Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, November 7, 2012

Fesyen Muslimah Terkini? 2


Assalamualaikum. Hye.

Aku bukan nak bajet baik sangat la nak cerita bab2 fesyen muslimah sejati ni kan. Aku pun bukan beriman sejati sangat. Cukup2 makan ja lah.

Tadi aku telah membaca satu blog yang memaparkan cerita dia pergi ISLAMIC FASHION FESTIVAL. Aku pun tengok lah Islam tahap mana sangat fesyen dia tu kan. Sebab, kamu ingat mudah2 camtu saja kah nak bawak nama ISLAM tu dengan fesyen? Tak semudah itu sayang. 

Come to think of it, sebenarnya mudah.

Ok aku malas nak tulis panjang2. Tapi selalunya entry aku akan end up panjang juga. Kita tunggu dan lihat sama ada aku akan tulis pendek atau hentam tulis panjang berjela berjurai sampai orang tak baca. Kahkah.

Fine, ladies. Bila bicara soal aurat, fesyen, dan muslimah, maka tak dapat lari daripada permasalahan "muslimah tak tutup aurat sempurna dengan alasan nak ikut fesyen dan ikut peredaran zaman". Selepas persoalan itu dijawab dengan "Islam tidak menafikan fesyen" maka masalah baru pula timbul iaitu orang2 yang bertanggungjawab meng-Islam-kan fesyen akhirnya tewas dan maut apabila apa yang dia buat ialah mem-fesyen-kan Islam.

Fikir2 balik, Islam ni macam banyak songeh pulak dan semua benda nak larang. Tapi bila dilihat dari sudut akal yang logik dan pintar, sebenarnya apa yang diajar agama itu mudah dan selamat. Cuma manusia ni lah yang kepala otak tak berapa nak center, fikir lagi ke depan daripada tuhan kononnya, masing2 semua lagi pandai daripada tuhan, so semua nak buat ikut suka hati kepala masing2.

Itulah punca kemerepekan yang terlalu banyak di muka bumi ini. Dalam entry ini, aku akan cakap sikit pasal fesyen. Especially fesyen perempuan sebab fesyen lelaki, sebabi2nya yang diperagakan pun, pernah kamu lihat di mana2 orang lelaki pakai baju yang bila kita nampak kita rasa nak sepak? Jarang2 kan?

Tapi perempuan hari ni pakai baju, rasa macam nak sepak, terajang, semua ada. Tak pun letak dalam penjara. Baru selamat mata orang ramai daripada terkena kanser. Dan selamat juga hati daripada lintasan2 yang buruk dan keji.

Ok dah nak nampak entry akan jadi panjang. Mari potong dengan cara meletakkan gambar. Semua sumber gambar ialah internet. Sorry lah tak mintak permission bertulis ke apa. Dah yang mana keluar google tu aku rasa sesuai aku tepek ja di sini.


Okies gambar di atas ni ialah fesyen yang orang semua dah takmahu ikut. Dulu masa sekolah kemain tudung labuh tak labuh pun fesyen segitiga yang jahit tengah tu. Kira ok dah tu sebab dah tutup apa yang patut walaupun kadang2 tak cukup labuh.

Tudung macam kat atas ni pun orang tak pakai juga. Tengok je lah. Ketinggalan zaman sungguh kan? Bila tengok nama2 yang terlintas Kampung Wakaf Mek Nab, Ulu Yam, Kampung Belau, apa semua tu. Tak terlintas la nama2 bandar urban sikit. New York ke, Itali ke, Paris ke, Soviet Rusia ke. Tak ada. Mentaliti masyarakat kini ialah tudung labuh bermaksud kampung. Mengaji pondok, duduk rumah memasak di dapur, petang2 siram pokok lepas kutip kain.

Sekarang tengah "in trend" ialah tudung dan fesyen yang macam ni. Berbelit2, selit jarum sana sini, tutup dada sampai aras2 cukup makan saja. Tapi kira ok lagilah. Bagi aku lah kan, tudung fesyen jenis tak berapa nak labuh ni kalau pakai dengan baju, kain, dan seluar yang sesuai, maka tak ada masalah. Nantilah aku cerita pasal tudung singkat ni.


Tapi apakan daya, wanita2 nak jugak meng-urban-kan diri mereka dengan menjadi hamba fesyen. Ini bukan ke arah meng-urban-kandiri. Ini namanya mengorbankan diri. Jenis pakai baju ketat2 dan seluar yang sendat2 lepas tu yang lagi parah ialah spesis pakai baju inner yang warna macam warna kulit.

