Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, December 31, 2013

Entrance


Assalamualaikum. Hye.

Gonna leave soon. This year has been great. Leave it behind, but remember to take a glimpse every now and then.

Gonna come back here. Expect an entrance.

Azam tahun baru 2014 : Mengulang azam tahun 2013 yang diulang daripada azam tahun 2012. What the... (copy status friend di Fb)


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, December 2, 2013

Kisah Perusia yang baik hati.


Assalamualaikum. Hye.

Perusia : Orang Rusia

Dikhabarkan Perusia yang main Dota semua perangai macam nokharom (lebih jahanam dari itu menurut sesetengah periwayatan) tapi dalam banyak2 anak yang selalu derhaka, ada seorang dua yang taat. Aku sebenarnya tak tau nak guna perumpamaan apa maka aku bedal saja.

Inspirasi aku ialah dalam setandan kelapa, bukan semuanya elok. Maksudnya merujuk kepada kadang2 kita ada banyak anak2 tapi dalam ramai2 tu walau kita asuh kita didik kita ajar macam mana baik pun kadang2 ada juga yang nakal atau tak berapa menjadi.

Honestly, peribahasa kelapa tu pun aku ingat tak ingat saja. Setandan kelapa? Bukan pisang ke yang setandan bagai?

Aku main Dota tak pandai mana sangat pun. Kalau main support aku suka Crystal Maiden sebab tak ada masalah mana. Mana di sini ialah magical energy to cast spells bukan mana di mana? where? aina? doko? apa semua tu.

Teringat masa kecik2 dulu aku main Diablo 2 ada kawan aku tengok. Ada satu bulatan merah dia tanya apa benda? aku jawab "life" maksudnya HP lah atau nyawa. Pastu dia tanya pulak yang bulatan kaler biru? pastu aku jawab mana pastu dia kata yang biru tu aku jawab mana dia kata lagi yang biru sebelah tu la aku jawab lagi mana yang niiiiii!! dia kata sambil tunjuk skrin manaaa aku jawab lagi suara dah naik sikit dia kata tengok la yang aku tunjuk tuu pastu aku sikit lagi nak menjerit tapi sebab aku cool so aku drag mouse ke bulatan tu pastu biar dia baca sendiri label tersebut. Kahkah.

So kisahnya aku nak trade scarf baru Crystal maiden sebab lawa.

Inilah scarf yang lawa sangat tu.

Kronologinya ialah aku trade 3 keys dgn Prismatic gem kaler putih. Pastu trade gem dengan Hook Pudge yang mythical dari kotak Diretide 2013 tu. Pastu teringat dulu aku pernah nak trade scarf CM dgn apabenda tah tapi orang tu dah trade dengan Hook so aku rasa macam ada harapan la nak dapatkan scarf CM guna hook tu.

Tapi harapan tinggi menggunung jadi macam busut semut ja pasal gila babi sungguh perangai trader di website trade d2l tu. Semua pakat nak paku habis2an tamak haloba ahli neraka punya perangai. Aku pun kedekut juga nak tambah apa tapi kedekut aku kira bertempatlah juga pasal dua2 mythical dua2 dari chest so aku anggap sama harga ja. Hook aku ada mods pulak tu.

Ini hook aku ada 2 mods

Yang trader agak2 baik tu dia decline offer aku baik2 kira ok la noty noty dia reply noty itu No thank you bukan naughty kot la ada yang hairan apahal laa reply nakal kat offer orang kan?

Yang perangai agak babi jadian tu mulalah nak suruh tambah macam2 siap ada yang kutuk2 pun ada. Eleh macam baru hari ni guna website tu. Sebenarnya aku pun 2x5 ja. Cuma aku baik sikit sebab aku elak konfrontasi. Aku ignore offer atau delete yang mana aku tak berkenan kecuali yang jenis over obvious atau kurang ajar maka aku report saja. Berbunga hati bila tengok rep dia turun lepas aku report. Huahua rasa macam pejuang keadilan gitu.

Tetiba jadi panjang pulak. Aku cuma nak cerita yang aku dah dapat scarf tu sebenarnya. Aku bagi hook tambah 1 rare item yang aku dah decide untuk buang yang mana aku tak pakai atas sebab2 tertentu iaitu kurang sedap mata memandang. Mata aku lah pun.

Pastu orang tadi tu Perusia. Dia bagi scarf ada mod wards. Aku sebenarnya nak cari mods Frostbite tetiba dia ada extra. Dan tetiba dia sudi nego sampai jadi pulak tu. So aku swap scarf tu smooth ja dia takda nak kecoh2 mintak tambah bagai.

Maka oleh sebab aku dapat apa yang aku nak, aku kata la dia baik kan? Cuba kalau dia maki aku pastu tak bagi atau mintak tambah item ka apa mesti aku tulis entry maki dia kan? Huahua aku hanyalah manusia. Inilah manusia. Bila dia suka dia pujilah dia okey dia baik bagai.

But then again, why choose to spread hateful stories when you can share something better?

Contohnya Perusia main Dota ni kan. Kalau aku share cerita pasal keharamjadahan pemain2 dan trader2 berlabel Rusia, mau tak cukup sepuluh entry. Dan bila sembang dengan kawan2 nanti akan ada yang kata "Perusia memang lahanat" "Perusia memang bahabi" dan lain2.

Sama jugak dalam perkara lain. Cuba sembang dengan siapa2 pasal benda buruk siapa2. Nanti akan ada yang menambah2 garam dan gula, cili dan lada, rempah ratus rempah ribu rempah juta, secukup rasa.

"Aku tak suka laa si X tuu. Dia suka mandi kepala saja ka apa? Ketiak tak gosok kot busuk gila la dia..."
"Aku pun tak suka la dia busuk2. Kalau busuk badan saja takpa ni hati sekali busuk. Hari tu kan dia kan bla bla bla..."

Cerita yang mula2 tak ada tiba2 jadi ada sebab ada yang mula cerita. Selalunya macam tu kan?

Sebab tu, daripada mulakan cerita tak best pasal orang, baik duduk diam2 dan cerita kalau perlu saja. Contohnya kalau diminta kesaksian dalam mahkamah. Haa ambik contoh dramatik gila.

Dan ketahuilah tiada halwa telinga yang lebih halwa daripada cerita buruk pasal orang tapi halwa yang sama kalau kena batang hidung sendiri tau pulak nak mencarut bagai. Ini jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga (ayat wajib geng usrah lepas bagi tazkirah).

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, November 30, 2013

Blogpatch


Assalamualaikum. Hye.

Haha jarang dah aku update blog rupanya. November dah nak habis pun tak sampai 5 entry aku tulis untuk bulan ni. Fasa malas sudah mari.

Tapi aku decide untuk tukar nama blog. Saja suka2. Aku sayang nama Patience and Prayers tu tapi entah saja nak tukar angin kot.

Ingat nak tukar segala layout design apa semua sekali tapi malas lah nak susah2. Tengoklah kalau rajin nanti aku buatlah tapi kalau ada yang sudi nak codingkan untuk aku pun aku alu2kan. Cuma aku tak bayarlah sebab miskin. Huahua.

Aku stalk seorang kawan aku ni semata2 sebab nak tukar nama blog ni tau. Dulu nama blog dia pun Keep Calm jugak tapi asyik tukar2 delete tukar2 delete. Kahkahkah. Aku stalk Fb dia sebab nak tengok blog dia nama apa sekarang.

Ya lah nanti jadi isu copyright pulak kan cik kesuma? Haha. Ceh nama blog ja pun. Dan kepada seorang kawan aku yang lain, Happy birthday to you kalau hang baca lah blog lopek ni lah kan. 

Hahaha oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, November 26, 2013

Of dreaming and a smile I don't usually get when I wake up


Assalamualaikum. Hye.

Minggu lepas ada dua mimpi aku yang aku tak boleh lupa. Aku memang selalu mimpi dan selalu ja aku ingat mimpi2 aku especially yang mengarut dan merepek. Ada orang kata mimpi tu tak ada makna lagipun aku bukan wali keramat (macam tuan rumah aku) so mimpi aku kosong.

Tapi aku still value apa yang aku experience semasa aku tak sedar. Bagi aku mimpi tu macam suatu bentuk hiburan untuk kita seorang. Special and exclusive. Kalau mimpi ngeri tu macam hiburan tengok movie seram la. Something like that. zaim

Oh before anything, mimpi ngeri aku minggu lepas ialah ada jadi macam litar pintas dengan extension aku dan semua yang aku cucuk kat situ semua shot karan. Laptop, kipas semua rosak dan yang paling nightmare ialah skrin laptop aku terpatah dua. Aku macam nak gila sebab aku dah cuba bangun dari tidur dan bila buka mata apa semua tu laptop aku still macam tu. Kiranya movie Inception mimpi dalam mimpi tu betul la. Aku dalam limbo stage 2 gitu. Bangun kali kedua baru normal balik.

Tapi mimpi tu tak best. Aku mimpi pasal beberapa orang kawan aku. Kawan2 yang jarang2 aku mimpi. Bukan best friend sangat pun dulu. Maybe betul cakap ustazah aku. Kalau kita mimpikan orang maksudnya kita dah lupakan orang tu sebab tu dia masuk mimpi kita. azwan

Tapi yang dok mimpi artis pujaan tu tak pulak dia lupa, tapi masuk ja mimpi ea? Entahlah.

Aku nak sebut nama satu2 kalau boleh tapi macam tak appropriate pulak. Haha tapi mimpi ni best dan awesome lah jugak. Aku mimpi aku naik sort of kapal angkasa, yang ada banyak bilik, banyak kabin, atau apa saja yang sesuai atau betul istilah dia kan, kapal tu luas sangat. Dan Islamik pulak tu sebab ada surau. Aku ingat aku ada masuk situ tapi tak pasti aku solat atau tak. Rasa macam tak.

Kalau ikut tafsiran ustazah aku, maybe masjid rindu aku kot sebab tu dia masuk mimpi aku. Haha yang tu kita cerita entry lain. naem 

Kawan aku yang maksudkan ada tiga orang. Tiga2 lain orang lain perangai dan aku kenal pun lain2 masa. Bukan serentak la. Tapi klu kalau nak teka ialah 2 daripada tiga tu kawan aku di SBPIKP. Huahua sila teka. 

