Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, March 28, 2012

Nikmat Yang Dilupakan


Assalamualaikum. Hye.

Ececeh tajuk dah macam slot tazkirah Ramadan.

Ha ah tapi memang sungguh pun masa lapang dan kesihatan ialah dua nikmat yang kita sering abaikan dan take for granted. Nabi pun pernah sebut. Maka memang terbuktilah benar. Contoh terbaik ialah aku sendiri. Selalu sangat buang masa. Malu terasa di segenap sudut tubuh badanku ecewah.

Masalah manusia ialah dia tahu dan belajar dan diberitahu serta diajar. Tapi Allah kata dalam Alquran yang kita ni memang susah nak ambil pengajaran. 36 : 10

Dua perkara ini (dan banyak lagi yang lain) sudah disebut secara terang dan jelas. Memang manusia selalu buat kesalahan. Manusia tidak sempurna. Tapi itu bukan alasan untuk terus-menerus buat benda salah yang sama kan?

Ya lah kalau nabi dah kata kita selalu lalaikan nikmat sihat dan masa lapang, takkan nak stick to that word dan go on dengan hidup bermalas2an? Alasannya nabi dah cakap begitu maka itulah hakikat. Sudah pun begitu biarlah begitu. Gitukah?

No no no. Hidup ni mesti makin baik setiap hari bukan makin jahanam.

Kita...

dan bukannya...

Apa yang membezakan ialah kemampuan kita untuk memilih. Pilihlah. 

Semoga aku rajin setelah publish entry ini. Kahkah walaupun aku rasa tak mungkin tapi sekurang2nya bacalah bagi habis nota sebnelum exam hooiii. Ya Khamis ni ada exam assessment sila doa2kan macam tak biasa pulak kan?

okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, March 24, 2012

Mari Hilang Beramai2 dan Jangan Percaya


Assalamualaikum. Hye.

Aku sangat sedih melihat keadaan yang berlaku kepada ramai perempuan2 di Malaysia sejak dua tiga minggu ni. Pasal tudung tu satu hal lah dah tua bangka tak pakai tudung tu memang cari bala. Tak apa katanya tuhan tu maha pengampun memang pun maka carilah kesempatan taubat. Takut mati esok lusa tutup aurat first time guna kain kapan terus. Tak romantik langsung.

Tapi bukan pasal tudung aku nak cakap hari ni. Dah banyak entry aku pasal tudung. Kali ni nak cerita pasal kes kehilangan.

Ha ah. Kes hilang memang banyak sekarang ni kan? Dulu ada kawan aku kata, berita2 sensasi di Malaysia ni jenis bermusim. Kalau ada berita siar pasal kes rompak nanti banyaklah kes rompak akan disebarkan. Kalau lepas tu isu harga barang, maka seminggu lebihlah berita pasal harga barang. Kalau banjir, banjirlah. Petrol,  politik, hudud, apa semua tu akan jadi berjela dan diulang sampai ada isu baru tak pun sampai ada orang boring dan call stesen tv bagitahu 'hoi aku dah boring isu ni cari isu lain' dan lepas tu Karam Singh Walia pun pergila cari berita lain.

Ok merepek.

Dan sekarang ni isu orang hilang. Bukanlah aku nak menidakkan hak orang2 yang hilang tu atau cuba memperlekeh perasaan ahli keluarga tersayang sebab bila ada ahli keluarga hilang wajarlah kita rasa sedih dan risau. Kalau tetiba ada ahli family aku hilang pun aku risau.

Cumanya bila isu ni dah dirajalawakkan oleh segelintir pihak sampai jadi benda yang dah orang tak hirau dah. Benda serius dah jadi macam pementasan drama. Kamu tahu pementasan drama? Scrypted.


Aku suka komen yang dia kata muak tu. Ya kenapalah berlaku kes budak lari rumah, mak bapak risau macam nak mati, jadi kes polis, tetiba end up lari dari rumah. Tekanan perasaan katanya. Ah aku pun tak tahu apa usul cerita tapi bila baca macamtu panas hati lah juga.

Dia macam cerita pengembala kambing dengan serigala tu la. Sekali jadi kes camtu maka orang pun dah jadi sangsi betul kah hilang atau lari dari rumah? Atau mak bapak risau sangat kenapa? Setakat tak balik rumah tu biasalah. Anak muda zaman sekarang bukan lekat di rumah pun.

