters is the retaliation. 

Cuba kalau kita dengar nasihat, kalau tak suka pun kita buat bodoh, dan diam, dan pergi jauh2. Kan mudah begitu? Yang jadi konflik ialah bila kita respon nasihat itu dengan gaya "akulah nabi, engkaulah babi".

Serius. Berapa ramai berani pergi cakap dengan kawan2 dia yang hisap rokok supaya berhenti merokok? Berapa orang berani cakap depan kawan2 dia yang tak pakai tudung supaya pakai tudung? Berapa ramai kawan2 aku yang berani cakap depan aku supaya berhenti online 24 jam dan baca buku sedar diri sikit markah exam midyear aku tu teruk gila babi?

Ok mungkin kerana aku dah lali dengan nasihat berunsur pendidikan sebab memang tak berkesan sejak dulu. Aku cuma akan angguk2 dan senyum2 dan lepas tu aku online jugak. Aku tengok movie jugak. Aku main dota jugak. Tapi aku tak balas "alah tak payah nasihat akulah kau pun 2X5" sebab aku sedar diri yang aku memang teruk.

Yaaaaa inilah puncanya. Sedar diri. Kesedaran diri? Kesedardirian? Tiba2 aku sangsi dengan pencapaian SPM aku dalam subjek BM.

Bila kita rasa kita tak salah, dan hidup kita ialah atas pilihan kita, maka apa yang orang kata, kalau bercanggah dengan apa yang kita rasa, kita akan cenderung untuk menolak lah.

Contohnya isu rokok tadi kan. Kalau kita nasihat kata rokok membahayakan kesihatan, nanti dia kata dia hisap rokok tapi sihat ja pun. Kalau kita bagi statistik kanser paru2, nanti dia bagi statistik orang yang tak hisap rokok pun dapat kanser paru2 jugak. Kalau kita kata dia mencemarkan alam sekitar, nanti dia kata kita kentut hari2 pun merembes methane ke ruang atmosfera jugak. Kahkahkah.

Susah ooo nak deal dengan kedegilan. Sebab tu ada orang pernah cakap dengan aku dulu, tugas kita bukan nak mengubah lagi dah. Tugas kita just nak peringat, pesan, dan beritahu. Sebab tugas mengubah nabi2 dah setelkan lama dulu.

Dulu manusia meraban sembah macam2 yang ada atas muka bumi ni. Sembah pokoklah, sembah mataharilah, sembah dewa gununglah, dan macam2 lagi.

Tapi hari ini kita semua kenal tuhan. Orang yang tak bertuhan pun tahu tuhan tu apa. Cuma dia tak mahu pilih untuk percaya tuhan. It's his choice.

Samalah dalam kes kesihatan, atau tingkah laku. Dulu2 orang tak tahu merokok tu bahaya. Orang tak tahu arak tu bahaya. Tapi sekarang yang mengubah hakikat benda2 itu daripada "tak ada kesan" kepada "bahaya" dah disempurnakan oleh saintis2 dan pengkaji2. Dah banyak dah tesis2 dan report2 pasal bahan2 berbahaya dalam rokok. Dah banyak kesan2 alkohol kepada otak, hati, kandungan, dan sebagainya.

Tugas nak menjelaskan tu dah lama siap.

Tapi kalau manusia tetap mahu pilih jalan sendiri, apa yang dia nak buat dia akan tanggung sendiri. Kita cuma pesan, dan tak perlu paksa dia berubah. Sebab degil tiada ubat.

Dan jangan lupa, kita pun bukan serba sempurna. Kenapa menganggap perokok itu tidak berbaik hanya kerana kita tidak merokok? Mana tahu dia amal makan ulam2 rahsia peninggalan nenek moyang yang dapat mencuci paru2 ke? 

Tapi sebagai manusia yang melihat dari luar apa yang ada di luar, sebagaimana spender Superman di luar maka yang itulah yang kita nampak, kita tetap kena sedar diri yang apa dibuat kita, dilihat orang.

Kalau dah satu dunia nampak benda itu tidak baik, kenapa kita nak degil sangat? Betul. Bukan semua yang orang kata itu betul. Tapi tak salah untuk kita sedar diri yang kita pun bukan betul sangat. Kahkahkah.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Ernie Zuraida said...

assalamua'laikum....
kita takkan boleh untuk memuaskan hati semua orang..... yg baik tidak dipandang.... yg buruk dicela dijaja.... apa yg terbaik... think positif... dan redho dgn ketentuanNya.... :)

Hikaru Yui said...

@Ernie Zuraida waalaikumussalam... terima kasih =p