Pemollow

THYB on Facebook

Friday, May 25, 2012

Debate Much : Pity Pee Tee Poo? 2


Assalamualaikum. Hye.


Ok aku dah tengok dan dengar ketiga2 video. Dengar macam tu ja lah takdanya aku nak teliti satu2 buat analisis bagai sebab memang bukan aku reti sangat pun walaupun aku pernah jugak join debat2 ni waktu sekolah dulu. Last2 aku nilai guna logik sendiri jugak pun.

Ok first of all aku rasa moderator agak berat sebelah. Hehe berat belah mana kamu boleh buat anggapan masing2. No offense, pakcik. Hehe.

Hoi.. mana ada!
Oh kalau siapa tak tengok lagi nak link youtube :
Part 1
Part 2
Part 3


Next is the arguments. Memang tak dapat nak disangkal bahawa point Rafizi lagi bernas dan make sense gitu. Bukan nak kata point Khairi tak ok, cumanya ada banyak flaw. Well, boleh tengok sendiri video rakaman debat tu dan kamu akan nampak siapa lebih convincing.

Tetapi kalau nak didebat isu pendidikan percuma, keadaan semasa di Malaysia, dan solusi yang dikeluarkan oleh kedua2 orang pendebat, aku terpaksa kata aku setuju dengan Khairi lebih daripada Rafizi. Alasa aku mudah. Rafizi idealis, tetapi Khairi realis.

Dan kita kena masing2 jadi pesimistik sikit dalam isu ni.

Aku setuju bila ramai yang komen Khairi tak menjawab soalan. Memang pun. Banyak soalan daripada Rafizi yang dia tak dapat nak jawab. At least bagi alasan yang boleh support pendirian dia sendiri pun dia tak buat. Especially bab loan tu. Kenapa student punya pinjaman ada black list bagai tapi bila menteri2 terlibat, eh eh ada special rules pulak kah?

Tapi bila Rafizi sebut pasal Finland, aku rasa macam tak berapa nak sesuai nak compare sebab Finland tu rakyat dia 5 juta lebih ja. Malaysia 20 juta lebih. Dan pemerintahan di situ pun aku tak pasti samakah dengan Malaysia atau tidak. Kalau dah kata Malaysian banyak makan rasuah, Finlandian pun begitukah?

Thing is, Malaysia ada banyak lagi kes2 yang berstatus di sebalik tabir, yang menyebabkan masalah hutang negara betimbun2, dan peruntukan banyak tapi hasil tak nampak sebiji haram pun. Negara lain ada?

Aku punya cara fikir sama ja bagi semua benda. Macam isu boikot, aku tak nampak boikot itu sebagai masalah tetapi pada masa yang sama ia bukan penyelesaian. Ia lebih kepada sikap. Bab aurat dan solat pun begitu. Jadi isu PTPTN ini aku tak berubah.

Kalau dah kata apa yang ada di Malaysia ini tidak transparent, bukankah itu yang kita patut betulkan dulu?

Kawan aku ada mengatakan bahawa debat ini, particularly yang PTPTN ni la kan, kena tengok dan faham dan nilai dengan ilmu ekonomi. Aku bukan belajar ekonomi dan waktu Sejarah masa sekolah dulu pun aku selalu tidur dalam kelas.

Yang aku paling ingat ialah "Orang yang tidak mengingati sejarah pasti akan mengulanginya" quote by George Santayana. George ka John aku pun tak sure. Entah2 dua2 pun bukan. Kahkah.

Jadi aku mahu tanya kepada pakar2 ekonomi sekalian. Kalaulah ada yang baca blog aku ni ada jawapan maka silalah jawab. Soalannya ialah "Bagaimana mencegah pemanasan global?" @.@lawak hambar@.@

Aku tak faham pasal hapus hutang tu. Kenapa Rafizi kata kalau kita hapuskan hutang tu maka masalah akan selesai dan negara tak perlu lagi tanggung beban hutang pelajar apa semua tu. Sebab hutang, yang aku faham, ialah kalau tak dibayar, duit tu nak cover macam mana?

Abu ada RM50. Dia bagi Ali pinjam RM25. Dia bagi Ahmad pinjam RM15. Dia bagi Rahman pinjam RM10. Lepas tu setiap yang pinjam bayar balik extra RM5. So selepas semua bayar, Abu pun mempunyai RM65 di tangan.

Kes kedua, Abu ada RM50. Dia bagi Ali pinjam RM25. Dia bagi Ahmad pinjam RM15. Dia bagi Rahman pinjam RM10. Lepas tu setiap yang pinjam bayar balik kurang RM5. So selepas semua bayar, Abu pun mempunyai RM35 di tangan.

Kes ketiga, Abu ada RM50. Dia bagi pinjam percuma jaaaaa. Then what happened? Money magically reappears?

Okfine memanglah kerajaan bukan Abu yang cuma ada RM50. Kerajaan ada banyak source. Cukai, pelancongan, industri, blarblarblar yada yada tapi kalau hutang sedia ada tak bayar, dengan yang akan datang pulak nak bagi percuma, it looks too utopia.

Dan sangat tak adil bagi orang yang dah bayar maybe separuh or even bayar penuh PTPTN tu. Alih2 yang baru2 pinjam ni dapat percuma.

Dan kalau dah kata negara terpaksa menanggung hutang pelajar, macam mana dengan menghapuskan PTPTN beban hutang itu boleh settle? Ni la yang aku nak penerangan dari budak2 ekonomi sekalian. Sila terangkan dengan cara simple dan mudah faham.

Macam mana negara boleh bebas hutang kalau hutang pelajar dimansuhkan? Kau bagi pinjam RM5000 then dengan berkata aku mansuhkan hutang itu maka abrakadabra RM5000 tu datang balik? I don't know and I don't understand so please explain.

Maka sebab itulah aku kata Rafizi idealis tapi Khairi lebih realis. Bukan aku nak kata Malaysia tak mampu nak bagi pendidikan percuma. Cumanya dua2 pihak main angka dan sebut nombor yang bukan ribu riban tapi juta dan bilion dan trilion semua tu.

Jumlah yang sangat besar dan dua2 pihak kata Malaysia tanggung hutang yang sangat banyak. Jadi kalau dah kata rakyat berhutang, tapi nak mansuhkan so macam mana nak cover balik duit yang sedia dipinjam tu? Dah la nak bagi kepada pelajar baru lagi.

Dengan isu lembu lah, menteri korup lah, kronisme lah, tender tertutup lah, cukai tinggi tapi gaji tak naik then suddenly nak bagi pendidikan percuma lagi. Duit tumbuh dari pokokkah?

So aku sebagai penonton yang tak berapa nak faham, maybe even terlepas pandang beberapa point penting, sampai aku misled dari tujuan utama debat, aku nak pandangan kamu semua. Yang arif2 semua ni, yang faham ekonomi, baca banyak buku, dan berfikiran terbuka luas saujana mata memandang all those stuff.

Please share your opinion. As for me, Malaysia mampu nak bagi pendidikan percuma. Tapi bukan sekarang. Dan bukan nanti bila Pakatan Rakyat memerintah. Selepas sepuluh tahun Pakatan Rakyat memerintah, mungkinlah. Itu pun kalau PM waktu tu tak jadi gila kuasa.

Rasanya pemimpin, kalau dah duduk di atas tu, rakyat2 ni dia nampak kecik2 saja. Boleh pijak dengan kaki. That's what happening most of the time. Kalau PR boleh buat perubahan, alhamdulillah. Kalau tak, dua kali lima ja, maka ramai2lah kata see I told you.

