Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, August 26, 2012

Kerajaan dan Antibodi


Assalamualaikum. Hye.

Kahkahkahkah tajuk kemain berbaur politik dan isu semasa, serta saintifik. Sila puji inisiatif aku untuk menjadi lebih matang (konon) dalam menulis entry.

Takmahu tulis panjang. Exam dekat sangat2 dah. Tapi kuliah tergantung sebab ada rusuhan yang macam besar2an tapi setakat ni macam kenduri arwah ja tahapnya. Bila cuti, nak baca buku konon2nya last2 tulis entry update blog, tengok cerita, baca komik online, download album baru, dan makan tidur macam koala bear.

It's just that, aku sebagai manusia biasa yang mata pun rabun pun boleh nampak umat Islam sedang berpecah2. Tambah2 pulak Malaysia. Ulama2 yang kasyaf tu lagilah aku rasa tengah seram sejuk melihat perpecahan yang berlaku.

Aku tak mahu cerita pasal negara lain. Nak cerita pasal Malaysia negara tercinta tanah tumpahnya darahku.

Kerajaan kita memang desperate nak mengekalkan kuasa.

Sanggup ambil orang nepal bangla indon myanmar vietnam rusia sumatera jawa papua new guinea apa semua tu untuk jadi warga negara semata2 nak dapat vote yang tinggi.

Sanggup guna serangan berbentuk peribadi ke atas pihak lawan dan isu2 yang gila babi punya memalukan skandal seks dan liwat just to name a few.

Sanggup kawal media sampai jadi macam suami kena nasi kangkang. Dari tv 1 sampai 40 sampai 100 sampai 250 kalau ada, semua nak sokong kerajaan ja. Putar belit kaw2 punya putar macam gasing belit macam ular sawa. Keji nak mampus, tapi tak mampus2.

Duit negara berbillion2 sepatutnya boleh basmi kemiskinan dan bagi education yang kalau tak percuma pun at least tak payahlah nak letak bunga banyak sangat dekat pinjaman tu. Dah la bunga tu haram. Bunga riba tu la bukan bunga taik ayam belakang rumah Mak Senah.

Nak jana ekonomi buka casino, pusat judi, kilang arak, pusat ternakan babi. Macam tak ada benda yang halal dah dalam dunia ni boleh bagi untung. Yang Tuhan tak bagi tu lah yang dia nak buat.

Jadi umat rakyat pun melawan. Pembangkang pun nak pilihanraya jadi bersih as if kotor sangat sebab mereka tak pernah menang. Sorry lah kalau prejudis. Cuba lepas ni dah menang dan tak kalah2 agaknya adakah pembangkang waktu itu nak demo jugak? Nanti ada FRU jugak kah? Atau camna?

Sebab tu aku tak suka demokrasi sebenarnya. Tapi zaman sekarang lain kan? Ok aku terima. Nak demokrasi sangat? Nah ambik. Lepas tu 5 tahun sekali kecoh mengundi sampai gaduh2. Lepas tu tak menang emo lepas tu demo lepas tu?

Apa2 pun aku bersyukur la sebab dalam banyak2 kebinatangan yang ada dalam kalangan pemimpin Malaysia tu, aku rasa mereka masih lagi di tahap jadi jadian. Masih ada kemanusiaan gitu.

Setakat sembur gas pemedih mata tu biasalah. Setakat polis tendang guna kaki tu memanglah sebab kalau guna tangan tak jadilah tendang. Polis bertugas di tempat orang berdemo kamu ingat dia nak bawak apa? Happy Meal?

Kerajaan kita sepatutnya melindungi kita sebagai rakyat dia. Macam antibodi melawan penyakit demi kemaslahatan tubuh badan. Dan aku personally rasa fungsi ini masih dijalankan kerajaan kita yang dikatakan sangat rosak lagi merosakkan itu.

Tak percaya? Cuba compare tengok Libya dan Syria. How the leader kill the people out of nothing?

Polis kita keji sebab pukul rakyat.
Di sana, tentera2 bunuh rakyat.
Beza pukul dan bunuh ialah nyawa.
Pukul itu nyawa masih di badan.
Bunuh itu nyawa terpisahkan.

Aku tak pernah dengar lagi cerita ada rakyat Malaysia kena tangkap dan dibunuh oleh orang kerajaan. Mungkin ada aku yang tak tahu. Altantuya tak valid sebab dia Mongolian bukan Malaysian. Kan? Eh tak check pulak. Kalau salah betulkan lah.

Apa2pun aku nak kata, kerajaan Malaysia takdalah berani sangat. Bukan penakut tapi nak kata macam ni lah, mereka masih consider rakyat. Masih tak berani nak bunuh rakyat. Rakyat pun masih belum berani nak melawan sampai ke tahap nak menggulingkan kerajaan.

Adakah kita nak, suatu hari nanti, negara kita berperang dengan negara kita sendiri?

Polis dan tentera di bawah arahan kerajaan menindas rakyat2 yang menentang. Rakyat dibunuh. Lepas tu nyawa jadi murah. Macam di Libya dan Syria itulah.

Kalau itu terjadi, mampuslah kita. Rakyat Malaysia boleh survive kah? Main God of War pun guna guide dari internet. Inikan nak lawan tentera secara live. Kalau mereka masuk terjah rumah bawak senapang dan rogol anak isteri kita, mampu kita lawan?

Terjah dalam Melodi tu ja yang kita tahu.

Jadi setakat ini, negara kita masih aman. Perdana Menteri walaupun bini dia tak pakai tudung, dia masih tak cukup gila nak bunuh rakyat. So I thought, harapan masih ada. Perpaduan tu kena capai dulu.

Jangan sampai kerajaan kita jadi macam autoimmune disease. Serang sel badan sebab menganggap ia sebagai  penyakit. Padahal badan sendiri. Lama2 binasa.

Takmahu tulis panjang konon kahkah okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

Muhammad Iqbal said...

dah macam nak kena ISA ja ni, haha..

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal najib xbaca blog ni... kata ja apa pun..kahkah