Aku risau juga. Kalau tak balik rumah tetiba bila jumpa dan tak ada nyawa. Memang sedihlah. Tapi kalau hilang tetiba jumpa di rumah boyfriend, rasa macam nak putuskan nyawa budak tu pula. Susah sungguh bila melibatkan hati dan perasaan ni.

Jadi nasihat aku, kepada anak2...

Silalah jangan lari dari rumah. Senang ja kalau nak hilangkan keraguan antara lari rumah atau keluar balik lambat. Bagitahu kat mak ayah kita nak pergi mana. Balik dalam pukul berapa. Kalau ada masalah, call. Habis takda kredit henset, guna public phone. Public phone pun tak ada? Hantar merpati.

Lagi satu, kalau setakat nak tekanan perasaan kejadah itu semua tak payah nak lari dari rumah sangatlah. Macam besar sangat ja masalah kau kan? Sedar tak dulu kau lahir mak kau yang teran sampai putus urat apa semua. Lepas tu dah besar, stress sikit lari tinggal mak. Perangai macam *ditapis* lah kau ni. Kalau aku jadi mak kau, aku tahan kau masa tengah deliver tu biar kau membesar dalam perut ja. Tak bebas. Bila besar tak menyusahkan aku nak lari dari rumah bagai. Kahkah nasib baik aku lelaki dan tidak mampu beranak.

Sejahat2 aku yang suka menyakitkan hati mak bapak, aku selalu ada di rumah. Bebal dalam bilik ja hempas pintu kuat2. Lepas tu kalau rumah terbakar ke apa masuk pencuri ke, sekurang2nya aku ada di situ. Boleh cuba sedaya upaya selamatkan apa yang ada.

Cuba imagine masa kau tengah 'hilang' tu dan mak ayah kau pergi cari then suddenly accident ke apa, macam mana? You'll blame yourself for eternity! Sanggup?

Kalau kes culik betul2 tu lain cerita. Penjenayah pun satu hal conscience pergi mana tah. Kalau ya pun dah nak masuk neraka sangat, pergi bunuh diri konfem masuk neraka. Jangan nak commit crime yang menyusahkan orang sangatlah.

Suka2 betul nak culik anak orang. Kalau nak anak pergi kahwinlah oi buat anak sendiri. Boleh culik bila2 masa sebab anak kau. Dunia nak kiamat makin banyak dosa pulak dibuatnya. Tak best sungguh.

Dan kes2 culik banyaknya melibatkan orang perempuan. Kenapa ya? Mungkin sebab perempuan ni istimewa. Kecil2 mereka comel. Buas pun tak buas sangat macam budak lelaki. Senang nak dibawa ke mana2 sebab tak kuat melawan. Lepas tu kalau di simpan boleh dibuat bisnes. Pernah dengar cerita budak perempuan diculik dan dibesarkan menjadi pelacur? Sadis sungguh.

Sebab tu dalam Islam orang perempuan ni diberi kedudukan istimewa. Dan dalam keistimewaan tu pulak, orang lelaki diwajibkan menjaga mereka. Bila ada problem dengan lelaki, maka perempuan pun akan bermasalah. Siapa yang menjadikan lelaki hampeh? Perempuan juga. Bagaimana? Nantilah di lain entry. Sila nantikan dengan pernuh anticipation. Hehe bajet blog dia ramai orang baca sangat.

Berbalik kepada isu culik, aku tak mampu nak bagi cara bagaiman nak bezakan kes culik yang betul dengan kes culik-tapi-sebenarnya-lari-dari-rumah-duduk-dengan-boyfriend-sebab-stress-konon.

Tapi aku ada tips nak elakkan diri anda diculik. Silalah baca dan amalkan kalau rasa relevan. Aku bagi ni spontaneous ja jadi memang haram tak reliable pun. Tapi boleh cuba. Oh kalau yang tutup pintu kunci, dan yang asas2 tu boleh fikir sendiri. Aku bagi yang kureng sikit dari itu.