Tapi fikir2 balik, Rafizi makes sense la bila cakap pasal penyelewengan yang sedia ada. Banyak sungguh benda2 di Malaysia yang makan kos berpuluh2 ribu, event2 sia2 yang sial2 contohnya konsert Hari Belia dan anugerah bintang popular yang mana artis akan datang berpakaian macam haram jadah semua tu dapat sponsor dari siapa? Agensi swasta kah? Rasanya mesti ada funding kerajaan jugak kan?

Way to go!

Duit negara kita banyak. Aku tahu. Tapi dia ada tol sebelum sampai kepada rakyat. Tua2 kutuk yang di atas tu makan dulu, suap anak bini mereka dulu, baru yang sisa2 ni sampai kepada kita. Situasi ini sungguh what the hell tapi nak buat macam mana?

Benda dah jadi, kita boleh plan for better future. Hence, I would say the debate is a very good kickstart for politicians to practice the better way of politicking. Daripada sembang pasal bontot dengan skandal, kaji video seks sampai luar negara, buat malu kaum je. Bodoh.

Ok, hereby I give the unofficial verdicts. Based on points given and how convincing the debaters are, I say the debate goes to Rafizi. *clap* but idea-wise, I stick with PTPTN shouldn't be abolished. Kalau nak abolish pun, hutang lama kasi setel. Tak pun buat kajian semula macam Khairi kata waktu pergulungan tu. Hapuskan bunga2 riba yang haram tu. Pinjam banyak mana, bayar banyak tu.

Debat tadi seharusnya diteliti dan diadili dengan adil tanpa sentiment kepartian. Ya benar, Rafizi lebih menonjol dengan point yang kukuh dan huraian hujah yang mapan, tapi come on, KJ encem kot hikhik. -status mud luthfi baru2 ini.


That sounds more realistic and acceptable. Free education, kalau nak bagi kepada rakyat Malaysia yang kutuk kpop pun melenting sampai nak ugut bunuh, kamu rasa mereka akan manfaatkan? I don't think so. Nanti semua orang pergi sekolah belajar sampai universiti sebab free. Bukan sebab pandai atau sukakan ilmu.

Jadi, dalam sepuluh dua puluh tahun ke, I think it will be a brilliant idea. Masa tu rakyat dah makin bijak, kerajaan PR dah membangunkan Malaysia dengan penuh kemajuan, pemikiran dah terbuka, agama diamalkan lebih menyeluruh, then it's ok.

Ya aku mendoakan pembangkang menang pilihanraya yang bakal ada. Aku nak tengok bagus mana sangat pembangkang. Kalau Anwar jadi PM, setakat mana dia boleh bawa Malaysia. Kalau bagus, Alhamdulillah. Semua orang bersyukur dan akan terus memberi sokongan tak berbelah bahagi.

Kalau sebaliknya, kita buat sajalah debat lagi sekali. Demo2 apa semua rakyat kita dah pandai. Masa tu budak kecik yang join BERSIH 3.0 tu pun dah besar dan boleh jaga diri.

Budak ni haaa. Kesian aku tengok.

That's how it works nowadays kan? Dah jadi macam dulu2 balik. Ada idea bentang. Tak suka, tentang. Debat. Tak puas hati, demo. So just follow the flow lah. Apa2pun debat is a good thing to do. Keep up the good effort.

Physio on the go okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, May 23, 2012

Debate Much : Pity Pee Tee Poo?


Assalamualaikum. Hye.

Semalam aku tengok video part one debat Khairy lawan Rafizi tuh yang pasal Ptptn tu kan, dan aku pun buat la status seolah2 aku menyokong Khairy sebab aku rasa point dia relevan. Then adalah dua tiga orang yang mengatakan the otherwise. Biasalah tu kan?

Ok people. Malam ni aku try tengok bagi habis2 semua video tu, even better maybe dengan kawan2 taulan yang dok suruh download sebab nak tengok sekali kenapa tak stream sendiri aku pun misteri jugak. Husnuzzhon maybe depa study kot so tak bukak laptop.

Aku lain la sebab aku study depan laptop. Keturunan Albert Enstein kacukan Imam Syafie lah katakan. Kahkahkah pui rasa macam nak pelempang kan? Haaa sila pergi kelas anger management kalau anda berfikiran sedemikian rupa.

Jadi kalau aku rajin, aku buat review sekali lagi. Kalau aku malas, aku tak buat. Exam tiga empat hari oii nak tulis blog bagi ulasan politik bagai. Bukan kerja aku laa. Haha.

Tapi syok bila bagi pendapat melawan majoriti ni. Nanti semua orang akan stand up and fight. Boleh main cucuk2. Yang tu yang best sebenarnya.

Apa2pun, lebih baiklah debat daripada main sontot2, test sample air mani, bom orang, rekod video skandal and all those stuff yang politicians otai suka dok buat tu. Menyampah, geli, dan rasa macam nak penyepak sekor2 tapi apakan daya, hanya mampu menyepak di blog saja. Hehee.

It's a new hope for the future. Peduli apa siapa menang atau siapa memerintah. Apa yang berlaku ialah sesuatu yang baik. Buat debat macam ni, orang boleh tengok dan nilai. Kalau ada kalah dan menang pun, orang takkan kondem siapa2.

Sebab yang lagi kondem bahkan damn damn damn ialah kalau politicians bercakaran sesama sendiri tapi solusi macam bangkai. Habuk pun tak ada, retorik ja lebih.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, May 21, 2012

Hasrid Minaj


Assalamualaikum. Hye.

*ENTRY PANJANGGGGGGGG  baca kalau berminat saja. Tak minat pun takpaaa.*

Kenal tak Nicki Minaj? Haaaaa si Hasrid ni adik dia la. Perempuan tapi agak kelelakian sikit.

Sounds familiar? Haha ya aku sebenarnya jumble huruf2 tu. Agak2 aku nak tulis pasal sapa ni? Sila teka ok takmahu pun tak apa aku ceritakan juga. Yes people. That person. That Manji guy. Or is it girl? Aku pun dah konfius.

This Manji Guy/Girl (abbreviated as tmg afterwards) ni siapa sebenarnya? Orang kata dia feymes tapi aku baru kenal dia dua tiga hari lepas. Oh lupa pulak aku kan kurang membaca. Well, I do know tmg now so mari kita tengok apa hal yang dia tetiba menjadi topik dalam blog kegemaran ramai ini. Kahkah kegemaran kepala otak aku.

Berdasarkan apa yang disembang2kan oleh kenalan2 yang cakna lagi peka akan hal ehwal semasa serta permasalahan umat zaman kontemporari ini, aku dapat gambaran awal yang tmg ni ialah seorang yang memperjuangkan kebebasan up to the extent dia nak membenarkan seks sejenis.

Seks sejenis itu maksudnya homosexuality dan dalam Islam perkara itu ditegah. Cerita kaum nabi Lut semua orang tahu kalau tak semua tahu pun ramai yang tahu kalau tak tahu jugak pergi tanya ustaz/ah berdekatan habis malas google je lah. Maklumat di hujung jari.

Then tmg nak buat macam talks la di Malaysia nak menyebarkan ayat2 cinta kepada rakyat bahawa sesungguhnya cinta itu murni dan kita perlu bebas apabila bercinta. Nak bercinta dengan sesama jantina? Kalau itulah yang ada dalam hatimu maka kejarlah cintamu. Lebih kuranglah.

Sebab itu jugaklah dia menerima banyak kecaman daripada rakyat Malaysia especially yang ada kesedaran bahawa ideologi seperti ini tidak boleh disebarkan di Malaysia. Nak guna perkataan kebabian pun tak layak sebab even babi pun tak ada yang menyontot sesama jantan atau sesama betina.

