Keep calm and click click

Sesedapedia

Loading...

Tuesday, November 6, 2012

Cara Untuk Menguji Kasih Sayang Allah Kepada Kita Semua


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim

Ini bukan cerita bid'ah. Sekian.

Kita semua familiar dengan ayat Quran yang maksudnya lebih kurang macam ni;
Apakah kita menyangka kita beriman sedangkan kita tidak diuji.
Sila cari sendiri ayat sebenar.

Jadi ujian2 yang didatangkan kepada kita,
Semuanya tak lain ialah untuk menjadi bukti keimanan kita kepada Allah.

Nabi2 pun diuji lagi dahsyat daripada kita.
Malaikat pun pernah diuji dengan soalan cepumas dari Allah Taala.
Yang masa mula2 penciptaan Nabi Adam tu.
Iblis pun diuji dan resultnya tak berapa nak cemerlang.

Sekali sekala kita terfikir.
Adakah Allah sayang kita?
Kalau sayang, kenapa bagi musibah?
Tak boleh buktikan iman dengan cara mudah?

Aku ada satu tips.
Kalau nak uji Allah sayang kita ke tak.
Sebenarnya hari2 kamu (dan aku) buat eksperimen ini.
Dan hari2 jugak Allah tunjukkan yang dia sayang kita.
Sungguh.

Caranya ialah buat dosa.
WHAT???


Ya betul. Buatlah dosa dan masa tu baru kita tahu yang Allah terlalu sayangkan kita.
Sayang sungguh2 ni bukan main2 punya sayang.
Romeo dan Juliet pun kalah.

Pernah tak kita lengahkan solat sampai habis waktu?
Tapi Allah panjangkan umur dan ingatkan kita supaya qada?

Pernah tak kita rasa nak mencuri?
Tapi Allah campak rasa takut kantoi dalam hati sampai kita tak jadi nak mencuri?

Pernah tak kita mengumpat orang, bergaduh dengan orang, fitnah orang?
Tapi Allah bagi kita sempat berhari raya dengan orang itu, bermaaf2an apa semua?

Pernah tak kita buat dosa pada waktu malam?
Tiada siapa pun nampak?
Atau dosa kita pada waktu malam itu,
Ada saksinya.
Tapi Allah bisukan dia.
Allah tak malukan kita.
Allah biar kita tidur membawa dosa kita itu,
Dan esoknya kita hidup.

Kalau kamu boleh baca entry ini, maksudnya Allah sayang kamu.
Dia benarkan kamu membaca.
Dia belum tarik nikmat akal dari kamu.
Dia belum tamatkan tempoh taubat kamu.
Dia belum temukan kamu dengan ajal kamu.
Dia belum tutup dan masih beri peluang seluas2nya kepada kamu.

Allah sayang kita kerana benarkan kita hidup.
Bukanlah mati itu maksudnya Allah tak sayang,
Tapi hidup itu maksudnya peluang.
Yang kita selalu sia2kan.

Manusia dan dosa sukar dipisahkan.
Kita selalu sangat tersasar dan buat salah.
Sebab tu kita diajar cara bertaubat.
Nabi Adam pun ada pernah buat salah dulu sampai dikeluarkan dari syurga.
Kita ni masuk syurga pun belum tentu.

Tapi Allah bagi peluang supaya kita buat apa yang kita mampu,
Untuk jadi yang terbaik.
Sekalipun kita buat dosa memanjang,
Allah masih belum buat kita mati.
Itu maksudnya Allah masih kisah dengan kita.
Kadang2 Allah bagi kita susah.

Sebab selalunya manusia ni, bila senang dia sebut nama artis,
Contohnya bersembang pasal artis di kala senggang,
Bila susah baru dia sebut nama tuhan, selawat nabi, dan berdoa bagai.

Allah bagi kita susah sebab nak panggil kita kembali kepada dia.
Allah tak turun ke dunia tarik telinga kita kalau kita degil.
Tapi Allah hantar orang2 untuk tolong ingatkan kita,
tolong tarik telinga kita,
cubit perut kita.

Atau Allah sekadar biarkan kita hidup dan rasa nak berubah, rasa nak bertaubat.
Hari2 kita rasa macam tu kan?
Hari2 rasa nak baca Quran banyak2,
Hari2 rasa nak bangun qiyamullail,
Hari2 rasa nak solat Dhuha,
Hari2 rasa nak pergi solat berjemaah di masjid,


Walaupun kadang2 kita tak buat pun (kadang2 apa... memang tak buat... kahkahkah),
Tapi Allah hidupkan kita juga.
Biarlah tak buat pun,
Asal kita hidup dan rasa nak buat,
Allah bagi pahala juga.

Tapi sebenarnya,
Kita yang tak malu dengan Allah.

Trylah.

Cuba hari ini kita pergi berkapel,
Cuba hari ini keluar rumah tak payah tutup aurat,
Cuba hari ini derhaka cakap mak ayah,
Cuba hari ini tak payah solat,
Cuba hari ini ponteng kuliah,
Cuba hari ini cuba hari ini.

Sama ada kita akan tetap hidup sampai esok, supaya kita dapat bertaubat,
kerana Allah sayangkan kita.

Atau kita takkan sanggup buat dari mula,
Sebab kalau mati masa tengah buat dosa macam mana pulak???
Maksudnya Allah tak sayanglah tu dan matikan kita masa tengah buat dosa???

-senyum-

Kalau ada kamu, kamu, atau kamu yang berfikiran macam tu,
Tahniah.
Allah sangat sayang kepada kamu.

Dia buat kamu sedar dan takut akan kematian menjengah ketika sedang berbuat dosa.
Dia buat kamu lebih setapak ke depan dari orang lain.
Kamu dah tahu itu, jadi kamu tak buatlah dosa kan?

Dan itu buktinya Allah sayang kamu.
Dia selamatkan kamu dengan hati kamu dari hati kamu sendiri.


Buat dosa hari ini, taubat sebelum malam menjelma.
Buat dosa malam ini, taubat sebelum esok tiba.

oktengsbai

Terima kasihlah sudi baca. Silalah LIKE sekali ;P

2 comments:

Afifah Nur. said...

ya Allah. Besar sungguh nikmat Allah. Kita buat dosa, lepas tu meminta2 dari DIA, Allah sentiasa ada untuk kita.

Hikaru Yui said...

@Afifah Nur. kan? tp kita jarang nampak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...