Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, October 16, 2012

We are loved.


Assalamualaikum. Hye.

Yes we are!

Okies kan aku dah cerita pasal kes babi mendapat kuasa berdiri atas dua kaki, lepas tu dia curi beg aku tu kan, so far dah setel dengan bank dan dah dapat kad baru cuma passwordnya belum. Aku pun pelik juga tapi dah memang Mesir ni pelik2 sikit. Jeles pulak aku tengok kawan2 aku yang post gambar2 luar negara yang hijau dan biru, serta orang2 yang nampak peramah dan normal serta kurang annoying.

Ya. Bagi aku egyptians memang annoying kecuali prof2 di universiti. Orang educated agaknya. Jangan lepas tu nak soal "habis tu ulama2, imam2 masjid, dan prof2 di Azhar tu annoying jugak ke?" Perlukah aku jawab? Agaknya kalau aku buat general statement macam tu ada orang nak jadikan isu tak? Bukan boleh kira sangat. Update status yang normal pun ada orang assume aku tengah marah.

Oh lupa. Aku bukan retis. Jadi tak payah nak bajet sangatlah. Kahkah.

Mari kita revise bahawa kita semua disayangi. Siapa yang masih ada keluarga dan kawan2, kalau dia rasa tak disayangi, maka sila bawa ke hospital bahagia. Dia kurang kebahagiaan maka situlah tempat terbaik untuknya.

Rasa tidak bahagia itu penyakit. Lebih serius daripada kebodohan. Ini kerana, orang bodoh yang tahu rasa bahagia, lebih bijak daripada orang pandai yang tak reti nak bersyukur dan rasa bahagia.

Aku sendiri bukanlah pandai sangat sebab aku selalu rasa tak bahagia. Rasa tak cukup. Rasa nak itu dan nak ini tapi selalu tak dapat.

Ini pun penyakit juga.

Padahal apa yang ada di tangan dah terlalu banyak. Sampaikan tuhan ambil sikit dari aku. Kadang2 bila fikir, lelah juga rasanya. Kenapa tuhan begini? Kenapa tuhan begitu? Kenapa aku? Biasalah kan fikit macam tu. Manusia. Bukan selalu dia nak reti fikir guna otak yang dia ada. Kadang2 otak tu jadi hiasan saja. Kalau tak ada otak nanti kosong sangat pulak.

Kejadian beg hilang tu buat aku ingat yang aku ini, walaupun annoying nak mampus, dan bukanlah the most adorable in the group, at least aku masih ada family dan kawan2. Yang masih rasa risau untuk aku bila aku sendiri rasa macam nak menangis cuma tak nangis la kan dah nanti hilang macho pulak. Memang dah tak macho sejak azali kalau nangis nanti jadi apa? Negatif value terus. Kahkah.

Walaupun aku selalu kata "tak payah risau, aku okey, tak ada masalah, blablabla" tapi sebenarnya aku suka bila ada orang tunjuk keprihatinan mereka kepada aku. Kalau pun, tak payah nak ikhlas pun tak apa. Cakap saja "Ada apa2 bagitahulah aku", atau "kalau nak aku tolong apa2, cakap saja", dan yang sewaktu dengannya.

Percayalah. Aku takkan mintak apa2 pun dari kamu. Jadi tak payah risau. Kalau aku mintak pun aku tak mintak tak ketahuan. kalau aku mintak pinjam duit, aku bayar nanti kalau masih tidak mati. Kalau aku mintak pinjam barang, nanti aku akan bagi pulang.

Ada seorang kawan aku ni, masa hari aku hilang tu, dia tunggu dengan aku sekejap. Lepas tu dia kata "kalau ada apa2 call aku," padahal bukan aku call pun. Kahkah. Tapi rasa nak menitik la air mata.

It's just a good feeling. To know that there are some of those who care. Ya lah, pencuri tu konfermlah tak care kan? Babi sungguh la nak curi2 barang orang. Aku pelik jugak penjenayah2 ni semua. Tak kiralah perogol ke, perompak ke, pembunuh ke, pendera kanak2 ke, pengkomen first di blogserius ke, semua orang ni macam tak ada conscience. Kesian. Semoga mendapat hidayah untuk bertaubat sebelum mati.

Kadang2 tak payah nak usaha lebih. Just tunjukkan yang kita kisah. Cukuplah. Bukan aku cakap pasal aku lah sebab kalau nanti ada orang yang kamu sayang, tetiba dia ada masalah, tunjuklah yang kamu simpati.

Walaupun aku sendiri tak berapa nak buat, tapi tak salah kan kalau aku nak beritahu? Hahaha ya aku memang tak berapa nak sensitif dengan perubahan orang. Jadi kalau kau ada masalah tapi nak "Tak apa saya tiada masalah jangan risaukan saya saya ok" macam aku buat, sila berharap prihatin dan ihsan dari orang lain. Aku kalau kau kata ok, maka ok lah.

My family, aku kata ok pun mereka rasa tidak ok juga. Masih kirim duit juga. Aku plan nak beli Nokia cikai buat pakai sementara sebelum beli Padfone baru (berangan), kakak aku kirim henset baru juga.

Bila saat kita malas nak fikir pasal kita, tapi ada orang tolong fikirkan, maka itulah maksudnya kita disayangi.

Macam Allah sayang kitalah. Bukan dia nak turun depan kita tunjuk muka dan kata yang dia simpati. Allah sayang kita, dia tunjuk melalui orang2 di sekeliling kitalah. Kalau Allah tak "curi" beg aku, maka tidaklah aku merasa nak pergi balai polis, tidaklah aku merasa perasaan bila ada kawan hulur duit untuk tolong (tak mintak pun), tak merasalah ada orang melawat rumah sambil bawah henset yang dikirim dari Malaysia. Tak merasalah baca note handwritten dari keluarga. Ingat mudah ke nak rasa semua tu?

Semua tu ada harganya. Dan kalau kira2 apa yang hilang tu, apa yang aku dapat ni lagi mahal rasanya.


Ada orang tak pernah susah, dia tak dapat rasa betapa seronoknya perasaan bila ada orang hulur bantuan. Ada orang begitu kuat, dia tak rasa apa perlunya meminta pertolongan. Allah sendiri suruh kita minta pertolongan. Tapi dengan solat dan sabarlah. Aku ni kurang solatnya tapi insya Allah sabar aku ada walaupun tak seberapa.

Apa yang jadi ni, aku buat jadi pengajaran untuk aku lah. Jaga diri baik2 dan jangan selalu ingat kalau dah biasa terselamat maka hari2 lain pun takkan terjerat. Suatu hari mungkin berubah.

Dan tuhan sayangkan kita. Apa yang dia ambil, dia ganti yang lebih baik. Kalau bukan hari ini, esok. Kalau bukan hidup ini, nanti mati. Kalau bukan di dunia ini, di akhirat sana. Cuma percaya. Nak tahu apa cara nak buktikan Allah sayang kita? Nantilah aku cerita. Dah panjang sangat pulak entry ni.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Mim Hasniyah Yusof said...

Sapa kata org kat sini normal. Aku xboleh buat general statement sbb mahoriti malaysians kt sini kwn ngan maysian atau asians. Aku punya classmates ada dua orang je asians. Malaysian nil. Haha. Samalah. Kurang normal gak org2 kat sini. Cuma xsemualah... Haha :p :p

Hikaru Yui said...

@Mim Hasniyah Yusof ya ka? tp syok ja nampak hgpa..hahah