Salah satu dari tiga itu, aku pernah tulis dalam blog ni. Dua tiga kali jugak aku tulis pasal dia. Kawan baik yang tak berapa nak baik sangat lah tapi kawan baik lah jugak.

Those peple, sangat baik dengan aku. Dalam mimpi tu lah. Dalam dunia nyata tak berap baik sangat. Hahaha suka hati aku ja tah2 aku yang jahat tak hargai mereka in real life. If so, I'm sorry I really don't mean it.

Tapi yang aku betul2 senyum bila aku terjaga ialah sebab senyuman ketiga2 orang itu. Aku jarang spend masa dengan mereka bertiga especially sekarang. Seorang sibuk, seorang di lain negara, seorang lagi entah kenal aku lagi entah tidak.

They smile brightly on that plane (?) to me. Kami borak2, sembang2, jalan2, dan pergi masuk ke masjid yang aku cakap tu. Aku tak pasti sebenarnya apa benda tapi aku rasa masjid atau surau sebab aku ingat ada karpet jalur2 dan dua orang kan kawan sekolah maybe aku teringat surau sekolah kot? Entahlah.

I'm not sure about me having ablution or not, tapi ada bayang2 macam bulan dan bintang tapi tu pun fade ja aku tak ingat sangat. Dalam kapal terbang tu aku jumpa orang tua, ramai, ohh dalam mimpi tu aku nampak banyak orang cuma yang aku kenal tiga orang itulah.

Dan aku tengok satu macam pertunjukan dengan kawan aku yang aku kata entah dia kenal aku lagi entah tidak tu. That special person. To be exact, senyuman dia lah yang aku kata buat aku tersenyum masa terjaga dari tidur tu. 

It's a weird dream tapi aku ingat sebab ada kawan2 kot. Dan mereka semua baik2 aku ja yang tak berapa nak baik. Malu jugak kalau bertemu empat orang di dunia betul ni. 

Sebenarnya aku nak update pasal review album tapi tak terbuat2 sampai sekarang. November dah nak habis tapi baru satu entry haha mungkin aku sempat membanyakkan publsh entry sementara ada lagi tiga empat hari. Eleh macam ada yang tunggu sangat aku update entry. Kalau ada alangkah indah. Haha.

Sebab aku rasa distant kot sebab tu tuhan bagi aku mimpi kawan2. Tak ramah di dunia ramah dalam mimpi pun jadilah kan. Oh aku peramah sebenarnya tapi ramahku annoying dan aku pendiam dengan strangers. It's complicated. I decide to have my self time more lately.

Biasalah tu kan oktengsbai



p/s : Aku tulis nama kawan2 aku tu. Dalam entry ni jugak. Boleh cari kalau jumpa biar jangan buat apa2 komen ke apa kalau tak aku sumpah jadi pokok periuk kera. Kahkahkah.

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, November 7, 2013

Tuan rumahku wali keramat


Assalamualaikum. Hye.

Sebelum mula bercerita, aku nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah (betul kah ucapan itu?) walaupun dah terlampau belated nampaknya. Tak apalah.

Aku nak bercerita pasal rumah aku sekarang. Sebelum itu, mari cerita pasal rumah aku di Mesir ni secara general. Obviously, "rumah aku" merujuk kepada rumah tempat aku berteduh dan bukannya hakmilik aku ke atas sesebuah rumah. Buat apa nak beli rumah kat negara orang. Bukan aku nak kawen beranak pinak kat sini pun. Kahkah.

Masa mula2 datang sini, aku duduk di Rumah Kedah di Haiyu Sabek. Rumah tu overcrowded tapi meriah in the good way. Bila dah tahun dua, pindah rumah sewa. Di Abbasiah, rumah sewa aku yang mula2 sangat tinggi tingkat paling atas dan rumah sempit tandas huduh memang sungguh menyedihkan.

Bila kawan2 aku jumpa satu rumah di tingkat ground floor, rumah lebih lebar, kosong tak ada perabot tuan rumah which means kami boleh customize seindiri nak letak apa yang patut, it was so much better.

Tandas dia luas boleh buat lompat bintang tak macam tandas rumah sebelum ni nak ketuk ketampi pun tak muat aku rasa. Buntut akan terlanggar dinding atau sinki. Jubin tandas baru juga bersih dan bila berdaki boleh sental tak rasa awkward sangat. Rumah sebelum ni jubin dia dah berkulat dan berkulapuk. 

Haaa demikianlah penghinaan demi penghinaan terhadap rumah lama. Tapi rumah tu berjasa besar. Kalau tak ada rumah tu, merempatlah kami selama nak mencari rumah baru. It's not that bad actually saja nak exaggerate untuk menyedapkan cerita.

Kewalikeramatan tuan rumah terbukti melalui peristiwa berikut :

Rumah baru aku ni roughly beginilah rupa plannya. Aku kata roughly tu sebab aku tak pandai melukis plan rumah. Aku bukan arkitek. Aku fotografer (tipu).



Mula2 pindah dulu, aku rasa macam rumah ni ada sedikit unsur bengong sebab pintu bilik dia ada kaca yang dia cat dengan warna putih bagi matching dengan pintu agaknya. So pintu tu betul2 legap la dan tak boleh intai dari luar.

Tapi, pintu bilik air tu, dia punya kaca tu tak pulak dia cat. Dibiarkan transparent. Ok takda lah transparent sangat cuma kaca dia tu tak bercatlah so possible untuk cahaya menembus masuk. Selama 2 tahun aku hidup di rumah tu dengan bilik air semi transparent. Kahkah macam lucah ja bunyinya. 

Tapi tahun ini, lampu bilik air itu menjadi bengong. Bila tekan suis tak menyala. Dia punya soket tu berfungsi. Mesin basuh dengan heater masih berfungsi dengan baik. Pehhh ayat skema gitew.

Tapi lampu tak menyala. Kena tekan soket dia ke bawah baru nak hidup. Bila lepas, dia mati. Mula2 aku lekat selotep tapi tak kuat sebab selotep jernih tu memang tak lekat kuat pun. Nak guna duct tape tak ada kat rumah la pulak.

So aku pun terai selak dengan kertas. Lipat2 sampai jadi tebal pastu selak biar soket tu jadi macam mana pun aku tak reti nak describe tapi lampu tu menyala lah. Cuma lately cara tu pun tak menjadi dah.

Maka sila scroll up ke atas dan lihat ke tempat yang aku suruh pay attention tu.

Itulah bukti tuan rumah aku ni wali keramat. Dia boleh nampak masa depan. Sebab kenapa dia renovate rumah ni, cat dinding warna putih apa semua, sekali pintu bilik punya kaca tu dia catkan tapi kaca di pintu bilik air dia tak cat.

Benda kuning dalam pelan rumah tu ialah LAMPU HALLWAY! Kahkah hallway lah sangat.

Bila lampu tu dipasang, kaca pintu bilik air yang semi transparent memungkinkan untuk bilik air diguna walaupun pencahayaannya kurang memuaskan tapi setakat nak gosok gigi atau mandi dan tak salah picit pencuci muka ke berus gigi tu boleh lah.

Dengan kaca pintu bilik dicat putih, so bila tutup pintu, bila lampu hallway dipasang, takdalah mengganggu orang nak tidur. Oh sungguh genius tuan rumah aku ni. Kalau dia masuk Akademi Fantasia nescaya aku vote. Kahkah.

Inilah cerita tentang tuan rumah wali keramat. Mesej tersurat entry ini sangat obvious. Mesej tersirat pula tersembunyi disebalik puji2an terhadap tuan rumah wali keramat. Apakah itu?










ELECTRICIAN NEEDED!

oktengsbye

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, October 23, 2013

Oooo... Kkkk...


Assalamualaikum. Hye.

Aku akan anggap ini sebagai cuti yang panjang. Tapi cuti yang aku kena isi la. 

Insya Allah masa terdekat ni aku nak settle down. Lepas tu aku mula sekali lagi. Beban dah kurang separuh. Kalau ini lumba lari, sebelum ni aku bawak 4 beg berat kali ni aku bawak 2 saja. So takdalah nak semput sangat aku rasa.

Let them know that me still rock and roll. Nah lagu.


Bolehlah buat benda2 yang dirasakan nak dibuat. Jangan sampai lupakan prioriti utama.

Masih hidup dan tetap tidak mati. 
oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, October 19, 2013

Allah?


Assalamualaikum. Hye.

Isu kalimah Allah yang tak surut2 macam jerawat batu di pipi pelajar sekolah menengah berjantina lelaki yang baru mencapai usia aqil baligh.

Setelah melihat dan membaca ala kadar fakta2 dan hujah2 yang sungguh bernas dari pelbagai pihak, aku pun bertambah pening sebab semuanya putar alam sangat. OK sebenarnya takdalah pening. Aku rasa benda ni jelas. Saja mereka seronok kot nak berdiskusi.

First of all, apa yang aku nak tulis di sini ialah pendapat peribadi selepas mengambil sikit2 pendapat orang lain juga. Maksudnya bukan 100% pendapat aku lah. Siapalah aku pun nak bagi pendapat bagai. 

Tapi, melihatkan adanya puak2 yang berbagai jenis pendirian dalam isu ini, dapat kita lihat ada 2 puak utama lah. Yang membenarkan dan yang tidak membenarkan. Seperti biasa, pergi jahanam dengan kedua2 pihak. Kita ambik yang tengah2.


Allah tuhan umat Islam. Milik eksklusif.

Ini benda celaru paling besar. Kalau nak perjuangkan, tolong jangan guna point ni. Sebab in the end, hakikat sebenar ialah, Allah itu tuhan semesta alam dewata raya. Ambik hang dewata raya. Cikgu BM aku mesti bangga. Apa2pun, perkara ini perlu jelas.