Tapi the bigger picture is missing. Kenapa sebenarnya orang kita nak defensive sangat? Dia nak bagi ceramah pasal kebebasan dalam percintaan ja pun. Nak takut apa?

YUI92!!!!!! HANG TAU DAK APA YANG CAKAP NI HAH???!!!

Okies maybe aku tak fikir dalam2 pasal hal ni. Cuma aku ada pendapat sendiri. Dan aku rasa tmg ni takda masalah sangat pun sebenarnya. Kita takut dengan bayang2 sendiri saja. Bayang2 yang terhasil sebab ada api besar. Api besar itu pulak kita yang cetuskan. Sendiri.

Bermadah bicara pulak aku siap dengan metafora. But it's true. Orang kita ada kata2 hikmat jangan bermain api nanti terbakar diri, kerana api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Lebih kurang macam tulah bunyinya pun.

Tapi satu benda mereka lupa. Mereka berkawan dengan api, tanpa meletakkan kadar jelas setakat mana api itu kawan dan bilamana ia jadi lawan. Faham?

Aku rasa orang kita takut pada benda yang wajar ditakuti. Tetapi cara nak menghadapi ketakutan itu macam tak berapa kena. Pendapat aku lah.

Why is that kita takut bila tmg nak bagi ceramah? Sebab dia lesbian? Sebab dia nak promote seks sejenis? Sebab dia nak seleweng ajaran Islam?

Jadi soalan aku, adakah dengan cara menyekat dia dari bagi ceramah, maka masalah kita selesai? Adakah dengan cara membantah dia dari datang ke Malaysia, kita dapat membendung gejala songsang ini?

Terus terang aku rasa, tak membenarkan orang macam tmg untuk datang dan berdakwah (cara dia la) menunjukkan salah satu dari dua perkara utama.

Pertama, kita memandang rendah kepada umat Islam di Malaysia sendiri. Kita rasa mereka lemah, mudah terpengaruh dengan ideologi2 sasar.

Kedua, kita paranoid dengan agama sendiri. Dan apa kita nak jawab kalau orang persoalkan kenapa pendakwah Islam boleh buat kerja tetapi orang lain nak sebarkan ideologi, tidak dibenarkan. Disekat, dihalang, dihalau tak boleh masuk Malaysia?

Dan satu perkara yang sama, yang menyebabkan perkara pertama boleh terjadi, ialah sejauh mana dakwah di Malaysia itu sendiri? Kenapa kita perlu takut kalau ramaja2 kita terpengaruh? Dari mana kerisauan itu datang? Kalau mereka betul2 ada iman, datanglah siapa pun bagi ideologi apa pun, takkan goyah.

Tapi dari mana kerisauan itu datang?

Ya wahai sahabat2. Sila mengaku diri sendiri masing2 banyak ilmu yang tak cukup. Aurat pun tak tutup elok. Bila orang tegur, marah. Kata macam2 bagi segala mak nenek alasan. Benda simple macam tu pun tak jaga, macam mana nak tepis serangan ideologi ye tak?

Di mana tuhan kamu? Di mana tuhan kita? Kenapa tuhan tak hantar petir sambar tmg tu biar rentung mati jadi debu diterbangkan angin. Sebab aku rasa, kalau betul tuhan perlu hantar petir, bukan tmg yang akan kena sambar, tapi KITA.

Kita yang kononnya cakna dan prihatin. Seks sejenis salah! Gay haram! Lesbian masuk neraka! Tapi sedarkah kita jenis yang ambil setengah buang setengah? Kononnya pergaulan luar tabii itu haram masuk neraka tapi pergaulan bebas yang dalam tabii itu kita biarkan.

Berapa banyak mak bapak di luar sana yang jegil mata bila anak sebut pasal kahwin? Tapi bila anak tanya nak bawak gelpren balik rumah buleh dak mak? nanti mak dia jawab haaa baguih anak makkk bila nak bawak mai? Apa kamu ingat kalau berkapel dan mak bapak tahu maka hukumnya jadi halal? Kepala otak kamu.

Aku tak suka main tuju2 tapi kalau masalah macam ni aku salahkan mak bapak dulu. Upbringing di rumah itu penting. Kemudian baru share tugas mendidik dengan cikgu2 dan guru2. SHARE bukan lepas langsung. Banyak sungguh mak bapak yang hulur tanggungjawab mendidik kepada guru2 tapi bila anak buat perangai, salahkan guru jugak. Siapa suruh kau tak tengok2kan sama?

Sebenarnya tmg ini is nothing but an issue. Orang kita ni sebab tengok Melodi banyak sangat, maka segala benda yang kontroversi, yang isu, semua akan jadi topik hangat dan orang akan jadi concern. Padahal benda penting yang kena bagi perhatian tu dipejamnya mata.

Macam orang sakit kepala sebab sembelit sebab tak berak. Dimakannya panadol. Sampai kiamat pun tak lega. Pergi makan pisang, minum air banyak, berak. Lega terus.

Tapi orang kita umpama panadol itu. Kita suruh tidur untuk hilangkan sakit kepala. Kita tak bagi tengok tv sebab nak elak sakit kepala. Kita cuba rawat benda yang isu. Benda sebenar kita tak selidik dan kita tak kaji. Kalau kaji pun kita lewat2kan.

Kamu rasa, kalau orang kita ikut agama, kemudian datang seorang lesbian kata marilah kita bercinta dengan penuh kebebasan. Adakah tiba2 kamu akan jadi songsang?

Contohnya aku minat seorang minah ni. Tiba2 ada mamat hensem. Kemudian tmg datang kata dengan aku bercinta sesama jenis ini lagi best dan halal di sisi Allah azza wajalla. Adakah aku akan tiba2 menjadi bengong lalu bercinta dengan mamat hensem tadi?

Kalau aku ni kosong, tak kenal tuhan, tak tahu tuhan aku suka apa, benci apa, maybelah aku akan terpesong. Tapi aku kenal tuhan. Walaupun tak kenal rapat2, tapi setakat nak faham fitrah yang dia ciptakan, dan mengelak larangan besar, kefahaman aku cukup untuk membenteng aku dari perkara2 macam ni.

Aku tak kapel bukan sebab aku tak hot. Ok la aku tak hot tapi mainly aku tak kapel sebab aku tak mahu berdosa. Aku tak mahu ikut orang yang terus terang aku cakap BODOH dalam falsafah kecintaan. Kau nak bercinta, boleh. Tapi tak payah lah nak tunjuk sangat. Mesej2 senyap2 sudah la. Tak payah la nak keluar2 bagai ambil gambar tunjuk dekat dunia macam kaulah pasangan baling bahagia. Lepas tu end up tak kawen pun.

Cinta jenis apa tu?

Atau kau kapel2 lepas tu break, lepas tu kau salahkan pasangan kau. Kalau lelaki salahkan semua perempuan. Lepas tu jadi gay. Kalau perempuan, salahkan semua lelaki. Lepas tu jadi lesbian. Tak ke bodoh?

Atau isu yang femes di blog ini apa lagi kalau bukan aurat dan tudung. Kahkah kau tak suka aku sebut pasal ni? Peduli apa aku. Kalau nak dikata gay dan lesbian itu haram, mendedahkan aurat itu haram juga. Tapi kenapa masyarakat kita pejam mata?

Sebabnya, kalau orang tak pakai tudung boleh kata saya tak bertudung sebab tak ikhlas, diri saya yang sebenar tidak bertudung, atau saya memilih untuk tidak bertudung, nanti orang gay dan lesbian akan guna alasan sama.

Saya gay sebab saya dilahirkan begini.
Saya tidak ikhlas menyukai lelaki. Kalau perempuan saya ikhlas la. Hikhik
Saya mahu menjadi diri sebenar. Jadi saya mahu tukar genital saya. Boleh?

