Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, October 30, 2012

Cara nak hidup


Assalamualaikum. Hye.

Kalau ditanya agama itu apa?

Maka mungkin sekali kita akan jawab agama ialah cara hidup. Sebab itu antara jawapan paling make sense dan tepat jika nak digunakan dalam konteks ayat "Saya beragama Islam" maksudnya tak lari sangat kalau kita ganti dengan "Saya bercara hidup Islam".

"Menurut agama kamu, adakah tuhan itu wujud?" tak awkward sangatlah kalau ditanya dalam bentuk "Menurut cara hidup kamu, adakah tuhan itu wujud?" dan begitulah juga dengan benda2 lain.

Cumanya, Islam sebagai cara hidup yang paling terbaik, tetapi sayang seribu kali sayang. Bahkan sepuluh ribu, seratus ribu, sejuta, dua juta, sebillion trillion beribu2 lemon kali sayang apabila orang yang mengamalkan cara hidup Islam itu sendiri tak berapa nak Islam.

Ayat ini ada ambiguous meaning.

Pertama, orang Islam sendiri tak beramal dengan ajaran Islam. Kedua, orang bukan Islam pula yang terlebih baik mengamalkan nilai2 Islam.

Tak adil kalau kita claim yang baik2 itu semuanya Islam semata2 sebab agama lain pun menyuruh kepada kebaikan juga. Cumanya, kelebihan Islam ialah syumul. Semua yang baik2 dari agama lain ada dalam Islam tapi tak semua kebaikan yang Islam bawa ada dalam agama lain.

Soal cara hidup ialah yang paling obvious dalam hal ini. Sebab banyak agama yang fokus aspek ketuhanan tetapi tidak berapa lengkap bila cerita bab kehidupan.

Sedangkan agama itu sendiri hidup. Tetapi hidup itu tak semestinya beragama. Ramai saja orang tak percaya tuhan tapi hidup macam biasa. Tapi orang yang beragama itu sungguh luar biasa.

Nak percaya sesuatu yang kita tak nampak bukan mudah. Hati mesti ada asas2 kukuh untuk mempercayai yang kita ada pencipta. Suatu hari kita mati dan kembali kepadanya. Ingat senangkah nak percaya?

Kalau nak ikutkan, ateis lebih berasas hujah2 kehidupannya. Guna sains dan teknologi untuk membuktikan segala. Tapi sebagai orang beragama, kita ada sesuatu yang mereka tiada. Percaya.

Sebab bukan semua dalam hidup ini kita akan suka. Tapi agama ajar, yang baik atau buruk itu semua pemberian tuhan. Terima dengan redha. Kalau baik, syukur. Kalau buruk, sabar.

Tapi kalau kita buka mata luas2, yang dapat dilihat, seolah2 Islam itu bukan syumul. Seolah2 Islam itu bukan cara hidup. Seolah2 muslim itu tidak cukup dengan apa yang ada dan perlu cari dan cilok segala budaya dan ajaran agama lain untuk melengkapkan hidup mereka.

Kita.

Islam sebenarnya mudah. Jalan dibuka luas2. Kita bebas. Bukannya diharamkan ke atas kita daripada hidup. Tetapi kita dibatasi. Islam bukan agama mengurung kita dalam sangkar. Islam tidak mengikat kaki kita dengan rantai. Kita boleh berjalan dan berlari. Boleh terbang.

Tetapi Islam meletakkan sempadan.

Cuma yang menjadi masalah kita ialah sempadan itu selalu kita rempuh. Selalu kita pejam mata bila menghampiri sempadan2 itu. Selepas itu kita langgar dan melampaui sempadan itu.

Kalau nasi dalam pinggan, kita makan dengan teratur dan sopan, tiada sebutir yang jatuh pun, kalau jatuh pun kita kutip, maka bukan saja kita dapat makan semua nasi itu. Bahkan kita tidak mengotorkan meja.

Tapi kalau makan habis bersepah, berselerak, tumpah. Bukan saja kena kutip malah kena bersihkan meja yang kotor. Ada banyak yang terpaksa buang.

Islam benarkan kita makan guna tangan atau sudu. Bawalah pinggan ke mana2 saja. Tapi jangan tumpahkan. Makan baik2.

(analogi buruk tapi aku rasa kamu faham kot?)


Sebab kita lahir dan kita tanya tuhan.
Bagaimana cara nak hidup, tuhan?
Bila tuhan bagi jawapan, kita nak jawapan lain.
Kemudian kita cari jawapan lain.
Kita manusia bukan tuhan. 

Berhentilah menjadi tuhan oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, October 29, 2012

Freed, at last. Now let's move.


