Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, October 7, 2012

Fesyen Muslimah Terkini?


Assalamualaikum. Hye.

Mari jadi beriman dan beramal soleh sekejap. Sekejap saja sebab tahu dah lepas ni rasa macam nak mencarut. Kahkah.

Well, aku google la "fesyen muslimah terkini" dan bila pilih images tu, dia keluar benda ni. Muka2 melayu semua maybe sebab guna perkataan dalam bahasa melayu dia pun keluar result dari Malaysia lah. Haa elok. Bertambah keinginan aku nak mencarut dalam bahasa Melayu juga. 

Cuba tengok ni.

A: Ringkas tapi tak sesuai. Seluar tu bagi lebar sikit. Tudung tu pulak tak boleh lepas ke bawah ke?
B : Yang pasti bukan pengantin aku.
C : Kalau dah jubah kenapa kaki tu semacam ja bentuknya?
D : Tak ranggi mana pun dan aurat tak tutup sempurna.
Tudung tu aku tak peduli sangat... baju tu.. macam tak boleh nak ketat lagi.
Dan kemuncak carutan ialah benda ini. Silalah lihat. Mungkin aku saja kot yang rasa nak maki walaupun orang lain mungkin masih mampu bertenang. Kahkah alah maki di blog saja apalah sangat.

-Baiklah mari memaki. Sila mencarut tapi dalam hati sajalah-

-Tarik nafas... hembus...-

Perempuan2 sekalian, kalau dah rasa diri tu buruk, maka jangan sesekali memilih fesyen untuk mencantikkan diri. Kalau dah sedar muka tu ada lompang, jangan cari mekap untuk tampung kelompangan itu.

Nasiblah kalau nak rasa rupa tu tak cantik. Aku pun selalu ja rasa diri ni serba kekurangan tapi tak adalah aku nak pakai segala apa yang ada dalam majalah fesyen2 bertarikh mutakhir untuk menambahkan rasa rendah diri dan kekurangan diri. Hidup macam biasa sudah.

Dulu aku kenal satu ja baju muslimah. Baju yang labuh tutup bontot, lepas tu corak2 printed dekat bahagian penjuru bawah kanan atau kiri baju. Barulah kalau pakai tudung corak tu still nampak. Ya itulah baju muslimah.

Fesyen muslimah sekarang ni? Macam haram. Apa kejadah fesyen muslimah kalau benda yang nabi tak bagi itulah yang nak difesyenkan?

Aku ni lelaki jadi buat apalah nak concern sangat pasal muslimah2 punya fesyen ni kan. Memang aku tak kisah pun. Tapi kalau Maria Elena buat video hijab tutorial tu aku hentam tengok jugak. Minat punya pasal. Tapi bila tengok2 balik apa fesyen muslimah yang ada sekarang, memang sungguh annoying.

Cuba tengok Moslema in Style ni. Moslema tu muslimah lah kan? Ke aku silap? Kalau dah moslema tu maksudnya dia nak share fesyen yang Allah redha la kan?

Cuba la buka. Tengok2 website tu. Nilai2kan sikit. Manusia ni tak layak menilai tapi tak apalah sekali sekala. Tengok dan compare dengan ilmu yang kamu sedia ada. Moslema kan style itu? 

Believe it or not, sebenarnya "fesyen muslimah terkini" itu hanyalah meraban semata2. Muslimah2 sebenarnya ada fesyen yang lagi best. Fesyen yang bukan terkini bahkan fesyen sepanjang zaman! Haa siap dah ada tanda seru betapa terujanya aku nak sampaikan mesej ini.

Aku tak pandai korek dalil jadi aku share benda simple yang semua orang familiar lah. Kalau ragu2 sila tanya ustaz. Insya Allah aku share benda yang rasanya semua orang sedia maklum.

Fesyen muslimah sebenarnya dah diperkenalkan konsepnya sejak dulu lagi. Dalam Alquran ada sebut labuhkan tudung ke dada, nabi dah pesan jangan pakai pakaian yang ketat menampakkan bentuk tubuh, pernah nabi berkata kepada Asma pasal yang perempuan tak boleh dilihat kecuali ini saja sambil buat isyarat muka dan tapak tangan. Ada kan? Familiar kan?

