Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, August 15, 2012

So You Think You Can Come To Egypt?


Assalamualaikum. Hye.

Ada junior aku bertanya pasal nak ke Mesir bulan 9 ni. Sambung medic macam aku, biasiswa sama macam aku, dan universiti pun sama gak iaitu Ainshams tu lah. Jadi aku akan paraphrase balik apa yang aku bagitahu dia dan mungkin some more things added.

Entry ini panjang jadi kalau ada benda spesifik yang kamu nak cari, aku cadang supaya tekan CTRL+F saja.

Ok so nak bagitahu directlah. Mesir is not a pleasing country. Siapa yang rasa dia datang Mesir sebab nak merasa jadi oversea student, ambik gambar lawa2 hantar ke salam perantau dalam newspaper tu, kena cari port2 best jugaklah. Mesir tak macam UK ada salji2 semua tu, pemandangan belakang rumah pun dah cukup oversea dan boleh buat bahan takabbur dengan orang Malaysia.

Mesir sangat kotor dan banyak sampah. Kereta banyak dan orang Mesir tinggal dalam apartmen dan tak keluar rumah dikatakan kalau rakyat Mesir keluar dari rumah nescaya tidak ada tempat untuk kita nak berdiri atas jalan raya tu. Punya nak kata ramai orang.

Bising, busuk, asap kereta, kencing merata, semua tu ada di Mesir. Ketahanan mental sangat diperlukan. Aku pernah demam dulu bukan sebab pencemaran udara tapi sebab pencemaran bunyi. Pening kepala sampai demam. Ok tipu aku tak pernah demam kat sana. Bumi barakah, mungkin. Kalau ada pun sikit2 saja.

Saja sebut yang buruk2 dulu sebab kalau dah sampai Mesir nanti baru kamu boleh rasai sendiri apa yang bestnya di Mesir ni. Ya. Sangat best. Tak boleh cerita. Nanti2lah kalau nak cerita pun. Apakah persediaan nak datang ke Mesir? Mari kita kaji bersama. Kajilah sangat. Kahkah.

1... Barangan bertemakan pakaian


Pertama sekali, silalah bawa baju sejuk. Mesir ada musim sejuk yang nyata. Maksudnya ada waktu kita akan depend dengan sweater untuk meneruskan kehidupan. Kalau nak dogiang pakai t-shirt waktu winter boleh juga. Tapi sejuklah. Kalau boleh tahan tak apa. Pakai singlet pun boleh. Apron pun boleh.

Kedua, pakaian untuk dipakai sehari2an. Bawaklah t-shirt yang comel2, atau kalau suka kemeja bawak kemeja, kalau suka jubah bawak jubah, kalau suka kostum superman bawaklah kostum superman.

Ketiga, pakaian berunsur formal. Yakni baju melayu lengkap, atau kemeja berblazer dan tali leher serta kasut kulit. Aku tak ada benda2 ni. Aku kan benci birokrasi dan formaliti. Kahkah tapi bagi yang berniat nak jadi orang penting dalam persatuan, atau nak join dinner2 yang grand, silalah prepare. Kalau takdak pun tak apa boleh pinjam. Sila tebalkan muka.

Keempat, sebarang bentuk pakaian dalam yang dirasakan perlu. Penting ni. Aku tak pernah beli benda2 spesis tu di sana jadi aku tak tahu. Mungkin akan ada konflik saiz atau corak sekiranya kamu memilih untuk membeli pakaian untuk si adik di sana.

Special mention to girls, kamu boleh pakai baju kurung di mana2 saja. Senang jadi orang perempuan ni. Kuliah pun baju kurung, acara formal pun baju kurung. Tak pening kepala macam orang lelaki. Cuma nak pesan, kalau boleh pakaian tu janganlah terlalu fancy sebab di Mesir ni baju kurung dan tudung labuh itu lebih dipandang mulia oleh masyarakat.

Kalau nak pakai shawl pastikan yang bejenis la. Kalau shawl RM8 yang jarang dan pendek tu aku nasihatkan janganlah. Carilah yang jenis not seen through. Pashmina ke, kashmir ke, biar mahal sikit asalkan tak jadi pelik. Blouse singkat dengan fitting, baju lengan pendek pakai dengan hand socks, dan high heels adalah tidak digalakkan sama sekali, dua kali, hatta tiga kali pun.

Eh tapi kalau nak pakai jugak, pakailah. Actually tak ada siapa nak marah pun. Ada ke tak? Lupa dah @.@

2... Barangan bertemakan makanan


Paling penting, aku nak ingatkan bahawa Mesir ini negara yang makmur jadi janganlah bayangkan kelaparan atau kebuluran sampai ada yang tanya betul ke kena prepare satu beg khusus untuk makanan? Well ini sebuah mitos yang nyata, tak pun cerita karut orang dahulukala.