Kalau kamu rasa fesyen yang di atas ni sesuai, itu aku tak boleh kata apa. Tapi untuk orang yang baca blog aku ni, aku pesan lah siap2. Kalau kamu ada yang pakai macam ni dan rasa cool, tak apa tapi berhentilah. Sila bertaubat. Titik.


Daaannn, diambil dari blog yang aku baca tu, ialah gambar di atas itulah. Yang dikatakan ISLAMIC FASHION tu. Sungguh jelas keIslamannya. Nabi kalau tengok ni mesti bangga. Allah pulak mesti bagi syurga kepada tuan punya fesyen.

Bagus2 ni bagus. Menggalakkan orang bergaya tetapi seiring dengan tuntutan syarak. Fesyen yang dok sedia ada ni kampung2 belaka. Tak urban. Tak "in". Tak sesuai digayakan ke majlis. Fesyen2 baru ni barulah gojes, glam, dan nanti bila masuk kubur kalau pakai macam tu mungkin boleh dapat layanan istimewa malaikat dalam kubur.


Islamic Fasihion Festival tapi cuba lihat gambar di atas. Ada ja lelaki. Kan orang dah kata sebelum ni, fesyen segala fesyen ni dalangnya lelaki juga. Memang lelaki ni nak tengok perempuan berhias cantik2 untuk kepuasan nafsu. Bila ada perempuan yang memilih untuk berhijab, maka lelaki juga lah yang cipta fesyen baru untuk menggayakan hijab.

Daripada labuh jadi singkat, daripada longgar jadi ketat, daripada yang tutup aurat jadi mendedahkan pusat dan pan....... haa mari beristighfar. Astaghfirullah.

Kenapa orang perempuan sanggup luang masa untuk belajar cara pakai shawl cucuk jarum tujuh lapan batang di kepala semata2 mahu cantik sedangkan tudung labuh boleh terus pakai saja sekali sarung. Aku sendiri pun rasa tudung selendang tu cantik especially duduk Mesir ni hampir 99% wanita bertudung pakai benda alah tu. Tapi itulah, kecantikan yang diusahakan itu untuk siapa?

Bila orang sebut pasal tabarruj, pandai pulak menjawab. "Kami berhias ala kadar" "Kami tak berlebih2an" "Kami bukan nak menunjuk" tapi kalau dah mekap tebal2 siap dengan segala aksesori, pakai baju pulak dengan segala fesyen ada, aurat tutup ke tidak belakang kira. Janji cantik. Tapi taakkkk..... bukan untuk tunjuk kat orang. Apa kejadah?

Kalau betul2 nak cantik sebab nak jaga penampilan dan rasa yakin dengan diri, just put on some good cloth dan pakai benda yang tutup aurat sempurna, atau kurang sikit dari sempurna. Yang penting, tanya Allah "ok tak aku pakai ni?" dan bukannya tanya orang. Sebab orang ni macam2 permintaannya.

Ada yang nak perempuan itu kelihatan bentuk kakinya maka dia pun buat legging.
Ada yang nak perempuan itu kelihatan bentuk badannya maka dia pun buat baju ketat2.
Ada yang nak perempuan itu kelihatan bentuk kepalanya dan rambutnya maka dia pun buatlah tudung jenis tak semenggah yang bersepah di pasaran hari ini.

Ada yang nak perempuan itu kelihatan bentuk dadanya maka dia pun buatlah fesyen yang menumpukan corak dan tulisan di dada. Lepas tu tudung singkat pulak. Lepas tu bila ada lelaki tengok dada dia, dia tuduh lelaki tu gila seks dan tak pandai jaga nafsu. Yang dia tu, aurat pun tak reti jaga. Bukankah itu sungguh kebabian?

Bersederhanalah. Lady Gaga pun tahu bersederhana. tak percaya? Tengok di bawah ni.

Be moderate baby. Born this way.

Maka, kita akan ditinggalkan dengan persoalan. Adakah syariat Allah tak cukup baik untuk kita? Adakah fesyen yang nabi ajar anak isteri baginda pakai tidak lagi sesuai untuk kita? Adakah kita terlalu terdesak untuk fit in dengan masyarakat yang kononnya terbuka, sampai kita mengorbankan apa yang kita percaya? Adakah kita ni terlalu murah untuk mengikut telunjuk orang yang hidup daripada mengikut perintah Yang Menghidupkan?

Adakah ajaran nabi itu menindas wanita kerana terpaksa menutup segala tubuh? Atau adakah mendedahkan segala kecantikan yang most of the time dipalsukan dengan mekap dan hiasan buatan itu yang kita panggil kebebasan? 

