Pemollow

THYB on Facebook

Friday, February 1, 2013

And one thing led to another


Assalamualaikum. Hye.

Following the day aku lepak SP haritu, masa aku beli baju bundle dan muffler scarf kaler hitam tu, sambil2 berjalan aku ternampak seorang akak dalam sebuah kereta.

Akak itu normal. Kereta dia juga normal. Di tangan akak tu ada cawan kertas Pepsi. Aku syak akak ni baru makan di KFC. Itu juga normal. 

Lalu melihatkan dia yang normal itu aku pun meneruskan perjalanan dari SP Plaza ke Central Square. Jalan kaki saja sungguh tak berbaloi bayar RM 8 nak teksi. Gila sungguh pemandu teksi. Orang SP Plaza kentut pun orang CS boleh dengar tu pun nak cas sampai lapan ringgit.

Tanganku menge-next-kan playlist mp4 mencari lagu yang dikehendaki. Baik tak payah buat mode shuffle kalau macam tu. Kahkah. Bila sampai lagu Broken Wings by Flyleaf aku pun stop dan dengar. Layan.

Tetiba mataku menangkap suatu pergerakan manusia. Kepala terteleng2 kiri dan kanan. Tangan terangkat sedikit. Ahhh sudah! Epilepsi ke apa akak ni?

SWOOSHH! - bunyi cawan kertas menerjah kesunyian angkasa. PEEKKK - bunyi cawan kertas terburai dan menjatuhkan ais bila cawan kertas tadi berlanggar dengan longkang.

Serta-merta, akak yang tadinya normal dan keretanya yang juga normal berubah menjadi tidak normal. Tidak, tidak dia tidak menjadi alien dan keretanya tidak menjadi kapal selam tapi apa yang berlaku setelah dia baling cawan kertas tu ialah, well like I said - one thing led to another.

Masa tu lah aku perasan akak tu free hair. Akak tu juga gemuk. Tak cun pulak tu. Pakai macam tak boleh nak buruk lagi. Dan akak tu naik kancil je. Muat ke dalam tu akak? 

***

Bila kita buat salah, orang akan cepat nampak salah2 kita yang lain juga. Itulah pentingnya kalau kita nak bersalah2an, bersalah2anlah secara rahsia. Simpan salah kita jangan nak ditunjuk kepada manusia. Susah manusia ni. Pandai sungguh nak kaitkan itu dan ini.

Buat baik seribu kali, belum tentu orang ingat. Buat jahat sekali, orang ingat sampai mati. Siap sempat cari salah yang lain lagi masa tengah nazak tu. Kahkah.

Mots : Jangan buang sampah merata2. Sayangilah alam sekitar. 


oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

4 comments:

Hana Amylia said...

ulang 2 kali baru phm akak tu buang sampah rupanya igt kena penyakit sawan ke apa...hahah :P

Hikaru Yui said...

@Hana Amylia kahkah... yaa itulah yg terjadi =p

CottonCulture3 said...

Entry tersirat di sebalik tersurat? Mendalam sungguh...

Hikaru Yui said...

@CottonCulture3 nak habaq kata jgn buang sampah merata... hehe