Bila ada mufti kata "persoalkan keputusan mahkamah" boleh membawa kepada murtad, aku rasa buat statement "Allah tuhan umat Islam" tu pun boleh jatuh murtad juga. Lagi murtad aku rasa. Sebab dia limit Allah kepada orang Islam sahaja. Habis tu Jesus Christ tu kita nak iktiraf sebagai tuhan kah? Bodoh sungguh statement tersebut.

Allah tuhan semua. Nak fight, guna point lain. Point Allah tuhan umat Islam ada juga betulnya tapi tak lengkap. Masalahnya, tak lengkap dia bukan jenis boleh bagi separuh markah. Tak lengkap dia ni jenis tak lengkap yang retarded. Kena reseat paper, kena mengulang tahun. Oh the irony. It burns.

Sekarang isunya, pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian nak guna kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan.

Kalau dah namanya pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian  maksudnya bukan Islam lah. So kita nak expect apa? Mereka nak sebut Allah sebagaimana tauhid yang kita faham? Bagi mereka, Allah itu satu atau trinity? Aku rasa budak kecik pun boleh jawab.

Kita Islam. Mereka bukan Islam. Mereka nak sebut Allah sampai berbuih mulut pun, belum menjadikan mereka tu Islam.

Jadi, kalau mereka nak terbitkan kitab atau translate Bible atau apa jadah sekalipun, nak guna kalimah apa pun, sebenarnya bersesuaianlah dengan mereka sebagai pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian itu.

Faham tak?

Allah sebut dalam Al-Quran. Ayat dia aku tak hafal la tapi dia punya maksud/intisari ayat tu lebih kurang macam ni :

Dan orang Nasrani itu berkata Isa itu anak Allah. Psstu satu lagi Dan orang yahudi itu berkata Uzair itu anak Allah. See? Memang dah mereka tu kristian/yahudi, are we expecting them to see/say/understand Allah as we do?

Kalau mereka mentauhidkan Allah, tak jadi kristian/yahudi la sayang oi.

Jadi, adakah ini sebagai suatu penghinaan kepada Allah? Bilamana Allah dibapakkan, dianakkan, ditrinitykan, adakah Allah terhina?

Haaa yang ini pendapat aku sendiri. Jawapan aku, TIDAK. Allah tak terkesan pun dengan benda ni semua. Keagungan Allah tu tak terjejas sikit pun. Seriously, siapa kita nak jaga kemuliaan Allah? Allah bukannya Zeus yang jadi lembik lemah gemalai macam penari gamelan bila orang tak sembah dia. Allah tak macam tu.

Cuma atas dasar sensitiviti, kita merasakan yang mereka pihak gereja/akhbar Herald whatsoever christian sedang cuba nak menceroboh dan menimbulkan kecelaruan, dan menghina Islam pada masa yang sama.

Tapi aku timbulkan isu lain sikit. Isu familiar di blog ini. Cuba kamu jawab. Antara gereja nak sebut Allah, dengan artis perempuan beragama Islam yang tak tutup aurat. Tak payah artis, anak jiran sebelah pun cukup nak buat contoh.

Siapa lagi hina Islam?

Gereja vs orang yang makan rasuah, orang yang bercouple/berzina, orang yang tka bayar zakat, pemanipulasi agama, penjual produk yang mengguna agama untuk keuntungan, peminum arak, penjudi, pemimpun yang membenarkan ada arak dan judi dalam negara dia, ustaz2 yang bertelagah sesama sendiri dan berhujah dengan perkara kontra sampai jadi berpecah umat, all those random but actually not so random stuff.

Agak2 Allah lagi murka dengan siapa?

Kita nak salahkan dan larang dan marah dan halang pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian nak buat sesuatu yang seolah2 merosakkan kesucian Islam tapi pada masa yang sama memang ktia sendiri yang tak faham Islam? What the irony from hell is that?

Lepas tu kita jenuh nak bincang pasal benda ni, macam2 fatwa keluar, macam2 pendapat ada. Walaupun bagus sebenarnya sebab membuka minda tapi in the end, masalah tak selesai pun. Lepas dah dapat kata putus mahkamah tak benarkan, Sabah Sarawak still nak guna. Lepastu ada pulak gaduh2 siap nak suruh keluar Malaysia bagai.

Bodoh kan?


So senang cakap, lantak lah pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian nak guna perkataan apa pun. Sepatutnya kita tak terjejas sekelumit pun sebab kita wajib percaya agama kita paling supreme. Sepertimana mereka mempercayai agama mereka supreme. Evangelist di mana2.

Bila timbul clash, sebab dia kata Allah begitu begini, kita kata Allah begitu begini, maka berdialoglah. Atau berbincang. Last2 bila refer scripture asal, nama Allah tu dalam Al-Quran juga. Bible punya scripture asal entah wujud entah tidak. Kalau yang dalam bahasa Greek atau Hebrew tu memang sah2lah tak ada.

Orang Kristian ni tak ada nama untuk tuhan dia. Paling hebat pun YHWH atau yahweh yang itu pun derived dari bahasa Greek yang maksudnya "I am". Tuhan jenis apa kalau nama "saya ialah"? Maybe sebab desperate kot mereka nak pinjam nama Allah.

Lantaklah. Guna nama apa pun mereka Kristian juga. Lagi satu, Islam dah dihina sejak dari zaman nabi lagi. Bukan setakat zaman nabi Muhammad, sejak nabi Nuh dulu pun dah banyak yang mengata. Karikatur wajah Rasulullah rasanya dah ada lama dah. Lady Gaga mencangkung atas Kaabah pun ada dalam blog orang Malaysia juga si Hajjah apa jadah tah nama dia. Wuzara wuzara apa tah.

Apa nak kisah setakat gereja nak guna nama Allah? It's just another stupid act from them. Kita pulak nak melatah lebih. Patutnya kita tackle isu ni dari sudut memantapkan pemahaman dan penghayatan umat Islam itu sendiri.

Like, seriously. Aku, kalau aku di tempat orang bukan Islam, aku nampak muslim di Malaysia ni gabra menggelabah ja banyak. So lame, if you ask me.

Maka, kesimpulan yang aku dapat ialah kita tak sepatutnya menjadi reaktif. Sebab, yang nak guna nama Allah dalam Bible dan memberi ertikata yang tidak sewajarnya pada kalimah Allah itu ialah pihak gereja/akhbar Herald/whatsoever christian.  Bukannya pihak masjid ke, orang Islam ke, akhbar Berita Harian ke, Utusan ke apa. So nak risau apa?

Dah nama pun Kristian. Takkan dia nak kata Jesus itu nabi? Mesti lah dia kata Jesus tu anak tuhan. Dia nak translate God kepada Allah. So dia katalah Jesus tu anak Allah. Kalau dia translate God jadi Teh Bunga Kekwa maka jadilah Jesus itu anak Teh Bunga Kekwa. Macam itu lah pun.

Lainlah kalau mereka nak bawa dakwaan mereka itu Islam. Islam, tapi sebar Jesus itu anak Allah. Haaa itu dah jadi kes lain. Itu namanya ajaran sesat dan penyelewengan agama yang sangat obvious. Kalau dah jadi macam tu, kito bako je tak banyak cakap banyak.

Selagi belum jadi itu, keep calm, practise, and preach Islam in the finest way possible. Bukan porak peranda macam yang ada sekarang ni. Maybe some will say ini ialah langkah pencegahan. I see it more like paranoid acts.

oktengsbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, October 13, 2013

And I'm just sitting here...


Assalamualaikum. Hye.

...? Are you gonna complete the sentence for me with that 9gag word or what?

Haha. Dah lama tak menulis kat sini. Hiatus konon. Padahal aku selalu ja online tapi main Dota 2. Cuma tak update blog. Main dota, Fb, 9gag, semua tu boleh dibuat bila online tanpa masalah. Blogging lain. Blogging kena ada hati. Haaa ambik hang.

Stop sekejap sebab nak fokus stadi (konon) dan bila dah habis exam, maka bolehlah kita buat comeback. 

Macam mana exam aku? Entah. And I don't care anymore. Huahua. Sungguh carefree. Bunyi macam patah hati pun ada sebenarnya. And it's louder if you notice.

Aku terharu bila ada seseorang tinggalkan komen di entry Hiatus tu dan bertanya "lamanya tak update blog... pergi mana... buat apa..." sort of question. Huuiii terasa seperti ada yang ambik berat pasal kita di dunia blog ni. 

Tapi aku tertekan remove content. Tertekan yang dimaksudkan di sini ialah perbuatan menekan tanpa sengaja dan bukannya tertekan yang membawa kepada kemurungan tu. Oleh demikian komen yang sungguh menyentuh hati itu pun tidak dapat dilihat lagi.

Baru aku nak buat entry penghargaan (saja gedik nak buat pasal tak ada modal, ya lah kan baru lepas hiatus) printscreen komen tu tapi dah ter-remove pulak. Aku rasa tuhan dapat sense unsur2 riak yang bakal aku bawa dalam entry tu nanti so dia tak bagi maka aku pun tertekan remove content tu.

Oh, if you (referring to that commenter) read this, komen tu bukan deleted tau. Tak sengaja tekan. Sila komen sekali lagi di entry ini dengan komen berunsur serupa. Gila tak malu sungguh aku. Haha.

Lepas ni, I'll be here more often. This personal blog is gonna be more personal (nobody cares) sebab aku pun macam dah tak tahu nak buat apa lately. Merepeklah apa yang patut di personal space sendiri. Mungkin juga akan jadi lebih hedonisme. Ya lah kan, album baru Avril Lavigne dan Katy Perry nak keluar dah. And I think I should write about the awesome Skylar Grey album. Pasni lah okies.

Blog Nocturnal Rant pun patut lebih terisi sebab malam2 kan battle dengan kepala otak sendiri. Here. Enjoy this beauty of wicked twisted-ness.


(One of) My favourite song. Siap jadi ringtone. Huahua. Ok doakanlah yang terbaik untuk aku dan diri masing2. Selamat Hari Raya Aidiladha ucap siap2 kot nanti tak sempat. Amboi sungguh mengingati mati. Bagus2 ada penigkatan iman rupanya. Peningkatan iman apa benda, kat atas tu ada video Fiona Apple. Hai dunia, penuh kontradiksi betul.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, October 12, 2013

Guess who's back...