Assalamualaikum. Hye.

Time is flying by.
Death is near.

Life goes on.
Kill the fear.

Time is endless.
But it will end one day.

Life is short.
But we will find our way.

Praise, praise, praise.

Past is the monster.
Present is the key.

Future is the door.
Life is eyes to see.

Future lies beyond.
Death is the key.

Present is the pavement.
We walk to let it be.

Praise, praise, praise.

Chains are lifted.
Feet are free.

Hands up in the sky.
Let's move on, shall we?


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, October 24, 2012

Panduan Ringkas, Padat, Lagi Jitu Kepada Pelajar Yang Kehilangan Passport Atau Bakal Kehilangan Passport *EDISI KHAS PELAJAR MESIR*


Assalamualaikum. Hye.

Entry ini tidak universal. Aku tulis dari pengalaman aku saja sebagai pelajar Mesir Universiti Ainshams. Aku tinggal di Kaherah dan daftar sebagai ahli Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, dan aku datang ada tajaan. Jadi kes2 terpencil saja yang betul2 boleh revise guna entry ni.

Tapi sebagai guideline, boleh saja. Jadikan sebagai pengajaran. Bukan apa. passport tu kalau jaga sehabis daya pun kalau nak hilang, hilang juga. Kalau tak bawak dalam beg dan hilang diluar, rumah boleh dipecah masuk. Kalau rumah tak dipecah masuk, tetap ada possibility untuk terbakar ke, roboh ke kan. Banjir saja yang rasanya mustahil untuk berlaku. 

Okies. Summary ialah, beg aku kena curi. Jadi aku ni pesyen bawak segala mak nenek dalam satu beg sebab aku suka mudah. Bila2 orang perlu dokumen aku, aku boleh bagi terus. Tak payah bagi alasan "Tak bawak paspot. Tinggal dirumah. Nak balik ambik dulu", dan seterusnya melambatkan urusan.

Tapi risikonya itulah. Sekali hilang, meranalah hidup 44 hari 44 malam menangis air mata darah pun apa yang berlaku tidak akan berubah sekelumit pun ecewah sekelumit bagai ingat apa? Nak tulis karangan cereka SPM???

Jadi first step ialah, pergi buat laporan polis. Laporan polis mesti dibuat di balai polis dan bukan main calling2 ja. Buat laporan tu, pergilah bersama orang yang sudah berada di situ lama. Aku pergi dengan Ustaz rumah kedah tu lah. Senang sikit. Dia pandai cakap arab. Aku pandai "Ismak eyh" saja. Kahkah.

Nanti di balai polis, kena isi borang. Lepas tu bayar dia punya fees murah saja dalam LE1.50 camtu. Lepas tu nanti dia akan cop dan cop itulah yang akan digunakan untuk apply paspot kecemasan.

Maybe ada orang yang nak tanya balai polis mana yang nak pergi kan? Aku pergi balai polis di Awwal Abbas. Naik teksi dari Haiyu Sabek tu dalam LE12-LE13 tambang dia. Ikut la nak naik motor ke, jalan kaki ke, atau naik tramco kalau pandai cari dan tahu jalan. Kalau nak mudah naik teksi saja. 

Mahal sikit tak apa asalkan cepat setelkan urusan. 

Lepas tu lupa nak cerita. Kalau ada kad bank hilang sekali dalam beg tu (macam kes aku...huhu) maka silalah call bank dan freeze account secepat mungkin. Kalau boleh kan jangan ragu2 nak batalkan kad bank tu walaupun ada possibility orang tu memang salah ambil beg dan nak pulangkan beg kita yang hilang tu.

Aku report esoknya setelah beg hilang. Esoknya saja. Aku hilang waktu solat zohor, esoknya zohor aku sampai bank dan report, duit aku dah habis orang tu pakai dah. Sadis tak? Sila ubati kedukaanku dengan cara membelanja makan fast food seperti Hardees, Mo'men, atau Cook Door.

Jadi nombor bank anda boleh dilihat di kad bank. Apa punya bodoh kan? Dah kata kad bank hilang nak tengok macam mana kan? So carilah kawan anda yang ada kad dari bank yang sama. Atau pun berserah sajalah pada takdir. Hehe.

Ok sambung. Lepas tu kan, bila dah ada police report tu, silalah fotostat barang dua tiga salinan. Sebab nanti kita nak kena sediakan masa nak apply paspot baru.

