Pemollow

THYB on Facebook

Sunday, August 26, 2012

Entry Komprehensif Tentang Mencarut


Assalamualaikum. Hye.

Manusia memang dilahirkan dengan satu rasa tak puas hati dalam hati. Kadang2 rasa itu terlalu hyper dan tak dapat dikontrol maka secara tidak sedar manusia develop sejenis skill yang kita panggil sebagai 'mencarut'.

Mencarut boleh diterangkan melalui 3 keadaan iaitu perkataan, perbuatan, dan pemikiran.

Mencarut dengan perkataan ialah menggunakan lidah dan vocal cord untuk mengucapkan satu, dua, atau lebih perkataan2 tertentu untuk menyakitkan hati orang lain atau menunjukkan rasa tidak puas hati, atau sekadar mahu menghina dengan suara.

Mencarut dengan perbuatan ialah sama seperti dia atas tetapi menggunakan bahasa badan, anggota zahir, dan pergerakan2 tertentu.

Mencarut dengan pemikiran ialah menggunakan hati dan fikiran untuk berburuk sangka dan memaksudkan satu, dua, atau lebih perkara2 tertentu secara monolog.

Dan dalam era teknologi ini, satu lagi skill mencarut yang telah developed ialah menulis satu, dua, atau lebih perkataan2 tertentu untuk menyakitkan hati orang lain atau menunjukkan rasa tidak puas hati, atau sekadar mahu menghina dengan penulisan, contohnya BLOG.

Faham tak faham tak faham tak?

Okies itu teori saja. Aku meraban saja. Baik mari kita serius. Siapa dalam dunia ini yang tidak pernah mencarut? Tipulah aku tak percaya. Mesti ada walaupun sekali. Cuma yang membezakan mungkin tahap carutan itu saja. Mencarut boleh dikelaskan kepada beberapa kategori seperti :
  1. Mencarut pada kemampuan berfikir seseorang seperti bodoh, bahalol, bengong, bangang, bongok, dan biol.
  2. Mencarut pada fizikal seseorang seperti hitam, gemok, lidi, tembun, pendek, buntal, galah, dan sebagainya.
  3. Mencarut pada fizikal tertentu seseorang seperti mata sepet, hidung kembang, telinga capang, mulut juih, kaki besar, jalan kengkang, dan sebagainya.
  4. Mencarut pada kulit seseorang seperti kurap, kayap, panau, kerutu, hitam, legam, dan jerawat.
  5. Mencarut pada bau seseorang seperti busuk, masam, tengik, tak mandi, dan hancing.
  6. Mencarut pada nama seseorang misalnya Huda jadi kuda.
  7. Mencarut dengan menggunakan haiwan2 yang tidak berdosa dan tiada kaitan sama sekali untuk disabitkan dalam percarutan seperi kambing, lembu, keldai, beruk, dan babi (paling popular di kalangan pengguna)
Mencarut menjadi lebih kuat kesannya apabila digunakan perkataan yang membawa maksud organ2 peranakan dan pembiakan. Secara semulajadinya perkataan aib ini menjadi bahan2 carut kelas pertama.

Aku mencarut juga tapi aku sedaya upaya restrict daripada sebut benda2 organ peranakan manusia ni semua. Kenapa aku tak mencarut guna organ pembiakan? Sila rujuk entry ini.

Itulah cerita aku. Dan setelah besar manusia semakin seronok mencarut. banyak vocab2 mencarut dipelajari termasuklah western style seperti damn, bastard, fuck, shit, dan lain2.

Mencarut itu buruk. Aku sekarang ni still mencarut tapi dalam blog ni saja. Dan aku limited perkataan untuk mencantas orang pun mestilah tiada unsur2 keji seperti memanipulasi bahagian tubuh manusia, mempermainkan keturunan, ibubapa, dan lain2.

Setakat bodoh dan bengong tu dalam karangan sekolah pun banyak kali guna so tak apalah. Kalau situasi betul2 mendesak baru aku keluarkan babi. Tu pun akan kucuba perlahankan seboleh mungkin. Hehe.

Kenapa mahu mencarut? Rasa hebat? Rasa megah bila boleh offend orang guna perkataan tertentu? Serius masa kecik dulu aku rasa terhina bila dicarut. Tapi bila besar ni rasa lawak. Dan rasa orang yang mencarut tu memang loser.

Kalau kau nak mencarut dalam blog nak sebut segala perkataan ke apa aku tak kisah. Atau memang lidah kau berfungsi untuk mencarut pun aku tak kisah. Sukahatikaulah.

Tapi kalau carut yang kau zikirkan tu untuk ditujukan kepada orang, aku nasihatkan baik kau berhenti. Maruah orang yang mencarut ni sangat rendah. Kelihatan pencarut2 itu seperti kesunyian sebab nak tarik perhatian.


Dan betapa bodoh serta sekolah rendahnya tahap pemikiran dia sebab mash bergantung kepada perkataan2 lucah untuk menyakitkan hati orang.

Belajarlah mencarut menggunakan cara yang bijak. Sekurang2nya upgradelah words kau. Guna perkataan omputih barulah kelas sikit. Damn. What the hell am I writing in this shit post? Contohnyalah.

Lagi satu kan, bila mencarut nak guna organ manusia tu kan, menampakkan yang pencarut tu tidaklah bijak dalam bidang sains atau cakna dengan ilmu2 baru. Ya lah asyik mencarut guna organ luaran ja. Cuba mencarut guna ovari ke, spermatic cord ke, fallopian tube ke, scrotum ke, nampaklah hebat sikit. Ni tak asyik guna yang luaran saja. Bahasa Melayu pulak tuh. Sungguh tidak english education bak kata Usop Wilcha.

Orang yang masa muda2 kuat mencarut, nanti tua2 kuat mencurut. Haish tak habis2 membinasakan diri.

p/s :: Atau kau mungkin mahu belajar sarcasm dan retoric supaya kau nampak hebat dan elegan ketika menyuarakan ketidakpuasan hati kau. Orang terasa dalam2 tanpa perlu kau mencarut pun sepatah haram pun.

okbai

Thanks for reading. Bye ;)

2 comments:

ilhambrothers said...

x pun guna istilah medic jadi lagi sedap kot kalau nak mencarut guna organ pembiakan ni? balano,oophoro,orchido..naaahhh..hahahaa.. :P

Hikaru Yui said...

@ilhambrothers ahahah cadangan bernas tu =p