Assalamualaikum. Hye.

Miss me?

=p

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, August 12, 2013

Hiatus


Assalamualaikum. Hye.

So I'll be leaving soon...

=(

Nak ambik 2nd exam cabarannya bukan mudah. Aku pun dah tak pasti sebab apa. Mula2 aku ingat sebab aku main Dota banyak sangat. Tapi ada ja kawan aku main jugak tapi lepas ja. Maybe sebab maksiat kot. Tapi ada ja kawan aku yang berjiwa murni sesuci embun pagi tapi kena reseat paper jugak. Huahua buleh pulak aku assume macam tu kan?

Bak kata seorang kawan, "rezeki masing2... ujian masing2..."

Tahniah atas kata2 hikmat tersebut. Maka segala apa yang nak ditulis di sini, especially pasal anjing, kes tembak-menembak, fatwa ratu cantik, Asyraf Muslim kawen lagi satu, air ajaib anai2 makan Alquran, rambut Rasulullah, dan sebagainya terpaksalah aku simpan saja.

Bukan takat simpan tapi memang aku biar terus. Buat draf pun tidak. Huahua bizi stadi ke???

Lulz =p

Haram tak. Aku buat keputusan bijak balik awal ke Mesir. Duduk sana nanti aku harap motivasi untuk belajar akan datang mencurah2 ke ladang gandum. Sini, aku asyik nak bermalas2an saja. Tak ada drive langsung nak stadi. Walaupun biasiswa sedang menjadi pertaruhan, tapi aku tetap kebal. Kahkah.

Kawan2ku yang baik, nanti tolong push aku sama. Tapi jangan push kuat sangat. Nanti aku jatuh. Kalau sudi, mari papah aku. Pimpin tangan aku. Kalau aku malas ikut, lari tinggalkan aku. Tapi bukan lari betul2 tahu? Lari2 anak saja. Supaya sempat aku kejar. Kalau tak nanti, aku dah tak nampak kamu. Nanti aku sesat lagi.

=)

Dan aku nak berhenti sekejap. Sekejap saja. Nak detach secara betul2 memang aku tak mampu. Tapi aku boleh berhenti sekejap. At least sampai things get better. For me. Aku "sibuk" sebenarnya. Dan aku nak berehat dari "kesibukan" itu.

Let's take a break


When you seek happiness that you'll never find
In a dreamy land of paradise

When the world seems cruel that you can't stand
Seen through from outside of your window

Take time to breathe for that you might actually have died
When you forgot to appreciate the thin air

Let's take a break
Let's take a break

Sometimes God lets you to suffer
So that you ask Him to feed your hunger
But you forgot how to be a beggar
That you just walk away from your biggest master

Maybe the gold cash seems brilliant
Under the sun and the clear blue sky
But still, at night in a room with closed door and window
Don't you just rather put your head on a cheap pillow?

In the end life is all about living
It depends on how you plan to die
Just take a break and take a deep breath and get a good night sleep
And start to value each God's love that you can or cannot keep


Tak payah tanya aku sibuk buat apa okies.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, August 8, 2013

Sunshine


Assalamualaikum. Hye.

Feeling down anthem? Maybe. Second exam anthem? Maybe. Raya anthem??? Haha. Maybe, just maybe. Who knows? I'm in love with this song. 


"Sunshine"

[Verse 1:]
You lost your cool again,
And punched the bedroom door,
You’re sick of working hard,
And always being bored,

But you don’t have to feel ashamed,
You don’t have to lose your way,
Won’t do any good to sit and moan,

Come take a walk down this old road,
I said just…

[Chorus]
Look at the sky there’s no need to cry,
Ain’t got money but we got sunshine,
Mud on our boots and fish on the line,
Ain't got nothin’ but we’re in paradise,

Look at the sky we’ll be alright,
Ain't got money but we got sunshine.

[Verse 2:]
Forget the magazines,
The tricks of Hollywood,
They make it look so great,
That you forget what’s good,

So you don’t have to feel ashamed,
Cause baby I’m not that way,
Remember the day you said hello,
I was at the river skipping stones,
And you said just…

[Chorus]
Look at the sky there’s no need to cry,
Ain’t got money but we got sunshine,
Mud on our boots and fish on the line,
Ain't got nothin’ but we’re in paradise,

Look at the sky we’ll be alright,
Ain't got money but we got sunshine.

[Bridge]
When that old drunk livin' on the street
Is laughin' louder than me,
I know something’s wrong,
And I start to see,
That this sweet sunshine is the only gold I need,
Well I said just…

[Chorus]
Look at the sky there’s no need to cry,
Ain’t got money but we got sunshine,
Mud on our boots and fish on the line,
Ain't got nothin’ but we’re in paradise,

Look at the sky we’ll be alright,
Ain't got money but we got sunshine.



Semoga tuhan sentiasa ampun. 
Semua dosa yang tak terhimpun. 
Semoga tuhan masih sayang. 
Walaupun hati selalu hilang. 
Semoga tuhan terus beri. 
Selagi hidup, selepas mati.
Semoga tuhan tetap cinta. 
Diri ini yang serba hina.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, August 3, 2013

No saving grace for you this time, bitch!


Assalamualaikum. Hye.

The thing I fear the most yet I don't actually prepare much for it is finally here. And it's not favoured by any.

Result dah keluar dan... dan... dan... errkkk...
...
...
...
Ok aku tak lepas. Huuhuu.

So basically percutian aku dah tamat. Over. It's over, man. Kena balik awal. Probably dia tiga hari kepas raya. Nak prepare untuk 2nd exam. Sementara tak raya kena stadi dah sikit2. Raya nanti rehat jap. Sambung stadi masa dah balik sana. Aku harap muqarrar tak tukar.

Aku dah boleh agak sebenarnya result ni. Sebab carry mark aku memang teruk pun. Cuma boleh rely dengan practical dan oral sebab written part memang sah2 la tak ok. Tapi tak cukup la nak tampung markah yang hilang tu. Padan muka aku. Huuu.

So that's it. Terpaksalah kurangkan main Dota dan hanya fokus untuk trade international courier saja. Watch tournament kot2 ada tournament drop. Manalah tahu kan?

Aku tak tahu camna prosedur 2nd exam ni dan tarikh pun tak ada. Tak apa. Buatlah apa yang patut. Huhuhu.

Semoga Allah mudahkan apa yang susah. Ke arah naik tahun tanpa perlu repeat year.

Mud on our boots and fish on the line
Ain't got nothing but we're in paradise

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, July 20, 2013

Emoh Teews Emoh


Assalamualaikum. Hye.

I'll be home. Oh sweet.

Exam finally ended walaupun aku tak yakin aku boleh cuti panjang tapi asalkan balik dulu, dan beraya dengan famili, duduk Malaysia setel apa yang nak dibuat biar habis selesai, then kalau perlu, balik sini awal.

Nak beli macam2 ni. Haha bajet duit banyak. Baju bundle kena ganti. Baju Snoopy faveret dah 3 tahun. Ada yang siap terkoyak sebab dilanggar lori (?).

Dan maybe akan banyak masa untuk menulis. Haha ada orang kisah kah? Draft pun dah banyak balik. Dulu macam nak habis dah. 

Teaser for my mak and kakaks.
oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, July 14, 2013

Entry Emo Edisi Ramadan - Erti Sebuah Penyesalan


Assalamualaikum. Hye.

Haa tajuk dah macam cerpen budak sekolah rendah. Sebab budak sekolah rendah saja yang makan cerita penyesalan2 ni semua. Cerpen orang dewasa semua pasal nak rebel, hiburan, cinta, lari dari rumah, kawen lari, dan isu2 yang entah apa2. Bila aku baca Doraemon banyak la pulak mulut berbunyi.

Hari ini exam yang tertunda 5x sudah akhirnya berjaya dijawab dengan tenang. Walaupun tenang tapi aku jawab exam tadi dah macam status daging babi yakni haram. Macam haram. Tension memikirkannya. Tapi itulah yang dikatakan Erti Sebuah Penyesalan. Masa study punya banyak dok buat apa? Kelebek teloq?

Huuuhuuu.

Aku rasa apa yang aku patut buat sekarang ialah list semua benda yang aku nak buat, nak beli, nak siapkan, nak apa semua bagi lengkap sebelum balik. Lepas tu bila sampai ja Malaysia terus setelkan benda2 tu. Lepas raya terus siap2 balik sini balik. Prepare.

Itulah yang terbaik kot. Seriously, Pharma... errghhh...

Aku sebenarnya tadi nak meniru kawan aku sebab kami dah pakat. Tapi apakan daya tuhan tak mengizinkan. Masa aku dah gundah gulana tengok jawapan aku memang berbeza langsung dengan dia, aku nak padam lah tukar jawapan. Sekali pemadam tak ada.

Aku cari kot tapi tak jumpa. Nak mintak pemadam orang entahlah tetiba rasa macam tak terdetik nak pinjam. Just mencari2 pemadam sendiri. Last2 kertas pun dikumpul. Tak apalah aku pasrahkan saja. Hantar2 kertas, terus peewww nampak pemadam depan mata. Haiz. Nampaknya exam Parasit nanti akanku genggam pemadam itu sampai jadi getah skrap balik. 

Last2 aku pakai teknik blind pigging. Amalan sejak zaman berzaman.

Semoga berkat. Haha. Exam oral ok lah bolehlah tahan tak teruk sangat tak gilang gemilang sangat. Sederhana wasatiah gitu. Bukankan kita dianjurkan untuk bersederhana?

Lepas tu golongan yang sentiasa berkeliaran selepas exam walaupun di bulan yang serba mulia ini mereka2 yang bertanduk semua tu dirantai rapi, tapi spesis bertanduk yang khusus ini masih bebas merdeka. Tak lain tak bukan ialah... haaa pandai2lah. Kalau follow blog aku ni sejak sekian lama, aku rasa sedia maklum dah kot golongan mana merayap time2 lepas exam ni.