Itulah fesyen muslimah. Fesyen yang bukan dibuat oleh nama apa yang dalam link aku mula2 tadi tu? Aku pun tak baca. Menyampah tak hengat. Macam Lady Gaga pakai tudung. Muslimah ke?

Orang perempuan dah sedia cantik. Pakailah baju2 yang cantik. Tapi jagalah adab2 fesyen muslimah yang agama dah ajar. Buat apa nak ikut trend terkini kalau kamu ada trend sepanjang zaman? Trend pakaian yang digariskan oleh nabi? Yang diinspirasikan oleh Allah? Yang sepatutnya menjadi trend sampai kiamat?

Sebenarnya nak pakai apa pun pakailah. Nak bergaya dengan jaket? Haa pakai. Nak lilit kepala dengan shawl kaler pelangi? Haa lilit. Cuma apa yang asas tu jagalah. And believe me. Tak payah pakai mekap kalau nak nampak muda. Tak payah baju bling2 kalau nak nampak cantik. Sudahnya tarik perhatian lelaki juga. Tapi lelaki jenis mana? Bila ada Islam nak jaga...

Tapi, last2 muslimah pilih nak pakai macam barat juga. Nak ketat2 juga. Nak pakai bagi nampak pinggang juga. Nak mekap tembok besar China juga. Nak tumit tinggi juga. Tumit tinggi kalau kain labuh elok tak apa juga tapi tumit tinggi pair dengan seluar ketat bagi nampak bentuk kaki. Stokin pulak tak pakai apa jadah pakai stokin dengan heels. Elok lah elok.

Tu belum kira lagi yang memang jenis tak mahu pakai tudung, tunggu tua nak mati baru mau taubat kot? Kenapa eh? Kenapa?

Nah meme aku buat sendiri. Rasanya dah banyak orang buat tapi tak apalah. Sila share kalau rasa bermanfaat.

Ok. Munginlah peragaan fesyen muslimah2 yang ada ciri2 Lady Gaga pakai tudung ni tujuannya untuk tampak cantik di mata suami ke apa kan. Baguslah itu tujuan murni. Cuma kalau betul2 nak murni, ajar cara pakai yang selamat dulu biar semua ikut baru masuk bab2 fesyen untuk suami.

Ini tidak. Nak berfesyen sambil bergaya sambil menutup aurat konon. Last2 tutup aurat jugak yang compromised. Ketat habis baju jadinya. Singkat habis tudung jadinya. Nanti aku tulis pasal tudung singkat pulak oktengsbai

Thanks for reading. Bye ;)

6 comments:

aLong baik said...

apa kata meme hg tu terai boh kat 9gag

Nurusaurus said...

Aku sniri kadang2 tak lepas tudung ke luaq wey. mcm kalau pkai varsity jacket tu.. tgk jenih baju kalau x nampak bentuk badan,xdak masalah aku rasa..

satu lagi pasai seluaq ketat tu aku pelik bin ajaib dengaq bila ada orang kata buleh smayang ngan skinny jeans asai menutup aurat. statement yang contradict di situ . N then I found this video: http://www.youtube.com/watch?v=BCSFsF8I6vw

Tapi kalau hang malaih tengok, point dia ppuan xleh pakai ketat depan laki,haram hukumnya.. tapi kalau solat pakai ketat makruh saja, yang penting tak nampak warna kulit.

Either way it is always better untuk tutup aurat elok2 sebab ppuan ni dia kena ada sifat malu.

macam mana pun semua gambaq ni tetap tak tutup aurat menurut mazhab shafie sebab tak pakai stokin

Hikaru Yui said...

@aLong baik kahkah..buat kena kutuk boleh la =p

Hikaru Yui said...

@Nurusaurus betul tu.. kalau sendirian, takda masalah nak pakai pakaian yg org kata "membalut aurat" cthnya nak solat sunat dalam rumah.

cuma yg xboleh tu klu depan orglah.

Panggil Aku Han said...

pedih2 menusuk kalbu...
ayt mcm biasa mmg boleh tahan punya pedas...

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han =p