Benda2 yang perlu ada ialah :
  1. Gambar 2 keping
  2. Duit LE98.75
  3. Bukti kita pelajar di Mesir. Guna saja translation result exam yang EME punya tu.
  4. Dokumen sokongan dari Malaysia.
  5. Preferably salinan paspot lama atau Ic atau kad pelajar.
Cara2 nak apply ialah pergilah ke Embassy di Muhandisin, Cara nak pergi dia senang saja. Sila ikuti panduan yang diberi. Hehe.

Mula2 naik metro yang berdekatan. Ambik direction Helwan. Lepas tu turun di Shohada. Tukar direction ke Giza pulak. Naik metro dan turun di stesen Dokki. Dari Dokki ambik teksi dan bagitahu dia nak pergi ke Masjid Mustafa Mahmud. Ejaan tak kisah sebab nak sebut nanti bukan dia tahu pun kita eja macam mana.

Kalau drebar buat2 blur, pandai2 la tukar masjid jadi masgid ke, gamek ke, atau sebut saja Safarah Malazi. Dia tahulah rasanya. Dah duduk Mesir jadi pemandu teksi kalau tak tahu direction memang nak kena lempang la kan. jadi drebar teksi buat apa kalau tak boleh communicate dan taki tau jalan ye tak?

Tambang murah saja. Dalam LE 6. Kalau naik teksi hitam yang tak ada meter tu, boleh mintak LE 5 rasanya. Trylah. Tapi jangan bagi lebih dari LE 6 kalau naik teksi yanh tak ada meter. Tapi kalau malas nak tukar2 metro, naik saja terus ke Sadat. Turun di medan Tahrir tu kan, kalau naik teksi dalam LE 8 kot sebab dari embassy memang aku balik ke Sadat terus dan tak naik metro Dokki. So tambang tak sampai LE 10 pun.

Bila dah sampai di Masjid Mustafa Mahmud, tengok2lah sikit memang embassy dekat sungguh dengan masjid tu. Gamak tak nampak juga, tanya pakcik polis yang berada berdekatan. Selalunya ada ja dua tiga orang polis dok melepak di situ.

Bila dah masuk embassy, ada akak receptionist akan tanya kamu dan direct kamu nak jumpa siapa apa semua. Aku berurusan dengan Mr Wassef. Mr Wassef ni kira okay lah. Dia tak banyak kerenah sangat. Sangat membantu walaupun birokrasi sangat menjengkelkan aku, tapi dia minimize la segala kerenyahan itu.

Jadi oleh kerana aku bawak dokumen original, dan aku tak ada gambar, maka mari aku cerita apa yang perlu dibuat.

Pergi simpang tiga yang ada masijid Mustafa Mahmud tadi, Kalau keluar dari embassy tu, pusing kanan ke simpang tiga tersebut, pastu ambik kiri. Jalan teeeeerrrrruuuuuussssss sampai nampak macam bangunan shopping complex tu, tak ingat nama apa. Pergi belakang dia, means that kena cross jalan la juga. Lepas tu proceed kiri lagi. Terus lagi, akan ada kedai gambar. Bolehlah ambil gambar di situ. Kalau nak mudah bawak siap2. Dekat2 dengan HSBC bank. Tak dekat sangat lah tapi area2 tu.

Kalau ada yang lagi dekat aku tak pastilah. Boleh juga tanya orang ramai.

Lepas tu fotostat dokumen pulak boleh cari kedai LOTUS. Kedai tu menghala nak ke embassy balik, tapi dia kena pusing ke kanan (kalau dari kedai gambar tu). Simpang ketiga kalau tak salah. Hahaha aku nak bagi direction memang fail. Tapi nak senang bawak siap2 lah kalau nak cari juga bolehlah buat explorace sikit.

Then bila dah siap, hantarlah borang yang diisi lengkap + Gambar + Bayaran LE 98.75 + Dokumen sokogan.

Lepas tu nanti dia buatkanlah paspot emergency tu. Paspot tu tahan setahun saja maka kenalah balik Malaysia untuk buat paspot baru. Aku plan nak balik masa winter tapi tak payahlah nampaknya. Tunggu kakak aku lah nak datang sini ke tidak sebab nak order barang2. Hehehe.

Cemasnyer sayer!!! Cemasnyer sayer!!!

Jadi aku harap kamu dapat idea lah apa nak dibuat kalau hilang paspot. Nampak mudah je kan repot polis, bawak borang pergi Muhandisin dengan dokumen sokongan, freeze akaun bank kalau kad bank hilang sekali. Haaa nantilah aku cerita pulak pasal birokrasi yang sungguh merepek2.

Sampai aku rasa nak mencarut2 dengan birokrasi ni. Maka aku akan tulis entry lepas ni bertajuk Babikrasi. Boleh?