"Matilah aku... matilah aku..." mereka meratapi nasib. Geli telinga aku macam ada orang garu2 dengan bulu anak ayam. Anak ayam yang belum baligh pulak tu.

Tolong jangan nak jaja cerita sedih depan muka aku. Aku pun tengah sakit hati. Kalau aku dengar luahan2 perasaan yang macam tu, maka akan kutitipkan kalimah babi untukmu. Tapi aku titip dalam hati sajalah. Bulan puasa lah katakan. Ganaz tak? Emo tak? Habis emo dah la ni. Haha. 

Semakin dekat dengan rumah. I'm luvin it.

Lepas exam oral tadi, aku calonkan nama2 untuk AJK batch tahun depan kot. Siap aku tulis sebab2 kenapa aku pilih orang2 tu lagi. Pergghh memang complete set aku bagi. Mudah2an tak rosak undi tu. 

oktengsbai

*siapa yang rasa pahala puasa dia berkurang sebab baca entry penuh kebencian ini, anda dianjurkan untuk solat sunat taubat 2 rakaat sebelum berbuka*

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, July 11, 2013

Recap sehari semalam sebelum dan selepas 1 Ramadan


Assalamualaikum. Hye.

Pagi tu, aku temankan kawan aku pergi City Stars sebab ada urusan. Naik teksi sebab kononnya nanti naik tremco kang ada jalan kena tutup lah apa susah pulak. Tapi naik teksi dia pusing2 jalan lain pun tiba2 eh lagi murah dari jalan biasa? Kahkah.

Aku temankan tu sebab kawan aku tu risau katanya nak keluar. Keadaan Mesir kan sekarang ni sedang kritikal. Perempuan pulak tu. Tapi bila sampai CS tu aku tengok orang still shopping macam biasa. Macam tak ada apa2 berlaku pun. 

Pas siap convert duit apa bagai, makan2 sikit di food court. And guess what? Jumpa kawan aku lagi segerombolan (perempuan jugak) pergi CS jugak tak gaduh siapa teman pun. Advance gitu. Tahniah diucapkan. Report JAKSI nak? Haha.

Di CS tu kami singgah jap ETIHAD Airlines sebab nak tanya pasal tiket. Katanya tak boleh buat open ticket. Entahlah.

Balik dari CS, aku ingat nak contact kawan2 aku yang pindah rumah hari tu. Ya lah nanti kata tak pergi tolong pulak kan. Haha. Tapi disebabkan henset aku tak ada kredit sejak sekian lama, aku malas nak pergi kedai topup pulak, so aku hantar mesej Fb ja sebab ada sorang ni online. Dia tak reply2 last2 aku tertidur.

Bangun tu dah Asar. Rupanya pindah rumah tak habis lagi. Lori tak datang berkhidmat. Sungguh hampeh. Kalau ikutkan boleh setel cepat tapi sampai ke Isyak baru setel. Lepas habis pindahkan barang (aku tolong kecil2an saja) dan makan2 sikit, aku balik rumah. 

Dalam perjalanan nampak kucing sedang berbuat maksiat perzinaan di jalanan. Terus aku sound kucing2 tu. Tapi kawan aku kata "Tak apa. Ni malam". Oh dan terus aku macam "ya tak ya" dan betapa sungguh alam terbentang menjadi guru. Faham tak maksud aku?

Solat Isyak aku di rumah saja sebab aku balik siap2 nak mandi apa semua masa tu orang dah azan pun. Lepas tu pergi masjid sempat lah solat terawih. Kalau agaknya pindah tadi tak siap2, maybe berjemaah di rumah saja terawih malam pertama Ramadan.

Habis solat, aku melawat rumah baru. Tengok apa budak2 tu buat. Beli lempeng arab makan dengan asal iswid. Sedap jugak. Tak pernah makan walaupun dah duduk sini 3 tahun. Aku memang malas sikit nak mencuba benda2 gini. Apa nama dia qataif ka apa? Entah.

Sahur dengan nasi dan ayam dinner semalam. Boleh la. Air aku telan bergelen2 jugak sebab takut nanti dahaga. Pagi ini pergi Tahrir untuk setel tiket. Last pilihan kami buat ialah open ticket. Semalam di ETIHAD tu kata tak boleh aku agak dia ingat kami nak beli tiket baru kot tapi di Venus Tours tu boleh ja pulak.

Berbuka puasa dengan penuh kesyukuran. Mesir pun macam dah ok. Tapi still ada redline apa tah Jumaat ni kawan aku post di Fb. 7-12hb katanya. 13hb exam Pharma. Aku expect akan tunda lagi exam. Sungguh khanazir. Tapi mudah2an semua ok, tak tangguh dah, dan aku bole buat elok2 exam serta pass dan boleh cuti lama di Malaysia. Amiin. Doa2kan.

Kalaulah di Mesir cuma ada unta, macam mana nak study medic kat sini? Tapi on the bright side, tak ada lah tamarrud jadah tu semua kalau unta2 ni yang dominate.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, July 7, 2013

4 times of the same joke and it's not even funny anymore.


Assalamualaikum. Hye.

Mesir mesir mesir awat banyak krisis sangat oi?

Sepatutnya 30 Jun kami dah buat exam Pharma. Tapi tunda ke 1hb kira Alhamdulillah aku baca pun tak habis lagi jugaklah. So dalam tengah prepare2 nak exam 1hb tu, tiba2 ada suatu andaian, sebab 28-30 Jun ada tamarrud jadah apa tah orang Mesir nak buat. Katanya 30hb tu acara kemuncak so 1hb tu aman damai kah nak exam?

Maka... exam tunda lagi. Yay! Huray!

Tunda ke 3hb Julai maka ada masa extra nak main Dota. And guess what's next? Tunda lagi ke 7hb pada pagi2 buta hari nak exam. Ya pagi nak exam berapa jam lagi sepatutnya masuk exam hall, ada announcement pasal exam tunda ke 7hb. Aku tahu awal sebab aku jenis berjaga tak tidur. Musim panas kalau tidur malam nanti subuh pukul lima padahal pukul tiga dah masuk waktu maka jadilah aku spesis nocturnal.

30-1-3-7 dan sepatutnya nanti beberapa jam lagi aku akan ambil exam tapi ada ura2 lagi exam akan ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kemudian. Hamboi dia dulu tunda ada tarikh la ni tunda buat suspens pulak? What the...?

Sebagai manusia yang terlahir dengan sifat malas sejak azali, aku suka la dengan tunda2 exam ni. Orang khatam silibus 4 kali sebab exam tunda 4 kali aku punya 1st reading pun tak habis2 lagi. Sungguh kejadahan apakah dengan diriku ini? Aku pun tak pasti.

Tapi, dalam malas2 aku pun, aku tak senang duduk dengan kes tunda2 sesuka hati mak nenek hang ni. Tengok, sampai tahap aku pun dah tak larat nak menunda, bayangkanlah perasaan bebudak yang cemerlang gemilang terbilang tip top tu rasa macam mana? Mesti mereka seperti cacing kepanasan. Aku tak sampai la tahap cacing panas. Cacing suam ja kot? Hehe.

Mesir oh Mesir. Dulu kemain lagi nak tumbangkan rejim Mubarak ececeh guna perkataan rejim terasa diriku bagai menulis artikel surat khabar pulak. Ahhh kira si Hosni murtabak tu dulu hangpa dok benci sangat? La ni dah ada pengganti baik punya, yang dilantik oleh hangpa sendiri, pastu nak demo2 lagi apa kejadahnya?

Dr Morsi tu sikit punya bagus, bagilah dia peluang. Dia nak repair kerosakan 30 tahun dalam masa setahun memang tak boleh la. Dia manusia. Bukan dewadewi tokong hindu ada lapan tangan senang nak buat kerja 4x kelajuan manusia biasa buat kerja.

Tapi itulah. Negara still bergolak sesama sendiri. Siap ada yang terbunuh. Aku takda la empati sangat benda2 gini tapi bagi aku nyawa tu mahal. Jangan senang sangat nak ambil dari orang. Buat apa berkumpul2 sampai ada yang mati? Kalau rasa ada point tak apalah maybe aku yang tak faham kot tapi still kalau ada nyawa melayang, itu sudah melebih2. Benda melebih2 ni jangan dok amal sangat. Munafik. Tuhan benci.

Buat mereka yang tertanya2 apakah situasi di Mesir, sila baca berita tapi pastikan mindset kena betul. Kalau berita tunjuk ada bom sini sana, orang mati sini sana, kebakaran apa jadah semua tu berlaku tapi di tempat yang tertentu saja. Tak adanya semua tempat macam tu. Shopping mall City Stars tu kawan aku kata sihat ja pun still beroperasi macam biasa.

Rumah aku ni, ok ja tak ada apa aman damai boleh main Dota hari sebab exam tunda. Kalau dalam kepala kamu ada andaian Mesir ini dah jadi padang jarak padang tekukur maka silaplah andaian itu. Padang tekukur apa burung tekukur sekoq pun takdak. Atau aku yang tak kenal kot burung tu rupa macam mana. Hehe.

Tapi kalau kerajaan Malaysia nak buat evakuasi, kami menantikan dengan hati yang lapang. Sapa tak mau balik free walaupun aku dah beli tiket segala. Adoi exam tunda ni menggendalakan plan2 yang telah dirancang teliti. Kesian kawan2 aku yang beli tiket 10hb, 11hb sebab kena tukar tarikh. Tak pasal2 kena bayar lebih.

Tiket aku 15hb kalau ikutkan tarikh exam final paper 13hb maka mungkin sempat aku nak balik tapi kalau kes tunda menunda ini berterusan, maka tiketku terancam dan aku kena tukar tarikh. Arrgghhh tidaakkk!

Apa2pun Pharma aku baca tak habis lagi 2-3 topik. Setiap kali aku dengar announcement tunda, kelajuan bacaan aku menjadi slow daripada 10m/s sehari kepada 2.5 m/s sehari. Haa gitu.

