Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, October 2, 2012

My First...


Assalamualaikum. Hye.

Haaaa ada lah aku baca blog seseorang ni dan dia macam buat tag2 gitu. Walaupun dia tak tag aku tapi aku tag diri sendiri sebab takda idea nak tulis entry (ada tapi macam nanti2lah) maka terhasillah entry ini. Hehe.

Tulis pasal pengalaman pertama gitu. Pengalaman apa yang aku rasa best? Hummm tah la sebab setiap kali buat apa2 pun aku macam biasa2 ja sebab aku bukan jenis enthusiastic ka apa. Buat bagi siap sudah. Sungguh tidak bersemangat waja.

Anyway here goes...

1... My first membuka mata melihat dunia

Ok aku tak tahu macam mana nak explain. Tapi sure everyone knows yang dulu2 masa kecik2 kita tak ingat apa2 dan tiba2 eh aku ialah seorang manusia kanak2 yang bila guna bilik air tak tutup pintu pun tak rasa apa2. Kan kan kan? Lepas tu sakit perut nak berak pun dah kita faham sakitnya macam mana, pening kepala macam mana, kenal ahli keluarga, belajar nama sendiri dan macam2 lagilah.

Yang aku ingat sampai sekarang, that moment ialah aku tengok mak aku tengah pakai telekung. Masa tu aku ingatkan semua benda macam tu lah - putih... besar... berkibar2... sekejap tinggi sekejap rendah...



2... My first kawan

Yang ni sweet (lah konon). Aku ingat lagi kawan pertama aku ialah Siti Nur (nama dieja variasi dari sebenar) dan dia ialah jiran sebelah rumah aku. Dulu duduk rumah teres kembar2 dengan jiran sebelah tu. Aku duduk mencangkung tepi pagar dia pun duduk mencangkung tepi pagar, berkenalan. Pastu mak dia keluar tengok aku sambil kata "Heee apa tu?" pastu gelak2 sikit.

Aku blur2 tapi baru perasan yang aku pakai baju saja tak pakai seluar. Masa tu kecik sungguh lagi tak apa. Cuba kalau dah umur 20 gini buat macam tu - pakai baju tak pakai seluar duduk mencangkung tepi pagar rumah orang. Konferm kena angkut pergi balai tak pun Tanjung Rambutan.

Oh Siti Nur dah nak kahwin pun. Bulan Disember ni kalau tak silap.



3... My first painful experience

Aku ni tak lasak sangat orangnya. Setakat naik basikal keliling taman tu selalulah. Main bola pun tak reti. Jadi aku tak pernah la nak accident teruk2 ke, jatuh basikal sampai patah2 gigi ke apa. Maka pertama kali aku rasa sakit nak mampus ialah ketika...

Berkhatan.

Klinik Dr Ismail. Aku ingat lagi klinik tu cuma tempat dia kalau suruh bawak aku lupalah sebab dulu pun ayah aku yang bawak. Khatan ramai2 dengan kawan2 waktu cuti sekolah. Aku kira wasatiah la tak meragam sangat dan sembuh pun tak laju sangat tak lambat sangat. Yang aku ingat ada mak aku buat air teh pekat yang kelat gila babibubebo, pastu siram. Keruping2 tertanggal dengan jayanya.



4... My first membekukan diri

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi pengalaman rasa sejuk nak mampus ialah masa mendaki Gunung Kinabalu. Memang best mendaki dengan kawan2 ni. Pertama kali pulak tu. Semua bebudak sekolah aku ragu2 dengan keupayaan aku sebab aku di sekolah tak main sukan apa2 dan waktu riadah pun mengular di dorm tak pun join geng2 gosip. Kahkah.

Tapi aku sampai gak kat atas tu. Sila cari 'Gunung Kinabalu' di Sesedapedia untuk mendapatkan bukti. Hehe.

Sabah memang best. Nyamaaaan ja. Di atas gunung tu lagilah membeku terus. Probably sebab panjat waktu malam kot. Aku hampir jatuh masa panjat area berbatu. Kaki macam tergelincir la masa pijak batu2 tu. Tapi pakcik yang jadi guide tu macam support aku la dan tahan so tak jatuh. Kalau tak, mungkin entry ini tidak wujud. hehe.



5... My first time nak berjiweng

Love at the first sight kononnya. Tapi dua kali aku rasa benda yang sama. Cuma yang kali pertama tu tak kekal la sbab sekolah rendah lagi. Tak baligh lagi pun. Kahkah.

Yang kedua tu... hahaha tak pa lah biarlah rahsiaaa.



Ok macam tak best ja. Tak apalah saja nak share dan kongsi2 gitu. Nanti lepas ni boleh cerita pasal kuliah pulak. Semalam target aku tercapai la nak baca topik yang diajar pada hari yang sama. Sekali topik tu introduction ja patut la sel kepala aku macam tak rasa serabut. 

Cuba bukak tengah sikit, tak sampai 5 saat weyh aku tutup buku tu. Kahkah. Semoga aman dan dapat konsisten. Doa2kanlah aku berjaya pass tahun tiga ini dengan jayanya insya Allah.

oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

10 comments:

aLong baik said...

yg ke2 berjiweng tu dgn org umo 24 kan

Hikaru Yui said...

@aLong baik sapa? avril lavigne? dia dah 28.. yuna? dah 26.. ehehe

Nurusaurus said...

aku nk mengada buat gak ah

Hikaru Yui said...

@Nurusaurus sila2.. nnti buleh ramai2 pi baca2 =p

Panggil Aku Han said...

owh...kau bkn jenis lasak2 eh...huhu :P

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han ha ah.. xlasak..jenis lemah lembut gitu..auuww..

kahkahkah

Panggil Aku Han said...

tapi muka nmpk mcm kau ni suka lasak2...huhu :P

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han hui tengok muka pun bole tau ka? hebat hg =p

Dai said...

first time gelak baca kat blog hang sol. pasai telekung mengerbang tu wahahahahahahaha lawak gilaaa.


hang ingat dak hang pernah kata kat kak dayah
"kak dayah ni suka pakai baju besaq-besaq lagi la nampak pendek. pakai la baju ketat sikit" lol. lawak gila.

Hikaru Yui said...

@Dai laaa org punya nak buat humor dalam blog rupanya xmenjadi..kahkah


hehe ada ka saya kata camtu? masa tu xmumayiz lg kot..hahaha