Pemollow

THYB on Facebook

Thursday, August 30, 2012

Buat pertama kalinya aku rasa blog aku berguna =p=p=p


Assalamualaikum. Hye.

*Menurut seminar yang aku pergi haritu...bukan traditional tapi conventional... hahah*


Okies aku ada menerima mesej melalui page aku, tanya pasal nak sambung pelajaran ke Mesir jugak. Hahah jadi sambil2 aku menjawab soalan, aku nak la membajet di blog ni. Maka aku jawab soalan itu dengan entry ni lah. Sambil menjawab soalan sambil mempromote blog yang kurang publisiti ni kan?

Ok soalan daripada saudara/i Cahaya Ketiga berbunyi seperti berikut :



  • 16 hours ago

    • assalamualaikum.

  • 15 hours ago

    • assalamualaikum..
      sy ada bca blog 'sesedap oren' tu..
      mmg sedap kalo oren tu manis .XD

      oke, *serius*
      sy inshaAllah akan ke mesir jugak.
      pergi dengan yayasan kelantan.
      sy pilih Tanta University,
      tp mcm ada mslh SIKIIIIT.
      rasanya saudara pun tahu berkenan kes tu,
      yang iktiraf tak iktiraf tu.. -.-
      jadi, sy dinasihatakn untuk tukar ke unversiti lain.

      dan, dari ape yg sy bca tu, saudara ni dok kt ain shams kan,
      best tak kat situ.? *mesti jwb best nti*

      sy mcm msih ragu2 nk pilih untuk pergi ke
      Alexandria Uni, or Ain Shams tu..

      jadi,jadi....kalau tak mengganggu saudara la,
      boleh bg pendapat sikit tak psal ni.?
      ape yg ada kt Ain Shams,xde kat tmpt lain..
      dan kalo tahu jgk, boleh cite ape yg ada kat Alex tu brbnding universiti lain..emmm...
      dan,satu lg.. dari segi taraf hidupnya mcm mana,?
      lg mhal kt iskandariah ke kat cairo tu.?

      *biasa la,org pegi pkai biasiswa pama,jadi sebolehnya
      nk limitkn penggunaan wang.

      maaf msg pnjng sgt ! hrp boleh bantu.. terima kasih !!


Jawapan aku yang tak berapa nak mengikut skema pemarkahan :

Saudara/i Cahaya Ketiga (akan dipendekkan kepada CK selepas2 ini), terima kasih kerana sudi bertanya dan mintak maaf siap2 ni kalau andai kata sekiranya jawapan aku tak best. Hahah dah kalau nak andai kata lagi, lepas tu ada sekiranya pulak. Sungguh lewah mesti cikgu BM marah. Tengok belum apa2 dah melalut.

First of all, maaflah sebab lambat. Aku jarang buka page tu melainkan kalau nak post entry baru. Sekarang ni kan fasa bermalas2an maka aku baru perasan soalan CK tu pagi tadi. Andai kata dah dapat jawapan dari sumber lain pun, aku jawabkan juga di sini sebagai tanda penghargaan kepada kesudian CK bertanya.

Jadi aku rumuskan ada beberapa soalan dari CK iaitu -

1... Adakah universiti Tanta diiktiraf pengajian perubatannya? (Insya Allah)
2... Adakah Universiti Ainshams best? (Best lah jugak... kot...?)
3... Apakah yang ada di Ainshams dan tiada di Alex? (Hikaru Yui)
4... Apakah yang ada di Alex dan tiada di Ainshams? (ilhambrothers)
5... Bagaimanakah taraf hidup di Mesir? (Bolehlah nak hidup)
6... Lagi mahal di Cairo atau Iskandariah? (Entah)

Ok sesi huraian bermula.

Pasal iktiraf tak iktiraf tu aku tak pasti sebab aku bukan kerja di kementerian. Tapi bebudak JPA yang buat kursus Pergigian dihantar ja ke Tanta. Jadi Pergigian di Tanta diiktiraflah kiranya kan? Kalau Pergigian diiktiraf, masakan tidak Perubatan di sana tidak diiktiraf?

Dia macam Avril Lavgine haram buat concert di Malaysia tapi Britney Spears boleh pulak. Padahal dua2 tak tutup aurat. Contohnyalah.

Tapi serius aku tak berani nak kata apa2. Maybe lain keadaannya dengan Pergigian di Tanta dan lain pula keadaanya Perubatan di Tanta. Maybe prof2 Pergigian dedicated manakala prof2 Perubatan suka curi tulang ke apa kan? Who knows.

Tapi nak kisah apa sebab CK kan nak pindah pilih antara Ainshams (atau Cairo) dengan Alex. Ainshams universitinya agak baru. Dan bolehlah dikatakan cantik serta moden dengan sistem pengajaran dalam dewan kuliah pakai projector dan skrin. Kalau di universiti lain, masih ada yang guna blackboard dan kapur.

