Pemollow

THYB on Facebook

Wednesday, August 15, 2012

Ramadan for different people


Assalamualaikum. Hye.

Ramadan is ending. Everyone, let's speed up to reach the finish line with pride.

Sebenarnya aku sangat berhajat nak tulis entry dalam English tapi apakan daya teknik penulisan yang memberi aku A+ dalam SPM dulu dah ghaib entah ke mana. Susah nak cari balik. Dah jadi macam sifat ikhlas iaitu seumpama bulu hidung semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam nan kelam dan suram.

So marilah berbahasa rojak dan hidup seperti biasa. Kahkah.

Tambah memalukan bila aku pergi sekolah baru2 ini ada junior aku kata esei aku dulu masih diguna sebagai contoh untuk budak2 sekolah. Aku harap teacher akan ganti esei tu dengan esei budak mana tah yang aku dengar dapat 46/50. Aku punya dulu tu 44 ja. Haha.

Ok back to the topic. Andai aku katakan aku khatam Alquran sekali walaupun Ramadan belum habis lagi, dan bacaan tu pulak yang aku bawak dari sebelum puasa sebenarnya, tapi aku juga khatam baca novel Sunan Musafir, ending bagi cerita Laksamana Sunan, maka adakah aku dalam kalangan orang2 yang rugi?

Jawapan ialah YA. Sebab itu untuk aku lah. Cuma untuk orang lain, aku tak pasti sangat.

Ramadan ialah bulan rahmat. Selalunya kedatangan Ramadan akan memberi impak2 positif kepada diri. Kalau impak taklah sebesar jualan Mega Parkson, at least kecil2an macam jualan air kelapa Pakcik Talib pun jadilah. Janji ada improvement.

Contoh lain, kalau Zainab anak Pak Kasim yang secara semulajadi free hair, tahun ini berselendang semasa Ramadan, dan bila raya nanti dah plan nak pakai kebaya ketat dan rambut nak buat rebonding, tapi dalam pasa masa itu hati tetiba rasa "eh cantik jugak pakai tudung ni rasa macam nak pakai tudung la lepas ni tapi malas nanti orang kata apa pulak dah la aku tak bersedia lagi nanti tak ikhlas blablabla" tapi ada niat terasa nak pakai menutup aurat tu kira sesuatu yang sangat cantik dah. Hadiah kesedaran dari Ramadan.

Contoh lain lagi, Hairi anak kepada Mak Jah yang kepala batu kerja nak merempit, bila Ramadan tahun ini dia pergi solat teraweh. Mak dia baru nak sujud syukur tetiba dia dah ada dalam rumah. "Hang buat teraweh berapa rakaat?" Mak Jah tanya. "Dua ja mak." Hairi menjawab selamba. Wajarlah Mak Jah teruskan juga sujud syukurnya memandangkan Ramadan2 sebelum ini Hairi hanya merempit selepas berbuka hingga ke sahur.

Improvement itu tak payah orang nampak pun. Memang tabiat manusia ni nampak keburukan orang saja. Orang buat baik bukan dia nak perasan sangat. Tapi kalau orang buat jahat, dia teropong sampai tembus dinding. Bukankah dalam Alquran ada sebut pasal jangan cari kesalahan orang? Jangan mengintip?

Tapi, ada jugak tapinya.

It depends jugak la on the people. Improvement yang macam mana kita maksudkan untuk orang yang macam mana. Faham tak? Maksudnya kalau kita ni level Zainab dan Hairi, so tak apalah kalau improvement kita seciput setakat itu.

Bayangkan orang yang berpendidikan, yang tahu halal haram, belajar pasal dosa pahala, tahu kebaikan2 dan kelebihan Ramadan, tahu pasal hukum2 walaupun tak setaraf Azhar Idrus tapi sekufu lah dengan Muhammad Idrus anak kepada Haji Ramlan yang menyambung pelajaran tamhidi di USIM tu.

So untuk orang yang begitu, adakah cukup improvement kita tahun ini? Sebab tu aku malu. Hahaha sebab tahun lepas aku khatam Alquran sekali jugak. Tahun ini pun sekali. Tahun lepas aku tengok cerita setiap hari. Tahun ini aku tak tengok cerita sangat. Cukup ke improve macam tu?

Padahal orang share segala fadhilat dengan aku, cerita itu ini dengan aku, usrah dengan kawan2 sebelum balik ke Malaysia, dan siap aku bercuti tahun ini. There are so many things I know. Tapi bila sampai masa2 yang macam ni, sama ja aku rasa macam tahun2 lepas.