KEPALA OTAKKKKK!!!!

Sedarlah masalah kita bukan tmg. Masalah kita bukan ieologi luar. Masalah kita ialah pemikiran kita sendiri. Buat dosa besar hari2 tak nampak. Orang baru nak bagi ceramah sebar ideologi kita tolak mentah2.

Bukan aku sokong tmg ni. Aku pun tak suka gay dan lesbian. Aku benci apa yang mereka buat tu. As a person, gay pun orang jugak. Kena bagi peluang jugak. Dah la selalunya gay ni hemsem2. Rugi sungguh. Padan muka orang perempuan. Memilih sangat. Nak yang hensem2 tiba2 gay. Kahkah ok lari tajuk. Mari sambung.

Sebenarnya kita perlukan debat atau diskusi atau apa saja untuk masyarakat kita compare. Biar mereka lihat timbang tara antara ideologi bawaan luar dengan ideologi agama. Aku bukan nak menutup ruang pemikiran tapi aku yakin ideologi atau apa saja kita nak panggil dia, kalau bukan directed by agama, maka akan jadi menyeleweng. Contohnya tmg lah.

Lagipun, kita hamba Allah. Tak payah nak bebas sangatlah. Setakat kebebasan yang tuhan limit tu maksudnya yang paling jauh kita boleh pergi. Tuhan tahu kalau kita exceed limit tu, kita akan terbabas.

Kalau kita faham akan larangan menjadi gay dan lesbian ini semua, maka datanglah tmg ke siapa pun, kita takkan terpengaruh. Jadi kenapa kita risau? Sebab kita tak cukup senjata nak lawan.

Berbalik kepada metafora api tadi, aku nak tanya. Kebebasan bersuara di negara kita kan selalu dilaungkan. Masyarakat kita kan pandai sangat nak bersuara dengan bebas. Nak berdemo apa semua kan. So kalau ada orang nak jadi gay, atas alasan apa kita nak halang? Kalau gay2 ni semua nak berdemo, kita nak halang atas alasan apa?

Konferm2 lah nak pakai agama kan?

Jadi kenapa kita tak mantapkan pegangan agama kita? Agama itu sendiri dah cukup sempurna dan ampuh. Kita saja yang tak percaya. Bahkan kita meringan2kan. Contohnya? Tudung. Hahah. Pergaulan pun kita tak jaga. Bahan2 bacaan kita, cara kita berfikir, kita terdedah kepada pelbagai ideologi dan material. Cara kita nak deal dengan benda2 tu yang membezakan sama ada kita bakal celaka atau tidak.

Contoh aku bagi, Shahirul (bukan nama sebenar) seorang pelajar sekolah menengah berasmara penuh. Ok lawak hambar. Maksud aku berasarama penuh. Suati hari, ada senior datang ke dorm dia dan tidur di situ. Oh Shahirul ini comel orangnya. Badan dia atletik. Ada rupa yang segak.

Malam itu Shahirul rasa ada orang pegang kaki dia. Bila dia tengok, rupanya senior tadi. Senior tu kata "Sori laa aku suruh kau tidur atas lantai. Mai la tidur sini. Kau bukan besar sangat pun." Lalu Shahirul pun naik atas katil. Tiba2 senior tadi buka baju. Panas katanya. "Kau tak panas ke? Kalau panas buka la baju."

Lalu Shahirul pun buka baju. Dia lelaki di atas katil tak pakai baju tidur sebelah2. Tiba2 Shahirul rasa ada tangan di pinggang dia. Naik sampai ke dada. Kemudian turun ke tut tut. Tuttt tuttt ttutttut tuutttttt *cerita ditapis*

Then bila Shahirul menjadi senior, dia buat benda yang sama. Malangnya dia kantoi dengan Ustaz. Ustaz marah dan Shahirul digantung persekolahan. Shahirul rasa serba tak kena. Dia rasa dia tak salah. Dia rasa dia tak melakukan dosa. Bukan dia tidur dengan perempuan pun. Tidur dengan lelaki, peluk2 sikit, raba2 sikit, what harm can be done? Fikir Shahirul.

Dia tak faham. Tiada siapa beritahu.

Suatu hari tmg tulis di twitter yang bercinta sesama jenis itu halal lagi nikmat. Nantikan saya pergi Malaysia ,<3.

Tiba2 cancel. Shahirul pun tension. Dia pun buka internet dan mencari pasal perasaan suka lelaki terhadap lelaki. Banyak blog2 yang mengiakan. Ada juga yang menegah.

Kemudian................ ArrgaggHhhhhH panjang gila cerita pun. Malas aku nak sambung. Lain kalilah.

Cumanya nak kata, kalau Shahirul tu tak faham jugak, maka dia akan pilih apa yang dia nak percaya. Betul, kedatangan tmg ke Malaysia akan memburukkan keadaan tapi kalau dia tak datang, things won't get better pun.

Sebab benda ni dah ada lama sebelum tmg ni lahir pun. Cuma benda ni orang tak bincang in public. Tak sesuai katanya. Cheh tapi julang sangat kebebasan bersuara. Macam kawan aku cakap,

Melihatkan realiti semasa, susah orang kita nak tepis, tanpa usaha untuk buat wacana utk hujah balas. Zaman post-modernity, tak sesuai dah dok censor2 pemikiran ni, hang tak setuju, kena bawak hujah intelektual.

dan

Soal iman dan kepercayaan adalah soal peribadi. Kalau dia takmai pon, orang kita boleh akses kepada internet. Macam yang aku kata, manusia ni istimewa, ada aqal yang boleh menilai. Jadi apa hak kita utk menilai bagi akal org lain? Apa yang kita boleh buat adalah teruskan berdakwah dengan kepercayaan kita.


From Basil and Muiz.

Kalau kita sekat di sini, orang akan pergi ke sana. What we need now is the clearance. Nak selamatkan aqidah umat Islam mesti dengan ilmu pengetahuan sebab kalau kita sekat macam mana pun pemikiran luar, akan ada juga jalan masuknya.

Kawan aku kata di Malaysia dakwah agama lain tak dibenarkan perlembagaan habis tu yang ramai2 boleh jadi murtad tu nak bagi sebab apa tah? Pilihan sendiri kot? Habis macam mana yang boleh jadi pilihan sendiri? Sebab tak cukup sayang agama sendiri. Sebab apa tak sayang agama sendiri? Sebab tak cukup ilmu. Kalau kita betul2 tahu agama kita, takkan senang2 ja kita nak tinggalkan.

So dengar kata dia tak jadi datang. Baguslah. Lepas ni sila ambik tindakan.

Aku rasa entry ni tak sampai maksud dia jadi aku open kepada sebarang komen atau pandangan atau cadangan atau kritikan. Selama ni pun memang aku open hangpa ja yang tak komen2. Cheh haha.

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum. Hye.

Alhamdulillah. Setakat hari ini masih belum ada penyebaran artikel atau hujah2 pengharaman Hari Guru. Maka bolehlah sambut.


googled... sila pandai2 imagine 2010 tu ialah 2012. Malas nak edit. Hehe

Mari ucap tanpa perlu risau akan masalah aqidah. Bukan apa. Sekarang ni kena berhati2. Zaman fitnah berleluasa. Semua kena kaji semula. Sekejap2 halal, lepas tu haram, lepas tu halal balik, lepas tu haram pulak. Entah2 blogging pun haram hukumnya. Kahkah.

SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik. Semoga terus dedikasi menjalankan amanah.

Ni nak cerita pasal cikgu2 aku di waktu muda. Beberapa cikgu2 aku yang aku ingat. Yang lain pun aku ingat jugak cuma yang ada ni ialah special case. Hehe.