Cuba fikirkan. Kalau perempuan pakai baju jubah dengan tudung labuh, dia tak cukur bulu kaki pun tak ada siapa nak kisah sebab tak tahu. Tapi jenis yang dedah2 tu, kena cari bulu di setiap ini badan kalau tak nanti malu. Lepas tu bila nak keluar kena set rambut, kena mekap, kena letak segala benda untuk nampak cantik. 

Setiap hari sebelum keluar rumah, kena check satu badan dulu. Kebebasan kah?

Ada otak? Silalah fikir.
In the end, aku tak boleh decide apa yang kamu nak pakai. Aku jugak tak boleh decide apa yang terbaik untuk semua orang. Aku cuma boleh setuju dengan mengatakan fesyen itu hak masing2 tapi agama dah bagi garis panduan berfesyen tu. Antara nak ikut dengan tak mahu saja. Kalau rajin, bacalah entry2 ini.


oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

15 comments:

Afifah Nur. said...

Gambar first tu macam kenal! Sekolah naim. Hihi.

Hikaru Yui said...

@Afifah Nur. naim lil banat? huhu mcm mana tau? sekolah situ ka?

Srikandi permata said...

Allahurabbi..bgos entri nie..
moga terkesan bg pembaca..
permasalahnnya...kebnykn prmpuan tahu auratnya..
tapi..sukar utk menutupnya..
hanya sekadar tahu,.
tak amalkn ilmu yg ada.
apep2un..moga2 ramai permpuan di luar sana menyedari hakikat ini..& kembali kepada-Nya.

Srikandi permata said...

Allahurabbi..bgos entri nie..
moga terkesan bg pembaca..
permasalahnnya...kebnykn prmpuan tahu auratnya..
tapi..sukar utk menutupnya..
hanya sekadar tahu,.
tak amalkn ilmu yg ada.
apep2un..moga2 ramai permpuan di luar sana menyedari hakikat ini..& kembali kepada-Nya.

Hikaru Yui said...

@Srikandi permata ustazah2 di sekolah dan mak di rumah kena berusaha giat..huhu

Kayun.Zack said...

fesyen2 selebriti mcm heliza, diana amir, irma pun skrg ni tgk semakin baguih. tdg tgk kui labuh dh. depa tu buleh jd cth kt msyrkt.
mcmna la nk hbq kt org ya klau pkai tdg capuih2 cangkat, dgn inner hat ketat2 sungguh2 tu nmpk x kemaih pun. huhu.




btw, eh dh tukaq nama blog? hehek

Hikaru Yui said...

@Kayun.Zack yg ok tu ok.. yg separa ok pun kira ok lah.. tp masih byk yg x ok.. huhu

izzati husna said...

ahh aku setuju sangat. even aku pun haha malas cakap.. but then still yang bertudung lebih oleh dari tak bertudung langsung . slow2 moga ALLAH bagi hidayah

izzati husna said...

ahh aku setuju sangat. even aku pun haha malas cakap.. but then still yang bertudung lebih oleh dari tak bertudung langsung . slow2 moga ALLAH bagi hidayah

Afifah Nur. said...

@Hikaru Yui

Yup. Kenal sangat. :)
Ex-naim. Huhu.

Ehem. Nak habaq, jujurnya, saya sendiri sebagai perempuan pn sangat tak berkenan dengan fesyen zaman sekarang. Makin singkat, makin nipis. Sedih :(
Tiap kali pergi kedai nak cari tudung, sedih.

Hikaru Yui said...

@izzati husna btul tu.. yg dah pakai wlupun pelik2 skit asalkan dia dah pakai.. boleh improve sendiri lah.. yg pakai lgsung tu.. kena usaha lebih skit =p

Hikaru Yui said...

@Afifah Nur. ya ka? sori la ea main letak ja.. jumpa dari google image saja pun.. klu tuan gambar xbg.. cakap okies kami remove kan..

fesyen sekarang ni bercampur antara yg ok dgn yg x ok.. masalahnya bila yg x ok lg byk dari yg ok..huhu

Afifah Nur. said...

Eh takpa takpa. Bukan saya tuan empunya gambar tu pn. Junior tu. Diorang okey. Kalau tak, takdenya nak upload dalam tenet pulak. Its okey.

Tahu takpe. Sampaikan bila banyak sangat tudung2 berfesyen ni ada, nak beli yang okey sikit pn tak boleh. Kedai jual tudung kemain banyak, tapi sume singkat2, nipis.
Geram sangat dah ni. Fesyen ape lagi lepas ni.

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

lady gaga pakai tudung? haha

Hikaru Yui said...

@Muhammad Faris 'Azim Ab Razak kan? buleh buat sumber motivasi utk yg free hair tu.. bg malu skit kat lady gaga =p