Ikutlah CK selesa yang mana. Ada orang lagi suka slide powerpoint dan ada orang suka bila prof terangkan subjek tu guna diagram yang dilukis sendiri. Macam2lah ragam manusia ni kan? Tapi di Cairo mostly macam tu lah kalau di Alex rasanya canggih lagi kot.

Kalau di Ainshams ada Hikaru Yui, di Alex ada ilhambrothers. Blogger hebat tu. Hahahah sebenarnya junior sekolah aku sebab tu yang aku gedik letak nama dia tang ni. Hahah jangan marah noh Acap.

Sebenarnya di Mesir, ada dua jenis pengajaran Perubatan. Ada yang guna sistem tradisional dan ada yang guna sistem integrated. Kalau di Ainshams dia pakai tradisional dan di Alex dia pakai integrated. Kat tempat lain di Mesir ni semua tradisional. Di Jordan, Malaysia, dan rasanya semua tempat lain di dunia kot semua dah pakai sistem integrated ni.

Bezanya, sistem tradisional ajar semua teori dulu sebelum masuk praktikal. Dan semua hubungkait antara Anatomi, Fisiologi, Histologi, dan Biokimia perlu dibuat sendiri oleh pelajar. Manakala sistem integrated pula, memang dia buat horizontal learning siap2. Semua benda belajar ikut sistem. Dia punya Anatomi, Fisiologi segala mak nenek semua diajar lengkap.

Faham tak penerangan bergambar aku? Hahahah
Berkenaan apa yang ada apa yang tiada, susah aku nak cerita sebab aku sendiri tak pernah sampai Alex lagi. Haha jadi senang kata macam2 ada di sini. Jangan risau. Cuma Alex lebih cantik kot sebab kawasan pelancongan kan. Dan kalau untuk pengajian Islam di Alex memang hanya untuk ustazah2.

Cairo lagi banyak orang, lagi sibuk, lagi bising, lagi kotor, lagi berdebu, segala yang negatif di Mesir ni, Cairolah pusatnya. Haaaa buleh camtu? Nah google image Cairo dengan Alex. Sila compare sendiri.

Tapi kalau pandai cari mutiara di celahan kaca (ecewah bermadah gitu) Mesir ni mana2 pun best. Insya Allah. Sila cari bahan seronok sendiri. Contohnya kelas pengajian ke, usrah ke, kursus bahasa Arab ke apa kan. Ni aku cadang yang baik2 sajalah sebab aku assume CK ialah seorang yang beriman dan beramal soleh.

Kalau aku nak seronok senang saja. bagi internet full access, boleh buka Fb, youtube, dengar lagu, apa semua tu kira ok dah. Antara cadangan perkara berfaedah untuk dibuat oleh CK ialah baca Sesedap Oren pada masa lapang. Harharhar dan lagi tuuu.

Taraf hidup di Mesir sederhana saja. Insya Allah kalau warga Malaysia tak payah melarat la nak hidup di sini. Tambah pulak kalau dapat tajaan. Aku datang dengan biasiswa zakat negeri pun makan tak habis. Kalau yang JPA tak payah cakaplah. Beli iPhone tiap bulan pun boleh. Cuma perlu menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam mataharilah. Kahkah.

Tapi CK datang dengan biasiswa PAMA. Jadi aku boleh beritahu benda inilah. Kelas di sini ada dua jenis. MOU dan G2G. MOU tu apa G2G tu apa aku tak tahu. Cuma aku tahu disebut begitu maka aku sebutlah begitu. MOU ni kelas bahasa Inggeris. So yuran dia mahal. Kalau di Ainshams USD 8k. Kalau G2G kelas dia bahasa Arab. Yuran dia murah sikit. Sebenarnya murah banyak. Dalam USD 1k lebih2 ja kot.

*updated*
Ok bukan USD 1k lebih2. Mengikut perkhabaran dari kawan aku, dia kata dia tanya senior G2G, yuran ialah  GBP 1500 atau lebih kurang USD 2300. Kalau nak guna 'k' sebab nampak gah, maka GBP 1.5k atau lebih kurang USD 2.3k haaa bukankah bila ada 'k' itu kelihatan sungguh urban sekali? Tapi ni untuk universiti Ainshams la ea. Universiti lain tak sure la pulak.

Perbelanjaan sebulan, kalau duduk dengan asrama rumah negeri, rasanya parents hantar RM 200 sebulan pun dah cukup. Sebab bukan nak makan banyak pun. Boleh masak sendiri. Jimat banyak tu. Kalau dah duduk rumah sewa mungkin kena guna banyak. Sebab rumah di Cairo agak mahal. Maybe lebih sikit dalam RM 400 ke tapi sepanjang hidup aku di sini, sebulan tak pernah lagi lebih dari LE 1000.