Tips untuk mak agar anak kecil tidak hilang : 


  1. Jangan suruh anak keluar beli barang terutamanya megi. Suruh suami tak pun pergi sendiri.
  2. Kalau bawak pergi shopping, mata tu jangan liar sangat tengok signboard sale.
  3. Jangan sembang dengan promoter sampai tak perasan anak dah jalan sendiri.
  4. Hantar suami ke pintu semasa nak pergi kerja. Boleh scout secara pantas siapa yang ada kot2 tengah mengintai rumah tunggu suami keluar sebelum memulakan attack.
  5. Belajar menembak. Pernah tengok Bree Ban de Kemp dalam Desperate Housewives? Aku rasa sebagai ibu yang protective kepada anak2nya, dia tu kira exemplary la jugak.

Tips untuk suami/ayah supaya anak gadis tidak diculik :

  1. Tampar anak anda yang bawah umur baru 12 tahun tapi berkapel macam orang umur 20 tahun.
  2. Didik anak dan isteri tutup aurat. Bukan tudung tu yang menjaga tapi Allah.
  3. Cari lelaki soleh dan kahwinkan dengan anak anda.

Tips untuk gadis supaya tidak diculik :

  1. Jaga diri sendiri dengan pakaian sopan.
  2. Jangan ramah sangat dengan lelaki. Seadanya cukup.
  3. Kalau tak boleh kontrol, nak ramah jugak, pastikan tidak gedik. Perempuan gedik ialah perempuan yang bila mak panggil dia jawab 'ya' atau 'hum' tapi kalau dengan lelaki dia jadi 'yaaaa~~~' dan huummm~~~'.
  4. Jangan biasakan pakai heels sebab boleh melambatkan kelajuan berlari. Kalau pakai jugak, jangan lari sebaliknya sepaklah penculik dengan heels nescaya rasanya macam hells.
  5. Pakai tudung. Selit tudung dengan jarum. Bila didekati penculik atau lelaki suspicious, ambil jarum tadi dan cucuk. Nak lagi best cucuk matanya biar buta. 
  6. Kalau nak cari kawan lelaki yang agak2 boleh diharap, cari yang biasa dan tak awkward dengan perempuan tapi tak kapel. Orang yang jaga diri daripada benda kapel ni hampir 90% selamat untuk dibuat kawan. Tak awkward dengan perempuan pula penting supaya tidaklah kelihatan seperti sebatang kayu yang bergerak. Yang jenis hati dikotori nafsu ni kau rasa selamat ke?

Tips untuk penculik agar tidak menculik :

  1. Pergi kahwin supaya anda ada aktiviti berfaedah bersama keluarga selain menculik dan dapat memahami perasaan apabila anak diculik.
  2. Beli laptop dan install DotA. Main sampai ketagih supaya tiada masa lapang untuk menculik.
  3. Dengar ceramah ustaz Azhar Idrus.
  4. Jangan tinggal solat jumaat. Sebab kebanyakan penculik ialah lelaki yang gelap hatinya.
  5. Puasa agar tidak larat menculik.
  6. Bila rasa nak menculik, pergi tengok wayang. Setelah 2-3 jam berlalu dan masih rasa mahu menculik, tengok wayang lagi. Sampai hilang rasa nak menculik tu.
  7. Tidur. Tiada orang yang menculik ketika tidur melainkan ada sleeping disorder. Jenis mengigau ke apa kan?

Tips agar tidak lari dari rumah :

  1. Tak payah tips. Sedar diri cukup. Bulu pun tak lebat lagi nak lari dari rumah konon. Bagi SPM dapat stret A dulu baru nak lari dari rumah pun. Dapat tajaan best2 pergi oversea study. Lari dari rumah jugak tapi dalam keredhaan mak bapak, dan naungan Allah Azza wa Jalla.
Sekian saja tips. Kalau dah amal tapi masih berlaku, amka sila terima takdir dengan penuh keredhaan.

Bukan apalah kan. Isu ni serius tapi bila tetiba jadi macam dibodohkan, maka habis semua orang lepas ni yang kalau diculik secara serius pun akan disalah sangka macam yang dalam komen di atas tu. People will be suspicious. Memang la kita tak boleh generalise tapi nila setitik rosak susu sebelanga tahu? Kalau aku tak dala sebelanga. Cuba kamu titil nila dalam sebelanga susu mana ada effect. Lainlah kalau bertitik2 atau susu tu secawan cuma.