Kalau ada soalan apa2 silalah tanya. Eh tapi kalau dah ada pengalaman atau dah tahu bolehlah pejam mata atau tambah mana yang patut. Jangan segan nak komen atau betulkan apa yang silap, tambahkan apa yang kurang.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, October 16, 2012

We are loved.


Assalamualaikum. Hye.

Yes we are!

Okies kan aku dah cerita pasal kes babi mendapat kuasa berdiri atas dua kaki, lepas tu dia curi beg aku tu kan, so far dah setel dengan bank dan dah dapat kad baru cuma passwordnya belum. Aku pun pelik juga tapi dah memang Mesir ni pelik2 sikit. Jeles pulak aku tengok kawan2 aku yang post gambar2 luar negara yang hijau dan biru, serta orang2 yang nampak peramah dan normal serta kurang annoying.

Ya. Bagi aku egyptians memang annoying kecuali prof2 di universiti. Orang educated agaknya. Jangan lepas tu nak soal "habis tu ulama2, imam2 masjid, dan prof2 di Azhar tu annoying jugak ke?" Perlukah aku jawab? Agaknya kalau aku buat general statement macam tu ada orang nak jadikan isu tak? Bukan boleh kira sangat. Update status yang normal pun ada orang assume aku tengah marah.

Oh lupa. Aku bukan retis. Jadi tak payah nak bajet sangatlah. Kahkah.

Mari kita revise bahawa kita semua disayangi. Siapa yang masih ada keluarga dan kawan2, kalau dia rasa tak disayangi, maka sila bawa ke hospital bahagia. Dia kurang kebahagiaan maka situlah tempat terbaik untuknya.

Rasa tidak bahagia itu penyakit. Lebih serius daripada kebodohan. Ini kerana, orang bodoh yang tahu rasa bahagia, lebih bijak daripada orang pandai yang tak reti nak bersyukur dan rasa bahagia.

Aku sendiri bukanlah pandai sangat sebab aku selalu rasa tak bahagia. Rasa tak cukup. Rasa nak itu dan nak ini tapi selalu tak dapat.

Ini pun penyakit juga.

Padahal apa yang ada di tangan dah terlalu banyak. Sampaikan tuhan ambil sikit dari aku. Kadang2 bila fikir, lelah juga rasanya. Kenapa tuhan begini? Kenapa tuhan begitu? Kenapa aku? Biasalah kan fikit macam tu. Manusia. Bukan selalu dia nak reti fikir guna otak yang dia ada. Kadang2 otak tu jadi hiasan saja. Kalau tak ada otak nanti kosong sangat pulak.

Kejadian beg hilang tu buat aku ingat yang aku ini, walaupun annoying nak mampus, dan bukanlah the most adorable in the group, at least aku masih ada family dan kawan2. Yang masih rasa risau untuk aku bila aku sendiri rasa macam nak menangis cuma tak nangis la kan dah nanti hilang macho pulak. Memang dah tak macho sejak azali kalau nangis nanti jadi apa? Negatif value terus. Kahkah.

Walaupun aku selalu kata "tak payah risau, aku okey, tak ada masalah, blablabla" tapi sebenarnya aku suka bila ada orang tunjuk keprihatinan mereka kepada aku. Kalau pun, tak payah nak ikhlas pun tak apa. Cakap saja "Ada apa2 bagitahulah aku", atau "kalau nak aku tolong apa2, cakap saja", dan yang sewaktu dengannya.

Percayalah. Aku takkan mintak apa2 pun dari kamu. Jadi tak payah risau. Kalau aku mintak pun aku tak mintak tak ketahuan. kalau aku mintak pinjam duit, aku bayar nanti kalau masih tidak mati. Kalau aku mintak pinjam barang, nanti aku akan bagi pulang.

Ada seorang kawan aku ni, masa hari aku hilang tu, dia tunggu dengan aku sekejap. Lepas tu dia kata "kalau ada apa2 call aku," padahal bukan aku call pun. Kahkah. Tapi rasa nak menitik la air mata.

It's just a good feeling. To know that there are some of those who care. Ya lah, pencuri tu konfermlah tak care kan? Babi sungguh la nak curi2 barang orang. Aku pelik jugak penjenayah2 ni semua. Tak kiralah perogol ke, perompak ke, pembunuh ke, pendera kanak2 ke, pengkomen first di blogserius ke, semua orang ni macam tak ada conscience. Kesian. Semoga mendapat hidayah untuk bertaubat sebelum mati.

Kadang2 tak payah nak usaha lebih. Just tunjukkan yang kita kisah. Cukuplah. Bukan aku cakap pasal aku lah sebab kalau nanti ada orang yang kamu sayang, tetiba dia ada masalah, tunjuklah yang kamu simpati.

