Pemollow

THYB on Facebook

Saturday, July 21, 2012

To Fasting With Grace


Assalamualaikum. Hye.

Selamat berpuasa.

Hari ni dah 2 hari berpuasa di Mesir. Kawan aku kata bab2 ni kena ikut ulama setempat so sebab itulah kami di Mesir sekalipun lewat 6 jam dari Malaysia, tetap puasa Jumaat sedangkan orang2 Malaysia Sabtu baru mula kan? Haha tak apa tak ada masalah pun.

Cumanya bila bab2 puasa ni ada banyak benda yang orang cakap yang disampaikan kepada aku, yang bagi aku menyebabkan puasa tu jadi susah. Puasa is easy. Susahnya sebab kena tahan itu dan ini. Benda2 yang besar dan jelas kepentingannya. Jadi please don't spread words yang boleh buat orang rasa 'uuurrghhhh ini pun tak boleh ke? or something like that.

1... Kentut dalam air

Yang ni aku dengar dari kawan aku. Dia kata kalau tengah mandi, jangan kentut sebab nanti angin keluar maka pressure dalam bontot akan menurun dan menyedut air ke dalam maka akan batal puasa. Ni mesti baka Albert Enstein ni. Tak pun keturunan Isaac Newton.

Fine. Bagi aku dalil sahih atau sokongan mana2 ulama baru aku percaya. Ini sekadar teori sains. Baru baca bab Pressure kot lepas tu kelas Syariah pulak lepas tu kan. Maka kononnya nak integrasikan ilmu agama dan sains lah agaknya.

Kita basuh berak, sembur air direct ke lubang bontot, siap gosok lagi. Aku rasa kalau air nak masuk, lagi banyak dia masuk waktu tu. Ada batal puasa kalau basuh berak?

2... Korek hidung/telinga

Paling femes dari banyak2 taboo puasa. Hampir semua orang akan memandang serong kepada pengorek2 hidung. Batal puasa katanya. Well, bab ni aku berpegang dengan penerangan dan pendapat yang aku belajar di sekolah dulu.

Rongga yang membatalkan puasa ialah rongga perut. Yakni yang utama ialah mulut. Telinga kalau ada saluran direct ke perut maka kamu ialah alien. Alien tak wajib berpuasa sebab dalam Quran sebut ya ayyuhallazina aamanu kutiba alaykumussiyaam dan tidak sesekali menyebut alien di dalamnya.

Ustaz aku dulu bagi indikator kenyang. Kalau kata rongga perut itu maksudnya sampai ke perut. Maka rasa kenyang. Kalau korek hidung itu mengeyangkan, maka mustahillah timbul masalah kebuluran di Uganda dan Ethiopia.

Lagi satu, memasukkan sesuatu ke dalam rongga itu membatalkan puasa tapi gosok gigi makruh ja pulak. Guna miswak boleh pulak. Padahal genyeh benda tu dalam mulut sama ja dengan korek hidung. Dah la gosok gigi guna berus gigi dan ubat gigi. Ubat gigi pulak berperisa strawberi (yang brand KODOMO LION dulu2) kan terang2an makanan tu?

Korek hidung guna jari bukan pernah ada orang salut jari dengan madu ke, peanut butter ke, baru korek kan? So tang mana yang batai posa nih? Ahh malas nak panjang2.

Aku google image jumpa dia ni. Halal lah yer.

Aku nak kata yang korek hidung tu tak batal puasa ja. Bukan aku suruh "koreklah hidung di bulan puasa secara istiqamah" pun. So kalau takda keperluan tak payahlah korek. Tapi kalau dah gatal hidung, atau taik hidung memenuhi ruang, bila hembus nafas pun sebiji2 keluar, still takmahu korek?

Itu pengotor dan Islam tak ajar umat jadi pengotor. Korek boleh, tapinya jangan selit bawah meja, apatah lagi menggentel2 lalu dicalit ke seluruh alam cakerawala. Lepas korek masuk mulut, itu sah2 la batal. Sungguh paradoks ayat itu.

