Pemollow

THYB on Facebook

Tuesday, August 21, 2012

Krisis Kecelaruan Identiti


Assalamualaikum. Hye.

Peristiwa ni berlaku semasa aku nak pergi iftar dengan kawan2 aku di Alor Star. Ia tersangat memorable sebab berlakunya sesuatu di luar tabii. Ya kes kecelaruan identiti termasuk dalam perkara2 di luar tabiie lah kan? Kan?

Aku bangun pagi2 tetiba konfius aku lelaki ke perempuan. Ok tipu. Apa kejadah punya cerita. Sebenarnya bukan orang itu celaru identiti diri dia. Ini kes kecelaruan identiti yang melibatkan third party. Sebab itu ia sangat jarang berlaku dan memang rare case lah kiranya.


Kisah bermula apabila aku dah kawtim dengan kawan aku pasal aku nak tumpang dia untuk pergi ke Aloqstaq tu. Aku kan tak ada kereta. Actually ada tapi kereta manual aku tak reti bawak. Biasalah zaman teknologi serba moden ni kita guna kereta auto sajalah. Biarlah tidak macho asalkan hidup senang lenang. Macho2 bawak kereta manual, sampai bukit tergostan ke belakang. Malu juga.

Ada la kawan aku ni, nama dia Basir Hazwan. Basir ni duduk di Sik. Aku nak tumpang dia la ke Aloqstaq sebab haritu dah deal dengan dia. Malam sebelum tu aku dah send message facebook tapi tak berbalas. Aku hantar SMS pun tak berbalas. Bila call, bini dia angkat seraya berkata "This is the voicemail blablabla" terus aku tensyen dan tak call dia dah.

Ada seorang lagi kawan aku bernama Amirul dari Kulim nak pergi juga. So aku ajak dia naik sekali dengan Basir dan "jom pergi Sik sama2" kataku kepada Amirul.

Amirul pun ok saja maka itulah plannya.

Keesokan pagi, Basir masih belum membalas mesej2 yang aku tingalkan. Tiada respons langsung. Lalu aku cuba pulak hantar mesej Fb kepada Raihan. Raihan ni duduk SP saja sungguh dekat. Tapi dia juga kurang reaktiviti.

Lalu aku pun membuat keputusan untuk pergi Aloqstaq terus dan nanti di sana mintaklah tolong sesiapa yang dah sampai unutk ambik dari Shahab Perdana. Kalau tak ada orang, naiklah teksi. Duit ada. Tak apa.

Tetiba di stesen bas SP, Suffian telah menghantar mesej yang berbunyi sungguh caring dan prihatin. SMS itu berbunyi seperti berikut :

hg smpai as pkui bpa? spa amek hg?

Lalu aku reply :

aku xtau... Basir masih belum respon... samada sdg beribadah atau msih bmimpi.. hehe

Suffian : hg mai naik apa?aku ambik pun boleh.. sbb aku nakp as satgi
Aku : haaa elok gak.. nanti aku bgtau berita gmbira ni kat amirul =p=p=p
Suffian : bpa org?
Aku : aku ngn amirul ja stakat ni
Suffian : ok.nnt dh nk smpai hbq.

Lepas tu aku pun macam syok la kan. Haaa alhamdulillah. Tak apalah Basir mungkin sedang sibuk sampai terlupa. Nasib baik ada Suffian. Mungkin dia datang awal so sempatlah nak ambik aku di stesen bas tu nanti.

Masa tu aku menunggu di kedai baju bundle dekat stesen bas SP tu. Alah yang pakcik annoying jual baju mahal pastu kata murah. Hampeh apa t-shirt sampai RM15? Kalau dah kata nak promosi raya bagi RM10 dah la kan. Hari2 aku pergi tengok pun RM15. Promosi kejadah.

Tetiba masuk satu SMS berbunyi : agak2 smpai pkui bpa wei?pkui 4? dari Suffian.

Lalu aku reply : xtaw la amirul xsampai2 lg ni.. tp dri sp nak ke as sejam setgh cmtu ja kot... weyh celcom nak check baki camna tah?

Yang pasal tanya baki tu sebab aku lupa dia punya kod. Biasalah duduk Mesir lama sangatlah konon sampai lupa semua benda di Malaysia ni. Ibu negeri Kedah pun aku dah konfius Alor Star ka Sungai Petani. Kahkah banyak la. Kelentong ja tuh.