Walaupun aku sendiri tak berapa nak buat, tapi tak salah kan kalau aku nak beritahu? Hahaha ya aku memang tak berapa nak sensitif dengan perubahan orang. Jadi kalau kau ada masalah tapi nak "Tak apa saya tiada masalah jangan risaukan saya saya ok" macam aku buat, sila berharap prihatin dan ihsan dari orang lain. Aku kalau kau kata ok, maka ok lah.

My family, aku kata ok pun mereka rasa tidak ok juga. Masih kirim duit juga. Aku plan nak beli Nokia cikai buat pakai sementara sebelum beli Padfone baru (berangan), kakak aku kirim henset baru juga.

Bila saat kita malas nak fikir pasal kita, tapi ada orang tolong fikirkan, maka itulah maksudnya kita disayangi.

Macam Allah sayang kitalah. Bukan dia nak turun depan kita tunjuk muka dan kata yang dia simpati. Allah sayang kita, dia tunjuk melalui orang2 di sekeliling kitalah. Kalau Allah tak "curi" beg aku, maka tidaklah aku merasa nak pergi balai polis, tidaklah aku merasa perasaan bila ada kawan hulur duit untuk tolong (tak mintak pun), tak merasalah ada orang melawat rumah sambil bawah henset yang dikirim dari Malaysia. Tak merasalah baca note handwritten dari keluarga. Ingat mudah ke nak rasa semua tu?

Semua tu ada harganya. Dan kalau kira2 apa yang hilang tu, apa yang aku dapat ni lagi mahal rasanya.


Ada orang tak pernah susah, dia tak dapat rasa betapa seronoknya perasaan bila ada orang hulur bantuan. Ada orang begitu kuat, dia tak rasa apa perlunya meminta pertolongan. Allah sendiri suruh kita minta pertolongan. Tapi dengan solat dan sabarlah. Aku ni kurang solatnya tapi insya Allah sabar aku ada walaupun tak seberapa.

Apa yang jadi ni, aku buat jadi pengajaran untuk aku lah. Jaga diri baik2 dan jangan selalu ingat kalau dah biasa terselamat maka hari2 lain pun takkan terjerat. Suatu hari mungkin berubah.

Dan tuhan sayangkan kita. Apa yang dia ambil, dia ganti yang lebih baik. Kalau bukan hari ini, esok. Kalau bukan hidup ini, nanti mati. Kalau bukan di dunia ini, di akhirat sana. Cuma percaya. Nak tahu apa cara nak buktikan Allah sayang kita? Nantilah aku cerita. Dah panjang sangat pulak entry ni.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, October 7, 2012

Fesyen Muslimah Terkini?


Assalamualaikum. Hye.

Mari jadi beriman dan beramal soleh sekejap. Sekejap saja sebab tahu dah lepas ni rasa macam nak mencarut. Kahkah.

Well, aku google la "fesyen muslimah terkini" dan bila pilih images tu, dia keluar benda ni. Muka2 melayu semua maybe sebab guna perkataan dalam bahasa melayu dia pun keluar result dari Malaysia lah. Haa elok. Bertambah keinginan aku nak mencarut dalam bahasa Melayu juga. 

Cuba tengok ni.

A: Ringkas tapi tak sesuai. Seluar tu bagi lebar sikit. Tudung tu pulak tak boleh lepas ke bawah ke?
B : Yang pasti bukan pengantin aku.
C : Kalau dah jubah kenapa kaki tu semacam ja bentuknya?
D : Tak ranggi mana pun dan aurat tak tutup sempurna.
Tudung tu aku tak peduli sangat... baju tu.. macam tak boleh nak ketat lagi.
Dan kemuncak carutan ialah benda ini. Silalah lihat. Mungkin aku saja kot yang rasa nak maki walaupun orang lain mungkin masih mampu bertenang. Kahkah alah maki di blog saja apalah sangat.

-Baiklah mari memaki. Sila mencarut tapi dalam hati sajalah-

-Tarik nafas... hembus...-

Perempuan2 sekalian, kalau dah rasa diri tu buruk, maka jangan sesekali memilih fesyen untuk mencantikkan diri. Kalau dah sedar muka tu ada lompang, jangan cari mekap untuk tampung kelompangan itu.

Nasiblah kalau nak rasa rupa tu tak cantik. Aku pun selalu ja rasa diri ni serba kekurangan tapi tak adalah aku nak pakai segala apa yang ada dalam majalah fesyen2 bertarikh mutakhir untuk menambahkan rasa rendah diri dan kekurangan diri. Hidup macam biasa sudah.