It feels so bad you know? Rasa macam seolah2 Ramadan tahun lepas tak meninggalkan aku melainkan lapar, dahaga, dan kuih raya. Kenapa kuih raya? Sebab waktu bila lagi aku nak ada masa makan Almond London, samprit, dan marble cake? Hahah.

My Preciousssss

Spirit of Ramadan tu macam tak ada. Salah aku jugaklah sebab tak istiqamah. Istiqamah dengan 8 rakaat teraweh itu kira ok lah juga dah kata improvement kan, mungkin boleh kira bab khusyuk. Tapi yang aku perasan ada ja aku menguap bila solat. Khusyuk apanya macam tu?

Malas dalam diri, mula2 aku ingat syaitan punya kerja. Rupa2nya memang nafsu aku sendiri yang terdidik dengan sifat itu. Kan syaitan semua tak ada sangat waktu2 ni. Tapi ketermalasan aku macam biasa ja. Tak kurang pun. Huhuhu.

Ke memang puasa orang awam memang macam ni?

Then suddenly I realised yang rupanya aku telah takabbur apabila mengatakan yang level aku tak sama dengan Zainab dan Hairi. Entah2 aku lagi bawah. Memang sungguh pun aku lagi bawah rasanya.

Jadi the improvement I made is okay la kot kan? What improvement? Teraweh 10 rakaat. Diinspirasikan semasa pergi bercuti dulu. Ya lah kan di sana tukar imam lepas sepuluh rakaat? So balik sini terai la tambah. Kalau tahun ni aku tambah dua dan secara konsisten mungkin dalam masa 5 atau 6 tahun lagi maka teraweh aku akan lengkap la 20 rakaat. Good lah kan?

Kalau tak konsisten pun boleh topup kot solat malam ke apa kan. Apa2lah. Just to insist here yang Ramadan akan sentiasa bagi kita semangat baru dan sedikit kebaikan yang kalau kita hold on to it, akan dapat jadikan kita lebih baik, slowly by time.

Percayalah yang keberkatan Ramadan itu tersimpan di sebalik istiqamah kita dengan amalan Ramadan selepas Ramadan. So nak tak nak kena jugak kekalkan apa baik yang kita buat sekalipun bukan semua, sikit pun jadilah. Kalau Ramadan kita solat sunat 8 rakaat teraweh, lepas Ramadan kita solat sunat 4 rakaat dua sebelum subuh dan dua selepas maghrib pun dah kira ok. Tahun depan tambah lagi dua selepas Isyak. Contohnya lah.

Dan Allah akan tengok semua tu dengan pandangan rahmat. Ramadan for different people, different judgment la jugak kan? Especially amalan puasa itu sendiri. Lagipun jangan lupa amalan puasa ni Allah sendiri yang balas. Ada dalil dia yang berbunyi puasa itu untukku dan aku yang akan membalasnya camtulah lebih kurang. Sila rujuk pakar.

Feel good about yourself. Tapi bukan rasa diri tu bagus dari orang. Feel good in the sense of you know how you improved yourself from previous years. Then your Ramadan is not in vain.

Smile and okbai

Thanks for reading. Bye ;)

8 comments:

Ahyad said...

syoknya baca..

Panggil Aku Han said...

emmm..aku baca..aku baca..last2 xtau nk komen ape..nice entry btw..^_^

Hikaru Yui said...

@Panggil Aku Han huhuhu...mengapakah demikian?

Hikaru Yui said...

@Ahyad really? oiaf =p=p=p

Muhammad Iqbal said...

masa zaman saya spm pun still guna lagi esei abang, tapi oleh sebab saya kelas madam faridah, memang saya tak baca la esei abang, hihi.

entri-entri abang belakangan ni macam dah insaf ja bunyi, kah3 =p

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal bagi esei kami tu kat madam faridah..daripada 44 tinggal 38 jaa..harhar

insaf sebab balik bercuti.. nnti raya setan mai balik.. hilang la keinsafan tu.. buleh dak camtu? =p=p=p

Muhammad Iqbal said...

tu la pasai, saya punya markah pun jadi sikit, nasib baik dapat A jugak, hihi. She taught me a lot..

setan tu tak berani dah nak mai kat orang yang baru balik mekah ni :p

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal xpayah tunggu setan pun sbnaqnyaa...hahah