Tapi Suffian tak menjawab soalan aku. Barangkali dia nak jimat kredit. Boleh tahan masin taik hidung Suffian ni. Tapi seketika kemudian dia mesej lagi : satg dkt2 nk smpai hbq.aku nk bjet msa.

Hampir 2 jam kemudian, Amirul pun sampai. Rupanya dia lambat sebab naik bas dari Butterworth nun. Awat tak habaq buleh terus jumpa di Aloqstaq saja. Tapi ok jugak sebab kalau naik sorang2 kan tak best. Ada geng boleh la jugak nak menyembang dari letak bontot sampai angkat bontot turun dari bas.

Masa tunggu bas tu sempat jumpa junior SBPIKP yang balik beraya. Hari tu budak2 balik sekolah. Lepas tu kami tunggu bas yang tengah crowded. Tetiba datang sebijik bas lagi. Mula2 best la sebab dapat naik awal. Tetiba ada beberapa budak cina yang sungguh tidak cukup pemelajaran potong queue dan masuk dulu. Nasib baik budak. Kalau tak dah terkeluar komen2 negatif berbaur perkauman.

Lepas tu dengar desas-desus akak berkata "yang laki pun... bagi la perempuan naik dulu" or something like that la. Excuse me la kan akak. Kalau akak tu pregnant ke, dah tua ke, tak tua pun at least menopause pun jadilah. Bolehlah aku nak prihatin bagi laluan ke apa. Ni muda2 kuat bertenaga. Nak masuk dulu bagai. Tunggu je lah. Kalau ye pun panas, tak logik sebab akak pakai bukan labuh pun. Tudung singkat dengan baju ketat seluar jeans sendat lagik. Memang tak termasuk dalam kategori orang yang layak dikasihi.

Actually aku tak perhati pun akak yang cakap tu pakai apa tapi memang haram tak ada seorang pun perempuan yang pakai sopan. Semua mau ketat2. Yang free hair pun banyak. Sakit hati ja tengok. Padan muka hang aku naik dulu. Kahkah yaa aku memang tak gentleman. Geli aku nak gentleman bagai. Bukan isteri aku pun.

Dalam bas duduk depan bangla ke india aku tak pasti. Nepal pun mungkin. Yang pasti sangat annoying sebab dia tarik tirai pergi kat dia sorang dan aku terpaksa berpanas. Dah lah bas tu tak ada aircond. Ada tapi tak buka kot, tak pun perlahan macam bisikan syahdu puteri kayangan. Hembus sawang labah2 pun tak bergerak.

Tapi aku dengan bangganya membuka kipas tangan aku dan mula mengipas2 diri yang kepanasan. Masa tu aku dah tak heran orang nak kata aku lembut ke, pondan ke apa. Janji aku selesa. Malaysia ni pelik sikit orang2nya. Kalau lelaki, pakai payung dan kipas tangan tu macam haram sangat. Tidak cukup lelaki katanya. Aku pakai ja kalau perlu. Daripada berpeluh2 bajet macho sangat baik aku kipas2. Selesa pun selesa. Kering pun kering. Bau tiada. Segar sepanjang hari. Macam iklan Febreze + Rexona pulak.

Pastu aku pun SMS Suffian nak bagitahu dia yang kami dah bertolak dari SP. Then Suffian reply "satg dekat2 nk smpai hbaq taw.kalau aku lmbt sikit, tgu"

Kemudian Suffian sekali lagi dengan prihatinnya bertanya seperti berikut :

Suffian : hg smpai kt mna dh. mlm ni hg tdoq mna?

Aku : kami dah sampai kat sek men teknik... mlm ni xtau lg... huhu ada dak yg bersimpati? - dengan harapan, Suffian akan berkata "alaaah tak apa nanti tumpang rumah aku dulu pun bolehhh" tak pun "tumpang rumah Kamiruddin boleh kot..." atau apa2 saja yang sewaktu dengannya.

Sayang seribu kali sayang, Suffian reply macam ni - takdak

Sungguh remuk-redam hatiku dibuatnya. Kahkah. Then kami pun sampai lah Shahab kan. Alang2 Suffian kata dia lambat lagi sebab traffic jam kot, maka aku dan Amirul pun pergi solat dulu. Amirul dah jamak siap2 tadi di SP. Aku tak boleh sebab tak cukup 2 marhalah. Mengikut perkiraan, jarak dari SP ke AS hanyalah 1.88 marhalah saja. Ok aku tipu.