Doakan aku rajin dan mengambil iktibar perjuangan rakyat Mesir dan berkobar2 dalam pelajaran. Doakan Mesir aman. Doakan Malaysia aman. Doakan aku berjodoh dengan si dia... eh eh apa ini? Haha. Paling penting, doakan kami semua selamat naik ke tahun empat pada sesi berikutnya.

Aku rasa Morsi ada imej baik. Kalau di Malaysia susah nak cari yang imej baik. Ada, tapi tak banyak. Yang jenis imej muka penyapu, skandal sana sini, rasuah, haaa puak2 turun bala tu banyak. Sebab tu aku suka Morsi. Dan aku sedih jugak la ujian macam ni jadi kat dia. Rasa macam rakyat Mesir ni keji sangat.

Hangpa nak tamarrud jadah apa? Penumbuk mau? *dialog rekaan semata2*

Oh lagi satu, kepada mereka2 yang tertentu yang menempah barang2 tertentu dari aku, maka di sini aku nak buat announcement yang aku tak berani nak jamin sama ada aku boleh belikan atau tak. Bukan apalah. Pekeliling keluar katanya jangan merayau tak ketahuan so sebagai pelajar yang patuh aku pun tak berani la nak lawan arahan. Hehe. 

Nanti kalau exam dah setel ke apa, aku try lah cari barang2 itu semua tapi kalau keadaan tak mengizinkan, aku mintak maaf siap2 la noh. Takpa aku di Mesir lagi 3 tahun kalau tahun depan aman damai aku belikan ea? Aku boleh ambik tempahan tapi aku tak jamin boleh setel atau tak. Tapi tempahan dah ditutup dah kecuali untuk sahabat handai dan ahli keluarga terdekat saja. Huahua.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, July 1, 2013

Kids on the road


Assalamualaikum. Hye.

Tadi lepas solat Zohor, aku singgah kedai beli aiskrim. Musim panas sementara belum bulan puasa maka afdal untuk makan aiskrim. Nikmatnya fuuuhhh tak terkata tak tehingga tak tercapai akalmu wa cakap lu.

Pastu, ada budak arab ni, melawak2 dengan kawan dia kot. Tetiba ada motor lalu. Brek mengejut bunyinya sampai aku yang tengah berjalan ni berhenti pusing belakang tengok apa yang jadi. Terkejut jugak aku. Selalunya dengar bunyi brek kecemasan ni sayup2 dari kejauhan saja tapi kali ni belakang telinga kot.

Telinga? Oh merujuk kepada status aku sebelum ni di Fb pasal telinga bernajis tidak simetri tu, aku sebenarnya bangun pagi (dekat tengah hari dah pun sebenarnya) dalam keadaan telinga tak selesa sebelah kanan. Terus aku ambik mp4 letak di earphone di telinga kiri.

Dengar. Ok. Telinga kanan pulak. Saspens terasa di hati begitu ketara.

Sumbat earphone. Dengar. Alhamdulillah. Fuuhhh lega. Tak pekak lagi aku rupanya. Tapi memang tak selesa gila rasa macam mana tah. Macam sebelah telinga tak ada.

So aku pun pergi mandi titik air sikit dalam tu untuk melembutkan taik telinga la kononnya tapi haram tak jadi apa pun. Lepas tu aku ambik putik kapas letak minyak Johnson's baby oil. Hasilnya sungguh memeranjatkan. Seingat2 aku, kalau aku korek telinga, mesti dua2 belah sekali tapi kenapa semalam tu sebelah ja yang jadi macam tu? Adakah ada tumor taik telinga? Earshitoma? Mungkin.

Pastu ramailah yang euuww lah geli lah kotoq lah bagai kan? Eleh telinga hangpa pun korek2 pakai putik kapas lepas tu buang tong sampah jugak. Bukan boleh sapu kat roti pun. Apa nak geli? Samalah kes kentut. Jijik sangat kentut orang. Kentut sendiri pun bunyi macam kompang bau macam longkang. Nak banyak bunyi pulak. Kahkahkah.

Sambung cerita. Budak tadi selamat... selamat dikebumikan. Ok tipu. Tak ada apa2 pun sebenarnya. Cuma budak tu cuak la jugak. Dia macam "sorry2 tak segaja lintas time hang tengah bawak motor" or something like that la.

Teringat zaman dulu2 masa aku kecik main dengan kawan2 depan rumah. Masa tu duduk di Taman Aman lagi. Kami main atas jalan tu sambil mak2 brsembang pagar ke pagar. Rumah taman kan macam sebelah2 pagar dawai. Zaman dulu muhibah. Pagar dawai tu berlubang ja senang nak keluar masuk sesama jiran.

Rumah sekarang dah tak macam tu. Ada tembok besar lagi sikit nak jadi Tembok Besar China. Prejudis sungguh dengan jiran tetangga. Tapi melihatkan kes sosial makin teruk hari ni, memang wajar lah pun.

Masa tu main atas jalan, macam2 boleh main. Garisan2 putih atas jalan tu dieksploitasi untuk menjadi macam2. Kalau main buaya2, garisan itulah titinya. Kalau main apa lagi? Entah aku ingat buaya2 tu saja. Kahkah.

Pastu kalau ada kereta lalu, maka mak2 tadi akan masing2 menjadi announcer. "Keretaaa!!!" "Motorrr!!!" "Dok tepi sikit!!!" Pastu bila kereta dah lalu, sambung gosip balik. Hewhew.

Rindulah nak duduk situ balik. Rumah aku sekarang lagi muhibah tak ada pagar langsung rumah kampunglah katakan pola petempatan berselerak kalau ikut istilah Geografi. Tapi nak buat macam mana duduk rumah menghadap laptop tak keluar bersosial. Salahkan laptop pulak padahal aku yang malas nak melibatkan diri dengan human interaction. 

Nak balik rumah. Tapi exam macam haram. Tapi nak balik jugak. Ahhh tension. Ok sambung baca buku. Saja nak update. Tengok2 balik entry aku bukan Jun ada tiga saja? Kahkah it's something. Doa2kan exam aku sama tau.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, June 10, 2013

Vaksin oh Vaksin...


Assalamualaikum. Hye.

... Kenapa engkau Vaksin?
Macam mana aku tak Vaksin..
Memang aku Vaksin... Menang aku Vaksin...

(Tajuk entry disambung terus dengan mukadimah entry mengikut rentak lagu "Bangau oh Bangau")

Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak ok tipu sebenarnya baru dia tiga hari banyak orang share pasal vaksin. Aku rasa isu ni dah lama cuma dihangatkan kembali biasalah kan orang Malaysia tak boleh hidup dengan selesa kalau tak ada isu yang nak diketengahkan. 

Nak cakap pasal Sharifah Sakinah kang nampak macam low level sangat. Apa nak kecoh pasal minah tu? Biarlah dia nak meroyan dah kalau itu yang boleh buat dia bahagia. Huahua.

Kalau kita baca orang share, maka banyak benda yang mengerutkan dahi aku. Eceh walaupun aku bukanlah pakar sangat pasal vaksin2 bagai tapi dah belajar medic kan, maka ada lah dia punya gambaran dalam kepala.

Well, parents cakap no vaccination sebab ada masalah lah, complication lah, side effect lah, segala gejala2 penyakit apa semua tu. Logiknya memanglah sebab dah vaksin tu kan salah satu unsur dia ialah weakened bacteria/virus untuk induce immune system. 

Ada pulak yang kata seperti di bawah...


Aku bukan nak kata pakcik ni salah ke apa. Kang nanti geng2 usrah kata aku tak percaya perubatan sirah pulak. Aku yakin dengan apa yang nabi ajar. Sebab tu aku follow perubatan nabawi. Dah kita kan di zaman moden. Haaa tang fesyen nak sangat moden tapi bila bab kesihatan tak mau pulak? 

Betul lah tu. Madu, Habbatussauda, garam, pil Barakah (eh?) semua tu disarankan oleh rasul junjungan. Tapi itu tak bermakna kita tolak habis segala yang baru datang lepas zaman nabi ni. Tak payah nak wahabi sangat lah kan?

Kita kaji, kita belajar. Vaksin2 tu semua fungsinya nak bagi sistem imun badan kita alert dengan virus2 dan bacteria2 yang keji lagi jahat yang tak lain nak bagi orang sakit demam saja. Pastu berjangkit pulak tu. Sungguh yahudi.

Part of the bacteria or virus yang masuk dalam badan, activate sistem imun kita untuk menghasilkan antibodi. Sebab tu kita boleh selamat almost 100% daripada Rubella, Tetanus, chicken pox apa semua tu. Ni aku main sebut saja jangan percaya sangat. Sila kaji.

Tapi kalau kita bergantung dengan madu semata, habbatussauda semata2, dari mana datangnya memori sistem imun kita untuk melawan anasir2 jahat yang bernama dengan nama orang putih?

Bukan nak kata madu tu tak berguna. No no. madu tu banyak khasianya. Siap ada cerita dalam AlQuran. Terbukti secara santifik dan klinikal lagi. Bahkan apa yang nabi amalkan semuanya selari dengan ilmu2 perubatan yang ada hari ini.

Jadi apa masalahnya kalau kita integrate antara kedua2 unsur ini? Agama dan Sains tak boleh dipisahkan. Kenapa kalau politik dan agama kita bermati2an nak suruh disatukan tapi bila bab Sains pandai pulak nak asing2? Sekular sungguh.

Betul aku faham Sains tak dapat menerangkan perkara2 ghaib tapi itu lain punya cerita. Dah nama pun perkara ghaib nak hurai panjang2 kenapa? Tapi ini kita cakap pasal ilmu perubatan. Ilmu yang dikaji. Tokoh ilmuwan Islam pun berlambak2 dalam bidang ni. 

Penyelesaiannya mudah. Jangan generalize. Jangan sesekali. Kalau ada kes berkaitan "budak ini dapat penyakit selepas disuntik vaksin" maka aku jamin mesti ada juga kes "budak ini disuntik tapi hidup sihat aman damai sejahtera sampai besar".

