Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, January 20, 2013

Warming the cold life up


Assalamualaikum. Hye.

Aku nak balik Malaysia cuti winter ni. Bila ada yang tanya kenapa, maka jawapan2 yang aku bagi ialah satu daripada berikut :

1. Duit banyak berkoyan2.
2. Nak menikah.
3. Nak berhenti belajar dan jadi artis.
4. Nak menikah. Eh dua kali dah ni ada apa2 ka?

Ok sebenarnya aku nak balik ni pasal aku nak balik la. Apahal nak balik rumah pun kena ada alasan bagai kan? Aku rasa paling ideal ialah jawapan aku nak balik sebab aku ada rumah. Dah kalau ada rumah, baliklah. Lainlah kalau tak ada rumah. Kahkah. 

Kakak aku kawen bulan 12 haritu. Dan aku punya barang pun banyak nak kena ganti. Kes kecurian hari tu lah. Babi punya pencuri. Haaa kan tak pasal2 rage datang semula. Auzubillahiminassyaitonirrojiim...

Lepas tu aku balik nak makan2 sempena birthday aku yang ke-21. Dah tua aku ni. Dah boleh mengundi. Dah boleh pangkah2 parti politik yang mangkuk hayun tu. 

Tapi kawan aku dah ada belikan kek hari tu. Kek aiskrim lagi. Sedap gila. Thank you kawan2 hehe. Taon depan sila beli lagi yang lagi besar sesuai dengan peningkatan usia.

Base dia ada biskut sekeping. Lain tu semua aiskrim konfeksi. 

Ganas gila aku potong terus patah pisau aku.

Lepas tu pasal tiket balik aku, mula2 tu aku tempah yang 24 Jan - 13 Feb LE 4600 mahal gila babi kalau dibisikkan ke telinga babi nilai tersebut nescaya menggilalah babi itu. Jadi aku cari lain sebab kawan aku kata dia tempah LE 3800 saja tarikh sama jugak.

Lepas tu bila jumpa yang murah2 sikit LE 4100 dia punya tarikh main tarik tali pulak dengan aku. Tarikh 24 Jan - 6 Feb (awal gila) dan satu lagi 20 Feb (lewat gila) so nak pilih mana satu? Dilema kot.

Last2 bila sembang dengan kakak aku, dia warning siap2 jangan skip kuliah. Fine aku pun ambik lah yang 6 Feb tu. Lepas tu ada kawan aku lagi sorang ni pulak, dia kata dia punya tiket LE 3950 23 Jan - 13 Feb. Hampeh bebenor.

Tapi sekali dealer tu dah issue tiket aku dan tak boleh kensel walaupun tiket yang sama kawan aku tu ada kosong so tak bolehlah nak tukar. Bercutilah aku walaupun sekejap cuma.

Khamis lepas aku pergi City Stars lepas exam Parasitology yang senang tapi aku lingkup sebab aku messed up bab anemia tu. Senang weyh soalan dia. Tapi dah aku lupa nak buat macam mana. Lepas tu bahagian MCQ pulak tertukar jawapan so dah double salah dah.

Maka makanlah fast food di CS pada hari Khamis. Jumaat pergi H7 dengan kawan aku makan Arabiata pulak (fast food lagi) dan Sabtu masa ambik Visa singgah Tawakkl beli burger. Hari ini ada kawan aku pergi ambik Visa sebab semalam dah penuh sangat aku order lagi. 

Ambik hang 4 hari fast food selamat datang lemak2 silalah nantikan datangnya lemak2 di pinggang dan perut serta bawah leher. Kahkah minta dijauhkanlah.

Oh well, ada satu paper lagi nak exam. Pharmacology. Dan sangat susah sebab kena hafal segala mak nenek dalam buku tu. Aku pulak bukan jenis hafal2 ni. Nanti balik aku nak jumpa bomoh mintak ubat terang hati ke, air jampi bagi senang hafal ke, tengoklah apa yang ada.

Sem dua lepas cuti ni aku nak insaf dan kuat study. Ayat yang pernah disebut masa akhir tahun 2nd year. Kahkah bila nak ambil pengajaran? 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

5 comments:

Muhammad Iqbal said...

nak kek...

keraih sangat ka sampai patah habih pisau tu :)

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal tudia aih lewat sampai 2 minggu mana nak ada dah kek tu pun..nak maripap..

Naja Naja said...

Selamat kembali ke Malaysia Hikaru Yui..

Naja Naja said...

Selamat kembali ke Malaysia Hikaru Yui..

Hikaru Yui said...

@Naja Naja terima kasih =p