Kemudian, baru Faiq Ibrahim telah call aku. Maka berlakulah perbualan seperti berikut.

"Assalamualaikum, Hikaru. Hangpa dah sampai mana ni? Sapa yang nak ambik hangpa?" Kedengaran suara Faiq di hujung talian.
"Waalaikumussalam. Haaa kami dah sampai Shahab. Suffian nak mai ambik." Aku menjawab penuh mesra dan berhemah.
"Tapi Suffian kata hangpa tak sure lagi. Tak konferm nak naik dengan dia." Kata Faiq.
"Eh taklah. Dah konferm kot. Dia tengah on the way ni." Aku menjawab tanpa rasa sangsi walau sekelumit pun.
"Ni dia ada kat sebelah aku ni." Faiq menduga lagi.
"Laaa tak gerak lagi ka? Tak apalah boleh jaa nak tunggu." Aku masih optimis.
"Sebab dia kata hangpa nak naik dengan Basir, so dia pun tak konferm la nak pi ambik hangpa." Faiq masih cuba meragukan aku.
"Basir tak reply mesej aku. Aku call dia tak angkat. Tu yang kami mai terus Shahab ni. Pastu naik dengan Suffian." Keyakinanku bukan senang digoyah.
"Basir sampai awai ni. Kiranya nak suruh Suffian la pi ambik ni?" Suara Faiq kedengaran kendur. Sudah mengalah agaknya.
"Memang Suffian yang nak mai ambik pun. Aku dok mesej dengan dia dari tadi." Nadaku tegas dalam bersahaja.
"Oklah kalau macam tu." Faiq menyerah pasrah.
"Okbai assalamualaikum." Aku menang.
"Waalaikumussalam." tuuttt tuuttt tuuttt.

Maka kami pun pergi menunggu di tempat menunggu lah. Sementara Suffian nak sampai. Tiba2 aku diserang waswas yang sungguh dahsyat. Kenapa tiba2 Suffian baru nak bergerak? Yang dia kata on the way tengah jam apa semua tu apabenda pulak? Jelmaan Suffian? Kejadah jelmaan bulan2 puasa gini. Ahhh call je lah.

Lalu aku pun call "Suffian".

doottt doottt... doottt doottt...

*Lama jugak dia ni nak angkat* doottt doottt... *Tengah drive kot* doottt doottt...

"Suffian" : Hello assalamualaikum
Aku : Hello waalaikumussalam. Eh hoi Suffian awat suara hang macam Hazirah???!!!

"Suffian" : Weyy ni aku la ni Hazirah.
Aku : APA?! TAK DENGAQ. Oii Suffian awat sora hang macam Hazirah? Ooo hangpa naik keta sekali eaa???
"Suffian" : Weyy ni aku laaa.
Aku : Aku tau. Ni Hazirah. Hangpa naik sekali ka? Ni kat mana ni?
"Suffian" : Dah nak dekat dah. Tunggu situ zzzzttttt bbzzzzz bzzzttt zttttt bzzztt (line tak clear) tuuttt...tuuttt... tuuttt...

Tiba2 ada orang call. Dan berlakulah sesuatu yang tak dijangka....

??? : Hello, Hikaru. Hangpa kat mana ni?
Aku : Eh Suffian!? Awat tak cakap ja tadi? Hang naik sekali dengan Hazirah kan?
??? : Tak lah. Aku ni tengah on the way. Sesak sikit. Tunggu tau.
Aku : Tak? Hah? Eh Suffian.. jap jap! tuuttt... tuuttt...

Kemudian, peluh mula membasahi dahi. Aku dah rasa tak sedap hati. Lalu aku buka mesej2 tadi. Hummm nombor yang aku tak save namanya sekali. Nombor sahaja. Aku baca balik mesej2 tu dari bawah ke atas. Sampai yang paling atas, ialah ucapan selamat berbuka puasa.

...Imbas kembali...

Masa aku sampai Malaysia, sebelum iftar tu, ada program di sekolah dengan bebudak Orators' League. Masa tu Suffian tukar nombor dan aku pun tak save nombor dia dengan nama dia sebab pada sangkaan aku, budak tu dah berapa kali tukar nombor jadi tak mustahil nombor ini akan bertukar lagi. jadi aku biarkan dulu.

Kemudian, di sekolah, kami bersembang pasal result exam dia keluar tiga empat hari selepas tu kot. Then sekembalinya aku ke rumah, Suffian ada SMS aku pasal result dia straight A's (as expected) dan aku pun reply menbgucapkan tahniah dan tanya buat kenduri ke tak? dan sebagainya.