3... Telan kahak

Benda ni banyak kali jugak aku dengar dan banyak kali jugak berubah2 pendapat yang aku dengar tu. Sekejap ada yang kata tak batal puasa kalau tehan kahak. Baru2 ni ada jugak aku dengar yang kata batal puasa kalau telan kahak.

Ok mari kenalpasti beberapa jenis kahak.

Pertama, jenis HUAARKKHHH..... PTUIHHH! Kahak jenis ini dibatukkan dalam tekak lalu dimuntah keluar. Muntah secara sengaja batal puasa tapi yang ini kahak di tekak saja maka tak batal. Kalau muntah dari perut tu baru batal kan?

Kedua, jenis HUAARKKHHH..... GUULLPPP! Kahak jenis ini dibatukkan dalam tekak lalu ditelan terus tanpa waswas. Dulu2 aku baca, kahak ni sama tarafnya dengan air liur maka tak apa kalau ditelan. Tapi ada juga yang aku dengar, batal puasa kalau telan.

Ketiga, jenis HUAARKKHHH..... EERRGHHH PUI PUI ERGHH HUARKHH GULLPPP! Kahak jenis ini dibatukkan dalam tekak, cuba dimuntahkan, tapi oleh kerana kurang praktis, maka proses permuntahan itu tidak lancar. Sebahagian kahak pecah dalam mulut, diludah2kan saja, dan sebahagian lagi masih melekat di tekak lalu ditelan.

Yang lagi dahsyat, dikulum2 sebelum ditelan. EEUUYYYUUWW~

Contoh rupa kahak ihsan dari google.

Kalau yang jenis ni rasanya memang batal la kot sebab benda tu dah ada dalam mulut kan. Patutnya kumur2 dan ludah je la kahak tu kan? But seriously part kahak ni aku tak sure sangat. Silalah rujuk pakar. Bukan apa kot2 la demam ke sakit tekak ke waktu puasa ni, tekak berkahak memanjang, haaa takdalah nanti nak menghadapi kesukaran menentukan status puasa.


4... Tidur sepanjang hari

Tidur tidak membatalkan puasa tapi sangat mengurangkan produktiviti puasa itu sendiri. Kalau nak tidur2 sebab2 letih penat tu ok jaa takda masalah tapi kalau tidur lepas solat subuh, bangun pukul 4:30 petang solat zohor sepuluh minit, masuk asar solat asar, lepas tu tidur tunggu maghrib, buka puasa, makan, solat maghrib, isyak, terawih lepas tu layan movie sampai ke sahur, dan proses yang sama berulang.

Rugi.

Lebih baik update blog. Tak pun kalau nak jadi orang beriman dan beramal soleh, tadarus alQuran ke, berzikir ke, dapat gak pahala berlori2.

5... Terawih 8 VS Terawih 20

Aku ingat benda ni ialah sejenis pilihan. Ya lah bukan semua orang beriman dan beramal soleh macam kamu. Aku contohnya, hanya buat 8 rakaat dan tambah 3 witir. Tapi bila tengok2 balik ada ja lagi yang masih memanjangkan isu ni. Bab ibadah, Allah yang nilai.

So pengamal terawih 8 jangan dok kata pengamal terawih 20 itu pulun. Bagus la mereka buat lebih. Pengamal terawih 20 pulak jangan kata pengamal terawih 8 itu pemalas. Ingat tuhan suka orang yang berlagak dan memandang rendah orang lain?

6... Pasar dan bazar

Adakah bazar itu ialah pasar yang disebut dalam loghat Uruguay?

Ramai yang mengatakan bulan Ramadan ialah bulan pembaziran, bulan pesta makanan, dan bulan2 lain yang sungguh negatif bunyinya.

Aku tak setuju. Aku rasa bulan Ramadan ialah bulan produktif. Bulan yang mana Mak Timah tidak hanya menjual pisang goreng dan keropok lekor di gerai bahkan ditambah dengan bihun goreng, bebola sotong, nasi ayam, nasi tomato, apam balik, apam belum balik, cincau, lengkong, hatta kingkong sekalipun kalau boleh jual dia nak jual.