Dan begitu juga kalau ada "budak yang tak pernah mendapat vaksin tapi hidup bahagia" maka mesti ada "budak ini tidak diveri vaksin maka hidupnya merana". Mana2 pun sama la. Sebab tu jangan generalize. Vaksin2 ni semua usaha kita. Kenapa nak putuskan usaha? Bukankah usaha itu tangga kejayaan? 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, June 6, 2013

People perceiving perceptions


Assalamualaikum. Hye.

*Istilah dalam entry ni mungkin tidak dihuraikan secara tepat mengikut buku2 Psikologi ke apa just my 2 cents about this matter only*

Hari ini aku nak cakap pasal manusia yang menilai persepsi. Bukan dia buat persepsi tapi dia menilai sesuatu berdasarkan persepsi yang dinilai oleh orang lain. Haa pening tak?

Ok sebenarnya, kalau kamu biasa hidup di sekolah berasrama, atau sekurang2nya pergi sekolah, maka aku jamin tentu macam2 perangai manusia yang kamu pernah jumpa kan?

Jangan perasan diri sendiri baik sangat. Kentut sendiri dari usus sendiri yang keluar dari lubang buntut sendiri busuk macam membunuh pun kita tetap boleh hidup dengan relax dan cool. Tapi kalau kentut orang lain, busuk biasa2 pun kita akan menderita.

True story, aku pernah masuk dalam tandas awam yang busuk, tetapi tiba2 ada brader dalam tandas mana tah berak ke kentut aku tak sure tapi dia punya aura tu menerpa keluar dari tandas, menuju ke hidung aku. Aku keluar tandas tu sebab tak tahan.

Agaknya kalau aku yang kentut pun orang buat macam tu. Haha.

Tapi itulah selalunya apa yang berlaku. Bila kita menilai kita, apa pun boleh. Bila kita menilai orang, semua benda salah. Bila orang menilai kita? Kita jawab "KAU SIAPA NAK MENILAI AKU HAH?!"

But then, ada satu kes terpencil, yang aku ingat dulu2 ja ada tapi sekarang dah makin menjadi2 pulak. Inilah yang aku katakan people perceiving perception.

Jujur aku cakap, aku bukanlah baik sangat pun nak bercakap baik sepanjang masa. Aku juga mampu mencarut dan memburuk2kan orang. Kalau nak sebar fitnah pun boleh cuma aku tak buatlah sebab dosa memfitnah sama seperti membunuh. Kalau mengumpat tu macam makan mayat ja. Yang bunuh tu orang lain. 

Boleh main2 pulak. Haih...

Tapi itu hakikat. Selami contoh2 dibawah :

1... Abu dan Ali bersembang di ruang tamu. Abu cakap sesuatu dengan nada suara yang agak tinggi. Ali pun berkata "Kenapa nak marah2?" sebab dia rasa Abu marah dia padahal Abu tak marah pun. Saiful tidak mendengar perbualan mereka tapi part Ali kata as if Abu marah dia tu Saiful dengar.

Ali's perception, Abu marah. Saiful perceive the perception and he thoughts "oh... Abu ni pemarah rupanya..."

2... Sarah dan Atikah bersembang pasal cikgu baru di kelas mereka. Sarah kata cikgu baru itu kuat membebel. Hajar yang tidak datang ke kelas hari itu mendengar perbualan itu dan membuat gambaran awal cikgu baru itu kuat membebel. Esoknya Hajar ditanya kenapa dia tidak hadir ke kelas.

Hajar hold on to gambaran awal tentang cikgu barunya itu dan melabel beliau sebagai pembebel kerana pertanyaan cikgunya itu dianggap sebagai soal siasat.

3... Dalam suatu komuniti online, ramai orang bersembang. Bila ada seorang (A) yang cakap sesuatu, tapi ada orang (B) tak faham, tetapi orang lain (C) yang cuba nak memahamkan (B), tapi end up memberitahu perkara yang tak betul tentang (A), maka B akan perceive A dari persepsi C.

Faham tak contoh2 aku bagi ni?

Sebab tu lah penting untuk kita kurangkan bercakap pasal orang lain. Especially orang lah takkan kucing pulak kan. Kalau nak cakap, cakap yang baik2. Biar apa yang orang fikir tentang orang itu yang baik2. Tapi jangan sampai menipu pula.

Tapi difahamilah kita bukan boleh halang apa yang orang nak cakap pasal kita. Sebab tu imej yang kita nak tunjukkan kena berpada2 dan jangan nak mulia sangat dan jangan bagi hina sangat.

Contohnya, kalau kita perempuan, Islam tapi tak tutup aurat, ambil gambar atau post video terkinja2, expect people to call you a beautiful lady, memang jangan haraplah. If people bitching about you, or call you a whore, that's because you are promoting yourself like that. Contohnya Sharifah Sakinah. Huahuahua.

Tapi bayangkan seorang gadis ayu, sopan, menutup aurat semua elok. Then still ada orang yang nak cakap bukan2, nak kutuk2 ke apa, tu bukan masalah dia lah. Orang yang tak puas hati itulah yang ada masalah.

Macam biasa, kita manusia nilai apa yang kita nampak saja. Apa yang kita tak nampak, kita jangan banyak bunyi sangat. Kalau salah persepsi kita, dan orang lain pulak ambik persepsi kita tu, maka jadilah masalah.

Jaga diri sendiri, bukan nak suruh control sangat cuma kena beringatlah. Kalau di personal space masing2 bolehlah (kot) nak buat sesuka hati. Tapi kalau dalam komuniti, kena jadi modest dan humble. Penting tu.

One exception. If you talk about public figure, like politicians or celebrities selalunya persepsi2 ni memang tak pakai sangat pun. Artis pakai baju tah apa2 pun bukan ada siapa nak bantah. Dan most of us memang address our prime minister with his name only kan? Pastu panggil bini dia pun dengan nama jugak. Memang tak boleh buat apa dah. 

Terlalu umum, terlalu susah nak jaga persepsi. Lagipun, apa yang orang2 macam tu buat, memang akan mendapat liputan. Kalau kita tak cakap pun, orang lain yang akan cakap. So tak boleh nak diselamatkan dah. Pasrah je.

Tapi kalau dalam sesama kita, kita boleh jaga supaya persepsi masing2 tak celaru. Kita boleh jaga supaya tiada buruk sangka sesama kawan2 kita, saudara mara, dan lain2.

Remember, sometimes people perceives your perceptions. 
oktengsbai


Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, June 5, 2013

Flipper hitam bertali pink, masjid, dan Pathology


Assalamualaikum. Hye.

Aku tak sure bila aku beli flipper tu. Rasanya masa jalan2 shopping2 di Jusco dengan kakak2 dan abang2 aku kot. Tak pun di TESCO Extra yang dekat Bakar Arang tu.

Tapi rasanya aku tak pakai dah flipper tu sebab tali dia putus. Ya sekalipun aku bukanlah lasak sangat tapi aku ada kuasa destruktif yang boleh tahan kuatnya. Selalunya pegang apa sikit mulalah nanti nak rosaklah apa semua. Haih.

Di masjid itu, aku keluar masuk. Tak sure nak panggil masjid atau surau. Di Mesir ni, kadang2 masjid dia saiz kecik ja macam surau tapi orang solat Jumaat dalam tu. Dan aku pun tak pasti Mesir atau Malaysia cuma kawan aku yang ada sekali tu ialah kawan yang aku kenal di Mesir. Dan aku pun tak ingat dia siapa.

Aku tak bercakap dengan suara. Instead, guna speech bubble. Dan aku doodle flipper tu. Doodle bodoh ja. Ada tapak hitam, lepastu aku lukis tali dia kaler pink.

Flipper aku tu sebijik macam ni tapi warna tali dan tapak tu inverted.

Pakcik tu senyum. Dia ambil flipper tu dan bagi aku. Masa tu aku seronok gila. Sebab aku ingatkan flipper tu dah hilang. Dan aku cari kat mana nak letak selipar buruk siapa tah yang aku tengah pakai. Aku letak ja atas rak yang ada di situ.

Pening tak cerita nih? Haaaa inilah mimpi aku malam sebelum exam oral Pathology.

Oh patho... rasa macam nak menangis. Carry marks aku dah lah tak banyak mana. Written exam boleh2lah tahan. Paling hampeh ialah bila orang check soalan yang ramai2 salah, maka aku pun salah sekali. Bila yang aku salah, aku salah sorang2. 

Dan exam oral yang aku harap boleh cater markah yang tak cukup telah end up menjadi the worst oral exam ever. Like, ever. Bila aku dengar kawan2 cerita doc yang test tu tanya soalan susah, bila tak boleh jawab dia tukar soalan lain. Pastu ada dua doc sorang senang sorang lagi susah.

Well... not in my case. Maybe aku yang tak cukup preparation tapi kalau dah kita faham dan mampu nak hurai pasal certain2 topic, tapi yang ditanya topic lain. Apa nak buat kan? Kalau nak bagi hadam semua topik, memang tak lah kan.

Sooo, aku punya plan bercuti dah menjadi kelam kabut sikit ni. Nanti nak kena call rumah tanya macam mana. Yang pasti aku akan balik seawal mungkin so that boleh jugak balik in case jadi apa2 aku dah selesaikan unfinished business di rumah. Heehe unfinished business lah sangat.

Bak kata seorang senior, kalau dah down sangat dengan exam pertama ni, pastikan pulun exam seterusnya. So that kalau jadi apa2 pun dengan exam pertama ni, biar satu ni saja. Jangan drag yang depan2 sama. Rugi.

Yup. Aku takut kena 2nd exam tapi kalau nak kena pun biarlah subjek Patho ni saja. Yang lagi tiga, pulun lebih sikit la supaya tak rasa macam nak terajang orang sangat. Padahal salah sendiri. Huhu.

Anyway aku doa2kan supaya pass jugak biarpun gred paling bawah. Errgghh you know how terrible reseating for exam is? And how depressing when it goes "not" according to your plan? Ya aku tahu everything is arranged dan salah akulah kalau aku tak perform dalam exam sebab tak rajin.

But I still hope, nonetheless.

Even if sometimes we don't see it,  hope is still there. 

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, May 29, 2013

Tekanan belajar memaksaku menonton video random di Youtube


Assalamualaikum. Hye.