.... .... .....

Dan mesej aku dengan "Suffian" tadi, paling atas ialah selamat berbuka puasa. Tak ada langsung pasal exam ke tahniah ke kenduri ke apa. Dengan bila aku call "Suffian" tetiba suara Hazirah, maka ketahuilah olehku bahawa sesungguhnya aku selama tadi sedang berSMS dengan Hazirah dan bukannya Suffian. Ya Allah.

Patutlah Faiq Ibrahim pelik bila aku kata Suffian nak ambik aku dari Shahab. Rupanya memang Suffian taktahu apa2. Dia mangsa keadaan. Tak pasal2 kena drive ke Shahab. Dan Hazirah, telah kusangkakan Suffian maka aku main sembang ja dengan dia siap tanya "Hoi Suffian awat suara hang macam Hazirah?" padahal memang Hazirah pun. Alahaiii.

Lepas tu aku call "Hazirah" untuk explain keadaan tadi. Salah faham semua ni.

Aku : Hello assalamualaikum. Weyh soriii tadi aku silap orang.
"Hazirah" : Walaaikumussalam. Hah? Salah orang apa?"
Aku : Eh? Ni Suffian ka? Hah? Suffian ka ni?
"Hazirah" : Hang ni kenapa Hikaru?
Aku : Takpa sori okbai.

Aku dapat merasakan aura tensyen dari gagang telefon. Pantas aku putuskan talian untuk mengelakkan konflik. Hahaha berserah sajalah. Aku pun tunggu saja siapa sampai dulu.

Aku dan Amirul berpandangan. Hanya gelak2 yang disulami penyesalan dan andaian negatif mampu dilakukan. "Mesti depa benci kita lepas ni Amirul." Kataku dengan penuh rasa tawakkal.

Mots : Simpan nombor kawan, save dengan namanya sekali. Agar kalau nombor yang tak dikenali, dapat cepat2 kita tanya "Ni siapa?" agar dapat mengelakkan kes kecelaruan identiti.

Sekian cerita penuh pengajaran dari saya. Sila ambil iktibar, ibrah, dan tazkirah. Kahkahkah.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

16 comments:

ilhambrothers said...

saya ingatkan ada kes schizophrenia tadi.. :p

Hikaru Yui said...

@ilhambrothers adaaa..kamim la skizo sampai salah org..hahah

Anonymous said...

ini hazirah dalam cerita ni. sbb tu aku pelik hg msej ngan aku mcm knai.pdahai aku xpnah msej hg guna no tu. aku pun layan ja lah.pastu nk tumpang rumah laa..nak mati?haha. yang reply kata tadak org bsimpati tu bkn aku,tp co pilot aku.

sweet pearl said...

hahahah...
patutlah caring ja, slalunya pmpuan ja yg tnya detail camtu, hahaha ;D

slamat hari raya yui ^_^

aLong baik said...

hg mmg.no fon aku pon tak simpan..padahal aku ni ibarat, tiada aku siapalah hg

Mim Hasniyah Yusof said...

Hahahahahahaha. Lepas ni aku boleh jumpa 'Hazirah' n gelak. kekekekeke. :P :P :P

TecerWidad said...

Hahaha. Lawak la.

Hikaru Yui said...

@Anonymous ya ka ni hang? awat xpakai profile hg ja? lupa pasword ka lama sgt xupdate blog.hahah

kesian hg.. sori noh =p

Hikaru Yui said...

@sweet pearl huhuhu masa mula2 tu mmg xsuspek apa2.. bila dah terlambat.. barulah... hahaa =p

Hikaru Yui said...

@aLong baik tiada hg.. aku xdak geng la nak lepak sp.. hahah bila mau date?

ok la hg sungguh bermakna buat diriku..hehe

Hikaru Yui said...

@Mim Hasniyah Yusof gelak kuat2 tau tp kena pekup mulut agar masih kelihatan sopan..=p=p=p

Hikaru Yui said...

@TecerWidad kesian kat saya kan tecer..huhu

Muhammad Iqbal said...

masih tertanya-tanya, siapakah hazirah itu..

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal biarlah rahsia..ehehe

hayati hashim said...

Ni namanya lawak x basi.
Lawak la haii..

Hikaru Yui said...

@hayati hashim kahkah.. menyayat hati pun ada =p