Ya bila RM ditukar ke LE maka nilai akan jadi besar. RM 200 tu dah dekat2 dengan LE 400. So kalau nak makan hari2 bagi hidup tu memang tak perlu banyak. Ikutlah kadar kemampuan. Kalau jenis ada harta, dapat hantar RM 500 sebulan tu kira dah setaraf dengan budak tajaan dah la tu.

Dan pasal mana lagi mahal tu aku taktahu sebab aku tak pernah pergi Alex apatah lagi hidup di sana. Tapi jika ilhambrothers baca entry ni mungkin dia boleh cerita atau tolong jawab. Sebarang perkongsian boleh dilakukan sama ada meninggalkan komen di ruangan komen facebook (agar mudah dibaca) atau buat teruslah entry balas. Hahaha.

Okies aku harap aku menjawab soalan CK dan tak merepek terlalu banyak although I know that's the thing I do best. Semoga entry ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada CK tapi kalau kemerepekan aku terlalu tinggi, sila teruskan perbincangan kita di Fb. Hehe.

Sekian terima kasih okbai.

Thanks for reading. Bye ;)

10 comments:

Zida said...

masalah yang sama bila semua orang dok tanya universiti kat sini iktiraf ke tak.

hurm, aku malas gak nak layan bila ada orang cakap, agen ni cakap lain, agen ni cakap lain #oppss tapi apa-apa hal, rujuk sini, insyaALLAH Tanta, Alex, Azhar, Ainsham, Cairo, Mansoura, Zagaziq semuanya diiktiraf. Boleh klik sini kalau nak cek.

Apa lagi aku nak komen ek? Tadi macam banyak tapi dah lupa. HAHA #kbai nanti dah ingat aku datang balik.

:P

Hikaru Yui said...

@Zida kan? mana la aku tahu sbb bukan aku yg nak bg pengiktirafan tu.. hahahha

ok aku tunggu hg mai balik -=p

Muhammad Iqbal said...

Tanta tu yang saya tau, tak diiktiraf bukan dari segi itu, tapi selepas zaman abg ( yakni zaman saya ), kerajaan ada pergi buat check uni kat mesir ni, jadi ada yang tak diiktiraf dan ada yang diiktiraf.

Yang diiktiraf oleh kerajaan, kerajaan dan para pemberi biasiswa yang lain akan hantar pelajar ke uni tu sahaja.

Sebab tu para pemberi biasiswa tak hantaq dah pelajar ke sana, kecuali yang sendiri saja la.

Tanta tak silap saya, telah disqualified.

Everything's Everythings said...

Adik aku ambil dentistry di Tanta universiti.. katanya JPA cuma hantar satu batch je Dentistry di Tanta lepas tu xde lagi dh ;O
aku pun xpasti kne tanya si JPA btol2 ni hak2

ilhambrothers said...

*saya komen sebab naik nama kat situ.. :P
ok,kalau nak suruh banding alex ngan cairo,aku boleh kata,kat cairo rasa mcm duk hometown.i mean sbb boleh jumpa melayu merata tmpt.tmbh2 kalau kita kenai.haaa..tapi,kalau kt alex,populasi rakyat malaysia xlah ramai sgt.dan kalau ada ustazah2 al-azhar yg kuliah banat tu,mungkin mereka lebih selesa di rumah utk keselamatan diri,sbb tu jrg nmpk.sng kata,kat alex kurg nmpk org melayu lah..hehe..alex cantik sbb ada laut.boleh hilang stress insya-Allah kalau nk lihat kebesaran Allah.tp,bukankah langit dan seluruh penciptaanNya jugak bukti kebesaran Allah? :D pikir sendiri.. :P

twinkle twinkle said...

kalau dari segi keselamatan kat sana pulak mcm mana?

Hikaru Yui said...

@Muhammad Iqbal ya ka? xtawlah yg tu tp setakat yg diketahui 7 universiti msir yg diiktiraf tu... tanta msih termasuk la =p

Hikaru Yui said...

@Everything's Everythings samalah... batch aku pun ada yg g sana... tp xtahulah latest ni dihantar ke x...huhu

Hikaru Yui said...

@ilhambrothers ohhh ea? klu xnaik nama xkomen la ea? =p

yup kat cairo mmg ramai msians... xpayah cakap baku pun xpa cakap kedah pun org tahu..hahah

langit itu kebesaran Allah tp langit yg berasap tu xberapa enak dipandang..ehehe

Hikaru Yui said...

@twinkle twinkle bab keselamatan ni xleh nak komen sgt sbb bergantung jugak kpd cara kita bawa diri di sana... kalau jenis suka keluar malam sorang2... pergi mana2 xbgtahu org.. mmg payah la bila jadi apa2...

klu dengar kata selamatlah kot.. malangnya ramai sungguh yg berlagak cool apatah lg nak mendengar kata...