Ustazah Kamariah - Cikgu aku yang paaaling pertama selepas mak aku. Ustazah TASKI AMBIM Taman Makmur. Ustazah ni takdalah kamceng dengan aku sangat pun cuma sebab cikgu first kan. Kena la highlight. Ustazah banyak ajar aku doa2 harian. Malangnya aku yang banyak lupa.

Cikgu Jumaah - Cikgu masa darjah satu di SK Sungai Seluang. Aku ingat lagi sepanjang2 tahun tu gikgu sangat baik tapi ada sekali tu cikgu maranh satu kelas. Sebab tak bawak buku aku ingat lagi buku L1 iaitu buku Latihan 1. Aku tak faham macam mana cikgu boleh jadi garang gila tetapi setelah mempelajari Sains Tingkatan 3, aku rasa aku boleh relate. Hehe.

Cikgu Nazirah - Cikgu Muzik. Aku tahu clef treble tu apa kebenda sebab cikgu ajar. Cikgu juga train team boria sekolah aku. Waktu itu, tiada pertandingan boria peringkat PKG. Kalau ada konferm2 sekolah aku menang. So terus masuk daerah. Hebat tak hebat Cikgu Nazirah ni.

Teacher Lin - Nama penuh teacher ialah Roslindawati. Waktu tu tv3 tengah popular dengan cerita Rosalinda ayam mor ayamor. So budak2 panggil teacher Teacher Rosalindawati. Teacher ajar satu lagu best iaitu A Thousand Miles. 

Teacher Punitha - Cikgu Bahasa Inggeris paling garang dalam sejarah hikayat senior. Masa darjah enam aku kelas dengan teacher ni. Tak la garang pun. Baik ja. Mesti batch2 lepas tu jenis suka buat masalah sebab tu teacher jadi garang. Kahkah.

Cikgu Intan - Seorang lagi cikgu muzik. Cikgu ni ajar lagu Que Sera Sera. Anak cikgu nama Awatif seorang yang ganas, kasar, lagi kacak tetapi perempuan. La ni dah lost contact. Adakah Awatif sudah menjadi gadis jelita? Jeng jeng jeng.

Cikgu Rozidah - Cikgu maths. Sekali tu satu kelas drop markah ke bising dalam kelas entah cikgu denda pergi cium dinding. Cikgu juga train aku untuk pertandingan bercerita. Tak menang pun sebab aku tak pandai bercerita. Story telling aku terer la. Rumah cikgu ni sebelah sekolah ja. Sekarang ni dah pindah ke tak tahulah. Aku pernah mimpi cikgu ni dan aku cerita dalam entry ini.

Ustazah Junaidah - Ustazah ni duduk di Taman Makmur. Sekarang ni dah pindah kot. Kenangan aku dengan ustazah ialah masa aku dibuli sewaktu darjah satu, jatuh dalam lopak masa tengah hujan, ustazah la yang tolong cari baju ganti apa semua. Mawa tu crybaby lagi. Kahkah.

Actually banyak lagi sebenarnya. Dan aku baru teringat yang aku pernah tulis dah dalam entry ini. Tapi masa ni aku masih tak matang menulis. Ececeh sebab tu bercampur habis segala besar kecik warnawarni segala kan?

Waktu sekolah menengah pun cikgu2 baik semuanya. Nanti2 aku tulis pasal cikgu sekolah menengah pulak okies. 

Selamat hari Guru okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Tenteshitra


Assalamualaikum. Hye.

Rakyat Palestin sebenarnya sangat bertuah kalau nak dibandingkan dengan rakyat negara lain. Especially Malaysia negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju.

Sebab mereka sedang berhadapan dengan suatu bentuk jihad yang kalau mereka mati, maka matinya konferm2 syahid.

Tak macam kita. Jihad jugak. Tengok keliling maksiat macam dah sama banyak dengan orang. Jihad jugak kita pun. Cumanya tak pasti mati syahid ke tidak kadang2 dengan kita sekali join maksiat tu lepas tu mati. Sia2 ja.

Mungkin, mereka tidak mendapat apa yang kita dapat. Mereka tidak mampu tidur lewat malam sebab bermain facebook dan bangun lewat esoknya sampai kena qada solat subuh.


Di sana, kelahiran sangat tinggi dan dikatakan sebuah keluarga mempunyai sehingga 12 orang. Berbeza dengan negara kita, kelahiran yang sah tidak terlalu banyak dan kelahiran tidak sah pula bukannya sedikit.


Mereka juga tiada nasi lemak untuk dimakan pagi2 bersama teh tarik. Bahkan sekarang ini sedang hangat dibincangkan topik Naqbah Palestin dan cerita mogok lapar oleh tahanan2.

Ahah cakap pasal naqbah Palaestin dan mogok lapar semua tu, maka mesti semua orang dah tukar profile pictures di facebook kan? Haa kalau tak tukar lagi silalah tukar. Ni gambar aku silalah lihat.


Aku cilok dari blog mana tah aku tak ingat lepas tu aku edit buang misai sebab nabi pesan simpan janggut jangan simpan misai tak gitu? Letak spek sikit sebab aku pakai spek tapi hidung besar dah dikecilkan. Nak kecilkan hidung sebenar haram hukumnya maka setakat edit kecilkan hidung gambar ni kira halal kot?

Sekali imbas rambut dah sama, spek dah sama, janggut agak2 sama, tapi still aku tak sehensem itu. Kahkah samalah macam haritu ada nak beli t-shirt printed lelaki anime cool gila lah pakai sweater headphone segala mak nenek tu tapi lebar dia 18 cm saja baju2 aku semua 21 cm and above maka tak jadi beli.

Ok maka silalah cari maklumat pasal mogok lapar itu. Aku tak boleh supply info banyak well you know who I was, am, and will be kan? So, instead of telling you more, I would want to ask haaa pulak dah.

Aku hairan kenapa mogok lapar? Ada siapa2 boleh jelaskan?

Selepas berdukalara solidariti bersama rakyat Palestin, mari aku bawa kisah negara sendiri pula. Nah satu video yang pasti akan membuatkan dahi kamu merah2 dan pedih sebab banyak kali sangat facepalm. Taadaa~~~ Mempersembahkan... video paling b***h dalam dunia, lebih b***h dari Mahashitswa.


-Umat Islam tak minum 100 Plus? Aku minum so camna? Kafirkah aku? Ok laa maybe dia nak berjaga2 takut Ambiga letak arak ke apa kan?

-Orang Melayu tak cakap Bahasa Inggeris? Padahal sebelum Ambiga tanya tu dia dah sebut kami ada law, you ada law. Bahasa Uganda kot itu wahai sahabat. Ok laa maybe dia dulu tak pergi sekolah sebab tu tak tahu yang Bahasa Inggeris tu subjek wajib lulus, siap ada ujian lisan sebab nak suruh pandai cakap.

-Kami buat benda yang betul? Ok laa maybe dia nak exercise bontot dia yang cramp ke apa aku peduli apa tapi masalahnya nak buat depan rumah orang tu kenapa? Maruah ada ke tak? Masa orang rakam video ni tak rasa semacam ke dalam diri tu? Ke memang taktahu malu?

Aku tengok video ni thoroughly. Nasib baik tak ada ayah aku dalam ni. Kahkah ayah aku dulu TUDM tau? Kalau ada, aku balik tak beli jubah kat dia. Protes punya pasal. Seriously, anak pakcik ni, kalau cikgu sejarah suruh buat folio pasal Tokoh Keluarga, tolong ambil orang lain. Dah la peribahasa pun sebut tak kena.

Ah Seng jual aiskrim lagi mulia. Argghh like, seriously, tak segan ke hah?

