Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, November 15, 2012

Babikrasi di Mesir


Assalamualaikum. Hye.

Sebenarnya aku nak buat entry ni dah lamalamalamalama dulu. Masa tengah frustrated dengan segala apa yang berlaku (kes hilang beg) dan macam2 lagilah benda yang tak best menyusul lepas tu kan.

Tetapi menyusul pula benda2 best yang menyebabkan aku lupa nak tulis pasal segala kebabian yang berlaku. Dan membuatkan aku fikir banyak kali juga "adakah perlu aku rasa tak best atau semua itu biasa2 saja?" sebab yeah come to think of it takdalah teruk sangat pun. Maybe aku exaggerate lebih ja kot.

But anyway, here's the thing. Aku percaya bila kita ada masalah, kita cari Allah dan Allah akan hantar bantuan dalam bentuk yang pelbagai dan boleh terdiri daripada manusia, binatang, tumbuh2an, atau apa sajalah.

Jadi masa beg aku hilang dulu, aku pun pergilah ke bank untuk uruskan aku punya kad bank kan. Dah memang salah aku sebab lambat freeze kad tu so memang ada lah duit yang hilang. Tapi yang aku nak stress out di sini bukan yang itu.

# Babikrasi 1 - Bank

Aku pergi bank tu untuk buat kad baru. Masalahnya di bank Mesir ni, mereka racist ok. Sungguh racist yang teramat. Aku sampai dah punya lama akak receptionist tu suruh aku tunggu. Bila ada orang arab datang, terus tanya dia apa2 sikit, dia jemput duduk. Masa tu memang aku mencarut dalam hati. Nak ja aku cakap bahasa Melayu dalam tu tapi dah kata nak mintak tolong dia kan. Sabar sajalah.

Then bila aku dah tengok dia dengan muka annoyed baru dia nak panggil aku. And guess what's the first phrase she asked me? "What do you want?"

WHAT DO YOU WANT??? Excuse me miss. Manner kau letak mana hah? Tak belajar adab ke apa? Macam susah sangat nak sebut "May I help you" ke, "How can I help" ke. Adoi la.

# Babikrasi 2 - Balai polis

Nasihat aku, elakkan sebarang masalah supaya tak perlu berurusan dengan polis. They suck. 

Keadaan dia sama macam tadi. Jenis tak layan orang yang tak sebangsa dengan dia. Tapi waktu aku buat report tu ada dua pakcik. Pakcik sorang ni ok ja dan cakap baik2. Pakcik sorang lagi pulak jenis cakap jerit2 lepas tu bagi borang suruh isi bila orang tumpang meja dia dia halau. Pakcik sebelah tu cool ja kot. Tapi sebab dia tengan attend orang, takkan nak menyemak kan? Meja pakcik gelabah tadi kosong ja pun tapi nak kecoh.

Lepas tu bila dah siap isi borang dia suruh pergi kaunter mana tah. Nasib baik aku pergi dengan sorang ustaz ni yang terer la cakap arab apa semua. So dia tahu lah nak tanya direction. DALAM BALAI PUN KENA TANYA DIRECTION bukan kami buta arah tapi sebeb mereka  memang tak memudahkan urusan. Keluar masuk bilik itu bilik ini baru jumpa bilik yang betul.

Dan apakah yang penting sangat jumpa orang2 tertentu itu? Bayar fee. Nak buat report pun kena bayar. Ni nak memudahkan orang ke nak menyusahkan orang? Oh lupa. Borang yang aku isi tu aku sendiri fotostat di luar. Bayangkan, kita tengah nak report masalah kita, lepas tu tak pasal2 kena tambah masalah lagi. Lepas fotostat tu kena tunggu lagi.

Then bila dah bayar fee tu walaupun sikit tapi still annoying, maka dapatlah borang report yang ada cop. Nak cop sekeping pun susah macam nak mampus.

#Babikrasi 3 - Bank lagi

Ini kes minor. Dah la dia kata datang ambil kad baru dalam masa 2 hari. Aku pergi ambil seminggu lambat kot. Dalam lambat2 tu pun tak siap proses. Bila aku ambil kad, dia tak bagi password. Kena tunggu sehari pulak lagi. Tapi dia kata aku boleh shopping sebab kad tu kan boleh buat debit. 

Oh great. Remind me how that shit stole my money and how there are soooo a lot of money left in my account. Nak shopping bagai kan? Lepas tu nak kena pergi lagi esok2nya sebab nak password. Bila dah ada password nak tukar tak boleh pulak sebab mesin ATM rosak. Pulak dah.

#Babikrasi 4 - Safarah

Kalau tak silap aku sebutan dia macam tu lah. Bukan, safarah bukan maksudnya safari apahal tetiba nak cerita pasal binatang pulak. Safarah itu embassy atau kedutaan.

Embassy ni kurang ragamnya. Probably sebab mereka kerja untuk tolong orang Malaysia dan memang ada orang Malaysia dalam tu so tak banyak songeh la sangat. Receptionist pun mesra dan tak annoying. Reti cakap benda yang buat orang rasa selesa.

Ada akak tu kata aku first year. Because you look so young. Kahkah kau nak perli kah akak? Tak apa aku tak kisah. I take it as a compliment lah. Kembang sekejap waktu tu.

Pegawai yang attend aku waktu tu ialah Mr Wasef. Mr Wasef was really helpful. Cuma itulah. Babikrasi banyak sangat. Segala benda nak kena isi. Segala benda nak kena bagi. Dan dia seolah2 tak faham bila aku kata beg hilang dan semua dokumen dalam beg hilang sekali passport passport, IC, surat beranak, surat keguguran, apa semua hilang.