Bawak lah benda2 rempah sebab susah nak cari di sini. Kalau diri dah biasa makan Alagapa's ke, Baba's ke, Adabi melazatkan adabi menyelerakan mengandungi pelbagai rempah melazatkan kari dan kuah (sila nyanyi mengikut rentak iklan) ke, segala kicap Jalen tak jalen, sos Kimball, sos cili ala Thai Maggi ke apa, bawak. Sini payah nak cari benda2 tu. Bukan tak ada, tapi susah nak cari.

Cekedi dan keropok serta kerepek tak payah bawak. Di Mesir tu banyak. Bersepah boleh makan sampai muak. Chipsy, Doritos, V-Cut, T-Cut, Cheetos, segala mak nenek ada.

Bagi yang tak biasa dengan makanan etnik rakyat Mesir, digalakkan untuk membeli roti dan makanan ringan yang mengeyangkan. Sebab kalau nak mudah, makan ja roti aish dan to'miyah. Sedap gila kot. Tapi mungkin ada yang tak berapa gemar. Aku pun tak suka sangat benda tu mula2. Lama2 ok la.

3... Barangan bertemakan barangan elektrik dan plastik


Dikhabarkan bahawa barangan elektrik di Mesir sangat rendah kualiti. Barangan plastik pula mahal nak mampus. Jadi sebagai orang yang tidak mehu menyembunyikan kebenaran, maka aku cakap terus-terang saja YA MEMANG BARANGAN ELEKTRIK DI SINI TAK BEST. Belilah seterika siap2 di Malaysia. Extension apa semua tu beli siap2. Kat rumah aku extension terbakar dah 3 kali dan rumah pula hampir terbakar sekali sebab extension.

Tetapi sebab benda2 tu bukan ringan, maka optional lah untuk beli di Mesir tapi aku cadangkan supaya beli di kedai supermarket besar, beli yang mahal dan berjenama sikit agar dapat waranti, dan kalau rosak boleh mintak gantirugi.

Di sini nanti akan pakai banyak benda. Seterika, periuk nasi, cerek air, dan sebagainya. Plug dia jenis dua pin jadi bolehlah prepare adapter. Beli sini pun boleh. Adapter tak ada masalah. Yang bermasalah ialah barangan elektrik itu sendiri.

Laptop ialah sejenis barang elektrik yang wajib dibawa. Tak kiralah setinggi mana iman kamu, dan sezuhud mana pun kamu, laptop is a must. Melainkan nilai tarbawi dalam diri sudah di tahap wali, maka mungkin kamu tidak memerlukan laptop.

Selain dari hiburan, laptop ialah alat komunikasi yang penting. Kalau memang keluarga kaya raya boleh support talian telefon memang tak ada masalah. Tapi RM40 tak sampai 3 minit buat aku rasa nak menangis jadi belilah line VOIP dan gunalah laptop untuk call rumah. Boleh pinjam kawan punya tapi perbuatan itu sungguh tidak bermoral. Bawak ja sendiri punya. Susah apa sangat?

Ini ialah kerana kawan kamu juga mahu menggunakan laptop secara keterlaluan. Aku contohnya, kalau tak buka laptop memang tak boleh hidup aman. Jadi jangan cuba pinjam laptop aku lebih dari sekali sehari 3 kali seminggu nanti aku mengamuk. Kahkahkah.

Laptop juga boleh dijadikan alat bantuan pemelajaran jadi bawak saja satu. tak pun beli di Mesir. Mula2 aku paranoid dengan kualitinya tapi baru2 ni kawan aku ada beli dan harganya sangat murah serta specs yang ditawarkan juga sangat hebat dan kalau di Malaysia mesti RM 4k. Dia beli 4k juga tapi dalam Egyptian Pound. Convert2 balik jadi murah la.

4... Barangan bertemakan tidur


Bagi yang datang buat kali pertama mungkins ekali akan tinggal di rumah2 negeri. jadi di sana katil disediakan jangan risau. Bagi yang terus masuk rumah sewa, boleh beli tilam di sini tak payah susah2 angkut tilam dari Malaysia.

Barangan penting termasuklah lihaf atau selimut tebal terutamanya nanti masa musim sejuk sebab kalau tak ada benda tu kita akan menggigil dan terpaksa menggosok2 seluruh badan dengan tapak tangan untuk menghasilkan haba tak pun berlari2 dalam rumah untuk menghasilkan haba. Kalau dah tangan menggosok badan dan kaki tengah berlari, masa bila pulak kita nak tidur kan? Jadi dapatkanlah sehelai supaya hidup menjadi mudah.