Fine fine aku tak boleh judge dia. Aku tak kenal dia. Aku tak tahu niat dia. Fine aku salah sebab aku kata macam2 kat dia. But please, anyone watched the video and can still find a way of saying that this old fart is doing the right thing, explain to me.

Because I was, am, and always will be disgusted by his action okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Sunday, May 13, 2012

Selamatkah Hari Ibu?


Assalamualaikum. Hye.

Entry sempena Hari Ibu. Aku buat tajuk yang lain dari yang lain supaya orang tertarik nak baca. Kan tengah hot sekarang ni topik Hari Ibu haram disambut kerana diambil daripada ibu dewa iaitu Rhea. Kenapa tak kata Gaia terus? Dia tu dah la Titan lagi dewa dari dewa.

Aku rasa ramai dah ulas pasal benda ni jadi aku malas nak cakap banyak. Kalau pun nak cerita pasal ni nanti2lah kot. Sekarang kita nak happy2 takmau discuss benda2 stress. Kononnyalah.

Aku post ni pada waktu ini sebab yang aku amalkan Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Tak kisah berapa haribulan. Kan banyak pendapat pasal benda ni taktahu pulak aku pendapat jumhur paling rajih berapa haribulan. Aku pun tak pasti. Main taqlid saja ni.

Indeed. Just sometimes (mostly) it is not shown. Hehee.

Selamat Hari Ibu kepada ibu2 semua especially mak aku sendirilah. Walaupun ibu2 kita garang, tapi garang penuh kasih sayang gitu.


And the warmest blanket is mother's embrace. Dulu masa kecik2 aku selalu tidur dengan mak aku. Sebab takut nak tidur sorang2 dalam bilik. Kalau nak jugak tidur dalam bilik mesti buka lampu. Aku ingat lagi bilik aku ada lampu tidur warna biru. Abang aku tak boleh tidur kalau buka lampu. Aku pulak tak boleh gelap terus. So lampu kecik tu kira win-win la.

Aku suka main tangan mak aku dulu. Sampai mak aku kata nanti masuk asrama kena bawak tangan palsu. 

Eheh nak sebak2 sikit sambil melayan perasaan kumpul feeling nak sambut Mother's Day? Tengok video ni. pastikan tengok sendirian supaya dapat extra feeling. Nak tacink sampai nanges2 pun boleh. Lepas tu sila pergi dapatkan ibu anda.


Then aku ada letak video ni sebab nak share dengan siapa yang belum tengok. Sebenarnya ni entry draf tahun lepas. Lama dah video ni tapi aku rasa sangat mengharukan dan lawak at the same time.

video


Nice kan? Haha so sapa2 yang homesick ka apa boleh la tengok.

The description says it all.
My mak dearest, Aziziyah binti Ahmad. 
Semoga bahagia selalu dilimpahi rahmat Allah. Adik mintak maaf banyak2 kalau selalu buat salah kat mak dan malas tolong buat kerja rumah. Hehe.

*ADDED*


Exam Biochemistry practical on the go.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

Monday, May 7, 2012

Mahashitswa


Assalamualaikum. Hye.

Aku tahu video ini dah lama. Dan benda ni pun cerita lama. Maybe dah ada resolution pun. Tapi semasa aku sedang bermuram durja mengenang nasib aku yang kurang membaca, tak cakna isu semasa, dan kurang semangat juang, aku tengok video ni dan menarik nafas lega.

Sekurangnya walaupun pointer aku bukan 4 flat dan gred peperiksaan akhir aku cuma gred 3, aku tak bodoh. Aku tak buat benda yang buat aku rasa macam aku pandai padahal sebenarnya bongok bangang bodo piang.

Siapa kata ini semua perjuangan, maka dia pun sama bbbp.

Ni nak klasifikasi sebagai apa ni? Demo jugak ka? Ok kalau nak panggil demo, demolah. Cumanya aku percaya semua orang faham dan yakin nak berdemo kena ada prosedur dia, ada pemimpin dia, ada segala mak nenek yang aku pun tak faham jadi malas nak cakap banyak.


Yang ini siapa yang buat? Gemuk tu? Gemuk yang mulut macam lahanat tu? Aku pun lahanat juga tapi sekurangnya aku tak lahanat dengan orang tua. bbbp sungguh.

Tengok dari mula sampai habis, aku rasa apa yang dipamerkan oleh mahasiswa2 ini ialah kebodohan. Pure stupidity. Sorry to say but it's the ugly truth. Kalau inilah cara mereka berjuang, sampai kiamat pun takkan ada kemajuan.

Dan apa yang diperjuangkan pun agak (sangat) bodoh sebenarnya. Sebab tak kena cara.

I know well PTPTN itu sangat membebankan dan riba yang ada sangat tinggi serta tak munasabah, munasarawak mahupun munawilayahpersekutuan or whatsoever. Malah aku sokong pendidikan percuma walaupun secara realitinya, sangat susah nak dilaksanakan di Malaysia.

Mereka minta mansuh PTPTN dan mengikut setakat apa yang aku baca, mereka menggesa supaya pinjaman itu tidak dibayar balik. Kalau salah betulkanlah.

Tapi kalau betul itulah apa yang mereka mintak, maka please pergi KB Mall terjun bunuh diri je lah. Tak layak hidup orang macam ni. Kalau fight for free education, tak bayar hutang is a different story. Lawanlah. Pejuangkanlah mansuh PTPTN.

Tapi bagi mereka yang dah buat pinjaman tu, kena la ikut syarat2 dan peraturan yang sedia ada. Perubahan tu untuk generasi kemudianlah.

Ni tak. Mintak halal hutang pulak. Ingat sepuluh ringgit ke apa? Dah dapat beribu2, beli henset baru, belanja awek, keluar enjoy, beli buku pakai kupon, tu pun bukan buku teks tapi novel. Then suddenly nak fight supaya mansuh PTPTN sekali hutang2 kau sekali? Banyak sungguh lemak kau. Taknak buat liposuction?

And when they ask for their debt to be undone, nampak sangatlah mereka berjuang untuk diri sendri dan bukannya untuk kepentingan bersama pun. Shame shame shame.

Dan aku sangat tak puas hati bahkan sedih kalau mentaliti mahasiswa Malaysia macam ni. Especially yang gemuk mulut lahanat tu. Dia mahasiswa ke? Kalau ya, aku agak dia patut balik sekolah menengah, belajar dalam aliran Sains Agama supaya dia dapat mendalami adab dan akhlak. Taklah bbbp sangat bila dah besar.

Aku harap yang join demo ja perangai macam ni. yang dah balik atau tak join bagus. Walaupun kamu sempit pemikiran, tak faham perjuangan, dan tak memikirkan kepentingan rakyat, sekurangnya kamu tahu hormat orang tua.

Hak berhimpun kepala hotak kau. Kalau orang buat khemah depan rumah kau, atas alasan hak berhimpun, kau nak kata apa? Sama lah di sini. Rumah kau pandai pulak nak kata ini hak persendirian. Habis dataran tu hak bapak kau ke?

Pegawai2 DBKL tu dah suruh bersurai. Kau taknak. Bagi masa. Pun taknak.

Mari aku nak tanya. Kamu nak mansuhkan PTPTN. Berkumpul di Dataran Merdeka. Lepas tu selepas beberapa hari, orang pun dah get the point la. So balik lah. Sambung buat assignment ke apa. Sampai orang DBKL datang tu maksudnya ada lah apa yang tak kena.

Dengan tak ada permit dan atas alasan hak berhimpun yang diulang berapa kali pun aku tak tahu. Are you sure you will be heard? Kalau aku jadi kerajaan, aku cari sampai jumpa siapa yang buat kecoh tu, drop him from school. Orang bagi sekolah untuk belajar, dia nak berdemo sangat.

