Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, January 1, 2013

A typical new year entry so to say.


Assalamualaikum. Hye.

Bila saja tahun baru menjelang, kita akan sambut dengan azam tahun baru. Tetapi setiap tahun kita berazam, hanya sesetangah orang saja yang beruntung dan mencapai azam2 tahun barunya. Maka setiap tahun boleh memperbaharau azam dan buat azam baru yang betul2 baru.

Ada juga manusia yang azamnya sama setiap tahun. Sebab dia tak capai azam itu. Tak tercapai sejak dulu. Azam tahun baru yang sudah lama, lunyai, dan basi.

Beruntunglah kepada orang yang tidak perlu kepada azam baru. Hiduplah setiap hari dengan azam yang segar. Perlukah berazam setiap awal tahun dan hidup dengan penuh kesamaan hingga tahun depannya?

Itu sama saja dengan mati.

***

Perubahan ialah sesuatu yang macam apple pie. Masam2 manis. Walaupun aku sebenarnya bukan selalu makan pun apple pie maka tak pasti apa rasanya. Kahkahkah.

Cumanya di sini aku nak kata, tak semua orang dapat handle perubahan dengan baik. Ada manusia yang berubah dengan sebetul2 perubahan. Ada yang separuh. Ada yang tidak. Langusng.

Sebab bila mereka tanya "kenapa aku tak boleh berubah?" ialah satu soalan silap yang mungkin ada soalan lainnya.

"Kenapa aku TAK BOLEH berubah?" atau "Kenapa aku TAK MAHU berubah?"

Analogi lalat yang aku suka dari dulu sejak pertama kali dengar. Lalat dan bumi. Besarnya lalat dan kecilnya bumi. Lalat terbang ke sana ke mari. Betapa agung dan luas bumi ini, tapi muka kita juga lalat suka hinggap.

Aneh?

Dan seandainya lalat tahu emas itu mahal harganya, tetap dia akan menghurung tahi juga. 

Aneh?

Bukan tak boleh tapi tak mahu. Jangan jadi lalat.

***

Amboih haih pandai tulis kat blog. Dia pun dok sama ja dari dulu sampai la. Muka ja makin tua perangai huduh serupa tu jugak
-monolog dalaman

***

Setiap hari bangun dan menunggu datangnya mati biarpun tak cukup sedia. Sekadar ingat mungkin belum cukup. Tetapi baiklah ingat dari lupa.

Minggu depan semakin tua. Semakin hidup, semakin mati.

***

Exam start minggu depan. Preparation biasa2. Mungkin nanti lepas buka sem baru, aku timbang balik nak join tuisyen ke tak sebab haritu dengar2 macam ada ramai geng nak join. Ya aku tidak buat keputusan ikut majoriti tapi kalau ada ramai yang jadi drive untuk aku join balik tuisyen, aku rasa aku tak rugi untuk telan "eiii pi tuisyen sebab ikut orang" yang mungkin dilontar ke arah aku atau mungkin juga tidak.

Oh tuhanku, ampuni dosa2 aku dan sila tolong aku jadi lagi baik dari tahun2 lepas.

Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri? Faham. Aku cuba. Tuhan, tolong aku.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

mama iffaheem said...

Hehe memang typical :)
Jemput singgah tudung akel FREE SHIPPING di nurhijabhouse.blogspot.com :)

Hikaru Yui said...

@mama iffaheem haha aku xpakai tudung tp xpa mungkin boleh beli utk mak atau bini..hehe