Selamat beramal dan okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

Saturday, March 3, 2012

Bantuan Allah


Assalamualaikum. Hye.

Apabila disebut Allah sebagai sebaik2 penolong, kadang2 kita merasakan bantuan dari Allah itu datang dalam bentuk apakah?


Sebab benda yang kita nampak lebih mudah difahami berbanding benda yang kita tidak nampak. Misalnya jika kita ada masalah nak mencapai buku di rak atas, dan kita minta tolong kawan kita yang tinggi melayut untuk tolong ambilkan untuk kita, maka kita nampak itulah bantuan.

Sekali lagi. Bantuan dari Allah itu datang dalam bentuk apakah?

Dalam menjalani kehidupan kita sehari2an, kita yakin dan percaya ada tuhan di sebalik semuanya. Bangun pagi kita, berjalan ke kuliah kita, makan kita, tidur kita, dan suatu hari nanti matinya kita, semuanya itu tuhan yang tolong.

Bantuan dari Allah itu datang dalam bentuk apakah?

Salah satunya ialah tuhan tolong kita buat benda yang kita tak mungkin dapat buat. Kalau pun kita mampu, kita takkan mahu. Kalau kita mahu mungkin kita tak mampu. Kadang2 kita tidak mahu dan tidak mampu juga pada masa yang sama.

Contohnya, sila pergi cari makanan lazat. Ayam goreng berempah misalnya. Ambil secubit dan makan. Kunyah dan telan. Sedap rasanya.

Cuba ayam yang secubit itu, kita kunyah2 sampai lembik. Lalu luah ke dalam pinggan. Lihat. Adakah enak atau jijik?

Tuhan aturkan, makanan yang ditelan akan dihadam. Diserap dan digunakan untuk tubuh badan. Semuanya berlaku sendiri. Atas aturan yang telah ditetapkan. Bayangkan kalau selepas kunyah itu kita perlu letak atas meja. Tuang hydrochloric acid, campur dengan enzyme tertentu, biar berlaku reaction. Lepas tu telan semula. Kemudian kita perlu mengarahkan villi untuk serap semua yang kita proseskan tadi. Susah kan?

Tapi Allah dah tolong kita banyak. Kita cuma perlu kawal tangan untuk suap makanan ke mulut. Lepas tu kunyah2 dan menikmati kesedapan rasa makanan itu. Lain2 hal? Allah tolong uruskan. Kita cuma buat part yang mudah, yang sedap, yang luaran.

Begitu juga dengan pernafasan. Orang putih siap mencipta satu frasa iaitu breath taking bagi menerangkan sesuatu yang begitu menakjubkan sampai terlupa untuk bernafas. Terlalu kagum lah kononnya. Tetapi sebenarnya semua itu berlaku sendiri secara bawah sedar. Pergerakan badan kita yang kita sendiri tidak tahu bila ia berlaku. Kedipan mata untuk mengelak daripada mata kering, peredaran darah ke seluruh badan, dan signal2 tandas yang tidak memungkinkan kita kencing berak merata. dan sebagainya.

Allah itu ada dan sentiasa membantu kita. Sama ada yang beriman tinggi, beriman separa tinggi, rendah tak cukup inci, bahkan yang tidak beriman pun Allah bantu.

Kadang2 bantuan Allah itu bukanlah direct. Allah bukan 911. Kita telefon mereka sampai. Allah selalunya tidak begitu. Kalau kita diragut perompak misalnya dan memohon bantuan Allah dengan cara berdoa, selalunya bukanlah Allah sendiri yang turun dan menangkap perompak itu.

Tapi Allah akan hantar bantuan dalam bentuk utusan. Orang lalu lalang, atau pihak polis yang cekap bekerja lalu menyelamatkan kita, bantuan Allah selalunya dalam bentuk itulah. Ataupun bila kita tidak dapat memahami pelajaran, bukanlah Allah bisik direct ke telinga kita ilmu2nya. Selalunya Allah mengutus guru. Lalu kita belajar, dan dapat menambah ilmu.

Bantuan dari Allah itu datang dalam bentuk apakah? Pelbagai cara. Kita cuma perlu percaya.

Sebab kadang2 bantuan tidak kunjung tiba. Tunggu dan tunggu dan tunggu sampai letih menunggu masih belum ada bantuan. Allah tinggalkan kitakah?


Yakinlah. Allah maha menyayangi kita. Mungkin ini suatu ujian untuk kita. Kita perlu percaya. Serahkan semuanya kepada Allah. Serah bulat2 seratus peratus. Iringi usaha dengan doa dan selainnya biar Allah yang uruskan. Beza umat bertuhan dengan yang tidak ialah putus asa. Jika kita benar2 ada tuhan, maka setiap baik atau buruk aturan tuhan untuk kita, kita yakini semuanya.

Apa baik tuhan bagi, itu nikmat kepada kita kerana tuhan sayang kita. Apa buruk tuhan bagi, itu ujian kepada kita kerana tuhan sayang kita. Tuhan sayang kita itu yang kita percaya.

Bila ada masalah, rancang penyelesaian. Buat betul2, mudah2an semuanya akan kembali pulih. Jangan cepat mengalah. Nanti menyesal kerana bantuan Allah mungkin sedang sampai. Cuma belum masanya.

Ahah contoh yang berlaku kepada aku baru2 ini. Sebenarnya semalam. Aku ada masak lebih dan nak ajak budak2 adik2 aku tu datang rumah. Sebab haritu kata nak datang. So aku pun call la dan tetiba masing2 ada kerja lah nak mengaji kitab lah apa semua so pakat2 sibuk lalu cancel.

Then aku call Akram untuk ajak dia dan Aidil. Tapi mereka dua orang nak kena pergi H7 pulak sambut birthday Kamil. Oh happy birthday Kamil =p=p=p. So tak jadi jugak. Maka lauk banyak2 pun bakal tak habis. Lepas tu aku pun geram la kan. Cis masak banyak2 takda orang nak makan pulak.

Thennnnnn, masa makan dengan Irfan dan Rahman, baru tahu yang ada ayam bahagian besar tu, ada part yang tak masak. Nasik pulak macam antara siap tak siap ja macam mentah pun ada. Kahkah malu gila kot kalau ada tetamu tapi lauk yang dihidang tak masak. Undercooked orang putih kata.

See? Allah tolong aku tu. Dia jaga aku supaya tidak berasa dimalukan. Dengan cara apa? Dia sibukkan orang lain supaya tak dapat datang. Ahli beyt aku tak apa. Aku masak apa pun aku tak kisah. Dah macam familylah kononnya. Kahkah.

See? Bantuan dari Allah itu datang dalam bentuk apakah?

okbai.
Thanks for reading. Bye ;)

Friday, March 2, 2012

Wintered Egypt


Assalamualaikum. Hye.

Aku ada jugak pergi jalan2 waktu cuti haritu. Tapi balik2 rumah sibuk terus sampai tak sempat nak update. Maka sebahagian besar memori telah hilang dan aku pun tak dapatlah nak cerita best2 (memang selama ni pun tak best jugak).

Cumanya, aku ada la simpan dua tiga gambar untuk kenang2an. Maka aku pun nak share gambar yang nak kata menarik pun tak la menarik sangat pun. Tak apalah daripada tak catat langsung baiklah ada catatan sikit kan?

Here goes...


Ni masa berhenti rehat dan solat subuh di mana entah aku tak ingat kahkah. Sejuk giloosss masa nak ambik wudhu' tu memang tergedik2 la sebab sejuk. Masa solat pun gedik jugak. Angkat takbir pun terketar2 tangan.

Oh bola kristal... tunjukkan soalan final exam ni tajuk apa...?!

Ini geng2 musyrif jugak ni. Yang muffler merah muka maca kamil tu namanya Awang. Bukan awang kerawang tapi Awang Muhammad _____ Afif hah tudia nama. Yang tempat kosong tu sebab aku lupa. Sorrylah biasalah aku kan selebriti mana ingat nama orang. Kahkah seleb lah sangat. Sebelah Awang itu namanya Tahir dan sebelahnya lagi yang pakai tuala buat muffler tu ustaz Ikhwan. Ustaz ni macam tour guide la sebab bajet2 orang lama gitu.


Tiba2 terus gambar atas gunung. Aku main upload ja gambar2 ni maka jumble lah segala2nya. Sila buat tak kisah cukuplah. Kalau ramai2 menuju ke bawah tu maknanya nak turun dah la ni. Masa ni hujan ya Allah memang mencabar dan suspens sungguh. Lima enam kali jugak aku skidding dan macam nak jatuh tergolek tapi aku kan sahabat alam maka gunung2 ni pun macam support aku la tak bagi jatuh. Haha merepek.