Boleh cari makan kot buat macam tu? Khemah, then duduk2, then jerit2, then buat banner, then lukisan atas kertas and stuff, then mintak PTPTN mansuh.

Sangat bermanfaat, produktif, menjana insan cemerlang, dan inilah pemimpin harapan bangsa. Bila ada orang nak cabut khemah, main keliling2 macam budak tadika. Oh pemuda harapan bangsa. Kamulah tunggak kewibawaan negara di masa hadapan. Hak ptuih.

Kalau ya pun nak gunakan kebebasan bersuara, hak berhimpun so you call it, boleh tak buat dengan cara yang tak buat orang sakit hati? Bukan lebih dari sehari dua ke berhimpun macam tu? Mereka ni nak berkhemah sampai bila? Sampai cuti semester? Lepas tu balik rumah terus. Heavennya hidup.

Fine, PTPTN memang menyesakkan nafas. Jadi aku rasa benda ni takkan jadi maslah kalau faedah yang tinggi nak mampus tu dikaji semula. Kalau nak buat sebagai cas perkhidmatan, make it a fixed amount. Contohnya cas perkhidmatan untuk satu semester RM 100. Kalau guna percentage, itu bukan lagi cas perkhidamatan namanya. Itu riba. Sekali lagi betulkan kalau aku salah.

And as for pendidikan percuma, kalau semalam mimpi hari ni baru nak cadang esok nak terus laksanakan, aku cadang kau pergi beli roket, cari planet sendiri dan buat lah apa yang kau nak. Sini bumi. Semua tempat dah ada penduduk dan setiap penduduk obey certain set of rules. Tak boleh main langgar ja.

Aku rasa kerajaan mampu bagi free education dengan cara support yuran universiti. Tapi buku, duit makan, penginapan all stuff, bayar sendiri. Ok buku dan penginapan mungkin boleh sediakan peruntukan khas. Sebab kalau semua kerajaan nak kena tanggung, dah tu gaji mak bapak nak buat apa? Simpan dalam tabung buat beli cincin macam Rosmah?

For the needy, adakan skim untuk pembiayaan penuh. Letak la syarat2 kecemerlangan ke apa. Bagi yang boleh afford, tak payah gedik nak semua orang bagi. Dah la semua nak mintak, nak free pulak tu. Amboi ambi amboi bak kata Azwan Ali.

Aku sendiri dapat biasiswa penuh. Memang heaven la. Dan rasa jahat pulak sebab tak belajar betul2. Cumanya nak kata, rezeki masing2lah. Tak semua boleh dapat biasiswa. Jadi kalau nak perjuangkan free education supaya semua orang boleh belajar tanpa risau kos yang membebankan, baguslah aku puji.

Cuma bukan fight untuk tidak bayar hutang. PTPTN tu satu benda yang baik sebenarnya. Perlu kaji semula saja. Kalau nak mansuh pun hutang2 semua mana boleh kira halal gitu ja. Tak adil la kepada generasi kemudian yang maybe perlu pinjaman tu dan sanggup bayar balik.

Ha ah kan. Sanggup tak sanggup ja sebenarnya kes ni. Sanggup pinjam sanggup bayar, atau sanggup pinjam tak sanggup bayar. Aku rasa golongan kedua tu lah yang dok fight ni. Maaflah aku prejudis. Sila komen banyak2.

The main point is, aku nak kata kalau betul2 kamu perjuangkan kebenaran, orang yang tengok takkan rasa benci. Kalau aku yang susah nak benci orang ni tengok video tu pun rasa nak menyumpah2, maknanya memang ada something wrong la.

Cuba compare dengan BERSIH. Ada orang meluat? Semua sokong. Kalau ada pun yang anti BERSIH, itu semua political views variation sebab yang buat BERSIH tu mostly pembangkang.

But as for education, everyone should be neutral. Biarpun saifulislam kata jangan duduk tengah2 aku tetap rasa certain things should remain not deviated.

Kalau yang berhimpun tu masing2 cemerlang nak mampus dapat dean list 4 flat apa semua, maka aku akan respect. Pergilah turunkan gambar orang ke, buatlah apa pun. Orang kisah jugak tapi tak kisah sangatlah. Sebab dah pandai. Budak cemerlang katakan. Ada perangai dia.

Kalau yang berhimpun tu masing2 serupa aku ja result cukup makan, berkokok ja lebih, aku cadang pergilah tawarkan diri di rumah2 di taman perumahan untuk jadi tukang kejut bangun subuh. Ada jugak faedahnya.

So please tell me. Apa kesudahan mereka ni? Dapat ke apa yang dimintak? Kalau dapat, Alhamdulillah. Dan seriously, mampukah kerajaan kita nak laksanakan free education?

Kalau tak dapat, pergi balik rumah, mintak ampun dengan mak bapak. Memalukan sangat ni aku tengok. Kalau anak aku buat macam ni nanti, aku tambat kat pokok lepas tu letak kerengga dua tiga ekor. Bukan apa. It's very distinguishable between structured battle and the blind pig ones with extra bbbp.

Aku dah kata, rakyat Malaysia ni masih perlu belajar demo bukan setakat dari youtube videos demo di negara2 timur tengah tu ja. Kena belajar seni2 dia. Kalau nak demo tak ketahuan hala, jadi macam ni lah. Tak aman, banyak interference pihak luar, dan paling ketara, orang tengok jadi annoying, meluat, dan menyampah.

Sorry for the not so harsh words. I just hate it when a person act that way. My bad.
okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Friday, May 4, 2012

Ikhlas dan Hijab


Assalamualaikum. Hye.

Tulisan ini sebagai nak respons kepada tulisan seseorang. Bukan aku nak retaliate ke apa cumanya aku nak komen tapi tadi dah jadi panjang sangat. So aku tak mahu menyemak la kat situ. Alang2 aku expand jadi satu entry teruslah.

Haaa bukan nak retaliate ok. Saja nak bagi pendapat lah kang nanti terasa pulak.

Ok pasal hijab ea? Memang isu sensasi ni. Sampai kiamat pun aku rasa sensasi lagi. Sebab isu ni tak habis didebatkan oleh masyarakat secara tidak rasmi. Apa maksudnya? Lihatlah di sekeliling kita. Especially Malaysia negara tercinta.

Bila ada yang tak berhijab itu maksudnya dia hidup sambil merasakan yang tidak berhijab itu ok. 
Bila ada yang berhijab itu maksudnya dia hidup merasakan yang berhijab itu ok.

Ramai yang guna alasan ikhlas. Ramai yang merasakan tak berhijab itu bukan sebab nak melawan tuhan tapi sebab tak ikhlas. Seriously aku ingatkan artis2 ja guna alasan ini. Alasan yang sangat LAME. 

Ikhlas itu dalam hati. Sebagaimana kita taktahu kita ikhlas atau tidak melakukan sesuatu, macam itu juga lah kita taktahu sama ada kita tidak ikhlas atau sebaliknya.

Faham maksud aku?

Jadi, kenapa mesti bangkitkan soal kekurangan diri atau perangai buruk yang dilakukan sebagai penghalang untuk berhijab? Kenapa mesti berfikiran buat apa berhijab kalau solat tak sempurna? Buat apa berhijab kalau puasa tak kemana? Buat apa berhijab kalau setakat buat tutup lovebite di tengkuk? Oh part lovebite tu aku dengar orang cakap ja tak sure betul ke tidak.


Sebab apa berhijab? Sebab Allah suruh lah. Please be informed yang Allah tu sangat meticulous. Kalau dia suruh solat, puasa, tutup aurat, taat mak bapak, all those stuff, maka buat lah saja tanpa alasan. Jangan banyak soal.

