Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, January 31, 2013

Warming the cold life up 3


Assalamualaikum. Hye.

Semalam dan semalam punya semalam dan semalam punya semalam punya semalam punya semalam punya semalam lagi aku telah dihujani dengan kata2 hikmat, nasihat, dan tazkirah.

Orang2 yang memberi tazkirah tersebut ialah ayah aku, dan ayah kawan aku dan berbagai sumber lagi.

Sungguh menyayat hati. Ni semua kes exam lingkup lah ni. Padan muka aku. Siapa suruh lingkupkan exam sendiri lepas tu bila kena tazkirah nak hingaq kat blog pulak? Kahkah.

Well, bila diri buat salah, kena tanggunglah sendiri. Orang putih kata face the music. Kalau translate direct ke bahasa maka jadilah muka muzik itu.

Mungkin ada yang masih tertanya2 kenapa aku balik winter ni dan aku jawab sebab nak balik menikah. Sungguh jawapan yang tidak memuaskan hati. Ok biarlah aku berterus-terang saja. Aku balik ni sebab aku takut. Takut apa? Takut apa?? Takut apa???

Takut tak boleh balik nanti summer. Oleh kerana mid year exam ni memang teruk gila babi, tahapnya kalau aku bisikkan ke telinga babi itu betapa aku menjawab exam2 10-23 Januari itu, nescaya menggelupur kegilaanlah babi tersebut.

So aku plan, kalaulah kalau final nanti aku sangkut (wa iya nauzubillah) dan kena dur thani (wa iya nauzubillah), which means aku takmau balik Malaysia dan nak pulun mengaji la katanya. Dan plan jugak kalau ada rezeki Allah bagi dan boleh berumrah lagi tahun ini, aku ingat nak pergi lagi dan stay beraya di sana. Kalau ada rezekilah. Rezeki itu sentiasa ada cuma kadang2 dalam bentuk yang lain.

Semua ke-down-an aku bermula dengan kes beg hilang itulah. Babi punya pencuri.

Lepas2 tu memang aku jadi malas nak buat apa pun. Asyik fikir macam mana nak setel, lepas tu dengan situasi di sana yang tak tersetel2, dan melambatkan urusan aku saja. Slow down nak setel benda ni sampai study aku pun slow down sekali.

Dan bila boleh main Dota 2, bertambah2 slow-lah aku. Semakin hari, semakin mati. Bila mid year mula nak meremang bulu roma. Kononnya bulu roma keinsafan rupa2nya bulu roma kemalasan. Kahkah.

Ahhhh aku memang mengarut. Tapi berjumpa dengan family, sembang2 dengan mak ayah abang2 dan kakak2, serta orang2 asing (maksud aku strangers bukan foreigners) yang memberi kata2 yang baik untuk aku dengar, lepas tu jumpa baju bundle yang cantik, muffler hitam yang dicari2, dan plan nak beli laptop baru ganti yang lama yang dah macam2 sangat problemnya...

Aku rasa hidup ni taklah teruk sangat. Kan?


I can't die
I am yet to fly
I am young
So i'll be strong
I'll sing a song
I'll move along
I'll try to survive
And be alive

Hidup saja. Tuhan ada. Nak risau apa?
oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

No comments: