Pemollow

THYB on Facebook

Friday, November 2, 2012

Pintu Itu


Assalamualaikum. Hye.

Ambil dosa itu
dan balutkan dengan kain hitam
sembunyi dari mata mereka

Biar bila ditutup pintu
baru kau buka balutan itu

Peganglah
Usap
Belai
Cium

Dosa itu kau lumur di muka
kau kesat hanya bila
pintu yang tertutup jadi terbuka

Simpan dalam kemas genggamanmu
masuk ke dalam kocek bajumu
Dosa itu kau bawa sendiri
jalan baring tidur berlari

Sebelum dia sendiri
menutup pintu
pintu itu
yang kau sangka terkunci untukmu

Tuhan di hadapanmu ada
tersenyum tangan dibuka
menunggu kau berlari memeluknya



Semua orang menuju ke pintu itu 
membawa sesuatu 
dalam kain hitam.
Tinggalkan, 
sebelum sampai ke pintu itu.




oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

Biarkan kain hitam itu berubah warnanya.
Putih.
:)

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim Ab Razak kalau pakai kain putih... xleh la nak balut dosa lagi sbb dah transparent.. hehehe