Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, September 25, 2012

Taik Tepi Jalan


Assalamualaikum. Hye.

Jalan2 nampak taik, lepas tu dah tahu taik tu busuk, pegang dengan tangan dan bawak jumpa orang atau kawan dia, lepas tu kata;

"Eiii busuknya taik ni. Kan? Busuk kan?"

Lepas tu kawan dia tadi tu kata;

"Ha ahh la. Busuk. Macam babi busuknya."
sambil calit sikit taik tu.

Lepas tu jalan2 lagi jumpa kawan dia pulak.

"Eiii busuknya taik ni. Kan? Busuk kan?"
"Ha ahh la. Busuk. Macam babi busuknya."

Sampai taik habis dicalit, tengok kiri tengok kanan.
Nampak taik baru, yang lagi busuk...

Calit sekali lagi.



***

Yang jenis ni pun banyak juga.

My exact feeling whenever I see people are spreading shits on their fb walls. Kadang2 tu, mereka sendiri tak suka apa yang mereka lihat tu tapi nak jugak letak di wall masing2. Lepas tu nak marah2 nak kutuk2. Lepas tu ada yang join sekali dan mereka pun syok lah kot?

Kalau dah tak suka, tengok sekali lalu sudah. Benci dengan hati dapat jugak pahala. Tapi nak jugak share lepas tu ramai2 maki sana sini. Best ke?

And I'm doing the same thing now. Shit me this once. Only.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, September 24, 2012

Freedom of speech my ass


Assalamualaikum. Hye.

Dalam dunia ini aku rasa freedom of speech ialah sesuatu yang ideal. Maka apabila sesuatu itu ideal, ianya tidak akan dapat wujud di dunia yang serba tidak ideal ini. Jangan salah faham. Bukan aku nak kata dunia ciptaan tuhan ini tidak sempurna, tidak ideal. Tapi hakikat aku perlu highlight 'jangan salah faham' itu sendiri sudah membuktikan apa yang aku kata ini.

Freedom of speech kepala otak hang kalau apa aku kata sikit pun hang nak bantai balik. Haa gitu.

Biar aku bagi satu contoh mudah. Cuba buat eksperimen ini di Fb. Update status berbunyi "Babi sungguh comel. Looks cute and adorable. Pink kaler is my faveret xoxo"

Expect what to come. Aku rasa paling mukhaffafah pun orang akan sindir balik "Woi apa merepek post pasal babi? kahkah" itu kira bagus lah tu tak marah atau maki atau bagi dalil akan status babi itu haram mughallazah. 

Dan sebab benda itu boleh dikatakan sebagai jenaka. Babi, kalau disebut ketika tersasul boleh membuatkan orang ketawa. Aku ingat lagi ada kawan aku di sekolah dulu, Ainina (bukan nama sebenar) pernah irritated dengan seorang budak laki yang dok buat lawak pasal dia. Dia telah terbabi secara bawah sedar. Aku terbeliak mata sambil sengih2 menahan ketawa sebab aku rasa lawak. 

"Perempuan kalau mencarut tapi bukan sebab nak mencarut yakni carutannya itu tak sengaja ialah sangat lawak."

Pasti ramai yang akan memberi pendapat masing2 pasal ayat di atas itu. Ada yang setuju dan turut mengiakan dan akan ada yang bantah mengatakan mencarut itu haroommm tak cium bau syurga.

Freedom of speech sebenarnya istilah yang dipendekkan. Ayat sebenar dia mungkin sekali berbunyi "Freedom of speech which means you can talk shits and have to endure shits people talk back about the shits you mentioned earlier."

Contohnya isu hina nabi, bila ada yang respon kepada hal itu dengan pelbagai cara, ada yang demo, ada yang tulis entry blog, ada yang maki hamun di youtube, ada yang buat tak tahu, ada yang macam buat tak tahu tapi sebenarnya dia tahu cuma dia tak demo la sebab dia rasa ada benda lain yang lagi awla, ada yang memang tak ambil tahu, dan ada juga yang sungguh berkesedaran tinggi turun mengajak orang sama2 membantah filem itu tapi nak mengajak orang solat pun dia tak buat.

Nampak tak bagaimana aku sendiri ada pendapat, dan aku merasakan pendapat aku betul, dan aku menidakkan pendapat orang lain? Nampak tak bagaimana orang lain merasakan pendapatnya betul dan menidakkan pendapat aku? Nampak? Freedom of speech sangatlah tu.

Kau nak tahu? Kalau ada orang Kristian cakap yang Jesus itu anak tuhan, Jesus is a god in human flesh, itu juga haknya dah kau kata freedom of speech kan? Apa maksudnya kalau kita sebagai muslim nak interfere dan mengatakan yang Jesus is a mere prophet not a god and stuff.

Kita dah breach dia punya freedom of speech someway somehow.

So I thought, freedom of speech terpaksa didefinisikan semula. Kita sebenarnya bukan boleh cakap apa saja yang kita nak. Sebenarnya boleh, tapi apa yang kita katakan tu kita kena bertanggungjawab lah. Tak setuju dengan seseorang tak bermaksud kau perlu ubah dia. Sebab kau pun bukannya betul sangat.

Sebab itu dalam masalah feqah pun banyak benda yang bercanggah2. Dulu dengar korek hidung batal puasa. Lepas tu ustaz tu kata tak batal puasa. Lepas tu kau pulak kata batal puasa. Bila tiba Ramadan dua2 pening.