Betul lah jugak orang membeli makanan macam nak mati esok. kalau boleh semua benda nak beli tapi tak habis pun last2 buang. Sangat membazir. Pembaziran itukan amalan syaitan. Habis syaitan dirantai time Ramadan, kita pulak nak menjadi syaitan ni memang tak patut lah.

But still, Ramadan is the time where we can find all the joy of food. Memang sepatutnya kita hargai kesenangan yang kita ada. Ada orang tak dapat makan sepanjang tahun. Kita kena bersyukur dan bersimpati. Memang itu pun what Ramadan is all about.

Jadi, sila salurkan kegilaan membeli makanan itu secara betul. Beli banyak2 buat makan2 dengan kawan2 ke, beli dan sumbang ke rumah anak2 yatim ke, jadi sukarelawan dan sedia makanan di masjid untuk fakir miskin berbuka ke, apa2lah.

Dan jangan sesekali memperkecilkan usaha peniaga2 untuk menyediakan apa juadah yang kita mahu makan. Bila lagi mereka nak untung berlipat ganda? Bukan pahala ja 70x ganda. Untung jual air sirap pun mencecah 70x ganda jugak.

Berpada2lah sewaktu mebeli, dan makan, dan janganlah nak bazir2.Tapi aku rasa peniaga yang overdo meniaga atau pembeli2 yang sakan membeli sampai tak solat maghrib lebih perlu dirisaukan daripada masalah pembaziran. 

Pelbagai kuih. Aku paling suka kuih2 yang manis dan bertekstur lembut. 




Setakat inilah saja aku nak merepek. Mari bertadarus dan baca Alquran banyak2. Tak khatam pun tak apa tapi eh kenapa tak khatam? Tengok Running Man banyak sangat ke? Haha whatever. You choose how to spend your Ramadan.

It's once a year. Dan ada orang yang even tak sempat nak sambut Ramadan tahun ini. So kita yang sempat, why not take this opportunity kan?

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

Thursday, July 19, 2012

Boleh bawak henfon ke sekolah! YAY!


Assalamualaikum. Hye.

Alhamdulillah. Aku baca2 di facebook ada ura2 mengatakan yang kementerian akan membenarkan pelajar2 sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun depan. Ini bagai mimpi jadi nyata. Walaupun aku dah tak sekolah, maksud aku, aku sekarang ni pelajar universiti. Memang boleh bawak telefon bimbit.

Jadi aku tumpang gembira untuk kalian para pelajar sekolah ni. Alhamdulillah. Mari sujud syukur dan berterima kasih kepada kementerian. Mari bertasbih memuji Allah Taala kerana ada menteri yang bijak memahami keperluan dan kehendak pelajar2 sekolah masa kini.

Telefon bimbit bukan lagi barang kehendak. Zaman sekarang ni zaman teknologi. Era baru. Pemikiran pun kena baru. Tak boleh kolot nanti jadi katak pisang di bawah tempurung kelapa. Cikgu2 yang membantah perkara ini mesti dari kalangan orang2 kolot juga.


Asyik2 nak fikir negatif saja pasal pelajar2. Bimbang masalah kecurianlah, masalah tak tumpu pelajaran dalam kelaslah, masalah kongsi gambar dan video lucahlah, masalah bergayut dengan aweklah, aduhai sila positive thinking sikit boleh tak wahai guru?

Mak bapak pun tak payah lah risau sangat. Kan mak bapak dah bagi didikan sempurna kepada anak2? Jadi percayalah kepada mereka. Belikan mereka telefon bimbit yang baru2 dan canggih2, biar dibawa ke sekolah. Nanti dipuji kawan2, mak bapak jugak tumpang kembang hidung.

Para pelajar pula, boleh gunakan peluang keemasan ini untuk menambah ilmu di dada. Dengan adanya telefon bimbit, mudahlah nanti untuk berbincang pasal pelajaran, tambah pula kalau telefon bimbit itu ada kemudahan browsing untuk melayari internet dan laman sosial, barulah up to date dengan isu2 semasa.