And he kept on insisting for copies. Haih.

Lepas tu bila nak bukti tawaran belajar ke Mesir, surat biasiswa aku dia takmahu terima. Nak jugak result exam. Nasib baik ada kawan aku simpan. Lain kali jangan mintak surat dari Malaysia. Cakap terus nak result tahun lepas. Senang faham.

Lepas tu macam biasa kena ada gambar apa semua. Dan gambar pun dalam beg juga. So kena pergi tangkap gambar lagi. Kedai gambar jauh sebatu. Sampai di kedai dalam pukul 9 kot. Bila aku tanya bila boleh siap akak tu jawab "One o'clock". Kahkah pastu bos dia kot mai habaq dalam sejam la siap setelah kami buat muka tak percaya kat akak tu. Ahah aku datang dengan kawan aku waktu ni.

Lepas cari kedai gambar kena cari kedai fotostat pulak. Yang ni salah aku lah sebab tak fotostat siap2 tapi dah aku tak tahu yang mana dia nak ambil so aku pun tak prepare apa langsung. Bijak... bijak...

Then sebab tak ada result exam tu, report aku tak proses lah. Langsung.

Esoknya aku datang balik. Sendiri. Aku pulun cakap pasal kuliah lah apa semua. Dan bagus juga Mr Wasef tu sebab setel hari itu jugak. Aku tak tertinggal kelas pun. Cepat jugaklah dia buat kerja. Dan aku rasa dia memang bekerja sebab dia ada cakap "This is the fastest passport I made..." apa benda tah ayat dia tapi katanya selalu dia buat tu seminggu. Tapi aku punya siap dalam 2 hari saja. 











Dan bila aku sampai kuliah, ada kawan aku call kata beg aku telah dijumpai. Alhamdulillah.
Right after I got the emergency passport. Kahkah.

Ok main point entry ni ialah, birokrasi yang terlalu berlapis2 akan menyusahkan orang. Tujuan adanya AJK kebajikan ialah untuk memudahkan bila ada orang mintak tolong. Tapi kalau segala benda nak kena isi, segala benda nak kena fotostat, segala orang nak kena jumpa, tolong apa jadahnya macam tu?

Kenapa kita pakai sistem ni hah? Siapa ajar? Ikut sistem siapa? Nasib baik nak berdoa kepada Allah tak payah pakai borang. Nasib baik nak mintak duit kat ayah tak perlu rujuk abang/ kakak sulung, pastu jumpa mak, isi borang, hantar kat ayah, tunggu mak sain borang, ayah tengok surat, tunggu 3 hari, duit bagi kat mak, isi borang sekali lagi, baru dapat duit.

Cakaplah apa pun. Sistem? Nak mudahkan urusan? Nak bagi tersusun? Aku fahamlah semua tu. Nak bagi ada rekod apa semua kan. Nak elak orang menipu apa semua. Fine. Tapi bagi orang yang betul2 ada masalah, segala susah payah tu terpalit kat dia sekali. 

Bayangkan kalau aku duduk jauh. Nak pergi embassy tak mudah. Lepas tu hanya sebab tak ada sekeping dokumen celaka tu, report aku tak boleh proses. Bagus ke macam tu?

Revise the system lah. Memang sangat bermasalah dan memberi masalah. Orang yang ada masalah bertambah masalah. Orang yang patut membantu mengurangkan masalah pulak memberi masalah.

Aku ingat cerita pasal makcik miskin dengan pegawai kebajikan. Cerita ni rekaan rasanya tapi sangat relevan lah dengan situasi. Simple ja cerita dia. 

***
Makcik ni miskin. Dia masuk jumpa pegawai kebajikan. Makcik ni tengah lapar. Tapi dia kena tunggu lama baru dapat jumpa pegawai.

Bila jumpa pegawai makcik tu kata "Makcik miskin. Makcik nak duit untuk beli makanan. makcik lapar tapi tak ada duit."

Pegawai tu jawab "Makcik datang ke tempat yang betul. Tapi sebelum tu makcik kena isi Borang A, Borang B, Borang C, dan Borang D. Lepas tu makcik kena bagi salinan IC dan gambar berukuran passport 2 keping dan lekatkan di Borang E. Makcik hantar Borang A, B, C,dan D ke Kaunter P dan makcik hantar Borang E bersama IC dan gambar ke Kaunter Q. Jumpa Pegawai X di Bilik Y dan selepas Z hari makcik akan menerima bantuan kewangan yang makcik perlukan."

Makcik itu pun keluar dari pejabat itu dan bersila di tepi jalan. Orang ramai yang lalu lalang menghulurkan seringgit dua kepada makcik itu. Selepas 4 jam, makcik tu pergi kedai beli nasi bungkus dengan teh ais.

Esoknya makcik itu tunggu lagi di tepi jalan. Lepas tu makcik tu kena tangkap sebab mengemis!
***

Faham cerita ni?


Just two words to describe it. Bureaucracy sucks.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

9 comments:

Fatin Farhani said...

Pathetic sungguh keadaannya..T_T

Fatin Farhani said...

Pathetic sungguh keadaannya.T_T

Timah In The House said...

aku suka
dan konkluksi memang daebak!

Bureaucracy sucks!

Mim Hasniyah Yusof said...

First tajuk y aku belajaq. Haha. Birokrasi. :P

Hikaru Yui said...

@Fatin Farhani =p

Hikaru Yui said...

@Timah In The House mots : jgn bg ada kena buat urusan dgn depa langsung =p

Hikaru Yui said...

@Mim Hasniyah Yusof kat sana ok sikit kot rasanya =p

Muhammad Iqbal said...

saya faham :p

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal klu faham sila like =p