Sebenarnya aku bukanlah stadi sangat sampai tensyen ke apa saja nak buat melebih2 padahal apa pun tak ada. Dan memang kalau tak tertekan disebabkan stadi pun aku tengok jugak video2 yang ada di Youtube tu.

Mula2 ada jugak terfikir nak jadi artis Youtube tapi bila melihat muka di cermin semangat kurang separuh. Bila aku rakam suara aku nyanyi lagu Flyleaf dalam mp4 player lepas tu aku dengar, terus aku bersemangat nak jadi doktor balik. Kahkahkah.

Dan melihatkan Bobo... nauzubillah.

Anyway, aku nak sahre lah video yang aku tengok tu Sebenarnya taklah random sangat. Cuma tiba2 aku teringat lagu2 lama. So aku carilah tajuk dia dengan menggunakan lirik yang aku ingat. Well, here goes...

#3 Dendam Dalam Diam - Nora


Lagu ni lagu tema untuk cerita "Hayati" yang disiarkan di Tv berapa tah aku tak ingat. Aku rasa RTM Tv2 kot sebab waktu tu RTM memang banyak cerita2 Melayu yang best. Bukan macam sekarang. Sekarang ni bukan takat RTM tak ada cerita best. Semua saluran macam haram. Tambah2 lagi ASTRO.

#2 Asyik - Amelina


Aku bukanlah peminat dangdut tapi lagu ni macam best pulak. Especially part "ku ku kupunya cinta ku ku kupunya rindu" tu. Hahaha.

#1 Cinta Salji Cinta Api - Samirah


Samirah mana oi? Samirah mana? Kahkah. Aku pun tak kenal kamu Samirah. Tapi lagu kamu aku ingat. Ini pun lagu tema drama Tv jugak. Cerita pasal budak kolej. Aku ingat lagu ni sebab aku rasa best dan cerita tu aku dah tak ingat apa motif dia cuma yang aku ingat pelakon dia Noorkhiriah.

Cuba kamu dengar lagu2 lama ni. Best kan? Compare dengan lagu yang ada hari ini, aku rasa kualiti tak banyak beza. Makin merosot adalah kot. Lyrically, lagu2 dulu simple dan agak awkward. Cuba kamu nyanyi lagu Dendam Dalam Diam tu kuat2. Tah apa kejadah madu... madu... banyak kali sangat kan?

But the song, is not empty at least. It has something la to deliver kan. Daripada lagu yang zaman kita ni, dah la haram tak sedap. Lirik tah apa2 pulak tu. Baby baby jangan kau marah kerna ku tolak? Ahhh pergi mampus boleh tak pliss?

Sebenarnya aku konfius Alif Satar dengan Alif Aziz tapi tak apalah peduli apa aku dua2 tak best. Huahua. Nah ini hadiah kepada kamu yang membaca blog ini.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, May 25, 2013

Bukti aku ialah seorang yang berpandangan jauh


Assalamualaikum. Hye.

Mesir sudah masuk musim panas. Panas sungguh. Kalau dulu boleh survive mandi sehari sekali sekarang ni mandi 3 kali sehari pun dah rasa tak selesa. Apatah lagi bagi mereka2 yang mandi 3 hari sekali. Hehe.

Musim panas juga menyaksikan kipas2 digunakan secara meluas dan berleluasa. Kalau musim sejuk dulu siapa buka kipas maka dia pelik, bela jin ke apa dok rasa panas dalam musim sejuk sampai kena buka kipas.

Tapi sekarang, kalau tak buka kipas satu saat dah boleh sampai ke tahap menggelupur kepanasan macam jin dibaca ayat kursi.

Aku tengok ramai orang buka kipas pada kelajuan maksimum atau nombor tiga. Tapi aku masih guna kelajuan nombor satu. Mengapakah?

Sebab aku tahu nanti masa dekat2 bulan puasa, cuaca akan bertambah panas. Kalau sekarang panas gila, nanti kepanasan akan bertambah menjadi panas gila babi. Ya, suatu tahap kepanasan dengan suhu yang mana mampu menyebabkan babi waras menjadi gila.

Masa itu nanti, bolehlah aku tambah kelajuan kipas dan merasa nikmat kesejukan yang tak pernah dirasai sebelum itu. Bayangkan kalau aku buka kelajuan nombor tiga sejak sekarang. Bila dah makin panas, dah tak boleh nak tambah kelajuan kipas tu. Takkan nak beli kipas lagi satu kan?

Inilah buktinya aku berpandangan jauh. Bukti kedua ialah aku masih tak habiskan baca buku Patho sebab kalau aku habis baca awal, hari2 sebelum exam aku akan lengah tak ada buku nak dibaca. Lebih baik baca bagi ngam2 habis dan esok pun exam.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mampoih jugak laaa haih. Kepada bekalan elektrik dan air, sila jangan putus.

Sekarang baru panas dunia... belum panas akhirat... -ayat ni dulu femes gila sampai overrated.

Kahkahkah oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, May 22, 2013

Let's get it started yeah!


Assalamualaikum. Hye.

Exam is near. Nak tercabut jantung aku tapi buat2 rileks saja macam tak ada apa2. Macam kepala dah sarat dengan ilmu gitu maka boleh main game selalu. Mak aku baca ni habis berderai air mata beliau. Terus aku dihukum jadi anak derhaka. Kahkah.

So preparation is done. Maybe tak semantap mereka, tapi nak buat macam mana kan... bukan semua orang Allah pilih nak nak bagi kesungguhan dalam hati. Tak pun sebenarnya orang tu sendiri kot yang pilih nak bermalas2an. Pastu nak tangisi takdir konon. Pfft. Terasa diriku begitu urban sebab mampu tulis pfft.

Aku sebenarnya ada banyak benda nak tulis ni. Pasal aku pergi melawat kawan aku yang nak kahwen, pasal aku pergi forum, pasal aku trade item DotA, alah biasalah kan semua benda nak tulis pergi kedai pun nak masuk blog padahal bukan ada apa pun.

Tapi itulah, sibuk menelaah pelajaran sampai blog pun tak sempat buka. Sesungguhnya para pendusta itu tidaklah mendapat keberkatan. Ok sebenarnya aku main game tu yang tak sempat update blog.

You know online games can be addictive, yes? Kira oklah menagih game online daripada menagih rokok ke, arak ke apa kan? Tengok tu, nak justify jugak kesalahan diri sendiri. Bila nak bertaubat nasuha?

The only time to change is now. If not now, you will never change, ever.

Oklah jom belajar. Exam aku start 3hb Jun. Bat gii lek luu~~~ lek lu pala hotak hang. Haha oktengsbai



Thanks for reading. Bye ;)

Friday, May 10, 2013

Selepas habis PRU13... maka...?


Assalamualaikum. Hye.

Beberapa hari lalu ialah keputusan PRU13.

Haaaaa kan tepat ramalan aku? Aku memang pandai bab ramal meramal ni. Ada bakat jadi tukang tilik cumanya kerja tu kan tidak halal di sisi syarak sebab tu aku tak buat. Cuba kalau dibenarkan, rasanya aku dah berhenti sekolah dan terus buka booth tilik nasib ja. Kahkah.

Ok main2 ja kat atas tu jangan serius sangat.

Well, aku dah boleh agak yang BN tetap akan reign supreme. So aku tak terkejutlah. Cuma aku terkilan juga sebab hajat di hati nak tengok pucuk pimpinan bertukar. ye lah nak jugak aku tengok macam mana PR nak laksanakan manifesto2 gempak yang dilaung2kan itu.

Pendidikan percuma, harga kereta turun, harga minyak turun, harga tol turun, semua itu meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kalaulah dapat capai semua tu, tak payah BR1M pun tak apa.

Tapi itulah... aku pun pelik juga kenapa rakyat Malaysia tak mahu bagi peluang? Kalau nanti PR pun mangkuk 2X5, haaaa undilah BN balik masa PRU14. Sekarang ini, apa yang kita nampak selama 55 tahun, akan terus kita nampak untuk 5 tahun lagi. Boring oi.

Tapi rakyat has spoken. So dah sendiri pilih, sendiri tanggunglah baik buruknya. Tapi insya Allah semua baik2 saja kot. Isu bangla, dakwat kekal tidak kekal kerana yang kekal hanyalah Allah Azza Wajalla, Suruhanjaya Pemakan Rasuah, TNB keji potong letrik sebab tak bayar bil, dan sebagainya bolehlah letak di tepi sebentar.

Siapa boleh jamin dengan aku, kalau semua isu di atas tiada, adakah PR akan menang? Siapa boleh jamin? Tak ada kan?

Sebab walaupun kita lihat betapa pembangkang menang besar di internet, kita kena ingat media yang sampai kepada rakyat tetaplah 3 iaitu Tv, suratkhabar, dan radio. Semua tu tetap saja bersifat one sided. So tak boleh nak kata apalah sangat.

Dan teori aku, orang yang membanjiri stadium, ceramah Anwar, yang pergi himpunan2 segala bagai tu mungkin 98% berumur antara 18-20 tahun kot. So tak layak mengundi. Maka kalahlah pembangkang. Huuuhuu.

Sekarang ni dah tamat PRU13, maka hiduplah macam biasa. Semoga nanti PRU14, bebudak yang tak boleh mengundi pakat2 boleh mengundi dan cuba lagi untuk tukar. Dah kata kerajaan sedia ada ni korup sangat kan? Nanti 5 tahun lagi kita usaha lagi.

Tapi mengenangkan perangai masing2 aku rasa kena ada miracle dari langit ketujuh dulu kot baru nak boleh menjadi. Selalunya yang pedajal orang2 kita pun orang2 kita juga. Lepas tu nak main isu perkauman pulak. Sungguh seperti tidak halal (cara sopan menyebut "macam haram").

Selamat menjalani kehidupan. Buatlah apa yang patut. Join petisyen mencabar keputusan PRU ke apa kan. Tak pun joinlah apa2 kegiatan berfaedah. Main dota ke. Habis tak ada apa nak buat bolehlah baca Naruto chapter latest.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)