It's all in what you believe. Kalau kau percaya yang itu maka hold on to it. As long as benda tu tak bercanggah dengan yang asal lah. Kalau mengaku Islam tapi mengaku Jesus itu anak tuhan, maka itu dah lain jadinya. Tapi kalau mengaku Islam, sebut hallelujah yang sama maksudnya dengan Alhamdulillah, atau kata I love Jesus dengan kefahaman yang Jesus itu Isa dalam bahasa Inggeris, dan beriman yang nabi2 semua perlu dicintai, hatta menyanyi lagu krismas pun kalau kau setakat nak nyanyi sebagai muzik dan bukannya nak beriman dengan lagu tu, apa masalahnya?

Dan tunggulah nanti berapa ramai yang akan bagi dalil haramnya muzik, apatah lagi muzik yang berunsur agama selain Islam, dan itu dan ini.

Nabi dah pesan kalau tak ada benda baik untuk dicakapkan, lebih baik diam. Itu sendiri dah cukup jelas speech is not that free. Freedom of speech must be within limit. Sounds better, huh?

Asal ada isu apa2, selalunya akan ada 3 sides. Your side, my side, and the truth. The truth tu hanya Allah yang tahu. Kau percayalah macam mana yang kau nak percaya. Aku akan percaya apa yang aku percaya. Kalau nak discuss dipersilakan. Nak debat pun boleh. Dan selepas itu kalau aku memilih untuk percaya apa yang kau percaya atau kau nak percaya apa yang aku percaya, terpulanglah.

Kalau tak mahu pun tak apa. Selagi mana kenal diri masing2, tak ada masalah pun sebenarnya.

Bahayanya freedom of speech ialah speech can influence people. Good speaker with a good speech text boleh ubah kebenaran misalnya peguam yang membela penjenayah atau ustaz korup yang mengguna agama untuk kepentingan diri.

Speech juga mampu ubah pemikiran masyarakat seterusnya mencetuskan huru-hara sama ada kesan akhirnya nanti baik (macam di Mesir) atau kesan akhirnya macam haram (contohnya di Malaysia).

Mesti ada yang tak setuju dan nak kata sesuatu. Hahah.

Susah kalau kita betul2 nak amalkan freedom of speech ini. Sebab tu ada wahyu untuk guide. Sebab tu dalam Alquran sebut berbahaslah dengan baik. Sebab bila adanya hal ini, semua orang pakat nak cakap, pakat nak bagi pendapat, maka terpaksalah tadah telinga walaupun pendapat tu bukan yang kita mahu dengar.

Jadi kalau kau rasa apa yang kau cakap tu ada sandarannya, maka percayalah dengan itu. Kalau terbukti salah apa yang percaya itu, terimalah dengan hati terbuka. Jangan ego. Kalau kau betul dan dia pun tak salah, which is the mostly occurring circumstance today, so masing2 belajarlah terima perbezaan.

Kalau kau salah sekalipun tapi tetap mahu betul juga, percayalah kau betul. Tapi kalau kau dibetulkan, sakit telinga berdarah luka sekalipun, tahankan saja. Kau tak boleh paksa orang lain percaya macam kau percaya. Tapi kau boleh yakin kau betul sebetul2nya. Pilihan masing2lah tu.

Dan dan dan, bila orang yang tak faham satu haram pun pasal freedom of speech tapi nak jugak bercakap, itu tetap freedom of speech juga. Kan aku dah kata benda ni bukannya ideal. Masing2 punya kepala otaklah. Sebab kalau semua benda nak ikut kepala otak kau, habis kepala otak aku ni nak letak mana?

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

Tuesday, September 4, 2012

Waktu ini


Assalamualaikum. Hye.


Bumi ini luas.

Waktu ini, kita boleh gelak2, cerita2, suka2, luang masa dengan kawan dan keluarga.
Waktu ini juga, ada kawan kita tengah menangis.
Waktu ini juga, ada orang berkahwin.
Waktu ini juga, ada orang kehilangan ahli keluarga.
Waktu ini juga, ada orang meninggal dunia dalam kemalangan.

Ada orang sedang sakit.
Ada orang memanjat bukit.
Ada orang dirompak.
Ada orang tidak nampak.
Ada orang tulis blog.
Ada orang baca blog.
Ada orang naik pangkat.
Ada orang solat sunat.
Ada orang mandikan mayat.
Ada orang menang loteri.
Ada orang hilang isteri.
Ada orang tunggu mati.
Ada orang sambut hari jadi.

Dan bumi ini berputar. Kita akan rasa juga yang lain. Suatu masa.

Tak perlu terkilan kalau tak dapat nak meraikan semua.
Tak perlu terkilan kalau tak dapat menangisi semua.
Tak perlu terkilan kalau tak dapat berada bersama dengan mereka semua.

Waktu ini, waktu kita. Apa yang kita ada, hargai seadanya.
Tuhan ada. Minta dengan dia. Cakap "Tuhan, aku mahu keberkatan usia".

Amiin.

*Dah lega demam. Kepala still pening tapi tak sedahsyat semalam. Mandi2 apa skit oklah ni insya Allah. Maka malam ini bolehlah keluar jalan2 bershopping sakan.

Hohoho okbai

Thanks for reading. Bye ;)