Can you pretend that airplanes in the night sky like shooting star? No I can't coz there're no planes and no stars!
Ni masa di Dahab kalau tak salah. Penginapan peserta perempuan split dua. Ada setengah duduk di Auski (AUStralia KIwi kot?) dan setengah lagi di Khattab Hotel. Hotel lah sangat tandas pun buruk sekali terkunci tak boleh bukak dah sampai kena panggil manager. Kahkah.

Nampak dak benda alah di telingaku yang menutup telinga capangku itu? Haaa itu namanya penutup telinga. Di sini tak la sesejuk Gunung Sinai tu so pakai sweater selapis dan menatang tutup telinga tu dah selesa la. Benda tu aku pinjam senior aku punya dan sadly aku tertinggal atas bas. Terpaksa beli baru untuk ganti. Namun walaupun aku sebut terpaksa, aku sebenarnya mengganti dengan penuh ikhlas dan keredaan.

Sini 'Uyun Musa. Cantik area ni. Kalau kamu suka pasir la. banyak gila pasir. Area gurun kot? Berhenti makan di sini dan ada kumpulan tourist Korea kalau tak salah. Dan sebab kami datang dengan rombongan akhawat maka ketahuanlah mereka punya excited tu. Tapi seriously abang2 Korea natural ni tak la hensem macam dalam drama yang kamu suka tengok tu. But natural is beautiful. Seriously yang dalam Tv banyak plastik. Kalau tak plastik, mekap. Kalau tak mekap, susuk? Hehe.


Ni lah yang aku kata tu aku pergi dengan akhawat sebab jadi musrif. Tak dirancang sebenarnya ni. Cerita sebenar ialah aku telah beli satu benda dan bajet aku lari laju gila jauh pulak tu. Maka aku pun intend to berjimat dan dengan menjadi musyrif ni dapat diskaun la sikit sebab pergi bekerja lah kononnya. Tapi sampai sana beli baju beli sweater bagai macam dunia ni aku yang punya. Last2 habis juga.

Mereka ini pemalu (lah sangat) so kenalah cover muka supaya paparazzi tak curi gambar.
Tunggu dari pukul 9 sampai pukul 11 duduk dalam surau ARMA tak buat apa2 gila kot. Penat kami datang awal. Tapi it's good la to know that we are punctual. Satu hal yang aku tak suka dengan management di sini ialah masa tidak ditepati. Semuanya lambat. Aku pun kadang2 terlewat juga tapi kadang2 ja ok. Most of the time aku on time jugak la. Ececeh ini sifat mahmudah silalah puji.

Gerhana bintang. Pernah dengar gerhana bintang? Haa ni la dia.
Masa dalam bas. Perjalanan ke mana tah. Aku sangat suka the feeling on the bus menunggu sampai ke destinasi. teringat masa dulu2 pergi lawatan dengan kawan2 dalam bas tu la nak sembang hati ke hati (lah sangat) dan makan2 cekedi lepas tu tidur dengan tidak selesa tapi best. I miss that times.

Dari kanan yang buat tanda peace tu Nabilah, belakang dia sikit Syarfina, sebelah dia Ain.
Those three pun under zakat sama macam aku. Masa ni di kubu Saladdin. Punya la lama nak nego sama ada nak masuk sekali bas atau jalan kaki saja. Lepas tu dalam tu nak kena tunggu lagi sementara nak naik bot ke kubu. Mesir memang penuh dengan penunggu. Aku lah tu antara salah satunya.

Swimming pool?


Kalau nak ikut hati aku, mau saja diranduk air laut yang jernih nan permai ini.
Seriously air dia sangat jernih. Maybe sebab tu kot orang panggil tempat ni Bahrul Abyadh. Ok tipu aku tak ingat apa namanya tapi technically maksudnya pantai putih. Kalau nak sebut pantai ransparent buruk pulak bunyinya tapi memang transparent pun. Boleh kira kaki udang. Tipu lagi mana nampak udang pun.


Tahir main hide n seek di kubu. Kahkah. Oh Tahir ni budak Cairo.