Bahkan, sesama para pelajar mampu berkongsi fakta2 dan nota2 pelajaran untuk membantu meningkatkan prestasi akademik. Takkanlah para pelajar mahu berkongsi gambar2 lucah pula. Sungguh tidak patut untuk kita bersangka buruk sedemikian rupa.

Di mana kepercayaan kita kepada para pelajar? Tidak cukup berdisiplinkah mereka? Bukankah ada guru memantau? Sudah pasti guru2 mampu memantau penggunaan telefon bimbit di sekolah. Jadi jangan risau. Ada guru2 akan memastikan telefon bimbit digunakan sebaiknya di sekolah.

Jangan risau. Pelajar2 takkan terganggu dengan sebiji gadget yang sememangnya takkan memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran di sekolah. Apatah lagi menyumbang kepada gejala sosial. Semua orang kenapa mesti paranoid dengan telefon bimbit?

Adakah kalian tidak mempercayai para pelajar mampu mengawal diri mereka? Jangan begitu. Remaja sekarang ini sudah punya kesedaran yang tinggi. Rata2 mereka sudah mampu menilai baik dan buruk. Jangan risau akan perkara2 yang hanya wujud dalam minda sempit generasi dahulu.

Lihat saja di luar negara, pelajar sekolah menengah bebas membawa telefon bimbit ke sekolah dan mereka masih mampu membangun jadi negara maju, bukan? Itu semua faedah daripada membawa telefon bimbit ke sekolah lah.

Sama2lah kita mendoakan agar tuhan turut sama memberkati segala usaha kementerian untuk menjana modal insan cemerlang, gemilang, terbilang bermula dengan memberi kebenaran pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.

Tahniah kepada pelajar2 jika perkara ini menjadi realiti. Kalian ialah generasi paling bertuah dan bakal menjadi gologan kepimpinan berprestrasi menakjubkan suatu hari nanti. Pada waktu itu, bolehlah keluarkan akta baru pula.

Contohnya para pelajar sekolah dibenarkan membawa anak ke sekolah. Tujuannya ialah untuk memupuk peranan keibubapaan seawal usia remaja belasan tahun. Anak boleh dihasilkan sendiri di rumah mengikut kreativiti masing2.

Sungguh bernas cadangan itu okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, July 1, 2012

Debate Much? : Comparing Much?


Assalamualaikum. Hye.

Aku dah pernah buat prediction suatu ketika dulu. Sebenarnya tak sampai 2 minggu pun aku rasa. Suatu ketika dulu macam dah lama sangat ja. Hahah.

Selepas kemenangan Morsi dalam pilihanraya Mesir, maka facebook akan dibanjiri status2 dan share2 pasal kemenangan Morsi. Semua orang akan bergembira, bersyukur, mengucapkan tahniah, melaungkan takbir, mengucapkan Alhamdulillah, dan sebagainyalah.

Dan sungguh benar tilikan aku. Layak jadi tukang tilik tapi apakan daya ianya haram. Anyway, that's a positive thing. So far so good macam stiker di kereta PKHEM aku dulu Cikgu Mohd Amir Abdul Hamid. Tak pasal2 nama beliau disebut di sini. Sila sedak. Hahah.

Tapi yang lama2 membuatkan aku rasa annoyed ialah, sikap sesetengah orang ni la. Aku bukan tak suka Morsi. Aku suka beliau tu pemimpin yang baik. Tapi yang aku tak suka ialah sikap membandingkan antara Morsi dan Najib tu. Part comparison ni aku cukup tak suka.

Sebabnya ialah, manusia ni bukan semuanya tulus mulus dan kudus. Ada kudis, sadis, dan prejudis juga.

Faham maksud aku? Maksud aku, akan ada ramai orang yang mula jadi allergic dan menyampah dan mula berburuk sangka. Sama ada dia berburuk sangka dengan apa yang ada depan mata, atau dia berburuk sangka dengan tukang share, atau even dengan benda baik itu sendiri.