Dulu aku kenal satu ja baju muslimah. Baju yang labuh tutup bontot, lepas tu corak2 printed dekat bahagian penjuru bawah kanan atau kiri baju. Barulah kalau pakai tudung corak tu still nampak. Ya itulah baju muslimah.

Fesyen muslimah sekarang ni? Macam haram. Apa kejadah fesyen muslimah kalau benda yang nabi tak bagi itulah yang nak difesyenkan?

Aku ni lelaki jadi buat apalah nak concern sangat pasal muslimah2 punya fesyen ni kan. Memang aku tak kisah pun. Tapi kalau Maria Elena buat video hijab tutorial tu aku hentam tengok jugak. Minat punya pasal. Tapi bila tengok2 balik apa fesyen muslimah yang ada sekarang, memang sungguh annoying.

Cuba tengok Moslema in Style ni. Moslema tu muslimah lah kan? Ke aku silap? Kalau dah moslema tu maksudnya dia nak share fesyen yang Allah redha la kan?

Cuba la buka. Tengok2 website tu. Nilai2kan sikit. Manusia ni tak layak menilai tapi tak apalah sekali sekala. Tengok dan compare dengan ilmu yang kamu sedia ada. Moslema kan style itu? 

Believe it or not, sebenarnya "fesyen muslimah terkini" itu hanyalah meraban semata2. Muslimah2 sebenarnya ada fesyen yang lagi best. Fesyen yang bukan terkini bahkan fesyen sepanjang zaman! Haa siap dah ada tanda seru betapa terujanya aku nak sampaikan mesej ini.

Aku tak pandai korek dalil jadi aku share benda simple yang semua orang familiar lah. Kalau ragu2 sila tanya ustaz. Insya Allah aku share benda yang rasanya semua orang sedia maklum.

Fesyen muslimah sebenarnya dah diperkenalkan konsepnya sejak dulu lagi. Dalam Alquran ada sebut labuhkan tudung ke dada, nabi dah pesan jangan pakai pakaian yang ketat menampakkan bentuk tubuh, pernah nabi berkata kepada Asma pasal yang perempuan tak boleh dilihat kecuali ini saja sambil buat isyarat muka dan tapak tangan. Ada kan? Familiar kan?

Itulah fesyen muslimah. Fesyen yang bukan dibuat oleh nama apa yang dalam link aku mula2 tadi tu? Aku pun tak baca. Menyampah tak hengat. Macam Lady Gaga pakai tudung. Muslimah ke?

Orang perempuan dah sedia cantik. Pakailah baju2 yang cantik. Tapi jagalah adab2 fesyen muslimah yang agama dah ajar. Buat apa nak ikut trend terkini kalau kamu ada trend sepanjang zaman? Trend pakaian yang digariskan oleh nabi? Yang diinspirasikan oleh Allah? Yang sepatutnya menjadi trend sampai kiamat?

Sebenarnya nak pakai apa pun pakailah. Nak bergaya dengan jaket? Haa pakai. Nak lilit kepala dengan shawl kaler pelangi? Haa lilit. Cuma apa yang asas tu jagalah. And believe me. Tak payah pakai mekap kalau nak nampak muda. Tak payah baju bling2 kalau nak nampak cantik. Sudahnya tarik perhatian lelaki juga. Tapi lelaki jenis mana? Bila ada Islam nak jaga...

Tapi, last2 muslimah pilih nak pakai macam barat juga. Nak ketat2 juga. Nak pakai bagi nampak pinggang juga. Nak mekap tembok besar China juga. Nak tumit tinggi juga. Tumit tinggi kalau kain labuh elok tak apa juga tapi tumit tinggi pair dengan seluar ketat bagi nampak bentuk kaki. Stokin pulak tak pakai apa jadah pakai stokin dengan heels. Elok lah elok.

Tu belum kira lagi yang memang jenis tak mahu pakai tudung, tunggu tua nak mati baru mau taubat kot? Kenapa eh? Kenapa?

Nah meme aku buat sendiri. Rasanya dah banyak orang buat tapi tak apalah. Sila share kalau rasa bermanfaat.

Ok. Munginlah peragaan fesyen muslimah2 yang ada ciri2 Lady Gaga pakai tudung ni tujuannya untuk tampak cantik di mata suami ke apa kan. Baguslah itu tujuan murni. Cuma kalau betul2 nak murni, ajar cara pakai yang selamat dulu biar semua ikut baru masuk bab2 fesyen untuk suami.

Ini tidak. Nak berfesyen sambil bergaya sambil menutup aurat konon. Last2 tutup aurat jugak yang compromised. Ketat habis baju jadinya. Singkat habis tudung jadinya. Nanti aku tulis pasal tudung singkat pulak oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, October 5, 2012

Selfish Thoughts : Muafakat Membawa Almari


Assalamualaikum. Hye.

Kadang2 kena fikir diri sendiri juga. Ceritanya pasal pindah rumah. Sekarang musim pindah rumah lagi di Mesir. Banyak sungguh orang pindah rumah.

Aku pulak ada penyakit misteri. Peyakit misteri ini tidak memungkinkan aku buat kerja berat. Dan kesan penyait ini memang aku tak boleh buat kerja berat. Nama penyakit ini ialah Penyeganomia Pemalasiasis.

Jadi aku memberi cadangan2 seperti berikut

1... Pilih rumah tingkat rendah2 sikit.

Tingkat paling atas tu lah orang nak sewa. Haish.

Sila elakkan duduk tingkat 18. Lepas tu nak pindah pergi tingkat 25 pulak. Mati lah camni. Aku faham rumah bukan kosong ikut suka hati mak bapak kita tapi usahalah cari rumah yang rendah2 sikit. Tingkat 3 ke tingkat 4 ke boleh tahan lagilah.

2... Perabot yang sederhana

Almari besar macam ni... tah2 bawak pergi Narnia... kahkah

Mungkin sungguh mustahil nak dapatkan rumah yang dekat dengan universiti, lepastu selesa, lepastu tingkat pulak rendah tak payah naik tangga tinggi2. Ok payah nak dapat rumah idaman macam tu. Fine. Duduklah tingkat sepuluh pun tak apa lah.

Cuma almari tu kalau boleh tak payahlah besar 3x saiz orang. Nak mengangkatnya pun jenuh juga. Realiti kehidupan tak macam Popeye makan bayam terus kuat. Kalau camtu senanglah nak pindah rumah ja sedia bayam banyak2. Kahkah.

Kenapa?

Bukan apalah. Mungkin aku saja yang tak larat nak angkat atau malas atau memang betul pun dua faktor di atas menyebabkan banyak masalah. Contohnya, perabot lawa beli mahal2, lepas tu nak diangkat ke tingkat 7 tingkat 8. 

Lepas tu yang angkat pun bukannya angkat elok2 dengan tangga apartmen pun sempit, tak rata apa semua. Lepas tu terlanggar2 dinding, mulalah nak rosak, lekang sini sana, tercabut lacilah, pintu terkeluarlah, semua ada.

Lepas tu orang yang angkat pun bukannya ada jaminan selamat. Maunya terhempap almari besar tu? Mana nak tahu kan? Kalau dah nak jadi boleh buat apa sangat?

So pakailah almari kanvas yang boleh lipat2 tu. Ringan pun ringan. Angkat sendiri pun boleh. Misalnyalah.

3... Salurkan harta pada jalannya.

Hulur sikit ja. 

Kalau dah kata rumah tu selesa, elok, insya Alah nak duduk situ lama, maka belanjalah sikit duit tu. Kalau ikut kepala otak aku, aku cadang upah orang Arab ja angkat benda2 berat tu. Mereka lain gagahnya. Angkat peti ais sorang2 ja tak macam orang kita.

Insya Allah tak sampai tahap kebuluran pun kalau upah orang arab angkat barang. Tak payahlah suruh dia angkat semua. Memanglah mahal. Bagi yang besar2 sudah. Yang kecik2 biar orang kecik2 bawak. Ok jugak apa.

Kuat gitu macam badak sumbu.



Heehee aku sedang menantikan dan expect nanti ada orang nak kata 

"buatlah ikhlas kerana Allah nanti akan dimudahkan urusan" 

"orang lain yang kecik dari hang pun angkat banyak dari hang tak banyak mulut pun" 

"kalau takmau tolong tak payah... duduk rumah update blog jaa"

Macam2 pendapat orang. Tak apa aku ada pendapat sendiri. Lagipun ini selfish thoughts saja, Of course aku mengutamakan diri sendiri dah nama pun selfish. Ini cadangan2 bernas dari aku melihat kepada keadaan semasa. Sila buat2 tak kisah kalau suka. Kahkahkah.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, October 2, 2012

My First...


Assalamualaikum. Hye.

Haaaa ada lah aku baca blog seseorang ni dan dia macam buat tag2 gitu. Walaupun dia tak tag aku tapi aku tag diri sendiri sebab takda idea nak tulis entry (ada tapi macam nanti2lah) maka terhasillah entry ini. Hehe.

Tulis pasal pengalaman pertama gitu. Pengalaman apa yang aku rasa best? Hummm tah la sebab setiap kali buat apa2 pun aku macam biasa2 ja sebab aku bukan jenis enthusiastic ka apa. Buat bagi siap sudah. Sungguh tidak bersemangat waja.

Anyway here goes...

1... My first membuka mata melihat dunia

Ok aku tak tahu macam mana nak explain. Tapi sure everyone knows yang dulu2 masa kecik2 kita tak ingat apa2 dan tiba2 eh aku ialah seorang manusia kanak2 yang bila guna bilik air tak tutup pintu pun tak rasa apa2. Kan kan kan? Lepas tu sakit perut nak berak pun dah kita faham sakitnya macam mana, pening kepala macam mana, kenal ahli keluarga, belajar nama sendiri dan macam2 lagilah.

Yang aku ingat sampai sekarang, that moment ialah aku tengok mak aku tengah pakai telekung. Masa tu aku ingatkan semua benda macam tu lah - putih... besar... berkibar2... sekejap tinggi sekejap rendah...



2... My first kawan

Yang ni sweet (lah konon). Aku ingat lagi kawan pertama aku ialah Siti Nur (nama dieja variasi dari sebenar) dan dia ialah jiran sebelah rumah aku. Dulu duduk rumah teres kembar2 dengan jiran sebelah tu. Aku duduk mencangkung tepi pagar dia pun duduk mencangkung tepi pagar, berkenalan. Pastu mak dia keluar tengok aku sambil kata "Heee apa tu?" pastu gelak2 sikit.

Aku blur2 tapi baru perasan yang aku pakai baju saja tak pakai seluar. Masa tu kecik sungguh lagi tak apa. Cuba kalau dah umur 20 gini buat macam tu - pakai baju tak pakai seluar duduk mencangkung tepi pagar rumah orang. Konferm kena angkut pergi balai tak pun Tanjung Rambutan.

Oh Siti Nur dah nak kahwin pun. Bulan Disember ni kalau tak silap.



3... My first painful experience

Aku ni tak lasak sangat orangnya. Setakat naik basikal keliling taman tu selalulah. Main bola pun tak reti. Jadi aku tak pernah la nak accident teruk2 ke, jatuh basikal sampai patah2 gigi ke apa. Maka pertama kali aku rasa sakit nak mampus ialah ketika...

Berkhatan.

Klinik Dr Ismail. Aku ingat lagi klinik tu cuma tempat dia kalau suruh bawak aku lupalah sebab dulu pun ayah aku yang bawak. Khatan ramai2 dengan kawan2 waktu cuti sekolah. Aku kira wasatiah la tak meragam sangat dan sembuh pun tak laju sangat tak lambat sangat. Yang aku ingat ada mak aku buat air teh pekat yang kelat gila babibubebo, pastu siram. Keruping2 tertanggal dengan jayanya.



4... My first membekukan diri

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi pengalaman rasa sejuk nak mampus ialah masa mendaki Gunung Kinabalu. Memang best mendaki dengan kawan2 ni. Pertama kali pulak tu. Semua bebudak sekolah aku ragu2 dengan keupayaan aku sebab aku di sekolah tak main sukan apa2 dan waktu riadah pun mengular di dorm tak pun join geng2 gosip. Kahkah.

Tapi aku sampai gak kat atas tu. Sila cari 'Gunung Kinabalu' di Sesedapedia untuk mendapatkan bukti. Hehe.

Sabah memang best. Nyamaaaan ja. Di atas gunung tu lagilah membeku terus. Probably sebab panjat waktu malam kot. Aku hampir jatuh masa panjat area berbatu. Kaki macam tergelincir la masa pijak batu2 tu. Tapi pakcik yang jadi guide tu macam support aku la dan tahan so tak jatuh. Kalau tak, mungkin entry ini tidak wujud. hehe.



5... My first time nak berjiweng

Love at the first sight kononnya. Tapi dua kali aku rasa benda yang sama. Cuma yang kali pertama tu tak kekal la sbab sekolah rendah lagi. Tak baligh lagi pun. Kahkah.

Yang kedua tu... hahaha tak pa lah biarlah rahsiaaa.



Ok macam tak best ja. Tak apalah saja nak share dan kongsi2 gitu. Nanti lepas ni boleh cerita pasal kuliah pulak. Semalam target aku tercapai la nak baca topik yang diajar pada hari yang sama. Sekali topik tu introduction ja patut la sel kepala aku macam tak rasa serabut. 

Cuba bukak tengah sikit, tak sampai 5 saat weyh aku tutup buku tu. Kahkah. Semoga aman dan dapat konsisten. Doa2kanlah aku berjaya pass tahun tiga ini dengan jayanya insya Allah.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)