Bantal di Mesir sangat keras dan tak berapa best. Aku cadangkan beli bantal ekspress yang dicompresskan sampai nipis dan mudah dibawa. Bila sampai sana, buka plastik dia dan tepuk2 sikit lalu akan bertukar menjadi bantal empuk yang selesa. Aku beli di mana tah, Giant ke TESCO antara dua tu lah.

Sampai sekarang bantalku itu menjadi sasaran tetamu untuk dipinjam. Untuk musim panas, pakai selimut biasa ja. Ambik selimut kapalterbang pun ok. Kalau halal la. Tapi memang aku dok buat pun. Dah ada 3 helai koleksi aku sekarang ni. Kahkah.

5... Barangan bertemakan alatan mandi


Nasihat aku, beli shower gel dengan bekas yang boleh picit2 tu. Lepas tu beli refill barang 3 peket. Kalau nak beli di sini benda2 tu agak mahal dan brand dia pulak maybe yang kita jarang pakai. Tapi kalau nak Johnsson and Johnsson ke, Dove ke, LUX ke, aku rasa ada ja kot.

Bawak siap2 benda2 peribadi seperti deodoran, shaver, minyak gamat, dan sebagainya. Supaya mudah sebab benda2 itu agak sukar dicari di kedai runcit biasa.

6... Barangan bertemakan buku


Aku malas membaca jadi aku tak bawa apa2 buku. Bagi yang rajin, bolehlah bawa novel atau buku2 ilmiah untuk dibaca di waktu senggang. Kalau ada buku2 waktu kelas persediaan ke apa bawalah supaya dapat dijadikan bahan rujukan.

Paling penting sila bawa Alquran.


7... Barangan bertemakan kemewahan


Jika kamu ada benda2 seperti Galaxy Tab, iPad, mp4 player cap Sony, baju berjenama, perfume artis, kasut NIKE yang RM700 sepasang ke apa, silalah bawa untuk menunjuk kepada rakan. Kalau hilang bolehlah meraung dan meracau.

Ok makin pendek dah tu maksudnya dah malas. Hahaha. Aku pun tak tahu ada yang tertinggal ke tak.

Ok camnilah. Kalau kamu ada soalan ke apa, bolehlah tinggalkan di ruang komen aku akan update entry ni nanti. So biar panjang dan bermaklumatlah kononnya. Hahah. So if you have any inquiries, feel free to leave me a message ececeh macam orang nak tanya sangatlah kan.

Tapi yeah it's true. Yang mana aku boleh tolong aku akan cuba tolong. Banyak ni yang aku tinggal sebab aku pun bukan tahu semua so tanyalah apa yang rasa nak tanya. Aku sedia menjawab kalau mampu. Nanti aku tambah apa yang patut kalau ada yang tanyalah.

Sekian okbai

Thanks for reading. Bye ;)

13 comments:

huahua said...

http://peaceder.blogspot.com/2012/08/peaceder-ciuman-sebagai-sunnah-semata.html.. follow me back

Mim Hasniyah Yusof said...

Ni dah macam promote nak pi Mesir ni. Haha. :P

Faiqah Umaira said...

ok padat dan mantop haha

Hikaru Yui said...

@Mim Hasniyah Yusof agak laa..hahah

Hikaru Yui said...

@Faiqah Umaira hahah mantop lah sgt =p=p=p

izzati husna said...

wahhh best2 tapi una xde chance lagi nak ke sana. una ade sorg cousin dia mungkin akan ke mesir.. boleh la kot alau dia tinggal kat sana.. una datang lawat :D

Hikaru Yui said...

@izzati husna dia study medic jugak ka?

Muhammad Iqbal said...

mujoq tak dak orang nak tanya saya, budak sekolah kita ada ka?

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal ada... your beloved brotha.. shafiq kadiaq.. dan ramai lg..dgr kata 7 org budak skolah kita..haih

Muhammad Iqbal said...

ceh, dia tak penah kenai saya pa, sapalah saya kat sekolah tu, bukanlah penulis esei dan debater popular macam depa tu, picisan jalanan ja..

tara tu punya ramai pun tak sorang mai tanya apa-apa, hmm awai-awai dah kurang jalinkan hubungan ni, hihi :)

Panggil Aku Han said...

untung la study oversea nun...huhu :P

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal xpa..sila mulakan semula jalinan ukhuwah tersebut =p

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han mana2 pun ok asalkan kna rajin jaa =p