Bila kita terlalu konsisten membandingkan Najib dengan Morsi, Rosmah dengan Naglaa, maka rakyat Malaysia yang kebanyakannya memang berpegang teguh dengan fatwa facebook akan mula biased dan membenci pemimpin sendiri.

Aku tak nafikan yang Najib tu banyak sungguh lompangnya. Banyak sungguh lopeknya. Banyak sungguh kebabian yang dia buat yang orang jadi marah dan benci. Jadi, kita pun bertindak menambah kebencian itu dengan cara mencanang kebaikan Morsi?

We hate the wrong things la. Tak salah kalau kita nak membenci pemimpin yang salahguna kuasa. Tapi to spread the hatred is one different thing. And it is wrong too.

Ok semua orang tengah bersemangat pasal PRU 13 (ke yang ke berapa tah) yang bakal mengubah sejarah Malaysia lah so to say kan, dengan ura2 PRU tu bakal dibuat di musim haji maka makin ramailah yang raaageee!!!! dan semakin membenci si Najib dan taktik kejinya.

Dan makin bersinarlah peluang pembangkang untuk menang. Haaaa tengok kan aku dah jadi prejudis? Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?

Kalau aku ni jenis yang pro kerajaan misalnya, maka aku akan nampak yang orang yang share pasal Morsi tu bukannya apa, semata2 nak burukkan Najib lettew, lepas tu nak semua orang benci Najib lepas tu sokong si Anwar kaki liwat tu.

Nampak? Boleh jadi satu commotion di situ. Padahal Morsi bukan ada kaitan pun. Tapi persepsi mata yang melihat tu akan jadi berbeza2. Dan kita pun tak tahu apa akibatnya.

Sebab tu kalau kita nak menaikkan imej seseorang atau sesuatu, buatlah promosi. Bukan buat perbandingan yang kontroversi.

Contohnya, kalau nak bagi nampak Anwar itu hebat, Nik Aziz itu bagus, Lim Guan Eng tu berwibawa, tunjukkanlah yang mereka itu memang layak dipuji. At the same time, tak payahlah nak kutuk Najib. Faham?

Dia macam ni lah, dulu aku pernah keluar statement yang KFC sedap. Then ada orang kata makanlah RFC. Bila aku tanya kenapa, dia bukan nak jawab kelebihan RFC, tapi yang disebutnya ialah pasal KFC tu haramlah, boikotlah, yahudilah, membunuh warga palestinlah apa semua tu.

Bukan itu yang aku nak dengar. Kalau aku jenis makan KFC, kau tunjuk depan mata aku video keganasan di Palestin pun aku boleh tonton sambil minum Pepsi. Sebab aku ada pendapat sendiri. Bukan sebab aku tak ada hati perut. Bukan sebab aku tak ada iman. Bukan sebab aku tak sensitif masalah umat Islam.

So kalau nak aku makan RFC, please come out with the idea yang RFC tu sedap, fresh, banyak variety, best, puas hati, dan benda2 macam tu lah. Sebab kalau asyik sebut pasal Palestin, nanti aku akan berburuk sangka.

Kau ni berapa RFC bayar kau ni? Yang kau dengki sangat dengan KFC tu kenapa? Contohnya lah.

So silalah spread the love instead of hatred. Kalau nak share kegemilangan Morsi, sharelah dan tak payah nak compare2 sangat dengan sesiapa. Rosmah dengan Naglaa memang sungguh berbeza tak perlu nak buat perincian khas.

Benda2 macam ni orang boleh nampak dan nilai. No need to spark things up. And true, people can be ignorant. Don expect everyone is clever enough to filter. Sometimes they just don't.

Comparison.

Someone told me that I can't compare KFC to RFC. They're just different.
Tell me how comparing Najib to Morsi is justified, then?

Oh don't get me wrong. I love good people and I hate bad people.
But I hate comparisons even more.


okbai

Thanks for reading. Bye ;)