Swimming pool di kubu. Eh banyak pulak swimming pool ea?


Ustaz macho ini namanya Abdul Hadi. Another tourist guide untuk group kami.
Masa ni dah sampai atas. Group kami ni kira hebatlah juga. Semua sempat naik sampai ke puncak. Walaupun  ada yang menggunakan bantuan dari alam semulajadi dan hidupan2 gurun. Faham2 sendiri. Hehe. Paling sempoi ialah akak kain yang pakai jubah di luar meaning that macam dia mendaki bukit pakai kain la. Kan sangat feminin begitu? Tapi sampai puncak kira dasat la aku tabik. Kawan aku yang tadi, Nabilah tu pun sampai awal juga. Dia kata masa di atas tu dia sorang2 ja. Huuiii laju sungguh hang.

Kahkah 3 orang ja aku sempat snap?
Masa aku tengok gambar kawan aku pergi Bahriya aku rasa cam gempak la ambik gambar dengan banner. Sekali bila aku buka balik gambar ni baru aku tahu betapa hampehnya kalau banner ada tapi takda orang. Kahkah. Masa ni aku ambik gambar tapi orang baru nak datang. So masa orang pakat2 masuk beratur aku tengah mengambil gambar guna kamera orang lain. Aku tahu betapa baik hatinya aku sampai kamera sendiri tak sempat nak snap. Bahkan, gambaq aku pun takdak. AaaAAAAa tak aci laa.

Makam nabi Harun
Tiba2 skip panorama lagi. Kali ni semasa dalam perjalanan balik dari St. Katherine. Walaupun namanya Katherine tapi dari apa yang aku baca, dia ni lelaki. Bangunan tu makam nabi Harun as. Tapi ada jugak yang kata bukan jadi aku pun tak berapa pasti.

Sunset mambo.

Penganjur. Penganjur ke? Boleh la...
Kali ini memang tak berapa nak enjoy all out sebab masa macam tak berapa nak cukup. Haha tapi best la dapat jalan2. Kalau ikut hati malas aku ni memang aku nak duduk rumah ja mengadap laptop tapi bila dpat opportunity jalan2 camni best juga. Seriously, menyaksikan alam ni ialah suatu bentuk pelajaran juga. Pelajaran yang kita tak boleh nak tulis sebagai entry blog dan tak boleh juga nak ajar orang. Tapi ia menjadi suatu conscience dalam diri yang mampu buat kita berfikir dalam2 lepas tu... entah I can't explain.

Especially masa mendaki Sinai tu. Dah la sejuk. Gelap lagi. Nabi Musa as dulu panjat gunung itulah juga sebab tu nama lain dia ialah Jabal Musa. Can you imagine it? Kami naik ramai2, bila penat boleh rehat ada orang tolong bagi ubat. Makan2 sebab ada kedai, bleh snap gambar. Sampai di atas ada orang sewakan selimut walaupun sejuk macam coklat mentos tapi selesa la.

Nabi Musa dulu sorang2 ja.

Now say thank you Allah for giving you companies. Bukan kompeni syarikat perdagangan tu tapi company bermaksud kawan2. Sila hargai kawan2 dan layan mereka baik2. Tapi kalau mereka tak layan kamu baik2, dibenarkan untuk kamu memberi penampar di muka mereka yang tak tahu malu itu.

To compare with Kinabalu, this is more tiring sebab panjat Kinabalu sampai ke puncak ada 2 part. Satu part ke Laban Rata dan lepas tu dari Laban Rata ke puncak sempat tidur dulu. Sinai ni, tidur dan panjat dari bawah ke puncak. So sangat penat laa. Dan sejuknya Kinabalu tiada berangin sejuk Sinai ada angin. Kuat pulak tuh.

Cumanya keimanan aku meningkat la sebab aku solat subuh pada waktunya di Sinai. Back then masa panjat Kinabalu, aku solat subuh di bilik. Masa dah turun. Qadho lah apa lagi. Masa tu fikir nak mudah ja. Semoga Allah mengampunkan. Allah kan maha pengampun?

Okies tamatlah cerita. Nanti kalau free aku cerita pasal Dumyat pulak. Esok ada exam Histology labeling slide aku harap tak susah sangat la. Jadi apa lagi.. baca buku sekarang!

okbai

Thanks for reading. Bye ;)