Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, January 15, 2013

Mari Berhibur Bersama Saripah


Assalamualaikum. Hye.

Kisah Saripah menjadi popular sekelip mata telah mendapat liputan seluruh dunia. Amboi exaggerate sungguh. Tapi sungguh la puan Saripah. Anda telah membuat suatu anjakan paradigma dalam persada lawak tanah air. Senario? Sepah? Cecupak? Jozan? Siapa semua tu haram tak lawak.

Tapi hang ni sorang saja dah cukup buat lawak satu Malaysia gelakkan hang. Hang memang lejen Saripah. Saripah oh Saripaahhhhhh.

Di sini saya selaku peminat Saripah nombor satu akan compile lawak2 yang telah lahir hasil dari usaha kerasnya membela nasib binatang2 yang telah dizalimi manusia. Bukan aku nak perlekehkan usaha murni dia tu tapi puan Saripah, manusia pun ada masalah juga.

Binatang punya masalah boleh diselesaikan dengan bantuan manusia. Misalnya masalah kucing kena terajang bila mintak tulang ayam tu kan. Kalau manusia semua kaya raya dan boros berbelanja, mesti makanan bazir pun banyak so kita boleh bagi kucing tu makan.

Tapi adakah manusia sendiri cukup makan? Sila jawab itu puan Saripah, tapi tanpa buat lawak. Ok cakap banyak pulak aku. Mari teruskan jenaka kita.


Status sapa tah aku kopipes saja

ANALOGI KES LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN...

1. Ada orang datang ke rumah kamu, jual bedak. Kamu tanya dia balik, "Kenapa nak kena beli bedak ni, sedangkan saya ada pilihan bedak yang lagi baik?"

Kemudian, orang tu sindir dengan nada marah dan perli,

"Kalau tak suka dengan bedak ni, keluarlah dari rumah ni!"

Hah? Keluar dari rumah sendiri? Kamu rasa dia tiga suku ke tak?

2. Ada orang datang ke universiti kamu, buat forum dan promosikan ideologi dan pemikiran dia. Alah, maksudnya dia paksa orang terima pendapat dia la. Misalnya, dia paksa seluruh pelajar universiti terima fakta kajian dia yang bertajuk, "Durian crepe adalah tak sedap langsung."

Kamu sebagai pelajar, bangun dan tanya soalan. "Kenapa pula tak sedap, saya makan sedap je. Saya syorkan kalau nak sedap lagi, letak aiskrim atau tukar dengan inti cokelat ke blueberry ke....lagi...."

Tapi, belum sempat lagi kamu habiskan ayat, dia dah mencelah:

"Shut up. When I'm talking, u listen. Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me.." (direpeat sebanyak 99x)

"I kata durian crepe tak sedaplah, kau paham? Kau ni akal macam manusia, tapi fikir macam haiwan. Tengok, kau ni tak belajar pendidikan respect langsung. Aku kata tak sedap, kau respect je la. Banyak songeh tol. Bersyukurlah aku dah buat kajian ni.."

"Universiti ni jemput aku. Kalau tak suka dengan universiti ni, keluarlah dan masuk universiti lain!"

Sekarang, kamu sebagai pelajar dan dia orang luar datang ke universiti kamu. Dia suruh kamu keluar dari universiti sendiri?

Agak-agak, waras ke tak waras orang macam ni?



Post dari Harian Metroll

Harian Metroll

Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."

Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."

Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - wartawan Johan



Status kawan aku.

Housemates menganjing kak Pah kiterr...

"Mai makan semua.."
"Kejap la.."
"When I speak, you need to listen..listen..listen..listen..listen..listen..listen..listen.."
"Tapi.."
"Hampa kena tau masalah kucing, anjing kat luaq sana yang tak cukup makan.kiqa hampa dapat makan cukup besaq bertuah.hargailah kerajaan..listen..listen..listen..listen..."

Yaaa!!!

~you dont need to be older than someone or with a degree to talk about democracy in this country.~


Status teacher aku

Pada yang selalu sangat bercakap dengan haiwan peliharaan mereka, bercerita perihal masalah, bercerita tentang tempat kerja atau kisah anda gagal mengorat awek yang anda sangat suka, berhentilah.

Mereka juga bermasalah.
Jangan bebankan mereka.

Selamat malam.

Buah2an pun ada masalah oi. 9GAG ni kan, macam tau2 saja. Kahkahkah.


Status junior aku

Hanya perlu mmbaca dan mengikuti perkmbangan kakpah zohra, fasa sakit dan kemurungan serta berkabung atas physio telah selesai dalam sekelip mata.

Betul lah, nikmat Allah tu datang dalam pelbagai cara.
:P


Lain2



Dan yang paling tak tahan..



Additional links for fun

Sharifah paling bangang
Dance Remix
Mr Bie - Listen (cover of Kosong by Najwa Latif)
A video response

Ok udah2 lettew...




Dan bak kata Bayyinat
Terlalu ramai yang mencela Cik Pah (bukan nama sebenar) kerana 'listen to me listen to me listen to me' beliau. Cukup-cukuplah tu. Jangan kita pun jadi macam dia.
Like ·  ·  · 49 minutes ago · 

Maka cukuplah di sini aku dan kompilasi aku. Nak salahkan those people pun tak boleh sebab bukan mereka cari salah Cik Pah (bukan nama sebenar) tapi Cik Pah yang menjaja aib sendiri di khalayak ramai.

Sekian rancangan kita Bersamamu Saripah oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

Kayun said...

cecupak. kehkeh. terasa tergeletek hati bila hg sebut cecupak. <--sory la komen xda kena mengena dgn isu ni. hehe

Hikaru Yui said...

@Kayun kahkah xda apanya =p

TecerWidad said...

Harian Metroll Malaysia Gags memang kecintaan.

Hikaru Yui said...

@TecerWidad blog kan tu? lama dah xbaca =p

beyla dolica said...

sakit perut baca. haha

Hikaru Yui said...

@beyla dolica makanlah pil chi kit teck aun =p