Jangan bangkitkan isu dia berhijab tapi mulut macam puaka tebing biru. Dia berhijab tapi tak pernah pun nampak dia solat. Dia berhijab tapi blablabla.

Sebab semua tu lain2 urusannya. Dan semua itu lain2 penilaiannya.

Orang yang bersolat tapi auratnya buka, maka dia menanggung dosa mengabaikan aurat dan terlepas dari dosa meninggalkan solat. Orang yang berhijab tapi tidak solat, dia menanggung dosa meninggalkan solat dan terlepas dari dosa mengabaikan aurat.

Pasal yang mana lagi baik atau teruk jangan disoalkan. Suruhan Allah semuanya awla. Tiada perintah Allah yang mengatasi antara satu sama lain. Kalau ada pun, nabi dah awal2 beritahu. Ada nasakh mansukhnya. Dan bab aurat ni nabi tak pernah pulak bagitahu ada keringanan untuk mereka yang tidak ikhlas supaya tak perlu berhijab.

Pernah kau dengar hadis nabi berbunyi dari sekian sekian berkata nabi bersabda kalau tak ikhlas tak payah tutup aurat. Riwayat sekian sekian. Pernah?

Kalau ada pun yang begitu, mostly berkenaan benda2 yang baru contohnya pasal boikot McD dan KFC. Haa yang itu kalau rasa takmahu ikut suka hatilah. Sebab benda tu memang bukan asal wajib. Tapi tutup aurat ni sejak zaman nabi dulu lagi dah wajib dan diwajibkan.

Jadi tolonglah berhenti daripada cari alasan menghalalkan dosa. Sebenarnya boleh nak halalkan dosa. Caranya ialah biar dosa itu antara kau dengan tuhan. Contohnya kau jenis tak solat kan, kau buat2 masuk bilik duduk diam2 tidur 15 minit. Lepas tu kan, mak kau tanya kau dah solat ke belum kau jawab tadi dah solat. 

Atau pun kan, kau jenis suka tengok benda2 yang censored tu kan, kau tunggu semua orang tidur baru kau layan. Macam ni baru namanya kau buat dosa yang 'halal' in terms of, dosa itu antara kau dengan tuhan. Minta ampun dengan tuhan. Kau nego dengan tuhan di akhirat nanti.

Tapi bab aurat ni, bukan kau dengan tuhan saja. Kalau dedah aurat, kau berdosa. Orang tengok aurat kau depan2, mereka berdosa. Orang bercakap pasal kau di belakang, mereka berdosa. Ayah dan abang2 kau tak tegur, mereka berdosa. Cikgu dan ustaz/ah tegur tapi tak tegas, mereka sama2 terpalit dosa kau.

Suami kau reda kau tayang aurat percuma, dia berdosa. Anak2 yang bakal kau lahirkan, sampai masa dia baligh dan dia tak tegur sebab takut kau tersinggung, tak pasal2 dia pun turut berdosa.

Ini dia sayang. Kalau dah pandai sangat nak cakap pasal dosa pahala. Nak tunggu ikhlas konon. Masalahnya kalau berhijab tanpa ikhlas, sekurang2nya kita terlepas dari dosa mengabaikan aurat itu. Kalau tak tutup aurat sebab tak ikhlas, dosa tetap dikira dosa.

Lagi satu, siapa kata ikhlas tu syarat dalam menjadikan ibadah itu sah atau diterima? Cuba cakap aku, siapa dalam dunia ini yakin ibadah dia ikhlas kerana Allah? Kita berusaha saja untuk dapatkan ikhlas itu. Kita ni lalai. Ikhlas itu senang sangat nak pergi jauh dari kita.

Buatlah sekadar yang kita mampu. Allah kan sayang kita. Tak ikhlas pun dia akan terima, dengan rahmatnya kalau kita berusaha.

Tak berhijab sebab tak ikhlas? Itu bukan setakat tak berusaha. Itu namanya nak berlepas diri dari kewajipan.

Benar. Tuhan itu bukan jenis yang suka2 nak humban kita dalam neraka. Mungkin ada amalan kita yang Allah suka dan masukkan kita dalam syurga in spite of segala cela yang kita ada, segala dosa yang kita noda.

Pernah dengar cerita pelacur yang memberi makan kepada anjing kelaparan, dan dia terlepas azab kerananya? Pernah dengar penyanyi yang berhenti menyanyi ketika azan, dan bila tiba masa dia diseksa, azan berkumandang tanpa henti sampai malaikat pun tidak menyeksanya lagi?

Cumanya kita ini, yakinkah sangat dengan amalan kita? Nabi yang dijamin syurga pun ibadah sampai bengkak kaki. Kita ni sudahlah tak terjamin, lagi nak langgar perintah tuhan.

Bukanlah aku nak kata hijab itu maksudnya kau baik. Ya aku mengaku ada ja manusia yang berhijab tapi perangai celaka. Masalahnya kenapa nak jadikan mereka sebagai alasan kau tidak berhijab? Kan banyak lagi contoh orang berhijab yang amalan mulia?

Kalau nak ambil contoh selebriti, kita ada Wardina, Irma Hasmie, Fatimah Syarha, Heliza. Dan kalau nak lagi, kita ada banyak contoh dari kalangan isteri2 nabi, puteri2 nabi, dan come on lah pusing kanan dan pusing kiri. Takkan semua yang pakai tudung itu mulut puaka? Mesti ada juga yang baik. Banyak.

Nak letak gambar Avril tapi nanti ada orang kata tak sesuai pulak sebab entry pasal aurat. Ok nah Heliza Helmi sebijik.

Begitu juga yang tidak berhijab tetapi baik. Avril Lavigne yang bukan Islam itu pun ada charity body dia sendiri. Apatah lagi orang Islam sendiri yang baik2 hati dan budi tapi cuma satu kurangnya iaitu suka tayang itu dan ini.

Namun, kalau pergi kelab hiburan, yang menari terkinja2 itu pakai tudungkah? Atau ada wujudkah pelacur yang pakai tudung labuh bila ada klien baru dia tanggal satu2?

Jadi, argument orang pakai tudung tak semestinya baik dan orang tak pakai tudung tak semestinya jahat sangat lemah dan tak boleh terima. Invalid. Sebab orang yang pakai tudung pun banyak yang baik dan orang yang tidak bertudung pun banyak yang jahat.

Jangan jadikan kau suka buat benda2 jahat sebagai alasan kau tidak berhijab. Aku kapel, aku suka pegang tangan boyfren aku, aku suka hisap rokok.

Masalahnya kau dah tahu benda itu buruk, yang kau buat jugak kenapa? Lepas tu nak ambil benda tu buat alasan untuk tak tutup aurat pulak. Amboi amboi amboi bak kata Azwan Ali. Memang suka tambah dosa?

Macam mana rasanya hidup hari2, mengetahui yang tak tutup aurat tu berdosa, tapi still buat juga?

Seriously aku sangat kagum dengan orang yang kata dosa yang membuatkan kita malu kepada Allah lebih baik daripada kebaikan yang membuatkan kita sombong, lepas tu dia salah guna ayat tu.

Kalau betul kita malu, maka kita berubah. Kalau dah malu, tapi still buat jugak, sebenarnya apa yang kita malukan itu? Atau kita seronok sebenarnya? Buat2 malu supaya apa jahat yang kita buat itu menjadi lebih baik daripada kebaikan yang sepatutnya kita buat?

Tak pakai tudung tapi malu dengan Allah lebih baik daripada pakai tudung tapi perasan bagus? Contohnyalah. Tak ke sangat ketara paradoksnya di situ?

okbai

Thanks for reading. Bye ;)